Wednesday, 18 September 2019

Chentaku Tertinggal di Sabah!


FAM TRIP TO TAWAU-LAHAD DATU-SANDAKAN
SABAH

(Terima kasih Tourism Malaysia)


Assalamualaikum!!

Phewww, akhirnya ada lah masa terluang sikit selepas balik dari Sabah tiga hari lepas. Walaupun dah tiga hari, tapi perasaan aku masih teringat-teringat waktu ada dekat sana. Best oooo.

Lima hari empat malam di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan cukup buat aku rindu dengan suasana tenang kat situ. Lagipula, waktu kat sana, kita orang banyak buat aktiviti back to nature  yang mana pada satu tahap, rangkaian internet pun tak ada.

Siksa? Tak juga. Waktu inilah korang rasa yang banyak lagi benda yang boleh kita buat selain berkepit dengan telefon pintar.

Apa aku buat selama 5H4M di sana? Banyak!!

Aku mulakan dengan ringkasan perjalanan kami dulu, ya.


Day 1 

KL Sentral - KLIA - Tawau - Lahad Datu

- Seawal jam 3 pagi,  aku gerak ke KL Sentral untuk naik bas ke KLIA. Bas dari KL Sentral ke KLIA bermula jam 3.00 pagi. Selalunya bas akan ada setiap satu jam sehingga malam. Perjalanan hanya memakan masa 45 minit dari KL Sentral ke KLIA.

- Dari KLIA, kami berlepas ke Tawau (2 jam 55 minit).


Selamat tiba di Tawau Airport


- Sebaik saja tiba di lapangan terbang Tawau, kami terus ke Lahad Datu sebelum berhenti di di Dovist Restaurant untuk makan tengah hari.

Menu yang paling memikat hati. Sedap!


- Siap makan tengah hari, perjalanan di sambung ke Tabin Wildlife Resort untuk bermalam.

- Aktiviti night safari selepas dinner.

Bilik di Tabin Wildlife Resort

Tabin Wildlife Resort
Night Safari




Day 2

Lahad Datu - Sandakan


- Sarapan di Tabin Wildlife Resort sebelum bergerak ke Lipad Mud Volcano.

- Penyerahan Mud Certificate kepada semua peserta dan check out!


Lipad Mud Volcano


-Dari Tabin Wildlife Resort, kami terus ke Lapangan Terbang Lahad Datu untuk ke Sandakan. Dengan menaiki MAS Wings, kami tiba di Sandakan dengan perjalanan hanya memakan masa 35 minit.


MAS Wings


-Perjalanan diteruskan ke Bilit, Kinabatangan untuk ke Myne Resort.

-River Cruise di Sungai Kinabatangan.

-Night walk dan beraduuuuu....


Kinabatangan River Cruise

Sunset

Myne Resort



Day 3

Sandakan

Morning River Cruise untuk menjejaki hidupan liar di sekitar Sungai Kinabatangan.

Sarapan dan Check Out!

Makan tengah hari di Restoran Pasir Putih sebelum ke Puu Jih Shih Temple dan mengikuti Sandakan Heritage Trail (City Tour). Tempat yang termasuk dalam trail ini adalah antaranya Tangga Seribu, St. Micheal's and All Angels Church, Agnes Keith's House dan Wisma Warisan.



Puu Jih Shih Temple

Wisma Warisan

- Check in Sandakan Hotel.

- Ke Bandar Kim Fung untuk perasmian Sandakan Food and Agriculture Festival.


Perasmian Sandakan Food & Agriculture Festival

Team Media 



Day 4

Sandakan

- Ke Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre selepas sarapan. Teruja gila bila sampai sini sebab pertama kali aku sampai sini.

- Bergerak ke Borneon Sun Bear Conservation Centre yang terletak bertentangan dengan Orang Utan Rehabilitation Centre tadi. 


Menjamu selera yaaa

Hello Mary!


- Ke Rainforest Discovery Centre di mana dekat sini kami belajar tentang uniknya hutan di Borneo.

- Makan tengah hari di Sepilok Nature Resort, satu tempat yang sangat cantik dan unik. Paling best, sangat instragramable! 

- Kenyang makan, kami bergerak ke Sandakan War Memorial.

- Ke Pasar Tamu dan sekali lagi ke Festival Makan Sandakan.

Pasar Tamu Bandar Kim Fung

Makan Sandakan Festival

- Makan malam dan majlis penutup FAM trip di Restoran Sandokan.


=)


Day 5

Sandakan - KLIA

- Breakfast di hotel sebelum ke Pasar Besar Sandakan (Sandakan Central Market). Banyak betul barang yang buat aku rambang mata dekat sini dari ikan bilis sehinggalah aksesori mutiara pelbagai jenis!


Pasar Besar Sandakan


- Ke San Da Gen Kopitiam dan Balin Rooftop Bistro yang menjanjikan panorama bandar Sandakan yang awesome!


Balin Rooftop Bistro

- Bergerak ke Lapangan Terbang Sandakan untuk balik ke KLIA. 

- Home Sweet Home!



Semua detail akan aku ceritakan secara terperinci dalam post seterusnya. 

***

Alhamdulillah. Perjalanan sangat bermakna dan terurus dengan kelolaan Encik Syafikh dari Tourism Malaysia dan Pn. Ena dari Tourism Malaysia Sabah. Tak kurang juga layanan daripada Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourist Association. 

Terima kasih beri peluang pada kami untuk teroka kecantikan dan keunikan Negeri Sabah =)

6 comments:

Sunah Sakura said...

Kena pi sana balik kutip chenta yang tertinggal tu 😂😂

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kesian itu chenta ditinggalkan

Illa Shanahila said...

Sunah Sakura

Jom p sama-sama kak =)

Illa Shanahila said...

Seri Kandi Di Tanah Jauhar

Itulaa... kena p kutip balik. Heee

Sis Lin said...

Waaaa siap dah sekali jalan ek..Patutlah cinta tertinggal di Sabah, cepat beno updatenya hahahahaha

Illa Shanahila said...

Hahaha. Ringkasan duluan sis =)