DENGAN SENYUMAN LEBAR aku menolak pintu masuk walaupun aku
tak pasti entah apa bala yang akan aku terima kejap lagi. Sekarang ni
sebenarnya musim pelanggan buat hal.
Eh, bukan pelanggan. Produk
kami yang buat hal (masalah teknikal aje sebenarnya).
Sejak semalam dah nak berdarah
telinga aku dengan suara maki+marah dari corong telefon. Ni semua gara-gara
produk yng baru dilancarkan tu.
Elok aje kaki kanan aku
mencecah lantai, telinga yang ditutupi tudung menangkap bunyi kuat dari
belakang. Automatik kepala berpusing 45 darjah ke belakang.
Hampir
terkeluar toing toing biji mata aku bila melihat sekujur tubuh yang dah tak
sedarkan diri. Makcik tadi dah terjelopok ke atas lantai dengan barang-barang
yang dibawanya habis jatuh bersepah.
Oh tidak! Tidak…Tidak!
Jangan
cakap makcik tu pengsan! (Dah tu kau ingat dia tidur ke Diyan?)
“Makcik!”
aku menjerit tanpa sedar. Refleks! Terkejut punya pasal. Bergema terus satu level. Laju aje kaki berlari ke arah
makcik tadi. Macam mana ni? macam mana ni? Macam mana aku nak angkat makcik ni?
peluh dah mula memercik. Sungguh aku tak tahu nak buat apa. takkan tak ada
manusia pun yang nak keluar dari lif ni?
Tak ada ke?
“Makcik!
Makcik!” lama aku pandang kiri kanan sebelum cuba mengejutkan makcik tadi. Ya,
aku tahu makcik tu bukan pura-pura pengsan. Tapi aku nak juga cuba… “Makcik!”
Macam mana
ni? Boleh ke aku tinggalkan makcik ni sorang-sorang dekat luar ni? tapi kalau
aku tak tinggalkan dia, macam mana aku nak minta tolong? Wahai otak, kenapa kau
lembab pulak berfikir saat-saat genting macam ni?
Hah!
Laju tangan
menyelongkar beg tangan. cari telefon bimbit. Namun, belum sempat lagi jari
jemari aku menyentuh samsung sendiri, Nokia makcik tadi pula berbunyi.
Incoming Call
‘Abang’
Hah! Abang ni la kut yang
makcik telefon tadi!
Laju tangan aku mencapai Nokia
yang hanya beberapa sentimeter dari tempat makcik tadi pengsan. Dengan sesaat
masa aku terus menekan butang hijau.
“Abang!”
fuhhh, terasa lega dalam hati. Bagus betul ‘Abang’ ni. Waktu-waktu macam nilah
dia telefon. Waktu aku dah hilang akal dan cara nak buat apa.
Tapi…kenapa
dia diam?
“Abang!!!
Mak abang pengsan ni!” kuat aku menjerit. “Datang sini cepat!” haish ‘Abang’
ni. Boleh pulak dia tak bagi respon
aku panggil dia?
“Hah?”
Aku terdiam
dua saat bila mendengar suara garau lelaki dari hujung talian. Er… “Makcik
pengsan, datang sini cepat!” …aku panggil dia apa tadi?
“Awak ni
siapa?”
Aku terus
terdiam. haahlah! Dia siapa? Dah tu kenapa aku dengan senang jiwa aje panggil
dia…
Oh tidak! Aku panggil dia
abang? ABANG???
Aku menelan
air liur tanpa sedar. Aduhai… macam mana boleh tak perasan ni… “Datang sini
cepat, makcik tak sedarkan diri ni…” suara aku makin mengendur. Rasa cemas tadi
dah bertukar perisa…malu.”
“Sini tu
dekat mana wahai adik?”
Haish dia
ni…itu perli aku ke apa? Lagi satu, dia yang nak ambil makcik ni tadi, kan?
Takkanlah dia tak tahu mana mak dia pergi? “Bangunan KRS. Tingkat lima,”
“Adik
tunggu situ. Saya naik sekarang!” talian terus diputuskan.
Kejap, dia
cakap naik sekarang? Naik? Dia dah ada dekat bawah?
Dan…tak
sampai sepuluh saat, bunyi lif berdenting membuatkan kepala aku terus terangkat
memandang ke hadapan.
Mengharapkan
‘Abang’ datang menyelamat.
Dan ya!
Pintu lif terbuka luas dan menampakkan seorang lelaki yang aku agak sama baya
dengan aku (atau mungkin tua sikit) memaku pandang pada wajah aku. Rambutnya
yang hampir botak menampakkan wajah dia hampir sama dengan Syam pengacara
rancangan Sarapan tu. Eh, tak. Dia kurus sikit macam Wentworth
Miller pelakon pecah penjara tu!
Sangat ringkas dengan hanya
mengenakan jersi Pasukan Barcelona dan jeans
gelap. Sesaat…dua saat…
Oh,
stop it Diyan, ada orang pengsan depan kau ni! “Er…abang?”
Aku nampak
dia seakan tersedar dari sesuatu sebelum menurunkan pandangan ke lantai.
“Ya ALLAH! Mak!”
“SAYA NAK MASUK punch kad
dulu, lepas tu saya datang balik.” aku terus bangun setelah lelaki tadi
mengambil alih. Barang-barang yang bersepah aku kumpul satu persatu sebelum
meletakkan kesemuanya di hadapan dia.
Dia hanya
memandang tanpa bersuara. Terkejut agaknya. Bukan…bukan aku nak lepas tangan.
tapi kehadiran aku perlu dijaga juga. Aku tak nak gara-gara lewat elaun performance aku kena tolak. RM200 tu.
Er…nak tolong orang pun kena pakai banyak
alasan ke?
“Nah!” telefon
bimbit makcik tadi bertukar tangan. aku menoleh pula ke arah ibunya yang pucat tak sedarkan diri.
Kesian makcik ni. nampak sangat tak sihat. Makcik ni kerja dekat sini ke?
Tapi tak
pernah nampak pun.
“Er, boleh
tolong saya angkat barang-barang ni?” teragak-agak dia bertanya. Spontan aku
memandang ke arah barang-barang yang aku kutip tadi. ya. Memang banyak. Ada beg
sederhana besar. Ada plastik buah-buahan. Ada juga sebotol air mineral.
Sah-sahlah
dia tak boleh nak angkat barang-barang ni engan mak dia sekaligus.
Perlahan-lahan
aku mengangguk. Memang aku nak tolong pun. tapi masalahnya sekarang aku kena
masuk dulu.
“Boleh,
boleh. Tapi saya kena masuk dulu.” aku memandang dia yang masih cuba untuk
mengangkat makcik tadi. mana semua orang? Takkan tak ada seorang pun yang
berkeliaran dekat sini?
“Kejap eh.
Saya masuk punch kad dulu. lepas ni
saya keluar balik.” jangan risau bang. Saya janji akan keluar balik. takkanlah
saya nak tinggal abang dengan makcik macam tu je.
Dia
memandang lama sebelum mengangguk.
“Nanti saya
datang balik. sorry!” aku terus
berlari meninggalkan ‘abang’ tadi dengan mak dia. kalau nak ikutkan jam aku,
lagi seminit tepat jam 8.30. Aku kena cepat. Lepas tu bolehlah aku minta half day dengan Team Leader.
Sekali lagi
aku melayangkan kad putih ke arah pengimbas. Pintu kaca terus aku tolak setelah
kad aku diterima. Sempat juga aku buat walkathon sehingga ke pintu masuk
bahagian call centre. Serentak itu
mata aku menyapu beberapa manusia yang sudahpun memaku punggung di meja
masing-masing.
“Diyan!”
Suara Hada terus menyapa
telinga sebaik sahaja pintu kaca kedua aku buka. Mata terus menangkap susuk
tubuh yang sedikit gempal yang berjalan mendekati aku. rambut ekor kudanya
bergerak ke kiri dan ke kanan mengikut langkah kaki dia yang laju.
Hah! Boleh
minta tolong Hada panggilkan siapa-siapa untuk tolong…
“Kau pergi
mana? Encik Razif cari kau dari tadi!”
…makcik…hah?
“Report semalam mana report?” Hada menghulurkan tangan kanan,
meminta. “Jangan kata kau tertinggal. Mati kita nanti.”
Report? Oh! Laporan pelanggan yang aku
dengan Hada buat semalam. Kes tak dapat guna produk kami walaupun diorang dah
tunggu 24 jam selepas pendaftaran.
Bukan
seorang, hampir dua puluh orang! Nak cair jugak telinga kami dekat bahagian call centre ni nak menjawab. Teknikal
punya masalah, kami jugak yang kena jawab. Haish. Pelanggan pun kena lah faham.
Nama pun produk baru. Kira logiklah kalau ada kekurangan dekat mana-mana.
Bukan ke
kami ada buat pakej pengembalian wang kalau tak berpuas hati?
Heh.
“Ada…aku
bawak.” Laju aku menyelongkar beg tangan, mengeluarkan beberapa helai kertas
yang baru aje aku print malam tadi. Nak selesaikan dekat pejabat semalam tak
sempat. Nak keluar ‘dating’ dengan
Fadz punya pasal.
Pengikat
kata disitu sebab mama pun ikut sekali. (Kena paksa dengan mama sebenarnya).
“Fuh!” aku
nampak Hada menarik nafas lega. Ya. Memang dia lega. Kalau laporan tu kami tak
hantar hari ni, mahunya dua puluh orang pelanggan yang tak puas hati tu datang
serang pejabat kami. Heh.
“Jom. Dah
nak mula ni.”
Mula?
“Bak sini report tu. Aku nak fotostat bagi dekat
semua Team Manager dalam mesyuarat
kejap lagi.”
Mesyuarat!
Aduhai. Lupa pulak aku kena masuk mesyuarat.
“Nah.”
Laporan pelanggan bertukar tangan. “Semua dah ada ke?”
Hada
mengangguk laju. “Dah, semua dah ada dalam tu. aku keluar ni pun sebab nak cari
kau.”
Oh no.
Matilah aku. “Mula pukul lapan setengah, kan?”
Hada
mengangguk sambil mengangkat tangan kanan, mengerling ke arah jam Alba dia. “Yup. Just…in time.”
Okay Diyan.
Inilah masanya kau tunjukkan segala bakat terpendam kau.
Ini juga masanya kau keluarkan
segala isi idea daripada kepala. Mana tahu ada rezeki naik pangkat. Kau pun dah
lama jadi kuli jawab telefon. Heh.
Bibir perlahan-lahan mencipta
senyum lebar. “OK, jom. Aku simpan beg dulu.”
FUH. AKHIRNYA SEGALA kesulitan produk baru tu selesai juga.
Wang kesemua pelanggan yang menghadapi masalah dah pun dikembalikan dengan
jayanya. Troubleshoot dah buat. Kaji selidik dah berjaya. Lepas ni engineer
pulak yang ambil alih kerja.
Sedar tak sedar, lapan jam di pejabat sudahpun berlalu. Awal-awal lagi aku tolak pelawaan Fadz
untuk balik sekali. Kalau dah rumah dia dekat kutub utara, rumah aku dekat
kutub selatan, takkan lah aku dengan sesenang jiwa nak suruh dia hantar balik,
kan?
Tapi leceh sungguh. Ada lesen
dalam purse, lesen motosikal. Lesen L
pulak tu. Nak main terjah aje bawa motosikal, dah kena perintah berkurung. Ini
semua gara-gara aku kemalangan teruk beberapa bulan lepas. Alah, aku accident
dulu pun buka sebab aku yang duit. Pemandu Mini
Cooper tu yang kurang tatanegara.
Bawa kereta mahal nak main
langgar LC aku la? Heh. Sebabkan Mini
Cooper tu lah Fadzril terus haramkan aku motosikal untuk aku. Mama pulak
satu. Sokong sangatlah bakal menantu kesayangan dia tu.
Bawa
motosikal bahaya la…
Perempuan
tak manis bila bawa motosikal la…
Dah tu,
mama jugak yang dengan senang jiwa hantar aku masuk kelas memanda B2 dulu. Haish.
Besar
sungguh pengaruh Fadzril Hakim dalam hidup mama hinggakan hidup aku sekali dah
terpengaruh sama.
OK, baik. Tak
bagi aku bawa motosikal, bukannya nak beli kereta sebiji bagi aku (ya…ya. Aku
tahu aku tak ada lesen). Kalau bagi aku kereta, tak adalah aku menyiksa kaki
sendiri jalan kaki petang-petang macam ni.
Haih.
Rumah flat
aku yang rasanya tak sampai pun satu kilometer dari stesen LRT terasa sangat
jauh. Baju aku yang wangi sepanjang hari dah pun tercemar dengan
habuk+asap+peluh. Aduhai. Teksi pulak satu.
Kalau kurang 1 kilometer memang diorang tak nak terima ke? Ataupun
pemandu teksi malas nak meredah jammed sepanjang jalan nak masuk ke rumah aku
tu?
Aku bayar
la weh!
“Adik
manis!”
Spontan aku
buat muka sambil menambah kelajuan kaki berjalan. Inilah yang aku tak berapa
nak gemar. Dekat-dekat maghrib macam ni memang banyak mamat warga asing yang
berkeliaran dekat kawasan rumah aku ni. Aku sekarang ni pun buat-buat berani
aje. Dibuatnya kena kejar, memang tak cukup kakilah aku nak lari.
“Mahu abang
teman?”
Aaargh!
Karang melayang tangan aku ni karang. Pergi jauh-jauh la brader. Kaki aku dah
sakit ni, karang tiba-tiba melayang tak tahu…
Tanpa
berpaling aku terus mengenggam erat beg tangan di bahu dah terus berjalan ke
hadapan. Suara ketawa kedengaran sayup-sayup dari belakang, kurang asam garam
sungguh. Apa? pelik ke kalau perempuan melayu+ayu+comel-comel macam aku ni
jalan kaki balik kerja?
Pelik ke?
(Peliklah
kut sebab dekat kawasan aku ni mana ada dah perempuan lain yang jalan kaki).
Aku menarik
nafas lega bila melihat lelaki tadi masih berdiri di tempatnya tadi. dibuatnya
dia ikut aku sampai rumah, naya je. Perlahan-lahan aku menoleh ke kiri.
Beberapa buah kereta masih beratur menunggu giliran untuk melepasi lampu
isyarat. Peh.
Tak
bergerak!
Rasanya
rapid tadi dah ada dekat depan waktu aku turun dari stesen. ini dah sama jauh
dengan aku yang jalan kaki. Heh.
Wahai
manusia-manusia yang berjalan kaki, turunlah dari rapid sekarang, pastinya
perjalanan kamu lebih cepat. Haha!
“Hoi!
Tepilah!”
Kaki aku
terus terkaku terpaku pada bumi. Terasa nafas semput tiba-tiba. Sikit lagi!
Sikit lagi
motosikal tadi nak langgar aku. macam mana aku boleh terbabas masuk jalan raya
ni!
Haish,
berangan kau Diyan! Naik ke bahu jalan la….
“Sorry
bang!” aku cuba mencipta senyum setelah terasa nafas kembali normal. Mahunya
tak terkejut bila motosikal abang ni tiba-tiba brek mengejut depan mata.
“Nak jalan
tu tepi sikit! kena langgar aku jugak yang susah!” habis aje apa yang dia nak
cakap, abang yang bermisai lentik tadi terus memecut laju membelah jalan. Aku
agak dia pun turut sama terkejut macam aku.
Maaflah
bang, berangan punya pasal, tak perasan dah terbabas masuk jalan raya. Ini
semua kes nak berlagak jalan kaki lagi laju dari bas. Heh.
Bang…Abang…
Oh no!
Aku lupa
nak keluar balik tolong ‘abang’ tu!
****
6 comments:
aduhai... camna boleh lupa ni... kesian kat 'ABANG' dan makcik tu. huhu
Aduh diyan what happened...you broke your promise....not a good start...
sapa mkcik n 'abang' tu?
aiyo...sian 'abang' tu..mesti dia tggu lama kat luar tu
oh no....
cite ni sgt best.......
nxt plss....
hahaha... dah baik baru teringat kt 'abang' ya....
Post a Comment