[3]
PELUH MAKIN membasahi baju. Rimas, panas, kotor. Semua aku
rasa. Asap-asap kenderaan mula menempek ke muka. habislah. Balik nanti mahunya
aku pekena skrub aprikot satu inci ni.
Heh.
Bangunan
tujuh tingkat yang sudah dijamah mata aku pandang kosong. Perlahan-lahan aku
pejamkan mata beberapa saat dengan kaki yang masih melangkah dengan satu
harapan.
Harapan
supaya pintu rumah aku muncul depan mata.
…dan aku
kembali membuka mata.
Sama. Jarak
rumah aku tetap sama. In fact, aku rasa lebih jauh dari biasa.
Kaki yang hanya berlapik kasut
flat jenama X mula terasa lenguh. Aduhai. Kenapa terasa jauh sungguh rumah aku
hari ni?
Ya, jauh.
Jauh macam rumah aku dah
bergerak setengah kilometer jauh dari tempat asal.
Walaupun aku tahu itu semua tak
mungkin melainkan aku sekarang duk dalam
Twilight Zone (mentang-mentanglah dah
nak masuk waktu maghrib).
Sebuah lori tiba-tiba menderum
laju tepat di hadapan aku. asap kelabu+hitam mula terbebas ke udara.
Mana nak jaga muka elok-elok
kalau macam ni? habis terkena kuman-kuman degil dan natijahnya, segala
jerawat-jerawat kecil dah mula membiak beramai-ramai dekat muka.
Kalau aplikasi kertas pasir
boleh diguna pakai pada wajah aku yang agak cun ini kan bagus.
Serta merta tangan menjalar ke
muka…dahi…tempat banyak anak-anak jerawat yang baru nak merebak. Tapi tak lama.
jari telunjuk yang mula gatal untuk melaksanakan kerja yang satu itu terus
kembali ditarik kesisi.
Kuku kau tu punyalah banyak
bakteria.
Jangan nak picit jerawat tu.
Jangan.
Tinggal parut nanti kau jugak
yang susah.
Susah…
Abang tadi pun mesti susah,
kan?
Ya, aku tahu aku salah. Tapi
rasanya abang tu tak perlukan kot pertolongan aku, kan? Mungkin ramai je
manusia yang lalulalang setelah aku berlari masuk ke dalam ofis pagi tadi.
Mungkin
juga abang tu dengan gagah perkasanya angkat mak dia dan branag-barang tu
sekali masuk ke dalam kereta.
Kan?
Jadi
pertolongan aku memang tak diperlukan la, kan?
Aduhai.
Mintak-mintaklah semua okay je. Memang sungguh aku lupa.
Dan sedar tak sedar, kaki sudahpun
melangkah masuk ke dalam rumah. akhirnya, habis juga azab aku dekat jalan raya
melalui macam-macam benda sepanjang jalan.
Kalau nak
dikira, ini bukannya kali pertama aku jalan kaki dari LRT. Dah berzilion kali
dah rasanya. tapi entah kenapa baru kali ini aku terasa azab dia.
Ataupun
mungkin sebab aku dah buat salah dekat ‘abang’ tadi?
“Aih,
monyok?”
Kasut pada
kaki kiri yang masih belum di buka aku tolak keluar menggunakan kaki kanan.
sesaat masa, kasut tadi terus tersadai di hadapan pintu. Tak terasa nak angkat
ke rak. Malas. “Hmm,” aku menjawab malas tanpa memandang. Murni yang hanya
berbaju kelawar santai di hadapan TV menunggu drama Love You Mr. Arrogant.
Tak ada
benda lain, tunggu Azlee Khairi la tu. heh. (betul ke tu nama dia?)
“Kenapa? Customer buat hal?” tanya Murni lagi
tanpa berpaling. Mug Upin Ipin dibawa ke mulut. Nescafe. Tak syak lagi.
Aku menarik
nafas perlahan sebelum menutup rapat pintu utama. “Tak, harini tak ada
masalah.” Beg tangan yang dah terasa berat gila gaya ada setongkol batu bata
aku letakkan ke atas meja kopi. Sesaat kemudian, punggung pula mencecah sofa,
sebelah Murni. Fuhh. Hilang terus lenguh.
“Dah tu?”
mug diletakkan ke atas meja. Bau aroma nescafe mula menjamah hidung. “Jangan
cakap kau jalan kaki lagi?” Murni berpaling, tak percaya.
Mata dia
yang mula seperto biji guli aku padang sesaat.
“Fadz tak
hantar kau ke? Tak patut betul!”
“Aku yang
tak naklah.”
Murni
mencebik. Tak puas hati. Dia pun tahu rasa penatnya mengatur kaki jalan dari
stesen LRT. Ya. Dia tahu. sangat. “Takkanlah kau tak nak dia tak berkeras.
Takkanlah dia tak risau langsung kau jalan jauh macam ni.”
Murni.
Sebijik
macam mama. Ya. Langsung tak ubah. Dah gaya macam kakak sulung aku.
“Aku tak
kisahlah. Lagipun jauh pulak dia nak patah balik rumah dia tu.” ya. Betul itu
alasan kedua sebenarnya. Alasan pertama, aku taknak terhutang budi banyak
sangat.
Payah kalau
dah berhutang bab-bab budi ni. Cara bayar balik dia payah sikit.
Kadang-kadang
boleh menyebabkan hati dan perasaan. Aku tak nak terhutang budi dengan sesiapa…walaupun
dengan dia. Fadzril Hakim.
Aku menarik
nafas panjang sebelum bingkas dari sofa. Tubuh yang melekit membuatkan aku
sikitpun rasa tak selesa walaupun untuk seminit masa. “Aku nak mandi,” beg
tangan aku capai dari meja sebelum melangkah ke bilik sendiri. “Nanti kau
cerita apa jadi dekat Zara tu.”
“Tak nak
tengok ke?” kening Murni terangkat tinggi tanda pelik. Iyalah. Selalunya memang
setiap hati aku memang tak akan ghaib dari sofa bila cerita ni mula.
Tapi harini, sungguh. Badan
melekit perlu discrub kasi mulus
tulus. “I really need a shower.”
OKAY. AKU RASA aku dah terkena tulah.
Ya.
Tulah. Atau
dalam bahasa mudahnya, perbuatan aku sebelum ni dah termakan diri sendiri.
Aku agak,
inilah balasannya bila aku lupa nak tolong makcik semalam.
Ini.
Kes baru
yang membuatkan jantung aku hampir luruh jatuh bergolek ke lantai. Macam mana
boleh jadi macam ni sebenarnya? Bukan ke segala senarai nama pembeli yang ada
masalah semalam elok aje ada dekat atas meja aku. kan?
“Kau bawak
balik, tak?” soal Hada. Untuk ke seratus kali. padahal aku dah cakap yang aku
dengan pastinya tinggal dekat atas meja semalam.
Ya, pasti
sangat.
Tapi dia
masih ulang soalan yang sama dengan harapan aku akan jawab, ‘Oh ya! Aku lupa.
Senarai nama tu ada dalam bilik aku!’
Tapi tak.
Memang aku
tinggal dekat pejabat.
…dan aku
hanya mampu menggeleng, menjawab soalan Hada.
“Macam mana
ni? duit semua dah kasi. Senarai nama pulak hilang. Kau ada simpan dalam excel,
tak?”
Sekali lagi
aku menggeleng. Seingat aku, memang aku buat dan simpan dalam folder komputer. Tapi, tak ada.
Ataupun aku
memang terlupa nak tekan butang ‘save’
tak? Haish Diyan, bila lah penyakit pelupa kau ni nak hilang? “Macam mana ni,
Hada?” berkali-kali aku menelan air liur.
Wajah Hada
turut sama pucat. Tak tahu nak jawab apa dekat orang atasan sebenarnya. Macam
mana senarai nama yang sangat penting tu boleh hilang? Dahlah duit semua dah
kembalikan.
“Report semalam mana? Kan ada letak
senarai nama dekat situ?”
“Hah!” aku
tepuk dahi sendiri. Betullah. Report semalam! Nasib baik. Nasib baik!
Kalau tak
entah apalah yang akan jadi pada aku nanti. Mahunya aku kena ganti semua duit
yang dah syarikat keluarkan untuk bayar balik tu.
“Ada dekat Team Manager, kan?”
“Encik
Ganesh?” soalan Hada aku jawab dengan soalan. Kenapa dah sampai ke tangan En.
Ganesh pulak? Bukan ke semalam report
tu masih elok dekat tangan Fadz?
“Iya. Aku
nampak dia yang bawa balik habis mesyuarat semalam.”
Hadui. Kena
minta dengan En. Ganesh pulak dah. Apa alasan yang aku nak bagi? Lupa nak save?
Pendrive hilang? Kena virus? Ataupun senarai nama saya tertinggal dekat rumah?
Kalau aku
ni masih pegang gelaran budak uni, bolehlah aku goreng lecturer dengan alasan
tu.
Tapi
sekarang ni…
Haih, mana
hilang senarai nama tu sebenarnya!
“Aku ke
yang kena mintak?” aku pandang Hada dengan segunung harapan. Harapan supaya dia
melangkah ke hadapan, memegang bahu aku sambil berkata, ‘It’s okay. aku akan
buat demi kau.’
Heh.
Mimpi je.
…dan
betullah sangkaan aku. Hada mengangguk berkali-kali tanda ‘ya’.
“Kau tahu
kan, aku dengan En Ganesh macam mana?”
Aku
mengeluh lagi. Hada dengan En. Ganesh pun satu. Kisah zaman Tuk Kaduk tu
biarlah berlalu jadi sejarah. Ini nak campur tolak bahagi masuk dalam pejabat
kenapa.
En Ganesh
pun kenalah faham, Hada dah ada pilihan hati sendiri pun waktu dia tiba-tiba
melamar dulu.
Mahunya
Hada tak tolak mentah-mentah.
“Aku
takutlah Hada…” baru aje berangan nak dinaikkan pangkat. Kalau En Ganesh tahu
aku dah hilangkan benda penting ni, 90 peratus aku yakin dia takkan offer aku
apa-apa jawatan pun.
Sampai ke
tualah kerja aku menjawab panggilan.
“You have to. Baik kau minta cepat
sebelum dia campak report tu entah kemana-mana. Kau bukan tak tahu bilik dia tu
dah penuh dengan segala jenis report.”
Spontan aku menjeling ke arah
pintu bilik En Ganesh yang kami panggil akuarium tu. apa taknya, depan belakang
kiri kanan, berdindingkan cermin kaca.
“Wish
you luck!”
Haish Hada.
Kalaulah betul tuah tu wujud…
AIR LIUR AKU telan beberapa kali. sikitpun aku tak berani
memandang wajah hitam manis di hadapan. takut. Malu. Semua ada.
Benda kecil macam ni pun aku
boleh buat silap. Memang patut pun aku jadi kuli sepanjang hayat.
Dalam takut-takut, aku
beranikan juga mencuri pandang ke arah En Ganesh yang mencerun memandang anak
mata aku. apa yang dia nak marah sangat entah.
Ya, ini salah aku. dah rasanya
tak ada sikitpun effect pada dia pun. aku Cuma nak pinjam report semalam, pergi
fotostat dan bagi dia balik.
Itu aje.
Takkanlah pasal aku ni kawan
Hada, dia nak boikot aku sama. Tak patutlah macam tu.
“macam mana boleh hilang?”
Aku kembali
tunduk mencari jari disebalik kasut yang aku pakai. Tapi tak jumpa. Sebab aku
pakai kasut tertutup.
Heh.
“I dah lupa
I taruk mana itu report.” Suara En. Ganesh menurun satu tangga. “You cari sana.
Cari sampai jumpa if you are lucky.” Jari telunjuknya tepat pada timbunan
report di dalam empat kotak berasingan.
Mati aku.
Takkanlah
aku kena habiskan waktu rehat aku semata-mata nak cari laporan yang dia ambil
semalam? Encik Ganeshwaran, report tu baru aje semalam you ambil dari kami.
Takkanlah you dah humban dalam gunung kertas ni?
Haish.
“I tak tau
macam mana you buat kerja. Itu senarai penting pun you boleh kasi hilang.”
Tangan
kanan mula mencari laporan setebal setengah inci yang aku buat semalam sambil
telinga menjaman suara garau En. Ganesh. Paku dulang paku serpih la encik.
Senarai tu
memang sah-sah aku letak atas meja sebelum balik semalam. Yang encik ni pergi
lempar laporan tu masih dalam timbunan segala jadah report ni, tak apa pulak?
“Kalau
macam ini kerja you, I pun tak tahu nak kata apa. You kena ikut itu Fadzril
punya kerja. Teratur. Baik punya budak.” En. Ganesh masih lagi membebel, tanpa
memandang. Dua tangannya sibuk menekan kekunci komputer. Menaip sesuatu.
Aku yang
terbongkok-bongkok mula bertinggung. Sakit pinggang mencari laporan yang satu
tu. sudah…masuk bab Fadzril pulak dah…
“Diyan, you
ada jumpa ka?”
Aku
mengangkat kepala, berpaling ke belakang memandang dia yang bertanya sebelum
menggeleng beberapa kali. patutnya aku kena tampal poster 5S besar-besar dekat
bilik En. Ganesh ni. biar dia tahu apa makna 5S tu.
“Belum
lagi.” sedaya upaya aku mencipta senyum.
“You cari
lagi. sampai jumpa. Aiyoo, you tak patut kasi hilang itu nama.” Aku melihat En.
Ganesh menggeleng beberapa kali sebelum kembali menatap skrin komputer.
Wahai
encik, saya punya hilang encik nampak. Encik punya hilang, tutup mata pulak?
Haish.
Hampir lima
belas minit, pencarian aku berakhir juga. Terus aku bingkas berdiri sambil
memegang report tadi dengan tangan kiri. Belakang tangan kanan aku bawa ke
pinggang. Lenguh!
“Encik, I
pinjam ini. Nanti I hantar balik.”
“Ya…ya…you can go. Jangan kasi hilang pulak itu
report.”
Aku sengih
sesaat sebelum menutup pintu bilik dia, rapat. Ya, I takkan kasi hilang. Tapi
encik, boleh bagitahu tak bila birthday you? I nak kasi poster 5S besar-besar.
Heh.
MASA INILAH KAU nak rosak, wahai mesin fotostat!
Aduhai.
Siapa? Siapa yang nak kenakan
aku hari ni sebenarnya? Aku patut tepuk bahu dia kuat-kuat sambil jerit, ‘Ya,
kau dah berjaya susahkah hari aku!’
Tak pasal-pasal aku terpaksa
turun pergi kedai gambar depan pejabat. sebesar-besar bangunan pejabat ni,
takkan tingkat aku aje yang ada mesin fotostat?
Eh?
Betul
jugak! Kenapalah aku tak terfikir nak naik tingkat atas, guna mesin dekat sana.
Sikit lagi
aku nak tepuk dahi sendiri. Kedai gambar yang berwarna kuning jingga itu aku
pandang dengan setinggi harapan. Janganlah pekedai tu cakap yang mesin fotostat
dia pun rosak hari ni.
It can’t be…
“Oh mak
kau!”
Tak sampai
seratus meter pun dari pintu masuk kedai gambar, aku sudahpun terjelopok jatuh
di atas jalan tar. Laporan yang aku pegang tadi sudahpun terlepas dari
genggaman, jatuh ke dalam lopak air tak jauh dari tempat aku terduduk.
“Dik, okay
ke?”
Aku
mengangkat muka dengan wajah berkerut, menahan sakit. Kenapa waktu ini jugak
aku nak terpeleot? Kenapa waktu ini
jugak ada lopak air dekat tengah-tengah jalan ni…
“Okay ke?”
sekali lagi pakcik yang aku agak sebaya dengan Paksu Shah menyoal. Wajahnya
turut berkerut, gaya macam dia juga merasa sakit yang aku rasa.
Sungguhlah
aku terkena tulah. mana boleh segala benda malang terjadi pada waktu yang sama?
Perlahan-lahan
aku cuba berdiri sebelum mencapai kertas yang dah separuh basah. Aku kena
cepat…
“Pakai lagi
kasut tinggi melangit,”
…nanti tak
sempat makan pulak. Eh?
“Biar aje
pakngah. Diorang ni ingat cantik agaknya pakai kasut tinggi, jalan macam tu.”
Aku terdiam
mendengar ayat pertama tadi. sekali lagi aku mengangkat muka. ini…
“Abang…”
Abang!
“Apa pulak
kata macam tu. Orang jatuh tu…” lelaki seusia paksu tadi mula berubah nada.
Gaya ayah marah anak pun ada. Aku hanya diam memerhati. ‘Abang’ yang berkemeja
merah gelap memandang aku tanpa berkelip. Pakcik di sebelahnya pun sama. Apa?
Diorang tak pernah nampak
perempuan ayu macam aku jatuh ke?
Dan, apa pulak ‘Abang’ tu buat
dekat sini?
“Tak reti
pakai, jangan pakai. Tahu nak cantik aje, jalan macam robot tak kira. Dah jatuh
tu, padan la dengan muka.”
Eh eh.
Sempat pulak dia buat pantun tiga kerat.
Ini kira
nak balas dendam pasal aku lupa janji aku semalam ke apa? tak patut betul nak
ungkit pun, tunggulah waktu aku elok sikit. Lutut aku tengah sakit bahana jatuh
tadi masih mencengkam jiwa, tahu?
“Abang…”
sekali lagi pakcik tadi menegur sambil menggeleng.
Aku menarik
nafas dalam-dalam sebelum berusaha untuk berdiri tegak. Kasut yang aku agak dah
rosak dek jalan tar yang hitam kelabu itu aku buat tak endah. Perlahan-lahan
aku sapu debu pada seluar.
Report yang dikutip dari lopak air tadi
aku pegang kemas. Sabar Diyan, sabar. kau pekakkan aje telinga, masuk kedai, fotostat,
naik ofis. Done.
Yes, done!
Abaikan sahaja
suara-suara…
“Dah tahu
nak pergi kerja kena jalan sana-sini, pakai jugak kasut yang menyiksa diri.”
…sumbang
yang menegur…
Telinga yang tersembunyi elok
di sebalik tudung tiba-tiba terasa panas. Aku memberanikan diri memandang dia
yang tersenyum sinis di sebelah pakcik tadi. report di tangan aku genggam kemas sehingga berkedut.
“Ali Naim…”
sekali lagi pakcik tadi memberi amaran. Okay. nama dia Ali Naim. Bukan Abang.
Aku nampak
pakngah dia memandang kami bersilih ganti. Ya, aku tahu dia sendiri tak tahu
apa sebenarnya yang terjadi.
Aku menarik nafas dalam-dalam.
Cuba untuk bertenang. “Apa masalah sebenarnya ni?”
“Masalah
saya, awak!” [3]

sekali lagi pakcik tadi memberi amaran. Okay. Nama dia Ali Naim. Bukan Abang.
Aku nampak
pakngah dia memandang kami bersilih ganti. Ya, aku tahu dia sendiri tak tahu
apa sebenarnya yang terjadi.
Aku menarik nafas dalam-dalam.
Cuba untuk bertenang. “Apa masalah sebenarnya ni?”
“Masalah
saya, awak!”
6 comments:
adoi..jmpe balik...kes dendam sbb x tlg smlm tu ya.
Lagi lagi nak lagi. Wah suspen ni ila
Best2. Lps tu apa ya?
best...wah! illa dah mula wat cliff hanging ni..suspen lol
besttt gilerrrr
masalah saya..... suka hati saya lah nk kata apa......
hahahaha
best
best
best
Kasihannya dia ... banyak sangat masalah yang kena dihadapi.... kena banyak bersabar tu.... bestttt
Post a Comment