LAMA.
Lama aku
meneliti setiap inci wajah yang terpapar pada ruang retina mata. Anak mata dia
yang sepet gaya Nomad penyanyi tu membuatkan jantung aku terhenti sesaat.
No, dua saat sebenarnya…
Aku pernah
berangan nak dapat suami macam dia dulu. Waktu zaman belajar dekat universiti
(zaman belajar pun duk beragan tak habis). Jenis yang ada janggut dejemput
dekat dagu. Dan mata sepet gaya ada genetik cina. Satu je yang potong. Apa la
yang dia fikir waktu nak botakkan kepala.
Gaya macam
budak PLKN pun ada. Cuma dalam versi tua sikit.
Tapi yang sedihnya, sampai
habis belajar pun aku tak jumpa. Kalau ada pun, semua dah pegang title teman lelaki orang ataupun tunang
orang.
Waktu itu
baru aku sedar sendiri. Orang yang ada rupa semua dah jadi orang punyalah.
Mana ada
yang single lagi.
Eh.
Diyan!
Bangun!. Apa kau buat ni?
Yang kau
selamba bomba renung anak teruna orang ni dah kenapa! Oh no…
Automatik
aku berdehem beberapa kali sebelum mengalihkan pandangan ke kedai gambar. Cover Diyan, cover! Malulah kalau dia
tahu kau renung dia…
…dan anak
mata aku tanpa sedar kembali semula pada wajah di hadapan. memandang tanpa
perasaan. “Apa pulak saya?” soal aku laju.
Kenapa entah
tiba-tiba nak sound aku. Yang pakai
kasut tumit tinggi, aku. Yang jatuh, aku.
Yang kena
buat salinan senarai ni, aku!
“Otak dalam
poket tu, sila letak sini wahai adik manis,”
Aku menurut
jari telunjuknya bergerak dari poket slack
hitam aku sampailah ke kepala dia. kejap.
Apa maksud
dia?
Nak cakap
aku tak ada otak? Ini dah nama kurang ajar…
“Okay, dah
letak? Then, fikir sendiri!” dia
mencebik sesaat sebelum berpusing ke belakang. Lelaki di sebelahnya dipandang
sekilas sebelum dia membuka langkah. “Jom pak ngah. Lambat pulak nak jenguk mak
nanti.”
“Ali…”
sekali lagi keras amaran dari pakngah dia.
Mungkin
pakngah dia malu dapat anak buah yang kurang tatasusila agaknya. Kalau aku ni
‘makcik’ dia pun aku malu. Sia-sia je hantar sekolah tadika kecik-kecik dulu.
dah besar boleh pulak lupa tatasusila. Heh.
“Encik Ali,
sekarang ni awak cakap aje. Apa sebenarnya masalah awak ni? apa pulak kena
mengena dengan saya?” sungguhlah aku tak puas hati. Tiba-tiba je dia nak…
Langkah dia
terhenti sebelum berpaling ke belakang. Memandang tepat ke arah anak mata aku.
“Adik manis, dekat sekolah dulu ada ajar tak pasal janji? Ataupun nak saya
ajarkan?”
…dan terus
aku terdiam.
Mulut yang
ternganga hanya mampu memandang dua susuk tubuk yang meninggalkan aku yang
masih tegak berdiri di situ. Satu pun perkataan tak mampu keluar dari
kerongkong walaupun hati nak aje jerit ‘Saya minta maaf banyak-banyak
berjuta-juta kali.’
Air liur yang ditelan terasa
kelat kemain. Ya. Aku tahu aku salah. Aku tahu…
AKHIRNYA, selesai jugak kerja aku untuk hari ni. Dah selamat
pun setiap senarai nama aku buat salinan. Sungguhlah. Lain kali peka sikit
wahai Diyan. Peka. Macam mana boleh senarai tu hilang dari meja?
“Diyan!”
Baru aje
aku melangkah turun dari anak tanggan pertama, suara garau dari belakang
menegur perlahan. Fadzril Hakim.
“Wait,” laju dia menuruni anak tangga,
menyaing. “I hantar…”
“Tak
payahlah.” Ayat biasa. Cliché. Ya, aku tahu dia bakal tunang aku. BAKAL. Itu
bukan bermakna dia boleh buat aku suka-suka hati. Baru bakal tunang. Bukan bakal suami.
Dan, ya.
Aku tahu. aku tahu aku nampak macam terpaksa terima dia.
Hakikatnya
memang aku terpaksa. Sebab mama.
Apalah yang
dia sogok mama agaknya. Minat sangat mama dengan dia. Kalah artis lelaki dalam
TV tu.
“I insist. Kita pergi beli cincin sekali.” dia menyambung.
Spontan
mulut aku ternganga tanpa dipinta. Beli. Cincin?
“I taknak
tunggu ataupun tangguh lagi,” dia mencipta senyum segaris sebelum melangkah
turun ke tempat petak parkir. “Jom.”
Macam mana
ni? serius dia nak beli cincin sekarang? Oh no. dan, lepas kami dah bertunang,
sampai bila pun aku tak boleh nak putuskan pertunangan dengan dia! (Okay, okay.
aku tahu aku salah).
Mama mesti
kejar aku dengan parang kalau dia tahu aku ada niat macam ni. Aduhai…fikir
Diyan, fikir!
“Kejap!”
suara aku terlepas juga. Kuat. Kaki Fadzril terus terhenti sebelum berpusing ke
belakang, memandang tepat ke arah anak mata aku.
Aku menarik
nafas beberapa kali, mengumpul kekuatan (lebih pada mencari idea sebenarnya).
Apa alasan
aku nak bagi ni?
“Kita beli
lain kali la. Tak cepat sangat ke. Lagipun nanti kalau jari saya tiba-tiba jadi
gemuk ke, ha. Tak muat cincin tu nanti.”
Okay, aku
tahu itu alasan tak logik.
Tapi apa
yang aku boleh buat? Itu aje idea yang ‘pop
out’ dalam kepala.
Dan,
seperti yang aku agak, dahi Fadzril berkerut lebat. aku tahu dia sendiri pun
tak boleh terima alasan aku.
Please
Fadz, please. Buy it. Please….
“Takkan
dalam masa dua minggu jari you boleh jadi gemuk?”
…what?
“Kita beli
sekarang, dua minggu lagi I dah janji dengan mama you nak bawa ibu I, masuk
meminang.”
…oh no!
“Kenapa?”
Rahang
kembali ditarik ke tempat sepatutnya. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum
cuba mencipta senyum kepada Fadzri yang masih memandang. Perlahan-lahan aku
melangkah turun mendekati dia yang sudahpun berasa tak jauh dari petak parkir.
“Macam ni,”
Dan mata
Fadzril masuk memaku pada aku. menunggu ayat seterusnya.
“I kena
balik awal hari ni. Dah janji dengan nak keluar dengan Murni malam ni. Hari ni
harijadi dia.” aku mendengar diri sendiri menyusun perkataan. Sikit lagi tangan
kanan aku nak naik ke kepala. Ketuk diri sendiri sebab menipu.
Aku terpaksa!
Aku perlu masa. Takkan dah nak tunang? Hati budi dia pun aku belum kenal lagi.
“La,
cakaplah awal-awal.”
…dan terus
aku menarik nafas lega. Segala yang terbuku dalam kepala dah terlerai satu
persatu.
“Mati-mati
I ingatkan you nak lambatkan pertunangan kita.” Fadzril menyambung lagi sebelum
menekan kunci kereta. Bunyi ‘tit’ kedengaran sebelum dia membuka pintu tempat
duduk pemandu.
Aku hanya
mampu tersenyum bersalah. Air liur yang ditelan terasa sungguh pahit. Sepahit
kebenaran yang diteka Fadzril tadi. Kalaulah dia tahu…
“Kalau
macam tu jom, I hantarkan. You jangan nak buat alasan takut I penat.”
Pulak dah…“Eh, it’s okay. I boleh balik sendiri, macam
biasa.”
“Kata nak
balik awal. Kalau you balik sendiri entah pukul berapa baru sampai rumah.”
Kali ni aku
terasa nak cubit paha sendiri kuat-kuat. Padan muka. alasan dah termakan diri
sendiri. “Okay.” Nak tak nak, aku gagahkan juga kaki untuk melangkah masuk ke
dalam kereta dia.
Tak banyak
benda pun yang jadi topik perbualan. Fadzril sebenarnya lebih senang fokus pada
jalan raya. Hanya kadang-kadang dia bertanya itu-ini. Macam biasa.
Tak sampai
pun 45 minit, kereta Fadzril sudahpun selamat masuk ke dalam kawasan flat aku.
Dia melakar senyum sesaat sebelum membuka kunci.
“Thanks.”
“Tak ada
hal pun. Sungguh ni. kalau you nak I hantar tiap-tiap hari pun I tak kisah.”
“Fadz…”
sebenarnya dah banyak kali aku jawab persoalan dia ni.
Aku nampak
dia mengeluh nipis sebelum membuka mulut, “Iyalah. I tahu.”
Pintu yang
tak berkunci aku tolak keluar. belum sempat pintu kereta aku tutup, wajah Murni
terjengul di muka pintu lif.
“Eh Diyan!
Fadz!”
Aduhai.
Budak Murni ni nak kemana pulak. Bukan ke selalu waktu-waktu macam ni dia
terlekat dekat sofa? Tengok TV?
“Uni…”
antara keluar tak terkeluar suara aku. terkejut sebenarnya.
“Hai Murni!”
Fadzril menegur dari dalam kereta. Perlahan-lahan aku menutup pintu di sebelah
penumpang dan menuju ke arah Murni yang semakin mendekat. “Keluar elok-elok
nanti.” Fadzril memandang aku sekilas.
“Okay.” aku
menjawab pendek.
“By the way, Murni,”
Wahai Fadzril Hakim, janganlah
you nak ucap….
“Happy
birthday!”
…selamat
hari jadi.
Kening Murni
terangkat tinggi dengan senyuman yang masih berbaki. “Hah?”
Aku terus
mencapai lengan Murni kemas. “Thanks
again Fadz.”
Murni
memandang aku dan Fadz bersilih ganti dengan penuh tanda soal dalam kepala. Aku
masih macam biasa, buat tak faham dan masih kekal tersenyum sehingga kereta
Fadzril keluar dari kawasan flat.
“Oookay. Jadi, hari ni birthday aku?”
“Sorry…”
“Kau buat
apa ni Diyan?” Mata Murni yang bulat dirias dengan eyeliner coklat tua memandang tepat ke arah aku.
“Kau nak
pergi mana ni?” Murni yang lengkap dengan blouse pendek dan palazo ungu tua aku
pandang lama.
“Jumpa Payed.”
Payed.
Farid. Adik dia yang baru aje sampai KL untuk cari kerja.
“Aku tanya
ni, kau buat apa? kenapa tipu dia harini birthday aku pulak?”
Nafas aku tarik perlahan sebelum memberanikan diri
memandang wajah Murni. “Dia ajak beli cincin tunang.”
“He what?!”
wajah teruja Murni aku pandang sesaat sebelum beralih pandang ke arah sepasang
suami isteri yang baru keluar dari kereta. waktu orang balik kerja, memang
ramailah manusia dekat tempat parkir bawah ni…
“Kejap. Dan kau bagi alasan?”
Aku mengangguk laju. Pandai betul budak Murni ni buat
serkap jarang.
“Aku tak sedia lagi la Uni…”
Murni mengeluh perlahan sambil menggeleng beberapa kali.
Handbagnya yang hampir terjatuh disangkut pula ke bahu kanan. “Sampai bila nak
jadi macam ni? kesian dia tu, tahu?”
“Aku tahu…”
Tapi aku masih belum bersedia, macam mana?
“Aku janji akan cuba suka dia,”
Murni memandang aku lama. Aku tahu dia tak puas hati.
“Janji…”
MURNI KELUAR, tinggalkan aku melangut seorang diri dalam rumah.
Waktu-waktu macam inilah aku rasa kehadiran Murni dalam rumah amat berharga. Mana
taknya, bila dia tak ada, terus rumah sunyi sepi.
Dahlah rumah
sebelah aku ni kosong.
Rumah depan
pun kosong.
Murni….cepatlah
balik oi!
“Oh mak kau!”
Mata aku
terus terpaku pada handphone di atas
meja. Kacau sungguh. Baru aje aku nak feeling-feeling seram. Remote TV aku
capai dari atas sofa sebelum menurunkan volume
suara.
Melihatkan nama ‘Murni’ di dada
skrin telefon, bibir aku terus mencipta senyum lebar. Inilah orang kata
telepati (ye ke?). Aku ingat dekat dia, dia pun ingat dekat aku.
Heh, dah macam lesbian pulak
kau ni Diyan!
“Bila nak
balik ni, Uni? Dah dekat pukul sebelas pun.” tanpa salam, tanpa kata-kata
aluan, aku terus menerjah. Alah, bukan nak kena ikut prosedur pun kalau nak
cakap dengan housemate sendiri (tapi salam tu harus, tahu?).
“Kak Diyanah,
kami kat hospital ni. Kak Uni pengsan!”
Hah?
“Kak Diyanah!”
Aku tersedar
dari terkejut. Hampeh betul budak Payed ni main jerit-jerit. Tapi, salah aku
jugak tak bagi respond tadi. “Hospital
mana ni?”
“Pusrawi.”
“Tunggu
situ, akak datang sekarang.” Aku terus mematikan talian. Aku hanya bersiap ala
kadar sebelum bergegas turun ke tingkat bawah untuk mencari teksi. Harap-haraplah
masih ada teksi yang lalu depan ni.
Teksi bukan
boleh nak kira. Waktu aku tak nak, mulalah berduyun-duyun lalu depan mata gaya
buat perarakan teksi.
Kalau nak,
selang sejam baru ada sebuah teksi yang lalu. Selalunya macam tu, kan?
Dan malam
ni nasib aku baik. Tak sampai lima minit pun aku menunggu, sebuah teksi
berhenti tepat di hadapan aku. “Hospital Pusrawi, pakcik.”
Aku melihat
pakcik tadi mengangguk kecil dan terus memecut membelah jalan.
Hampir sepuluh
minit perjalanan, Hospital Pusrawi dahpun tersergam di hadapan mata. Aku terus
menjeling meter di hadapan sebelum membuka dompet. RM15.20.
Eh?
Mana pergi
duit aku?
“Lima belas
ringgit dik.”
Aku menelan
air liur. Pakcik dah bagi diskaun dua puluh sen. Tapi… “Pakcik tunggu sini
kejap, boleh?”
Pakcik teksi
tadi memandang aku pelik.
“Saya kena keluarkan duit dulu.”
dengan muka setebal 40 inci, aku membuka pintu.
“Macam mana kalau awak lari?”
Ek elaa pakcik ni. aku bukan
tak nak bayar. Tapi memang tinggal dua ringgit je dalam purse ni. kau pun satu
Diyan, duit dah kering macam ni baru sibuk nak ambil duit dari ATM.
“Saya nak pergi ambil duit
dekat dalam sana kalau-kalau ada ATM. Pakcik boleh ikut saya kalau tak percaya.”
“Saya tunggu dekat sini.”
Aku menarik nafas lega sebelum
keluar dari teksi dan berlari ke muka pintu hospital. Great. Sekarang ni, mana
pulak aku nak cari mesin ATM?!
“Kak, sini ada ATM?” tanpa
menunggu, aku terus memegang lengan baju nurse yang melepasi aku dengan membawa
beberapa keping fail. Dia terus memandang tangan aku yang memegang lengan
uniform hijau dia.
“Sorry…” aku
terus melepaskan lengan uniform dia. hei, tangan aku bersih, tahu? takkan
tinggal kesan pun kalau aku pegang.
“Aras satu.” dan dia terus
berlalu ke kaunter.
Perfect, sekarang, aku kena
pusing satu aras ni? Macam tu?
Aku menarik nafas dalam-dalam
sebelum memicingkan mata ke setiap pelusuk hospital. Bunyi telefon terus
mematikan pencarian aku. Murni.
“Akak dekat mana? Dah sampai
ke?”
“Payed dekat mana?” aku
membalas soalan Payed dengan soalan.
“Level 1. Dekat kooperasi,”
Mana pulak kooperasi? “Payed
tunggu situ, akak datang sekarang.”
Kooperasi…kooperasi…
Sikit lagi aku nak sujud syukur
bila melihat papan tanda yang menunjukkan di mana kooperasi berada. Laju aku
menurut arah yang ditunjukkan papan tanda.
…dan itu dia ATM, tapi ‘Out of Service.’ Haih.
Terus aku melangkah masuk ke
dalam kooperasi sebelum mencuit bahu Payed yang baru sahaja membuka peti ais. “Payed,”
“Akak, Kak Uni dekat…”
“Akak nak pinjam dua puluh ringgit.”
Mata Payed yang sama bulat
dengan kakak dia buntang ke arah aku.
“Pinjamkan akak dua puluh
ringgit. Teksi dekat luar tu.”
“Ayed ada ni je kak.” Dia menghulurkan
sekeping not yang bernilai seratus ringgit kepada aku.
“Pergi bayar cepat,”
Bagaikan robot yang menurut
perintah tuannya, Payed terus ke kaunter bayaran. Aku mengerling jam di tangan. mak ai.
Dah hampir sepuluh minit. Mintak-mintaklah pakcik tadi tak panggil polis.
“Maaf bang, tak ada baki.”
Telinga aku menangkap suara
lembut dari kaunter bayaran. Wajah gadis yang aku agak baru aje habis SPM aku
pandang tak percaya. Jangan buat lawak dik. Takkanlah tak ada baki…
“Tolonglah dik. Takkan tak ada
langsung?” aku terus melangkah ke kaunter. Berdiri di sebelah Payed.
“Tak ada kak. Hari ni semua
orang guna duit besar. Duit abang ni besar sangat. Baki tak cukup. Maaf.”
Aduhai…
“Dua puluh ringgit ada? Saya pinjam
dulu, boleh? Saya betul-betul perlukan duit tu!” terkeluar juga soalan itu
tanpa sempat aku tapis. Bodohlah kau ni Diyan. Mana pernah dibuat orang
berhutang dengan kooperasi?
Tapi mana aku nak cari dua
puluh ringgit?!
“Maafkan. Tak boleh.” gadis
tadi menjawab perlahan. dia mula memandang wajah aku dari atas ke bawah.
Baguslah. Sekarang ni kau dah
nampak macam perempuan terdesak nak dapatkan RM20 untuk beli barang yang….
“Nak buat apa dengan dua puluh
ringgit?”
…tak senonoh. Belum sempat aku meminta
maaf pada adik tadi, suara lain menegur dari tepi. Aku menundukkan kepala,
mencari kelibat yang berdiri di sebelah kiri Payed.
Er… abang?
“Teksi…” air liur yang aku
telan terasa payau. Macam mana aku boleh tak perasan ada orang lain dekat sini?
“Saya…nak bayar teksi…”
Mulut aku ternganga luas bila dia
terus membuka dompet sebelum mengeluarkan dua keping not sepuluh ringgit dan
terus diberikan kepada Payed disebelahnya.
…dan Payed terus menyuakan dua
keping not tadi kepada aku, dengan senyuman yang tak tertafsir.
“Thanks.” Perkataan yang
terkeluar hampir tersekat pada kerongkong. “Saya janji akan bayar balik.
thanks!” aku terus berpusing ke pintu keluar. Pastinya pakcik tadi dah
menyumpah seranah aku dua bakul sebab lambat.
Tolonglah pakcik, jangan
panggil polis. Saya bukannya sengaja nak lari…
“Janji…”
Kaki aku
terhenti di muka pintu kooperasi sebelum melipat kepala memandang dia yang
masih tercegat di kaunter bayaran. Aku nampak dia tersenyum sinis walaupun
tidak memandang.
“Saya memang akan bayar.” Aku menjawab
geram. “Payed, nanti ambil nombor telefon abang tu.” tanpa menunggu lama, aku
terus berlari keluar kembali pada teksi.
Sia-sia je kalau masuk
suratkhabar dengan berita ‘Gadis dicekup setelah cuba melarikan diri dari
membayar teksi.’
Haih.
***BERSAMBUNG LAGI***
10 comments:
apo la kelam kabut bonar ko ni Diyan oiiiiiiii
Sikit2 janji kan. Suka suka sgt bjanji si diyan ni. Apapun best.
<3
Illa, suka dgn "kekelamkabutan" Diyan ni, walau bertimpa2 kalutnya..tp chomel je gaya Illa sampaikan...terimakaseh utk entry ini, sudi2lah sambung lagi...
~ Kak Aminah AR
Kekelamkabutan ye. hehe. TQ
Nie kita kena minta illa pulak berjanji utk up kan next n3...
suka..buat saya sengih sorang-sorang di subuh hari... :p
nk lg, cikit sngat ni... x puashati tul baca..huhuhu
Payed hero dlm cite RM
anon
oh ya? kebetulan =)
Post a Comment