Tuesday 22 October 2013

Sayang Awak, Janji! [4]





[4]

LAMA.
            Lama aku meneliti setiap inci wajah yang terpapar pada ruang retina mata. Anak mata dia yang sepet gaya Nomad penyanyi tu membuatkan jantung aku terhenti sesaat.
No, dua saat sebenarnya…
            Aku pernah berangan nak dapat suami macam dia dulu. Waktu zaman belajar dekat universiti (zaman belajar pun duk beragan tak habis). Jenis yang ada janggut dejemput dekat dagu. Dan mata sepet gaya ada genetik cina. Satu je yang potong. Apa la yang dia fikir waktu nak botakkan kepala.
            Gaya macam budak PLKN pun ada. Cuma dalam versi tua sikit.
Tapi yang sedihnya, sampai habis belajar pun aku tak jumpa. Kalau ada pun, semua dah pegang title teman lelaki orang ataupun tunang orang.
            Waktu itu baru aku sedar sendiri. Orang yang ada rupa semua dah jadi orang punyalah.
            Mana ada yang single lagi.
            Eh.
            Diyan! Bangun!. Apa kau buat ni?
            Yang kau selamba bomba renung anak teruna orang ni dah kenapa! Oh no…
            Automatik aku berdehem beberapa kali sebelum mengalihkan pandangan ke kedai gambar. Cover Diyan, cover! Malulah kalau dia tahu kau renung dia…
            …dan anak mata aku tanpa sedar kembali semula pada wajah di hadapan. memandang tanpa perasaan. “Apa pulak saya?” soal aku laju.
            Kenapa entah tiba-tiba nak sound aku. Yang pakai kasut tumit tinggi, aku. Yang jatuh, aku.
            Yang kena buat salinan senarai ni, aku!
            “Otak dalam poket tu, sila letak sini wahai adik manis,”
            Aku menurut jari telunjuknya bergerak dari poket slack hitam aku sampailah ke kepala dia. kejap.
            Apa maksud dia?
            Nak cakap aku tak ada otak? Ini dah nama kurang ajar…
            “Okay, dah letak? Then, fikir sendiri!” dia mencebik sesaat sebelum berpusing ke belakang. Lelaki di sebelahnya dipandang sekilas sebelum dia membuka langkah. “Jom pak ngah. Lambat pulak nak jenguk mak nanti.”
            “Ali…” sekali lagi keras amaran dari pakngah dia.
            Mungkin pakngah dia malu dapat anak buah yang kurang tatasusila agaknya. Kalau aku ni ‘makcik’ dia pun aku malu. Sia-sia je hantar sekolah tadika kecik-kecik dulu. dah besar boleh pulak lupa tatasusila. Heh.
            “Encik Ali, sekarang ni awak cakap aje. Apa sebenarnya masalah awak ni? apa pulak kena mengena dengan saya?” sungguhlah aku tak puas hati. Tiba-tiba je dia nak…
            Langkah dia terhenti sebelum berpaling ke belakang. Memandang tepat ke arah anak mata aku. “Adik manis, dekat sekolah dulu ada ajar tak pasal janji? Ataupun nak saya ajarkan?”
            …dan terus aku terdiam.
            Mulut yang ternganga hanya mampu memandang dua susuk tubuk yang meninggalkan aku yang masih tegak berdiri di situ. Satu pun perkataan tak mampu keluar dari kerongkong walaupun hati nak aje jerit ‘Saya minta maaf banyak-banyak berjuta-juta kali.’
Air liur yang ditelan terasa kelat kemain. Ya. Aku tahu aku salah. Aku tahu…


AKHIRNYA, selesai jugak kerja aku untuk hari ni. Dah selamat pun setiap senarai nama aku buat salinan. Sungguhlah. Lain kali peka sikit wahai Diyan. Peka. Macam mana boleh senarai tu hilang dari meja?
            “Diyan!”
            Baru aje aku melangkah turun dari anak tanggan pertama, suara garau dari belakang menegur perlahan. Fadzril Hakim.
            “Wait,” laju dia menuruni anak tangga, menyaing. “I hantar…”
            “Tak payahlah.” Ayat biasa. Cliché. Ya, aku tahu dia bakal tunang aku. BAKAL. Itu bukan bermakna dia boleh buat aku suka-suka hati.  Baru bakal tunang. Bukan bakal suami.
            Dan, ya. Aku tahu. aku tahu aku nampak macam terpaksa terima dia.
            Hakikatnya memang aku terpaksa. Sebab mama.
            Apalah yang dia sogok mama agaknya. Minat sangat mama dengan dia. Kalah artis lelaki dalam TV tu.
            “I insist. Kita pergi beli  cincin sekali.” dia menyambung.
            Spontan mulut aku ternganga tanpa dipinta. Beli. Cincin?
            “I taknak tunggu ataupun tangguh lagi,” dia mencipta senyum segaris sebelum melangkah turun ke tempat petak parkir. “Jom.”
            Macam mana ni? serius dia nak beli cincin sekarang? Oh no. dan, lepas kami dah bertunang, sampai bila pun aku tak boleh nak putuskan pertunangan dengan dia! (Okay, okay. aku tahu aku salah).
            Mama mesti kejar aku dengan parang kalau dia tahu aku ada niat macam ni. Aduhai…fikir Diyan, fikir!
            “Kejap!” suara aku terlepas juga. Kuat. Kaki Fadzril terus terhenti sebelum berpusing ke belakang, memandang tepat ke arah anak mata aku.
            Aku menarik nafas beberapa kali, mengumpul kekuatan (lebih pada mencari idea sebenarnya).
            Apa alasan aku nak bagi ni?
            “Kita beli lain kali la. Tak cepat sangat ke. Lagipun nanti kalau jari saya tiba-tiba jadi gemuk ke, ha. Tak muat cincin tu nanti.”
            Okay, aku tahu itu alasan tak logik.
            Tapi apa yang aku boleh buat? Itu aje idea yang ‘pop out’ dalam kepala.
            Dan, seperti yang aku agak, dahi Fadzril berkerut lebat. aku tahu dia sendiri pun tak boleh terima alasan aku.
            Please Fadz, please. Buy it. Please….
            “Takkan dalam masa dua minggu jari you boleh jadi gemuk?”
            …what?
            “Kita beli sekarang, dua minggu lagi I dah janji dengan mama you nak bawa ibu I, masuk meminang.”
            …oh no!
            “Kenapa?”
            Rahang kembali ditarik ke tempat sepatutnya. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum cuba mencipta senyum kepada Fadzri yang masih memandang. Perlahan-lahan aku melangkah turun mendekati dia yang sudahpun berasa tak jauh dari petak parkir. “Macam ni,”
            Dan mata Fadzril masuk memaku pada aku. menunggu ayat seterusnya.
            “I kena balik awal hari ni. Dah janji dengan nak keluar dengan Murni malam ni. Hari ni harijadi dia.” aku mendengar diri sendiri menyusun perkataan. Sikit lagi tangan kanan aku nak naik ke kepala. Ketuk diri sendiri sebab menipu.
            Aku terpaksa! Aku perlu masa. Takkan dah nak tunang? Hati budi dia pun aku belum kenal lagi.
            “La, cakaplah awal-awal.”
            …dan terus aku menarik nafas lega. Segala yang terbuku dalam kepala dah terlerai satu persatu.
            “Mati-mati I ingatkan you nak lambatkan pertunangan kita.” Fadzril menyambung lagi sebelum menekan kunci kereta. Bunyi ‘tit’ kedengaran sebelum dia membuka pintu tempat duduk pemandu.
            Aku hanya mampu tersenyum bersalah. Air liur yang ditelan terasa sungguh pahit. Sepahit kebenaran yang diteka Fadzril tadi. Kalaulah dia tahu…
            “Kalau macam tu jom, I hantarkan. You jangan nak buat alasan takut I penat.”
            Pulak dah…“Eh, it’s okay. I boleh balik sendiri, macam biasa.”
            “Kata nak balik awal. Kalau you balik sendiri entah pukul berapa baru sampai rumah.”
            Kali ni aku terasa nak cubit paha sendiri kuat-kuat. Padan muka. alasan dah termakan diri sendiri. “Okay.” Nak tak nak, aku gagahkan juga kaki untuk melangkah masuk ke dalam kereta dia.
            Tak banyak benda pun yang jadi topik perbualan. Fadzril sebenarnya lebih senang fokus pada jalan raya. Hanya kadang-kadang dia bertanya itu-ini. Macam biasa.
            Tak sampai pun 45 minit, kereta Fadzril sudahpun selamat masuk ke dalam kawasan flat aku. Dia melakar senyum sesaat sebelum membuka kunci.
            “Thanks.”
            “Tak ada hal pun. Sungguh ni. kalau you nak I hantar tiap-tiap hari pun I tak kisah.”
            “Fadz…” sebenarnya dah banyak kali aku jawab persoalan dia ni.
            Aku nampak dia mengeluh nipis sebelum membuka mulut, “Iyalah. I tahu.”
            Pintu yang tak berkunci aku tolak keluar. belum sempat pintu kereta aku tutup, wajah Murni terjengul di muka pintu lif.
            “Eh Diyan! Fadz!”
            Aduhai. Budak Murni ni nak kemana pulak. Bukan ke selalu waktu-waktu macam ni dia terlekat dekat sofa? Tengok TV?
            “Uni…” antara keluar tak terkeluar suara aku. terkejut sebenarnya.
            “Hai Murni!” Fadzril menegur dari dalam kereta. Perlahan-lahan aku menutup pintu di sebelah penumpang dan menuju ke arah Murni yang semakin mendekat. “Keluar elok-elok nanti.” Fadzril memandang aku sekilas.
            “Okay.” aku menjawab pendek.
“By the way, Murni,”
Wahai Fadzril Hakim, janganlah you nak ucap….
            “Happy birthday!”
            …selamat hari jadi.
            Kening Murni terangkat tinggi dengan senyuman yang masih berbaki. “Hah?”
            Aku terus mencapai lengan Murni kemas. “Thanks again Fadz.”
            Murni memandang aku dan Fadz bersilih ganti dengan penuh tanda soal dalam kepala. Aku masih macam biasa, buat tak faham dan masih kekal tersenyum sehingga kereta Fadzril keluar dari kawasan flat.
            “Oookay. Jadi, hari ni birthday aku?”
            “Sorry…”
            “Kau buat apa ni Diyan?” Mata Murni yang bulat dirias dengan eyeliner coklat tua memandang tepat ke arah aku.
            “Kau nak pergi mana ni?” Murni yang lengkap dengan blouse pendek dan palazo ungu tua aku pandang lama.
            “Jumpa Payed.”
            Payed. Farid. Adik dia yang baru aje sampai KL untuk cari kerja.
            “Aku tanya ni, kau buat apa? kenapa tipu dia harini birthday aku pulak?”
            Nafas aku tarik perlahan sebelum memberanikan diri memandang wajah Murni. “Dia ajak beli cincin tunang.”
            “He what?!” wajah teruja Murni aku pandang sesaat sebelum beralih pandang ke arah sepasang suami isteri yang baru keluar dari kereta. waktu orang balik kerja, memang ramailah manusia dekat tempat parkir bawah ni…
            “Kejap. Dan kau bagi alasan?”
            Aku mengangguk laju. Pandai betul budak Murni ni buat serkap jarang.
            “Aku tak sedia lagi la Uni…”
            Murni mengeluh perlahan sambil menggeleng beberapa kali. Handbagnya yang hampir terjatuh disangkut pula ke bahu kanan. “Sampai bila nak jadi macam ni? kesian dia tu, tahu?”
            “Aku tahu…”
            Tapi aku masih belum bersedia, macam mana?
            “Aku janji akan cuba suka dia,”
            Murni memandang aku lama. Aku tahu dia tak puas hati.
            “Janji…”


MURNI KELUAR, tinggalkan aku melangut seorang diri dalam rumah. Waktu-waktu macam inilah aku rasa kehadiran Murni dalam rumah amat berharga. Mana taknya, bila dia tak ada, terus rumah sunyi sepi.
            Dahlah rumah sebelah aku ni kosong.
            Rumah depan pun kosong.
            Murni….cepatlah balik oi!
“Oh mak kau!”
            Mata aku terus terpaku pada handphone di atas meja. Kacau sungguh. Baru aje aku nak feeling-feeling seram. Remote TV aku capai dari atas sofa sebelum menurunkan volume suara.
Melihatkan nama ‘Murni’ di dada skrin telefon, bibir aku terus mencipta senyum lebar. Inilah orang kata telepati (ye ke?). Aku ingat dekat dia, dia pun ingat dekat aku.
Heh, dah macam lesbian pulak kau ni Diyan!
            “Bila nak balik ni, Uni? Dah dekat pukul sebelas pun.” tanpa salam, tanpa kata-kata aluan, aku terus menerjah. Alah, bukan nak kena ikut prosedur pun kalau nak cakap dengan housemate sendiri (tapi salam tu harus, tahu?).
            “Kak Diyanah, kami kat hospital ni. Kak Uni pengsan!”
            Hah?
            “Kak Diyanah!”
            Aku tersedar dari terkejut. Hampeh betul budak Payed ni main jerit-jerit. Tapi, salah aku jugak tak bagi respond tadi. “Hospital mana ni?”
            “Pusrawi.”
            “Tunggu situ, akak datang sekarang.” Aku terus mematikan talian. Aku hanya bersiap ala kadar sebelum bergegas turun ke tingkat bawah untuk mencari teksi. Harap-haraplah masih ada teksi yang lalu depan ni.
            Teksi bukan boleh nak kira. Waktu aku tak nak, mulalah berduyun-duyun lalu depan mata gaya buat perarakan teksi.
            Kalau nak, selang sejam baru ada sebuah teksi yang lalu. Selalunya macam tu, kan?
            Dan malam ni nasib aku baik. Tak sampai lima minit pun aku menunggu, sebuah teksi berhenti tepat di hadapan aku. “Hospital Pusrawi, pakcik.”
            Aku melihat pakcik tadi mengangguk kecil dan terus memecut membelah jalan.
            Hampir sepuluh minit perjalanan, Hospital Pusrawi dahpun tersergam di hadapan mata. Aku terus menjeling meter di hadapan sebelum membuka dompet. RM15.20.
            Eh?
            Mana pergi duit aku?
            “Lima belas ringgit dik.”
            Aku menelan air liur. Pakcik dah bagi diskaun dua puluh sen. Tapi… “Pakcik tunggu sini kejap, boleh?”
            Pakcik teksi tadi memandang aku pelik.
“Saya kena keluarkan duit dulu.” dengan muka setebal 40 inci, aku membuka pintu.
“Macam mana kalau awak lari?”
Ek elaa pakcik ni. aku bukan tak nak bayar. Tapi memang tinggal dua ringgit je dalam purse ni. kau pun satu Diyan, duit dah kering macam ni baru sibuk nak ambil duit dari ATM.
“Saya nak pergi ambil duit dekat dalam sana kalau-kalau ada ATM. Pakcik boleh ikut saya kalau tak percaya.”
“Saya tunggu dekat sini.”
Aku menarik nafas lega sebelum keluar dari teksi dan berlari ke muka pintu hospital. Great. Sekarang ni, mana pulak aku nak cari mesin ATM?!
“Kak, sini ada ATM?” tanpa menunggu, aku terus memegang lengan baju nurse yang melepasi aku dengan membawa beberapa keping fail. Dia terus memandang tangan aku yang memegang lengan uniform hijau dia.
“Sorry…” aku terus melepaskan lengan uniform dia. hei, tangan aku bersih, tahu? takkan tinggal kesan pun kalau aku pegang.
“Aras satu.” dan dia terus berlalu ke kaunter.
Perfect, sekarang, aku kena pusing satu aras ni? Macam tu?
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum memicingkan mata ke setiap pelusuk hospital. Bunyi telefon terus mematikan pencarian aku. Murni.
“Akak dekat mana? Dah sampai ke?”
“Payed dekat mana?” aku membalas soalan Payed dengan soalan.
“Level 1. Dekat kooperasi,”
Mana pulak kooperasi? “Payed tunggu situ, akak datang sekarang.”
Kooperasi…kooperasi…
Sikit lagi aku nak sujud syukur bila melihat papan tanda yang menunjukkan di mana kooperasi berada. Laju aku menurut arah yang ditunjukkan papan tanda.
…dan itu dia ATM, tapi ‘Out of Service.’ Haih.
Terus aku melangkah masuk ke dalam kooperasi sebelum mencuit bahu Payed yang baru sahaja membuka peti ais. “Payed,”
“Akak, Kak Uni dekat…”
“Akak nak pinjam dua puluh ringgit.”
Mata Payed yang sama bulat dengan kakak dia buntang ke arah aku.
“Pinjamkan akak dua puluh ringgit. Teksi dekat luar tu.”
“Ayed ada ni je kak.” Dia menghulurkan sekeping not yang bernilai seratus ringgit kepada aku.
“Pergi bayar cepat,”
Bagaikan robot yang menurut perintah tuannya, Payed terus ke kaunter bayaran. Aku mengerling jam di tangan. mak ai. Dah hampir sepuluh minit. Mintak-mintaklah pakcik tadi tak panggil polis.
“Maaf bang, tak ada baki.”
Telinga aku menangkap suara lembut dari kaunter bayaran. Wajah gadis yang aku agak baru aje habis SPM aku pandang tak percaya. Jangan buat lawak dik. Takkanlah tak ada baki…
“Tolonglah dik. Takkan tak ada langsung?” aku terus melangkah ke kaunter. Berdiri di sebelah Payed.
“Tak ada kak. Hari ni semua orang guna duit besar. Duit abang ni besar sangat. Baki tak cukup. Maaf.”
Aduhai…
“Dua puluh ringgit ada? Saya pinjam dulu, boleh? Saya betul-betul perlukan duit tu!” terkeluar juga soalan itu tanpa sempat aku tapis. Bodohlah kau ni Diyan. Mana pernah dibuat orang berhutang dengan kooperasi?
Tapi mana aku nak cari dua puluh ringgit?!
“Maafkan. Tak boleh.” gadis tadi menjawab perlahan. dia mula memandang wajah aku dari atas ke bawah.
Baguslah. Sekarang ni kau dah nampak macam perempuan terdesak nak dapatkan RM20 untuk beli barang yang….
“Nak buat apa dengan dua puluh ringgit?”
…tak senonoh. Belum sempat aku meminta maaf pada adik tadi, suara lain menegur dari tepi. Aku menundukkan kepala, mencari kelibat yang berdiri di sebelah kiri Payed.
Er… abang?
“Teksi…” air liur yang aku telan terasa payau. Macam mana aku boleh tak perasan ada orang lain dekat sini? “Saya…nak bayar teksi…”
Mulut aku ternganga luas bila dia terus membuka dompet sebelum mengeluarkan dua keping not sepuluh ringgit dan terus diberikan kepada Payed disebelahnya.
…dan Payed terus menyuakan dua keping not tadi kepada aku, dengan senyuman yang tak tertafsir.
“Thanks.” Perkataan yang terkeluar hampir tersekat pada kerongkong. “Saya janji akan bayar balik. thanks!” aku terus berpusing ke pintu keluar. Pastinya pakcik tadi dah menyumpah seranah aku dua bakul sebab lambat.
Tolonglah pakcik, jangan panggil polis. Saya bukannya sengaja nak lari…
“Janji…”
            Kaki aku terhenti di muka pintu kooperasi sebelum melipat kepala memandang dia yang masih tercegat di kaunter bayaran. Aku nampak dia tersenyum sinis walaupun tidak memandang.
“Saya memang akan bayar.” Aku menjawab geram. “Payed, nanti ambil nombor telefon abang tu.” tanpa menunggu lama, aku terus berlari keluar kembali pada teksi.
Sia-sia je kalau masuk suratkhabar dengan berita ‘Gadis dicekup setelah cuba melarikan diri dari membayar teksi.’

Haih.


***BERSAMBUNG LAGI***

10 comments:

Oni said...

apo la kelam kabut bonar ko ni Diyan oiiiiiiii

Illashanahilla said...

Sikit2 janji kan. Suka suka sgt bjanji si diyan ni. Apapun best.

Illa Shanahila said...

<3

Aminah said...

Illa, suka dgn "kekelamkabutan" Diyan ni, walau bertimpa2 kalutnya..tp chomel je gaya Illa sampaikan...terimakaseh utk entry ini, sudi2lah sambung lagi...
~ Kak Aminah AR

Illa Shanahila said...

Kekelamkabutan ye. hehe. TQ

-sj- said...

Nie kita kena minta illa pulak berjanji utk up kan next n3...

Iza said...

suka..buat saya sengih sorang-sorang di subuh hari... :p

kamilah said...

nk lg, cikit sngat ni... x puashati tul baca..huhuhu

Anonymous said...

Payed hero dlm cite RM

Illa Shanahila said...

anon
oh ya? kebetulan =)