Sushi Buat Sendiri

Siapa suka makan sushi? Ataupun kimbab? Hah, lebih kurang je kot dua tu. Haha. 
Oleh sebab ila ada berkoyan-koyan seaweed yang dibeli dekat korea, jadi macam tak bestlah kalau ratah macam tu je, kan?

Jadi, jom kita buat sushi guna beras biasa je, sebab ila tak tau mana nak cari beras jepun. Beras biasa pun boleh, cuma kena godek-godek sikitlah.

Bahan yang ila guna simple je. 

Aji- Shio Pepper

Mayonis Sebenar, tak tipu.

Cuka orang buat makan
Seaweed ni beli yang lebar macam ni.


Bahan A
Nasi panas-panas satu cawan (masak lembik sikit dari biasa)
Setengah sudu besar cuka makan
Secubit garam
Satu sudu mayonis
Sedikit pepper (Aji-Shio)

Untuk Inti

Telur
Timun
Tuna
(Nak letak ketam ketul ketul pun oke. Inti ni ikut kreativiti)

Cara-cara

Goreng telur (letak garam sikit)

Goreng telur atas frying pan, potong panjang. Potong timun panjang-panjang. Tinggalkan kat tepi kejap. Campur semua bahan A dalam satu bekas, kasi rata. Letak 2 keping (sebab nanti dia tak koyak) seaweed atas tikar gulung sushi (yang ini dekat daiso pun ada. Tapi illa guna plastik jernih tu je)

Lepastu, ratakan nasi di atas seaweed. Jangan lupa tinggalkan sedikit ruang dekat dua-dua hujung sebab nanti senang nak melekat.

Letak segala inti yang nak, gulung kasi kemas. Dah kemas, potong guna pisau yang sangat tajam sebabnya, barulah segala nasi, inti terpotong dengan santikkk.

Oke? Senang gila, kan?

Ini dia sushi yang ila buat. Ini sushi kedekut pasal letak inti sikit gila. Gahaha. 
Selamat mencuba ya!



Sushi buat sendiri, tapi kedekut nak letak inti banyak. Gahaha. Inti telur, tuna, timun.

Comments

Mohd Billy said…
assalam..follow sini..
jemput ke blog sy jika sudi :)

http://akusijebat.blogspot.com/2014/06/hijab-sampai-pakai-kain-kafan.html
kehidupan sihat said…
tak pernah lagi buat sushi sendiri.

Salam perkenalan & jemput ke blog nana :)