Hero Hati Najihah (LIMITED EDITION) - Prolog




PROLOG


“WEH, KAU ada bawak sticky note tak?” aku cuit orang Qayum depan. Sharpie di tangan diputar-putar tanpa sedar.

“Gila apa nak bawa sticky notes masuk hutan? Kau nak tulis nota kuliah apa pulak dekat sini?”

Aku sengih penuh makna sebelum menjawab, “Kalau takde, takyah banyak soal.”

Qayum muncung sedepa.

Beb,” aku cuit pula Nora di sebelah. “Kau ada sticky note? Takpun kertas dengan salotape.”
Kening Nora terangkat tinggi bila dengar pertanyaan aku.

“Apa ke pelik sangat kau pagi ni?”

“Alah, ada tak?”

Lambat-lambat Nora buka zip kecil pada beg sandang dia. Kertas empat segi tepat berwarna kuning dikeluarkan dari situ.

Aku tarik senyum. Ada pun!

Thanks!” aku terus menulis sesuatu disitu dengan sharpie di tangan. Kertas pelekat itu dikoyak sebelum yang selebihnya aku hulurkan kembali pada Nora yang dah menggeleng kepala. Aku senyum lebar sambil membaca tulisan sendiri.


A. Che
Hati-hati mendaki.
Take care.

R.

Comments