KEMBARA BLOGGERS JOHOR 12-15 Oktober 2017


Assalamualaikum dan hai!




Untuk post ni, kita skip dulu hari-hari di Seoul, dan illa nak cerita tentang trip ke Johor bermula 12 Oktober lepas. FAM Trip ke Johor kali ini memang illa tunggu- tunggu sebab apa, bila tengok je itinerary dia, terus je setuju nak ikut. Bila dah sampai sana, apa lagi, memang teruja habis!

Dengan rasminya, lawatan ke Johor tamat semalam. Alhamdulillah, walaupun sedikit kepenatan, tapi rasa teruja untuk pergi ke semua tempat yang dirancang mematikan segala penat yang ada. 

Untuk trip ni, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Tourism Johor terutama En Ahmad Nizam, Fify, Eika dan Kak Rose, Tourist Guide terbaik, Pak Sheikh, Blooggers Media, rakan media dan bloggers yang turut sama sertai trip yang awesome ni.

Okeh.

Antara tempat menarik di Johor yang kami sempat pergi adalah
-
-
-


Kampung Sungai Melayu, Johor Bharu



Di sini, kami sempat dibawa menyusuri sungai yang menempatkan kawasan paya bakau, tempat penanaman kupang yang terbaik di Malaysia dan juga aktiviti menangkap ketam. Best!


Expo Johor Berkemajuan


Expo yang bermula pada 6 sehingga 14 Oktober 2017. Expo ni banyak menunjukkan kemajuan dan pencapaian yang dicapai oleh kerajaan Johor dan rakyat-rakyat di negeri Johor.

Sanrio Hello Kitty Town


Kalau ke JB, memang sayang sangat kalau tak singgah ke Hello Kitty town ni. Banyak benda menarik yang menanti korang dekat sana =)


LEGOLAND




Nama Legoland Malaysia dah tak asing lagi. Jika ke Johor, wajib singgah ke Legoland untuk rasai sendiri pengalaman di taman tema yang bertaraf dunia ini.


Makan malam di Laman Seni Warisan


Lawatan sepanjang hari diserikan lagi dengan hidangan ala-ala kampung di Restoran Laman Seni Warisan. Apa yang paling menarik, sambil makan, pengunjung akan dihidangkan juga dengan persembahan tarian  tradisional dari pihak restoran.

Pasar Karat

Pasar Karat dan JB memang tidak boleh dipisahkan. Tak lengkap kunjungan korang ke Johor Bharu jika tak membeli belah di pasar ini. Semua benda pun ada!

Bermalam di Amari Hotel yang bertaraf 5 bintang


Bertuah rasanya bila diberi peluang untuk menginap di Hotel Amari ini walaupun hanya untuk semalaman. Layanan dari pihak hotel membuatkan hari-hari yang letih menjadi tenang.

-
-
-
-

Hari kedua pula, kami gerak ke Desaru untuk ke

Desaru Fruit Farm




Seronok betul bila dapat dengar dan belajar tentang tumbuhan, herba dan sayuran dari pihak Desaru Fruit Farm. Sambil belajar, sambil makan buah-buahan yang segar dari ladang!

Kampung  Tualang Tiga untuk makan tengah hari



Makan tengah hari kami menjadi yang paling enak di Johor bila disajikan dengan makanan tradisional Johor dengan berlatarkan rumah kampung dan orang-orangnya yang peramah.

Tempat penternakan dan penetasan belangkas di Sedili Kecil



Jika selama ini hanya perumpaan ‘macam belangkas’ saja yang sering didengar, kali ini kami ditunjukkan rupa belangkas yang sebenar. Teruja!


The Els Club, kelab golf bertaraf dunia




Hari beransur petang, kami tiba ke kawasan rumput hijau yang saujana mata memandang. Bangga juga bila di Johor terdapat kawasan padang golf yang bertaraf dunia seperti di The Els Club ini.

Bermalam Tunamaya Beach and Spa Resort





 Kepenatan sepanjang hari terus hilang bila menginap di bilik yang berlatarkan lautan. Jika ke Desaru, jangan lepaskan peluang untuk menginap di Tunamaya!


Makan malam di Restoran Nelayan


Bila ada di kawasan pinggiran pantai, tak sah kalau tak rasa makanan laut di kawasan tempatan. Di Restoran Nelayan, kami disajikan dengan makanan laut yang segar dan enak!

-
-
-
-

Hari ketiga

Bertolak ke Kluang dan terus ke Kilang Kopi Kluang



Sebagai peminat kopi, mengunjungi kilang kopi di Kluang Coffee memang akan membuatkan diri teruja!

Zenxin Farm



Zenxin Farm sangat sesuai untuk keluarga yang ingin mengabiskan masa dengan sesuatu yang berfaedah bersama anak-anak. Banyak aktiviti yang disediakan di sini termasuklah cara berkebun.

Bermalam di UK farm



UK Farm berasal dari Un Keng Farm, iaitu nama pemilik ladang ini. Pengalaman  mengikut farm trip dan bermalam di sini memang takkan dapat dilupakan.


4 HARI 3 MALAM yang menyeronokkan bila illa dapat pergi ke antara tempat perlancongan yang terbaik di Johor ni.

Itu saja? Mestilah tak! Untuk details dan gambar tempat yang illa pergi tu, kita tunggu post seterusnya ya.

Bye!


*****


LAGI POST BERKENAAN KEMBARA BLOGGER JOHOR



  

Comments