Tuesday 17 October 2017

Kembali Ke Zaman Kanak-Kanak di Sanrio Hello Kitty Town

Assalamualaikum dan hai!

Selepas melawat Kampung Sungai Melayu, kembara blogger diteruskan ke Iskandar Puteri untuk ke Sanrio Hello Kitty Town.

Pintu Masuk Hello Kitty Town


Bersama Rakan Media dan Blogger

Siapa yang tak kenal Hello Kitty? Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia kenal Hello Kitty yang comel tu dan apa yang paling best, di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor, semua orang boleh merasai keseronokan bermain-main di Hello Kitty Town!

Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Hello Kitty town ini dan pada peminat Hello Kitty, Sanrio Hello Kitty town adalah tempat yang wajib dikunjungi jika anda ke Johor.

Hello Kitty Town


Bermula dengan bandar Hello Kitty yang dihias cantik berwarna merah jambu, hinggalah ke setiap permainan yang disediakan, Red Bow Cafe, Cinnamaroll Cafe, dan kedai cenderamata, Hello Kitty Town pasti tak akan mengecewakan setiap pengunjung yang datang.


Red Bow Cafe

Red Bow Cafe





Kedai Cenderahati


Illa sendiri pun rasa nak je beli semua pastries dan kek yang ada di cafe tu. Semuanya dengan corak Hello Kitty yang comel!

Cakes and pastries

Tepat jam 4.30 petang, kami dihiburkan dengan persembahan Candy Parade. Rasa teruja waktu ni memang tak terbendung lagi. Teruja betul bila nampak Hello Kitty, Daniel dan beberapa lagi maskot yang comel di pentas persembahan.
Candy Parade

Nak tahu apa lagi hiburan yang ada di Hello Kitty Town? Ha... ini dia!
-
-
-
-
 Entertainment Schedule

WEEKDAY

Meet & Greet

Hello Kitty
Dream Photo Garden, Level 1
11.30 am and 2.00 pm

My Melody
Dream Photo Garden, Level 1
12.00 pm and 3.00 pm

Bad Badtz-Maru
Dream Photo Garden, Level 1
12.00 pm and 3.30 pm

Mini Show with Meet & Greet

Purrfect Stage Performance
Purrfect Stage, Level 1
1.00 pm

Candy Parade
Parade Route, Level 1
4.30 pm

WEEKEND/SCHOOL HOLIDAY/PUBLIC HOLIDAY

Meet & Greet

My Melody
Dream Photo Garden, Level 1
11.00 am

Bad Badtz- Maru
Dream Photo Garden, Level 1
11.00 am and 3.00 PM

Hello Kitty
Dream Photo Garden, Level 1
11.30am, 1.00pm and 4.00pm

Mini Show With Meet & Greet

Purrfect Stage Performance
Purrfect Stage, Level 1
12.30 pm and 3.30 pm

Candy Parade
Parade route, Level 1
2.00pm and 5.00 pm


Selain Sanrio Hello Kitty Town di tingkat 1, ada juga pelbagai lagi watak-watak kartun yang ada di sini termasuklah Angelina Bellerina, Pingu, Bob The Builder dan Barney di tingkat 2 dan Thomas Town di tingkat tiga.

With barney!

Pingu Igloo

Bob The Builder

Masing-masing mempunyai keseronokan yang berbeza dan percayalah, sekali masuk sini memang susah nak keluar! Syurga juga buat semua kanak-kanak terutama untuk yang tak gemar bermain outdoor sebab dekat sini, semua permainan dan aktiviti dilakukan indoor.

Kita orang yang dah tua bangka ni pun sempat cuba naik Harold’s Helitour, Bertie the Bus dan juga Bumping Buffers Steamies & Diesels bumper car! Serius seronok!


Bertie The Bus

Bumper Car

Harold's Helitour

Mc Bun Cafe

Jadi jom,  tak rugi bawa family ke sini!

Alamat:
 Sanrio Hello Kitty Town
Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour
79000 Iskandar Puteri
 Johor, Malaysia.
1300-88-326459
Ticketing:  www.puteriharbour.com
FB: Sanrio Hello Kitty Town
IG: santiohellokittytown
*Di buka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang.*
Terima kasih:
Tourism Johor

2 comments:

sitirohaida said...

syoknya...macam nak repeat pegi lagi

Illa Shanahila said...

syok kan kak. =)