Pengalaman Berkebun Di Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi Johor

Assalamualaikum dan hai!


Masih lagi dengan cerita waktu tour ke Johor beberapa minggu lepas. Walaupun dah beberapa kali ke Johor, sekali pun daku tak pernah sangka yang dekat Johor banyak sangat tempat best yang boleh dilawati. 

Dari tempat yang paling moden sehinggalah ke tempat yang membuatkan kita menghargai alam contohnya bila di Desaru Fruit Farm ni, pengunjung boleh rasa pengalaman bercucuk tanam!

Best!




Kitaorang semua excited nak masuk menjelajah setiap kebun buah yang ada dekat sini. Tak sabar!




Desaru Fruit Farm ni sebenarnya telah dinobatkan sebagai Best Agro Tourism di Malaysia dan keluasan kawasan ini melebihi 100 ekar! Bayangkanlah seluas lebih 100 ekar ni, banyak pokok-pokok buah, sayur-sayuran dan herba yang ditanam di sini. 


Paling best, sepanjang tour, pengunjung boleh menikmati sendiri rasa buah-buahan yang ditanam. Sambil belajar tentang pokok-pokok dekat sini, sambil menjamu selera.





Bayangkanlah kalau pergi waktu buah-buahan bermusim seperti durian atau rambutan, confirm pengunjung tak akan rugi.

Walaupun trip kita orang kali ni tak kena pada waktu musim durian atau rambutan. tapi kitorang masih puas hati bila boleh rasa buah jambu air, buah markisa dan banyak lagi buah yang diambil terus dari pokok.



Buah Markisa







Antara sayur yang ditanam sepanjang trail


Minuman buah Roselle yang diberi percuma kepada setiap pengunjung


Lorong Jambu Air ni dikelilingi dengan pokok-pokok jambu air yang segar dan best!


Beberapa buah taman kecil atau tempat persinggahan bagi mereka yang keletihan juga disediakan.

Selain kebun buah-buahan, dekat sini ada juga mini zoo yang menempatkan haiwan-haiwan ternakan seperti ayam, itik, kambing, kura-kura, arnab dan macam macam lagi. Apa yang best, haiwan dekat sini semuanya jinak!



esaru Fr




Sebelum habis tour, kita orang diberi peluang untuk tanam sendiri beberapa jenis sayur dan herba yang ada dekat sini. Paling best, apa saja benih herba dan sayur yang ditanam, ada dijual di sini.

Jadi kalau nak tanam oregano ke, basil ke, stevia ke, dekat sini ada benih dia =)




Antara pakej yang disediakan untuk day tour adalah:-


dan....




Serius, tak rugi datang sini sebab macam-macam benda boleh jumpa. Bagi yang jarang dapat peluang untuk ke kebun atau hidup di kampung, Desaru Fruit Farm ni sangat sesuai untuk korang.

Oh dan, makanan yang disediakan untuk pengunjung memang first class! Semua lauk dan masakan dekat sini menggunakan buah dan sayur yang ada di ladang ni. Memang thorbaik!





Macam mana nak ke sini?

.
.


Desaru Fruit Farm Trading (Malaysia)


Alamat

Sungai Cemaran, Desaru

81900 Kota Tinggi,

Johor Darul Takzim



Contact No.

Tel : 607-8308017 / 8223886 / 8225886 

Fax : 607-822 4886

Hp : (+6012) 772 1817 | Steve



Waze : Desaru Fruit Farm

Comments