Wednesday, 18 June 2014

3 Peraturan di Palembang

Anda pernah sampai di palembang? Kalau belum, pastinya anda tidak mengetahui peraturan peraturan yang dietapkan di kota ini.



Heh. Skima sungguh ayat aku. Hahaha

Okeh, berbalik kepada cerita tadi, ini peraturan dia....
1 - Tidak di benarkan membuang sampah merata-rata.
Kalau nak tahu, Kota Palembang dah menang anugerah bandar terbersih untuk 7 tahun berturut-turut! Dan kalau tengok dekat tepi tepi jalan memang payah sangat nak jumpa sampah.




2 - Tidak dibenarkan merokok sesuka hati. Merokok hanya dibenarkan di tempat tempat yang tertentu sahaja.



3 - Tidak dibenarkan memberi wang kepada pengamen ataupun pengemis jalanan. Melainkan kalau diorang jual barang. Kalau bagi jugak, boleh didenda sehingga 50juta rupiah!



Tiga sahaja peraturannya, tapi kalau nak dikira memang peraturan yang terbaikkk sebab ini secara tak langsung boleh menjaga keharmonian bandar. Hohoho



Banyak lagi benda yang ada dekat palembang ni. Nanti illa cerita. Kbai.



Monday, 16 June 2014

Grand Finale Cabaran Raja Tarik F&N

Assalamualaikum!

Siapa yang follow Cabaran Raja Tarik F&N? Ala,, yang pengacara dia Fara Fauzana yang sekarang ni dah manis bertudung dan jugak Fizo Omar tu...

Tak tau jugak?

Meh nak bagitahu.

Khamis lepas, dah berlangsung pun pertandingan akhir Cabaran Raja Tarik F&N dekat eCurve Petaling Jaya yang di anjurkan oleh F&N Dairies Malaysia (the No.1 Condensed Milk Company in Malaysia) untuk kali yang ke sembilan. Kalau nak tahu, Dato' Fazley pon ada jugak jadi salah seorang daripada juri yang ada.

Untuk peringkat akhir hanya 9 orang peserta yang bertuah dan berbakat dipilih dari region masing masing.

Dan, tahun ni, juara Cabaran Raja Tarik F&N 2014 milik Syed Khaidir dari Johor Bharu dengan persembahan yang sangat awesome!



Syed Khaidir, selaku juara telah membawa pulang RM10 000, trofi yang yang paling penting, dapat julang nama Raja Tarik F&N 2014!


Tempat kedua, milik kumpulan X-Power dari Kuantan. Tempat kedua pula membawa pulang wang tunai RM 5000 dan trofi.




Tempat ketiga milik kumpulan Kung Fu Rebels. Rasanya diorang ni dulu dari pasukan sorak, lepastu masuk bertanding tarik teh! Apa-apa pun, diorang ni memang mengagumkan! Tak percaya, tengok ajelah aksi diorang dekat atas pentas Raja Tarik F&N ni.

Panjat memanjat memang takde hal.

Tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai RM3000 dan trofi.

Enam lagi peserta lain tak pulang dengan tangan kosong. Diorang masing-masing menerima hadiah saguhati sebanyak RM1000 seorang. Sangat berbaloi dengan titik peluh sepanjang Cabaran Raja Tarik F&N ni kan?




Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Bagi sesiapa yang rasa terpanggil nak join tarik menarik teh ni, bolehlah cuba lain tahun =)


Untuk lebih maklumat mengenai Raja Tarik F&N, boleh telefon 018-2057114 atau layari www.fndairies.com




Bukit Broga Dah Botak!

Assalamualaikum!

Siapa yang pernah panjat Broga tahun 2010, 2011 mesti akan nampak beza dia.




Kali ketiga jejakkan kaki ke Bukit Broga, illa macam...err, ini ke bukit yang nyaman lagi tenang lagi sejuk dahulu? Sebabnya, waktu kali ketiga illla naik, keadaan puncak pertama tu dah macam tanah gersang! Panas yang amat pasal tak ada rumput atau tanaman pun. (Kalau naik awal pagi tak panas mana la kut)

Bila dah sampai puncak ke dua dan ke tiga tu barulah rasa nyaman sikit pasal dekat situ masih terjaga dia punya tanaman (walaupun dah tak secantiik waktu kali pertama naik dulu.)



Apahal naik sampai tiga kali?

Entah. Hajat di hati nak la menenangkan fikiran, buang segala mak nenek stress dan juga melepaskan rindu(konon) dekat bukit tu, tapi lain pulak yang jadi.

Waktu kali ketiga naik, jam dah dekat pukul tiga. jadi panas dia bukan gurauan lagik. Air berbotol-botol habis walaupun perjalanan belumpun sampai separuh jalan.

(Nasihat disini, janganlah panjat bukit tengah-tengah hari macam kami nii pasal memang cari nahas. Dahlah tak ada orang, panas gila pulak tuh)

Dengan berbakul rungutan dan sesumpah, akhirnya kami sampai jugak dekat puncak Broga dengan janji yang tersemat di hati, 'Ni last aku naik!'

Hahaha.

Jom tengok rupa Bukit Broga yang tak ada orang!








Katanya ini memang last dah naik bukit ni. Katanya la... next next time tak tahu lagi. Biasalah, kita hanya merancang. Allah yang tentukan. Hee
 

Kbai =)

Saturday, 14 June 2014

X-Men: Days of Future Past

Oke.




Ini memang terbaik pasal kalau korang ikuti cerita Xmen sejak filem pertama, lagi, korang akan rasa segala puzzle cerita tu bergabung dan meletop. Segala watak yang berkenaan yang wujud dari filem triologi X-Men, First Class punya, sehinggalah dalam cerita Wolverine semua tu ada.

Jadi, kalau korang nak tengok cerita ni, pastikan korang ingat balik filem-filem yang sebelumnya sebab takut terkompius dengan soklan, 'Ni sapa pulak?' Haaaa.

Apa-apa pun, filem X-Men kali ni memang terbaikk dan rasanya memang kena tengok untuk lengkapkan koleksi X-Men korang sebabnya watak masa tua, masa muda semua ada. 

Paling best, watak-watak budak skolah dalam X-Men triology dulu dah besar (cepatnya masa berlalu T_T).

Oke, watak pilihan illa dalam cerita ni adalah budak ni.


Osem gila walaupun kewujudan dia sekejap je.

Untuk X-Men, illa kasi 5 bintang! 



Edge of Tomorrow - Review

Hi,




Cerita ni, memang masuklah dengan tagline dia. Live. Die. Repeat. Bila dah tengok baru paham apesal dia punya tagline macam tu.

Memang repeat ajelah kerjanya. Hohoho. Tapi apa-apa pun, cerita ni unik la sikit walaupun cerita lawan alien ni dah berpuluh tahun wujud. 


Lagi satu, watak perempuan dalam cerita ni pun boleh kasi banyak bintang jugak sebab best. Tom Cruise tak payah cakaplah. Berbintang-bintang kena kasik. Hah ha.

Jadi, bagi sesiapa yang nak tengok cerita ni, silalah masuk awal sebabnya illa sendiri blur tak tau apa yang jadi awal-awal cerita sebab lewat masuk setengah jam! T_T

Apa-apa pun, cerita ni illa kasi 4 bintang (atau mungkin jugak bias sebab ada Tom Cruise)



Maleficient - Review

Assalamualaikum!




Ok, bagi sesiapa yang belum tengok lagi Maleficient, silalah menyusun langkah ke panggung wayang berdekatan sekarang ataupun esok ataupun lusa untuk tengok sendiri cerita yang sangat unik ni.

Tak ada kisah lovey dovey.

Tak ada kisah cintan cintun.

Tapi penuh dengan kasih sayang, benci, dendam dan cinta sejati.

Ha... cemana tu?



Kalau nak tahu, p tengok sendiri macam mana hati yang lembut boleh berubah jadi batu. Tengok sendiri macam mana hati ikhlas berubah ganas bila ditipu orang yang dipercayai.

Dan, ganas mana pun dia berubah, hati yang baik tetap akan jadi baik. =)

Angelina Jolie punya watak sangat terbaik. Yang paling best, anak dia pun ada berlakon sama.



Cerita ni ila kasik 4.5 bintang!

Wednesday, 4 June 2014

Sushi Buat Sendiri

Siapa suka makan sushi? Ataupun kimbab? Hah, lebih kurang je kot dua tu. Haha. 
Oleh sebab ila ada berkoyan-koyan seaweed yang dibeli dekat korea, jadi macam tak bestlah kalau ratah macam tu je, kan?

Jadi, jom kita buat sushi guna beras biasa je, sebab ila tak tau mana nak cari beras jepun. Beras biasa pun boleh, cuma kena godek-godek sikitlah.

Bahan yang ila guna simple je. 

Aji- Shio Pepper

Mayonis Sebenar, tak tipu.

Cuka orang buat makan
Seaweed ni beli yang lebar macam ni.


Bahan A
Nasi panas-panas satu cawan (masak lembik sikit dari biasa)
Setengah sudu besar cuka makan
Secubit garam
Satu sudu mayonis
Sedikit pepper (Aji-Shio)

Untuk Inti

Telur
Timun
Tuna
(Nak letak ketam ketul ketul pun oke. Inti ni ikut kreativiti)

Cara-cara

Goreng telur (letak garam sikit)

Goreng telur atas frying pan, potong panjang. Potong timun panjang-panjang. Tinggalkan kat tepi kejap. Campur semua bahan A dalam satu bekas, kasi rata. Letak 2 keping (sebab nanti dia tak koyak) seaweed atas tikar gulung sushi (yang ini dekat daiso pun ada. Tapi illa guna plastik jernih tu je)

Lepastu, ratakan nasi di atas seaweed. Jangan lupa tinggalkan sedikit ruang dekat dua-dua hujung sebab nanti senang nak melekat.

Letak segala inti yang nak, gulung kasi kemas. Dah kemas, potong guna pisau yang sangat tajam sebabnya, barulah segala nasi, inti terpotong dengan santikkk.

Oke? Senang gila, kan?

Ini dia sushi yang ila buat. Ini sushi kedekut pasal letak inti sikit gila. Gahaha. 
Selamat mencuba ya!



Sushi buat sendiri, tapi kedekut nak letak inti banyak. Gahaha. Inti telur, tuna, timun.