AKU BERJALAN KE kiri
dan ke kanan. Panas, rimas. Kipas yang yang ada pun perlahan aje pusingan dia Angin
pun tak masuk. Silap haribulan, aku boleh mati kekurangan oksigen dalam ni.
Mata aku mula bergerak ke segenap ruang. Terdapat satu
tingkap kecil di bahagian atas, melepasi kepala. Beberapa kali aku cuba
jengketkan kaki, tak juga dapat lihat apa yang ada dekat luar. Tapi yang pasti,
bunyi sungai mengalir sentiasa menjadi peneman telinga.
Aku mengeluh lagi. Penat berdiri, aku duduk bersila. Dah
lama aku tak dengar apa-apa bunyi dari luar. Jangan cakap yang Mail dan bos dia
tinggalkan aku keseorangan dekat sini?
Kalau tadi dia cakap dah jam lapan malam, sekarang ni
mesti dah pukul 10, 11 atau lebih.
Gila!
Baru sahaja mulut aku ingin menjerit, pintu dibuka dari
luar dan muka Mail terjengul di muka pintu. Refleks, aku terlompat ke belakang.
Mana tak terkejut?
“Nah!” Mail melemparkan comforter yang masih berbungkus di dalam beg plastik. “Nasib kau
baik sebab bos aku belikan benda ni. Aku pun tidur atas kerusi kayu je, tahu?”
Rasa terkejut aku tadi makin hilang. Comforter yang
berada di hadapan aku pandang lama. Warna hitam putih. Simple. Tapi cantik.
“Korang yang tersilap culik, salah aku pulak?” tangan
kanan mula membuka zip plastik yang membalut comforter itu. sayangnya nak letak
benda ni atas lantai berdebu.
Tapi kalau tak letak, takkan aku nak tidur atas lantai
simen ni tanpa alas?
“Cakap banyak pulak. Aku backhand karang.”
Bulat mata aku memandang Mail yang masih berdiri tegak di
depan pintu. Dia nak backhand aku?
patutnya aku yang lempang dia sebab salah culik orang. Sakitnya hati!
“Mail!”
Baru
aje aku hendak membuka mulut untuk membalas, suara bos Mail lebih cepat
menyampuk. Aku kembali menutup mulut.
Kalau
nak dibandingkan Mail dengan bos dia, aku lebih takutkan bos dia. satu, sebab
terang-terang dia tu bos kepada Mail, jadi memang sah-sahlah kuasa dia lebih
besar daripada Mail.
Dua,
sebab dia sangatlah tegas. Cakap sepatah. Apa yang dia cakap, itulah yang kena
ikut.
Tiga,
sebab pandang muka dia pun boleh buat jantung rasa kecut. Mungkin sebab pisau
yang tersisip kemas dekat pinggang dia tu.
“Ye
bos?” Mail berpaling ke kiri. Dia masih tegak di muka pintu, tak bergerak.
“Aku suruh kau bagi benda tu je, kan?” keras suaranya
menegur.
Aku
masih lagi memasang telinga. Kelibat bos Mail sikitpun tidak terlihat dari
pandangan mata.
“Sorry bos.”
“Dah,
pergi tidur sana. Esok kau kena ikut aku cari budak tu.” bos Mail mula
mendekati pintu bilik dengan hanya berbaju T putih dan jeans lusuh. Terpapar wajahnya
yang masih basah dengan air di seluruh wajah.
Takkan
baru mandi kut?
“Tak boleh harap langsung. Nak kena aku jugak
yang buat.” Dia menyambung lagi. sehelai tuala yang tersangkut pada bahu dibawa
ke muka, mengelap sisa air yang ada.
“Kau,
tak nak mandi?” matanya tepat merenung aku yang sudahpun selesai mengeluarkan
comforter dari sarungnya.
Laju
aku menggeleng. Nak suruh aku mandi,
lepastu nak intai aku waktu aku mandi? baik tak payah. Heh.
Kenapa
layanan mereka baik sangat? Bagi makan, comforter, siap pelawa mandi. Tapi apa
nak pelik, kan? Kambing pun diberi makan banyak-banyak sebelum disembelih.
“Kalau
kau selesa busuk habuk macam tu, terpulang.”
Aku
menggigit bibir. Sengaja!
Dia
sengaja nak suruh aku mandi ke apa?
“Bilik
air tu penuh dengan simen kiri kanan atas bawah. Aku takkan intai kau wahai
Naurah.” Suaranya masih lagi bernada sama. Tanpa perisa apa-apa.
“Tak
payah. Saya tak nak mandi.”
Aku
nampak bos Mail mengangkat bahu, tanda ‘suka
hati kaulah’ tanpa perasaan. Aku mendengus deras sambil bingkas bangun dari
sila dan menghamparkan comforter tadi
ke lantai. Argh! Kenapalah dia orang salah culik orang?
“Awak
semua boleh keluar sebab saya nak tidur!” comforter yang baru dibentangkan tadi
aku tarik keatas sehingga menutup dada.
Ya, badan memang melekit.
Baju
dan skirt aku dah berhabuk. Kotor.
Tapi
aku tak nak mandi…
Aku
tak rela kalau dia orang curi-curi intai nanti.
Mak…
angah nak balik!
“Tengok
tu bos, eii, kalau ikut saya, saya tampar je. Kurang ajar. Orang beli benda tu
bukan nak terima kasih ke apa.”
“Kau
yang salah culik dia, tak ingat?” bos Mail membalas tajam. Aku mendengar bunyi
pintu bilik ditutup perlahan.
“Ya,
saya tahu saya salah. Saya cuma ikut gambar yang bos bagi tu je.” Mail mula
membela diri. Aku masih lagi memasang telinga, mendengar sayup-sayup butir
bicara Mail dan bos dia tu.
“Aku
bagi gambar anak Dato’ Hafiz, bukannya perempuan tu!”
“Tengok
ni bos.”
Aku
menggigit bibir sebelum bangun dari baringan. Perlahan-lahan aku mengintai di
celah-celah pintu. Nampak!
Mail
mula mengeluarkan sekeping gambar yang ditunjukkan kepada aku siang tadi.
Gambar aku.
“Mana
kau dapat gambar ni?” bos Mail menyoal dengan kerutan yang jelas pada dahinya.
“Bukan gambar ni yang aku bagi semalam.”
“Hah?
Betulla gambar ni bos. Sepanjang hari saya pegang, saya tunggu depan kedai
makan tu.”
Gambar
aku yang sudah pun bertukar tangan direnung lama. Jujur dari hati, itu bukan
gambar terbaik aku. Tengah gelak ketawa macam tu, tak sempat nak pose segala.
Tapi,
semua tu tak penting. Yang penting sekarang ni, aku pun sama jugak dengan bos
Mail. Pelik dan tertanya-tanya.
Macam
mana gambar aku ada dalam tangan Mail?
“Kau
ada jumpa siapa-siapa tak waktu depan restoran siang tadi?”
Laju
Mail menggeleng. “Tak ada bos. Saya
memang duduk dalam kereta je sepanjang masa. Sehinggalah perempuan tu datang.”
Bos
Mail mengeluh berat sebelum menyimpan gambar aku ke dalam saku jeans dia.
“Bos
er.. gambar tu?”
“Apa?”
“Gambar
perempuan tu.” Mail menghulurkan tangan.
“Gambar
ni dah tak guna. Kau salah orang dan tu bukan gambar budak tu!” Dia membawa
langkah ke ruang tamu yang hanya menempatkan satu set kerusi kayu dan meja
kopi. “Dah, tidur! Esok ikut aku.”
“Perempuan
dalam tu macam mana bos?”
Kakinya
terhenti melangkah dan berpaling ke belakang, ke arah bilik aku. Spontan aku mengalihkan
badan dari celah-celah pintu tadi.
“Nanti
aku fikir...”
Aku
tersandar pada pintu mendengar jawapan daripada bos Mail.
“Bos
nak lepaskan dia? Kalau dia report polis macam mana?” suara Mail masih lagi
memenuhi ruang rumah kecil itu. aku menelan air liur beberapa kali. jangan kata
dia nak…bunuh aku?
“Aku
cakap nanti fikir. Dah, tidur!”
Dan Mail terus menutup mulut.
AKU TERSEDAR DARI tidur
buat kesekian kalinya. Gebar yang menutup separuh badan aku tolak kebawah. Bila
malam, sejuk dia lain macam. Tapi masih, aku tak boleh nak tidur. Aku bangun
dan bersila sambil melebarkan pandangan tanpa arah. Bias cahaya dari luar
menjadikan bilik kecil ini suram.
Rimas. Melekit. Kotor.
Comforter baru
sikitpun tidak membuatkan tidur aku lena. Perlahan-lahan aku bergerak ke arah
pintu yang tertutup rapat. Pemegang pintu itu aku tarik perlahan.
Tapi hampa, sikit pun pintu tak bergerak dek dikunci dari
luar.
Apa malang nasib aku. Setahun tak bercuti, bila dapat
cuti kena culik pulak. Dan yang paling parah, bila dah jumpa calon sesuai,
peluang terlepas macam tu aje.
Dan, dah tiba masanya aku tukarkan status bujang yang aku
sandang selama 29 tahun ni ke ‘berkahwin’.
Kalau si Mail tak culik aku…
“Kau kenapa?”
Aku menjerit kecil, refleks. Jantung hampir gugur jatuh
ke lantai. Pintu yang aku cuba buka tadi dikuak dari luar, terjengul wajah bos
Mail di muka pintu. Seperti biasa, air mukanya sedikitpun tak dapat aku agak.
Marah ke dia?
“Ma…maaf…” aku yang tersandar pada dinding bersebelahan
pintu menjawab soalannya dengan getaran yang tak dapat dielakkan. Ya, aku
sangat takut!
“Kau nak pergi mana?”
Aku diam. Berkali-kali aku menelan air liur, dan
membetulkan suara. Mati aku kalau dia tahu aku nak lari.
“Kau nak lari?”
Laju aku menggeleng. Mengingatkan amaran dia siang tadi,
perut aku jadi kecut. Macam mana kalau sampai bila-bila dia tak percayakan aku?
Aku tak nak di kurung di sini sampai bila-bila.
“Nak guna tandas?” soalnya lagi. Kali ini, kepala aku
laju aje mengangguk. Rasanya tak ada alasan lain lagi yang lebih logik dari tu.
Aku nampak dia mengela nafas berat sebelum membuka pintu
seluas-luasnya. “Kenapa tak panggil?”
Aku masih lagi membisu. Aku mula bangun sambil
memerhatikan segenap isi rumah kecil ini. Mail yang sedang nyenyak tidur di
atas kerusi kayu aku pandang sekilas sebelum kembali memandang wajah bos dia.
“Er…awak ada baju lain tak?”
Keningnya terangkat tinggi. “Nak mandi?”
Aku mengangguk. Aku tahu ini bukan masanya untuk fikirkan
selesa atau tak sebab bila-bila masa aje aku boleh dibunuh.
Tapi, selagi aku tak mandi, memang aku tak boleh tidur.
Dan…aku sendiri tak tahan dengan bau pakaian aku
sekarang.
“Kau pergi tandas dulu. Nanti aku bawak.” dia terus
meninggalkan aku sendiri di hadapan bilik.
Dia tak takut aku lari ke?
“Tandas dekat dapur. Belah kanan kau tu.” laungnya
perlahan.
Kelibatnya hilang ke dalam bilik besar. Pelbagai idea
muncul dalam kepala. kalau aku lari sekarang, dia takkan sedar, kan?
“Jangan cuba nak lari. Sekali kau lari, selamanya aku tak
percayakan kau.”
Kaki kanan yang baru sahaja ingin melencong ke pintu
besar terus terkaku. Aku mengeluh berat. Suara tenang bos Mail dari dalam bilik
membuatkan niat aku terbantut.
Aku sedar, ini bukan filem.
Ini bukan drama.
Sekali aku lawan arahan penculik, memang tak akan ada
maaf.
Dengan perasaan yang berbaur, aku gagahkan juga untuk ke
bilik air. Betul kata bos si Mail tu. bilik air kecil ni memang dipenuhi simen
kiri kanan atas bawah. Memang tak ada ruang langsung hatta setengah inci.
Kalau
ada pun, dekat bawah pintu. Lipas nak masuk pun tak muat agaknya.
Aku
mencari-cari suis lampu tandas yang tidak kelihatan di mana-mana bahagian
dinding.
Dahi
berkerut tanpa dipinta. Takkan aku nak mandi dalam gelap, kot?
Pili
air dibuka juga dengan berat hati. Kalau. Pintu masih dibiarkan terbuka
sedikit, membenarkan cahaya masuk.
Leka
bermain air dengan jari jemari, pintu diketuk dari luar. Laju aje aku berpaling
ke belakang. Bos Mail menghulurkan tuala, baju T lengan panjang dan seluar tracksuit dengan sebelah tangan.
“Lampu
rosak.” Ujarnya sepatah.
Mata
aku menangkap tanda harga yang terlekat pada baju dan tuala sebelum aku
mencapai kesemuanya. Pintu tandas ditutup kemas. Dan sekarang, keadaan tandas
gelap gelita!
Baju
dan tuala yang masih bertanda harga itu aku pandang dalam cahaya samar-samar
dengan perasaan yang sukar untuk aku ungkap.
Dia
baru beli semua ni?
“Awak,”
mulut bersuara tanpa sedar.
“Apa
dia?”
Aku
menarik nafas dalam-dalam sambil menyangkut pakaian yang diberinya tadi pada
paku-paku yang dipaku dalam bilik mandi.
“Terima
kasih.” Ujar aku perlahan.
“Hmm.”
“Boleh
tunggu dekat luar tak?”
Memang
tak ada cara lain. Buatnya tiba-tiba ada entiti lain yang muncul dalam bilik
air ni macam mana?
“Saya
takut.” Sambung aku lagi. Aku menggigit bibir sendiri, tak percaya dengan apa
yang aku cakap.
Wahai Naurah, dia tu penculik. Dan
mungkin pembunuh, mungkin jugak perogol! Takkan kau nak suruh dia tunggu depan
tandas, teman kau mandi? Heh. Kerja gila!
“Aku
ada je dekat luar ni.” jawab dia perlahan.
Aku
menarik nafas dalam-dalam. Aku tahu dia takkan curi-curi tengok. Kalau dia
intai sekalipun, memang gelap gelita!
Pili
air ‘hujan’ aku buka, membiarkan air membasahi baju dan skirt yang aku pakai. Selesa.
Sungguh!
Tak pernah aku rasa nikmat mandi macam ni!
“Sekarang
pukul berapa?” sengaja aku mencari topik, nak pastikan yang dia betul-betul
temankan aku di luar tandas.
“Dua
setengah.” Pendek dia menjawab.
Aku
diam lagi. Air sejuk dari pili aku biarkan menuruni kepala, rambut badan dan
kaki.
“Kenapa
awak tak tidur lagi?” soal aku lagi. Tangan dibawa ke serata badan, menggosok
kotoran yang melekat dari siang tadi.
Nak
cari sabun pun tak nampak. Syampu apatah lagi. Berus gigi pun tak ada…
“Kau
kenapa tak tidur?” soalnya kembali.
Tangan
aku yang meraba mencari sabun terhenti. “I’ve
been kidnapped, remember?” laju aje aku menjawab.
“Maaf
pasal tu.”
Aku
terdiam mendengar nada suaranya. Dia…ketawa? Apa? ingat kelakar sangat ke bila
kena culik?
“Lepaskan
saya esok, please…?” aku masih cuba
memujuk. Aku tahu esok mereka akan culik anak Dato’ tu. Dan aku, memang tak ada
gunanya lagi.
“Maaf.
Aku masih tak percayakan kau.” Suaranya kembali ke nada asal. Spontan aku mengeluh.
Pili
air aku tutup rapat sebelum mencapai tuala yang tergantung. Laju aje aku
menukar baju yang basah kepada persalinan yang baru dibeli tadi. Lega. Selesa!
Bila mengingatkan pakaian dalam yang basah dan tak ada ganti aku terus
meletakan tuala atas kepala dan menyelimut tubuh sendiri.
Langkah
selamat daripada terdedah pada bahaya yang tak ada siapa boleh duga. Pakaian
dalam yang turut sama basah aku selitkan ke dalam tuala. Nak jemur dalam bilik
nanti.
Perlahan-lahan
aku membuka pintu tandas dan melangkah keluar dengan persalinan baru. Bos Mail
tadi masih duduk di atas kerusi meja makan, membelakangi aku.
“Dah
siap?” soalnya tanpa memandang. Surat khabar ditangannya dilipat kecil.
Aku
mengangguk walaupun aku tahu dia tak nampak. “Dah. Thanks.”
“Hmm.”
Surat khabar tadi diletakkan di atas meja. Dia bingkas dari kerusi dan terus ke
bilik kecil dimana aku dikurung tadi. “Baju kau tadi mana?”
“Dalam
tandas. Esoklah saya cuci.”
“Tak
payah. Kejap lagi aku nak buang.”
Mata
aku membulat pada dia. Nak buang? Gila? Baju tu…skirt tu…Baru aje aku pakai beberapa kali. Takkan nak buang kut! Dahlah
mahal aku beli onilne! Kena bayar kos postage
lagi…
Aku
terus berpatah balik ke bilik air untuk mengambil baju tadi. Menyesal pulak aku
basahkan tadi.
“Tak
payah.”
Tangan
kanan aku ditarik ke belakang.
“Kalau
orang lain tahu kau ada dalam rumah ni, aku tak boleh jamin keselamatan kau.”
Dia menerangkan senafas. “Baju tu, aku akan buang. Kau duduk dalam bilik tu
diam-diam.” Sambungnya lagi.
Lidah
aku terus kelu. Keselamatan aku tak dijamin? Kenapa? Siapa pulak yang nak bunuh
aku selain Mail dan bos dia ni?
“Kau
dengar tak?”
“Dengar…”
aku menjawab perlahan.
“Sekarang,
kau tidur je. Selagi aku tak percayakan kau, aku tak boleh lepaskan kau. Maaf.”
Aku
mengeluh perlahan. Dah banyak kali dia ulang pernyataan yang sama. Aku sendiri
tak tahu macam mana lagi nak buat supaya dia percayakan aku. takkan nak tunggu
aku berjanggut dekat sini, kenal hati budi baru nak percaya?
“Satu
lagi,”
Kaki
yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam bilik terhenti. Laju aku
mengangkat muka, memberanikan diri memandang wajah seorang lelaki yang belum
pun aku tahu namanya. “Apa lagi?”
“Tu…
nak aku buang jugak ke?” dia memuncungkan bibir ke lantai. Aku terngaga luas
melihat pakaian dalam yang aku sorokkan tadi terjatuh ke lantai.
Oh em gee!
Macam
mana boleh terjatuh ni?!
Nak
tak nak, aku capai juga dari lantai dan terus masuk ke dalam bilik. Dahi yang
tak bersalah aku tepuk beberapa kali.
Ya,
malu.
Argh!
Aku nak keluar dari tempat ni!
7 comments:
Makin mnarik! Xsabar nk tggu n3 strusnya. Teruskn bkarya
Arghhh....malunya....
Hahahaha
Dlm ngeri kena culik ada lawak
X kn bos mail pn calon pengantin
Homaiiii homaiiii.... saje je kan kan kan
Hahaha penculik ni mcm still ada hati nurani yg baik kakakaka diakah calon pengantin lelaki? Kekeke homaiiii bestnyeee
Saje je illa ni...ade ke plak hero jd kidnapper hahaha
Noriatul Asimah
next plsssssss
Nak next entry.. Best..
Post a Comment