KAIN HITAM YANG menutup
kepala aku ditarik kasar sebelum aku dapat melihat raut wajah seorang lelaki
yang aku agak awal 30-an memandang aku dengan riak terkejut.
Seriously,
siapa yang patut terkejut sebenarnya ni?
“Mail!”
keras suaranya memanggil budak yang menculik aku ke sini. lelaki yang dipanggil
Mail tadi terus melangkah beberapa tapak, mendekatinya. “Siapa yang kau bawak ni?” lelaki yang tinggi lampai itu
bersuara keras.
Aku
masih lagi diam, menelan air liur beberapa kali dek ketakutan yang amat. Kedua-dua
belah tangan yang diikat kuat menyebabkan tangan terasa pedih. Habislah
aku…Habislah…
Apa
la nasib aku nanti….
“Perempuan
yang bos suruh saya culik tu la.” Mail menjawab dengan dahi berkerut.
“Aku
suruh kau culik anak perempuan Dato’ Hafiz tu! Bukan dia ni!”
Kening
Mail terangkat tinggi sebelum memandang aku dan lelaki tinggi lampai tadi
bersilih ganti. Dada aku berdebar laju tanpa sedar.
Takut.
Ya.
Sangat
takut.
Kalau
dalam filem, bila dah tersalah culik orang, penculik tu bunuh aje mangsa tu.
Dan,
dalam keadaan ni, mangsa tu adalah aku.
Aku!
Mak…!
“Bos
suruh culik perempuan rambut panjang, kasut tinggi dan pakai beg tangan mahal.
Dia ni la. Beg dia pun saya ada bawak sekali ni.” Mail terus meluru ke arah
penjuru bilik kecil itu dan mengangkat tinggi beg tangan jenama Bonia tiruan aku.
Lelaki
tinggi lampai tadi terus merampas beg yang
dihulurkan sebelum mengeluarkan purse aku.
Sikit
pun aku tak mampu untuk bersuara. Takut!
“Naurah
binti Nasir.” Dia membaca perlahan perkataan yang tertera pada kad pengenalan
aku. “Kau ada dengar aku sebut Hafiz tak?”
Mail
menggeleng laju.
“Kau
dah salah culik orang ni Mail! Perempuan ni bukannya anak Dato’ Hafiz!”
“Er…bukan…ke..b..bos?”
Tergagap-gagap Mail menjawab sambil memandang aku. “Habis kau siapa?”
“Saya
Naurah la. Kan dah baca nama tadi!” aku menjerit geram. dah culik aku, lepastu
boleh tanya pulak aku siapa. Gila…
Ini
semua gila!
“Kenapa
kau tak cakap kau bukan anak dato?”
Aku
memandang Mail tajam. Boleh dia tanya aku soalan tu? “Awak terus tarik saya masuk dalam kereta, tutup
mulut, tutup muka, awak ingat saya sempat nak bagitahu?”
Habis
aje ayat aku, lelaki tinggi lampai tadi terus menepuk kepala Mail kuat. Spontan
Mail mengaduh kesakitan.
“Habis
tu kita nak buat apa bos?”
“Kau
tanya aku? Yang kau salah heret orang ni kenapa?” sekali lagi kepala Mail
diluku kuat.
“Maaf
bos, maaf.” Laju Mail menggosok kepala. “Kita lepaskan ajelah dia ni bos.”
Aku
masih lagi diam memerhati. Si lelaki tinggi lampai yang dipanggil bos tadi
menghela nafas berat sambil memandang aku.
“Tolonglah
lepaskan saya…” sekali lagi aku cuba merayu. Mana tahu bos si Mail ni lembut
hati.
“Tak boleh. Kau dah nampak muka kami.” Perlahan dia
menjawab. “Aku tak boleh lepaskan kau.”
“Saya janji saya tak bagitahu sesiapa. Saya janji saya
diamkan diri. Tolonglah lepaskan saya…” kalau dia orang lepaskan aku, aku
takkan ungkit pun benda ni dekat siapa-siapa. Aku takkan buat report polis pun.
Aku takkan dedahkan muka mereka.
Takkan.
Yang penting diorang lepaskan aku. Aku ada dating ni…
Aku memandang wajah tegang bos si Mail dengan pandangan ‘tolonglah berhati perut sikit’. Dia
kemudiannya mendekati aku yang diikat dan duduk mencangkung betul-betul di
hadapan aku. Nafas aku mula turun naik, bimbang kalau-kalau dia buat sesuatu
yang tak dijangka.
Mana tahu dia nak bunuh aku ke?
Aku dah nampak muka penculik, apa lagi yang boleh jadi?
“Maaf, aku tak boleh lepaskan kau. Kau kena duduk sini
sampai semuanya selesai.” Perlahan dia bersuara namun terasa kerasnya.
Aku menelan air liur beberapa kali. Ya Allah, takkan ini
takdir hidup aku? Takkan begini akhirnya hayat aku?
Di tangan penculik?
“Saya takkan bagitahu sesiapa, saya takkan buat report polis. Saya janji!” bersungguh-sungguh
aku yakinkan dia. Memang pun aku tak tipu.
Kalau diberi peluang untuk melepaskan diri, sekalipun aku
takkan buka cerita apa yang dah jadi.
Biarlah si penculik semua ni tak mencari.
Biarkan aku bebas dengan hidup aku kembali.
Sekali lagi aku mendengar dia mendengus kuat sebelum
bingkas berdiri dan merenung tajam wajah Mail yang hanya dia memerhati. “Aku
tak percayakan kau. Maaf. Kau kena duduk sini.”
Akhirnya aku bersandar pada dinding dengan kecewa. Dia
langsung tak termakan dengan pujukan aku. Habislah aku…
Aku belum kahwin lagi.
Seaakan tak percaya ini caranya aku tinggalkan dunia…
Mak…Abah…
“Mail, kau jaga perempuan ni betul-betul. Jangan lupa
bagi dia makan. Kalau perempuan ni hilang, kau aku kerjakan.” Senafas dia
memberi arahan sebelum dia menghilang di sebalik pintu kayu.
Mail yang dari tadi diam mendengar terkebil-kebil
memandang aku. Gambar yang berada di tangannya dipandang berulang kali.
perlahan-lahan dia mendekati aku dan terus mencangkung di hadapan.
“Ini, kau kan?”
Gambar yang bersaiz 4R itu disua ke hadapan. Kerut kening
aku makin lebar bila foto seorang wanita yang ketawa riang di atas kerusi kayu
menerpa anak mata. Itu…aku!
Ya!
Itu gambar aku waktu family
day pejabat dua minggu lepas. Gambar aku yang sedang bergurau senda dengan
Kak Sirah, dengan Kak Zati di dalam pejabat…
Tapi, macam mana….?
“Betul kan? Ini kau?” ulang Mail lagi.
Laju
aku menggeleng.
Bos
Mail sendiri cakap aku bukan orang yang dia orang nak culik. Kenapa aku nak
mengaku pulak, kan?
“Tapi…”
Mail menggaru kepalanya laju. Dia mendekatkan mukanya ke muka aku, memerhati
setiap inci wajah aku yang aku rasa penuh dengan habuk dan debu.
Sesaat
kemudian dia kembali memandang gambar aku di tangannya. Dahinya berkerut lebat.
Tolonglah…tolonglah
Mail. Tolonglah percaya yang tu bukan aku.
Tapi,
macam mana pulak gambar aku boleh ada dengan dia?
“Takkan
aku yang rabun, kot?” dia bingkas berdiri dan menggosok kedua-dua matanya
beberapa kali. “Betul bukan kau?”
Sekali
lagi aku menggeleng. “Bukan…tolonglah lepaskan saya. Awak dah silap orang!”
Mail
menarik nafas perlahan sebelum menyimpan kembali gambar aku ke dalam poket
seluarnya. “Tak boleh. Bos tak nak lepaskan kau. Aku tak boleh buat apa-apa.”
Aku
hampir menangis mendengar jawapan daripada Mail. Tak nak lepaskan aku,
maknanya…?
Mak…
“Sorry
sebab bawa kau ke sini.” Ujar Mail perlahan. “Tapi bos aku baik, aku rasa dia
tak akan apa-apakan kau.”
Segala
pujukan Mail hanya masuk ke telinga kanan dan keluar dari telinga kiri. Tak
terkesan langsung dalam hati aku. Penculik. Kalau dah namanya penculik, ada ke
yang masih ‘baik hati’?
“Lepaskan
aku…tolonglah lepaskan aku…” aku merayu lagi. Air mata yang dah lama aku simpan
jatuh juga ke lantai. Aku takut. Sungguh!
Tengok
pisau rambo di tangan bos Mail tadi
dah cukup buat dada aku semput.
“Tak
boleh. Kau duduk sini dulu.” Mail bersuara perlahan sebelum menutup pintu
rapat.
Aku
kehilangan kata. Mata aku mula meneliti setiap sentimeter bilik kecil yang
hanya dipenuhi dengan kotak kosong dan beberapa keping kayu itu.
Aku
patutnya keluar dating dengan Benjamin.
Aku sepatutnya duduk semeja dengan dia dan bercerita perihal hidup
masing-masing.
Dan…aku
sepatutnya dah boleh bawa balik pengantin lelaki untuk mak dan abah.
Tapi
sekarang?
Oh
tuhan…apa yang patut aku buat sekarang?
AKU TERSEDAR DARI lena
bila mendengar pintu dihempas kuat dari dalam. Beberapa suara garau mula
menerjah telinga. Aku diam tidak bersuara. Sikitpun aku tak berani untuk
membuka mulut, apatah lagi meminta untuk dilepaskan.
Sesaat kemudian, bunyi kayu patah dan hentakan makin kuat
kedengaran. Badan aku menggigil tanpa sedar.
“Baik korang cepat!” suara garau itu memenuhi ruang
rumah. Aku memberanikan diri untuk memandang ke arah pintu bilik yang masih
tertutup rapat dan bila-bila masa sahaja akan terbuka.
Jari jemari yang memeluk paha sendiri terasa bergetar,
menggigil. Apa-apa pun yang berlaku dekat luar sana, aku tahu ia bukan benda
baik. Bukan. Benda. Baik.
Maknanya, aku mungkin dibunuh!
“Apa-apa hal pun, aku nak kau orang selesaikan hal ni
cepat. Makin lama, makin besar kepala Dato’ Hafiz tu! aku tak senang hati!”
Aku menutup mulut rapat. Saat ini, hatta bunyi nafas pun
aku tak nak didengari sesiapa.
“Ya, aku tahu.” suara kedua membalas. Aku kenal suara tu.
Suara bos Mail.
“Kerja kau lambat! Apahal dengan kau sebenarnya hah?
Makin lama makin lembab!” jerit suara garau itu lagi.
Aku masih memasang teliga dari dalam bilik. Aku yakin si
suara garau tu tak tahu menahu tentang kewujudan aku disini. Ya, aku yakin!
“Aku tahu kerja aku. Aku akan selesaikan. Jangan risau.”
Aku
mendengar bos Mail menjawab tenang.
“Hmm,
jangan lambat! Aku benci tengok muka gembira si celaka tu!”
Sekali
lagi aku mendengar pintu dihempas kuat, dan keadaan kembali sunyi.
Perlahan-lahan aku menarik nafas lega. Nampaknya si suara garau tadi dah keluar
dari rumah ni.
Dan
aku selamat! Sekurang-kurangnya buat masa ni.
Aku
menghela nafas berat tanpa sedar. Kedua-dua kaki yang tak berkasut aku
lunjurkan ke hadapan. Rasanya kasut aku tercabut waktu bergelut dengan Mail
petang tadi.
Dan
sampai sekarang, aku tak nampak pun mana perginya kasut tinggi baru aku tu.
Baru harini aku pakai semata-mata untuk keluar dengan Benjamin. Haih.
“Kau
dah sedar?” pintu bilik tiba-tiba ternganga luas. Wajah seorang lelaki yang
kelihatan tegang itu tegak di muka pintu. “Makan.” Satu beg plastik kecil
diletakkan di hadapan aku bersama sebotol air mineral.
Tanpa
menunggu hatta sesaat, dia terus menutup rapat pintu bilik.
Dia
suruh aku makan? Dengan tangan berikat macam ni? “Awak!” aku mendengar suara
sendiri menjerit lantang. Tak sampai seminit, pintu kembali terbuka luas.
“Diamlah!”
Suara
aku terus tersekat pada kerongkong. Bos Mail memandang aku tajam, tak berkelip.
Perlahan-lahan aku mengangkat kedua-dua tangan yang diikat dari depan. Meminta
untuk dilepaskan.
Atau
sekurang-kurangnya dilonggarkan.
Kalau
tak, macam mana aku nak makan?
Bos
Mail mengeluh berat sambil berjalan merapati aku. Laju aje tangannya membuka
ikatan yang dari tadi membuatkan tangan aku kepedihan. Sempat aku menjeling
pisau Rambo yang terselit pada
pinggangnya, bila-bila masa sahaja boleh melayang mencari mangsa.
“Thanks.”
ucap aku perlahan sebaik sahaja ikatan dileraikan.
“Hmm.”
“Boleh saya tahu sekarang ni pukul berapa?”
aku memberanikan diri memandang wajahnya. Kalau nak diikutkan mata aku yang
belum rabun ni, rasanya umur dia belum pun masuk 30 tahun. Ataupun dia awet
muda? Tak nampak tua?
Tapi
takkan muda-muda dah jadi penculik?
Gila.
“Kenapa
nak tahu? Bukannya ada tv pun kalau kau nak tengok cerita.”
“Serius tak ada!?”
Bos Mail tiba-tiba merenung aku lama. Air liur ditelan
tanpa sedar. Seram pulak bila nampak dia renung macam tu.
“Kenapa?” cepat-cepat aku melarikan diri dari renungan
mata dia. tajam. Sungguh. Tajam. Tiba-tiba jari terasa kembali menggigil
ketakutan.
Janganlah lepas dia bagi aku makan, dia bunuh aku pulak.
“Dah kena culik macam ni pun, kau ada selera lagi nak
tengok TV?”
Aku diam. Perlahan-lahan aku menarik plastik makanan yang
diberinya tadi. aku tahu dia perli.
Aku tahu.
Botol air mineral aku buka perlahan sebelum membasuh
tangan kanan yang bertukar warna kelabu. Kotor! Entah berapa zillion kuman yang dah melekat
dekat tangan aku ni. Nak basuh tangan dengan sabun, tak ada pulak.
“Air tu cukup untuk kau sampai esok. Kalau kau rasa nak
bagi tangan bersih lagi penting dari tekak kau, tuanglah banyak-banyak.”
Aku pandang wajahnya, tak percaya. Biar betul? Takkan
dalam rumah ni tak ada air langsung untuk diminum?
Botol air mineral tadi aku hempas ke atas lantai. Getah sayur
yang membalut polisterin makanan aku buka tanpa memandang wajah bos Mail yang
masih memerhatikan segala gerak geri aku.
“Tak adil! Korang salah culik orang, bawa ke sini, entah
dekat planet mana. Lepas tu boleh pulak nak catu air semua!” air mata aku
bertakung tanpa rela. satu suapan telahpun selamat masuk ke dalam mulut.
Sungguh aku lapar.
Sengaja aku simpan perut untuk makan tengah hari dengan
Benjamin. Dan akhirnya, aku kelaparan sampai malam!
…dan nasi yang dia orang bawak balik ni tak sedap!
“Kenapa paksa saya tinggal sini? Awak silap culik orang,
kenapa tak lepaskan aje saya?” aku mendongak ke atas, memandang wajah bos Mail
yang sudahpun berdiri dengan kedua-dua tangannya diselitkan ke dalam saku
seluar. Air mata akhirnya menitis juga.
“Maaf, aku tak boleh lepaskan kau.”
Air mata yang mengalir ke pipi aku kesat perlahan dengan
lengan baju. Satu suapan lagi aku bawa ke mulut.
Tak adil… kenapa aku?
Kenapa gambar aku yang Mail pegang?
Kenapa?
“Saya takkan bagitahu sesiapa tentang awak. Saya takkan
cerita yang saya kena culik dengan Mail.” Nasi yang terasa keras di dalam mulut
aku kunyah perlahan. “Saya janji saya tutup mulut, jadi tolonglah lepaskan
saya…”
Bos Mail itu tiba-tiba mencangkung di hadapan aku. Cermin
mata hitam yang dipakainya dari siang tadi ditolak ke atas. Dan sekarang, mata
kami bertentangan.
“Tak boleh. Aku tak percayakan kau.” balasnya perlahan.
Aku mengeluh berat. Kalau diikutkan hati, nak aje aku
tumbuk muka dia tu. tapi aku tahu. kalau pun aku tumbuk dia, belum tentu dia
rasa sakit.
Tangan aku yang sakit nanti.
Kudrat aku, seorang wanita yang dah melepasi zaman
muda-mudi ni manalah nak terbanding dengan kudrat dia?
Tambah pulak yang dia tu penculik.
Silap haribulan, aku mati sebelum sempat aku habiskan
nasi ayam goreng kunyit ni.
“Sekarang, kau makan dulu.”
Aku diam lagi. dah tak terasa untuk menjawab. dah tak ada
rasa untuk memujuk rayu untuk dilepaskan. Aku tahu semuanya sia-sia.
“Handphone kau
ni,” dia mengeluarkan Lenovo S890 dari saku seluarnya dan diangkat sehingga ke
paras dada. “Aku simpan dulu. Aku dah matikan pun. Dan aku takkan ambil handphone kau, jangan risau.”
Mata aku bulat memandang telefon bimbit ditangannya. Handphone aku! kalau aku boleh dapatkan handphone aku, bolehkan aku suruh Benjamin
datang sini, selamatkan aku gaya knight
in the shining armour tu kan?
“Dan, jangan mimpi kau nak curi handphone ni. Sekali kau cuba nak curi, aku akan campak terus masuk
dalam sungai belakang rumah ni.” sambungnya lagi.
Harapan aku tadi terus hancur berkecai.
Tak ada knight in
the shining armour. Tak ada penyelamat.
Semuanya sia-sia!
“Aku akan lepaskan kau, bila aku dah percayakan kau.” Dia
terus bangun dan menyimpan kembali telefon bimbit aku ke dalam saku seluar.
“Buat masa ni, kau duduk sini dulu.”
Sikitpun aku tidak mengangkat kepala. Nasi ayam goreng
yang sepatutnya terasa enak dikala perut kelaparan itu sikitpun tidak
merangsang nafsu makan. Baru sahaja tiga mulut memasuki sistem pencernaan,
selera aku kembali putus.
Perlahan-lahan aku membasuh tangan dengan baki air yang
tertinggal tanpa mempedulikan anak mata bos Mail yang masih memandang.
Persetankan dia. persetankan.
Mana dia tahu rasa sakit hati aku?
“Sekarang baru pukul lapan malam. Kalau kau rasa kau
kenyang dengan tiga mulut tu sampai esok pagi, terpulang.” Dia bersuara
perlahan sebelum keluar dari bilik.
Dengan perasaan yang bercampur baur, tangan kanan mula
menggenggam kemas botol air yang sudah kosong tiada isi.
Tak adil!
Tanpa sedar, botol air tadi melayang ke pintu. Dada aku
berombak kuat menahan rasa kecewa.
Tak adil…kenapa aku?
***
6 comments:
Adoi...hero seterusnya si jahat yg baik hati udah muncul...illa...!!!!
Noriatul asimah
Hehe bole pulak Norah buat bantahan sambil suap mknan. Tpi kesiannye Norah tak jdi jumpe Ben. Dah tu percuma jer cuti 2 minggu tu burn bcuti ngan perompak lak. Sungguh tak adil!!
Hai la illa. X tahu mana 1 dah calon suami Naurah ni. Apapun best. Tq.
Ohoho. Bestnya kak illa. Ada hero baru laaa. Macam macho je hero ni dr benjamin. Tak sabar nak baca next chapter.
-fz-
Skali update sorg hero muncul. sape la hero sebenarnya
cerita ni buat saya berangan seolah2 saya yg jdi norah ehehehe
Post a Comment