Monday 16 June 2014

Grand Finale Cabaran Raja Tarik F&N

Assalamualaikum!

Siapa yang follow Cabaran Raja Tarik F&N? Ala,, yang pengacara dia Fara Fauzana yang sekarang ni dah manis bertudung dan jugak Fizo Omar tu...

Tak tau jugak?

Meh nak bagitahu.

Khamis lepas, dah berlangsung pun pertandingan akhir Cabaran Raja Tarik F&N dekat eCurve Petaling Jaya yang di anjurkan oleh F&N Dairies Malaysia (the No.1 Condensed Milk Company in Malaysia) untuk kali yang ke sembilan. Kalau nak tahu, Dato' Fazley pon ada jugak jadi salah seorang daripada juri yang ada.

Untuk peringkat akhir hanya 9 orang peserta yang bertuah dan berbakat dipilih dari region masing masing.

Dan, tahun ni, juara Cabaran Raja Tarik F&N 2014 milik Syed Khaidir dari Johor Bharu dengan persembahan yang sangat awesome!



Syed Khaidir, selaku juara telah membawa pulang RM10 000, trofi yang yang paling penting, dapat julang nama Raja Tarik F&N 2014!


Tempat kedua, milik kumpulan X-Power dari Kuantan. Tempat kedua pula membawa pulang wang tunai RM 5000 dan trofi.




Tempat ketiga milik kumpulan Kung Fu Rebels. Rasanya diorang ni dulu dari pasukan sorak, lepastu masuk bertanding tarik teh! Apa-apa pun, diorang ni memang mengagumkan! Tak percaya, tengok ajelah aksi diorang dekat atas pentas Raja Tarik F&N ni.

Panjat memanjat memang takde hal.

Tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai RM3000 dan trofi.

Enam lagi peserta lain tak pulang dengan tangan kosong. Diorang masing-masing menerima hadiah saguhati sebanyak RM1000 seorang. Sangat berbaloi dengan titik peluh sepanjang Cabaran Raja Tarik F&N ni kan?




Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Bagi sesiapa yang rasa terpanggil nak join tarik menarik teh ni, bolehlah cuba lain tahun =)


Untuk lebih maklumat mengenai Raja Tarik F&N, boleh telefon 018-2057114 atau layari www.fndairies.com




1 comment:

Tengkubutang said...

suka gak tengok ni..