Saturday 28 June 2014

Misi Mencari Pengantin Lelaki [Bab 10]



DUA JAM BERLALU.
            Bayang budak yang ditunggu Mail dan bosnya tidak muncul juga. Berkali-kali aku mendengar keluhan dari tempat duduk hadapan. Sesekali radio dikuatkan untuk menghalau rasa sunyi yang bertandang. Mail pula sekejap buka pintu belakang, sekejap berdiri di luar kereta. masing-masing mencuka. Bosan.
            Aku hanya mampu diam di tempat duduk belakang. Selepas kejadian tadi, bos Mail langsung tidak menoleh. Marah sangat agaknya.
            Perut aku mula bergendang, minta diisi. Tekak terasa perit dek dahaga yang amat. Roti gardenia yang entah bila tercampak ke bawah dipandang dengan perasaan berbaur. Pandangan jatuh pula pada kedua-dua belah tangan dan kaki yang diikat kemas.
            Mulut aku dah lama ditutup dengan kain hitam.
            Perfect, tadi elok-elok aje dia orang lepaskan untuk makan kau buat hal. Heh.
            “Bos, macam tak nampak bayang pun.” Mail tiba-tiba membuka pintu tempat duduk belakang. Jantung aku hampir terloncat keluar, terkejut. Bosnya terus berpaling ke belakang, memandang.
            “Kau dah tengok betul-betul?”
            Mail mengangguk laju. “Tak ada bos. Kali ni saya pasti.”
            Aku mendengar bos dia mengeluh keras sebelum menjatuhkan pandangannya ke arah aku. spontan aku menunduk, tak berani melawan.
            Bunyi lantang dari telefon bimbit menyelamatkan aku dari terus menjadi jamuan anak mata bos Mail. Tanpa menunggu lama, butang answer ditekan.
            “Ada apa?”
            “Masalah!” Aku mendengar suara kasar dari hujung talian. Walaupun bos Mail tidak membuat loud speaker, jarak kami yang dekat dan keadaan sunyi cukup untuk membuatkan aku mendengar suara di pemanggil.
            “Apahal?” bos Mail menjeling ke arah aku sekilas dengan telefon bimbit masih melekat pada telinga.“Shit!” tangannya menghentak stereng kereta kuat. “Macam orang bodoh je aku tunggu depan ofis dia pagi-pagi!” dia menjerit tiba-tiba.
            Cepat-cepat aku melarikan anak mata, buat-buat tak dengar walaupun dah sah-sah segala carutan yang keluar dari mulut dia masuk ke dalam telinga aku.
            “Apahal bos?” Mail tiba-tiba membuka pintu tempat duduk belakang. Luas. Dia pun terkejut agaknya.
            “Masuk, jom balik.” tangannya cekap menghidupkan enjin kereta. kening Mail terangkat tingi ke arah aku tanda ‘kenapa’. Laju aku menggeleng.
            “Apahal bos?” kakinya melangkah juga ke dalam kereta.
            Bos Mail tidak menjawab. Kereta dikeluarkan dari tempat parkir dengan berhati-hati. Mail mula menolak aku ke bawah, memastikan tiada sesiapa dapat melihat aku dalam keadaan kemas teringat begini.
            “Megat suruh tunda. Budak tu tak ada dekat Malaysia.”
            “Habis tu, sia-sia ajelah kita tunggu macam orang bodoh dekat sini?” suara Mail naik satu nada. Aku boleh bayangkan kemarahan kedua-duanya. Mana taknya, sejak awal pagi kita orang bertapak dekat sini tunggu budak tu. hampir tengah hari pun.
            Susah juga kerja culik menculik ni rupanya.
            Tapi culik aku senang pulak. Heh.
            “Kita makan dulu bos. Saya lapar.”
            Bos Mail masih mendiamkan diri. Aku tahu dia tengah mengumpul amarah. Kereta dipandu laju membelah jalan raya. Beberapa minit kemudian, dia memberhentikan kereta jauh dari gerai makan yang terletak betul-betul di tepi jalan raya. Mail terus mencipta senyum lebar.
            “Nah, kau bungkus je. Makan dekat rumah.” satu keping not bernilai RM50 dicampak kepada Mail.
            “Nak beli berapa ni bos?”
            “Kita ada berapa orang?”
            “Tiga.” Dia sengih senget.
            “Dah tu?”
            Mail membuka pintu dengan sengihan yang masih berbaki. “Ingatkan nak kasi dia mati kebulur. Senang sikit kerja kita. Ini nak kena angkut pergi sana sini. Leceh la bos.”
            “Mail…”
            “Iya…iya. Saya tahu saya yang salah culik orang. Saya tahu perempuan ni tak salah…” Mail memotong sebelum sempat bosnya mengeluarkan syarahan. Dia terus keluar, menutup rapat pintu kereta dan berlari-lari anak ke kedai makan tadi. suasana kembali sunyi. Bos Mail menjeling aku sekilas sebelum melepas nafas perlahan.
            “Kau jangan cuba-cuba nak lari lagi…” dia bersandar pada kerusi. Kedua-dua belah tangan dibawa ke belakang kepala. “Kalau tak aku tak akan teragak-agak buat macam apa yang Mail cakap tadi.”
            Aku diam, tidak menjawab. Itu ajepun yang mampu aku buat. Mulut dan tangan aku masih diikat kemas.
            “Kau faham tak?”
            “Hmm…”
            “Kalau kau nak balik rumah cepat, nak balik dekat mak ayah kau cepat, nak jumpa boyfriend kau cepat, kau ikut je cakap aku.”
            Hah? Lagi sekali? Boyfriend? Bila masa pulak…?
            “Ni… tak habis, habis mesej.” Dia mengangkat Lenovo aku tinggi. Nama Benjamin memenuhi peti mesej Inbox. Mata aku terbuka luas, tak percaya.
            Macam tu sekali Benjamin cari aku?
            Oh Benjamin, kalau bukan sebab si Mail tu salah culik, rasanya sekarang kita dah bincang hal-hal majlis kahwin!
            “So, behave.” Dia menarik nafas kuat. “Selagi aku tak percayakan kau, selagi itulah kau kena tinggal dengan kami.


HARI KETIGA.  Walaupun tak lena, tapi tidur aku masih boleh merehatkan badan dan minda. Aku pandang bungkusan makanan yang diletakkan di sudut bilik. Masih lagi disitu sejak semalam.
            Entah kenapa nafsu makan aku terus mati mengingatkan kejadian semalam. Kali pertama bos Mail berkasar. Kali pertama aku terasa sangat takut bila dijadikan tebusan.
             Bunyi ketukan dari luar terus membuatkan aku terbangun sendiri. Pagi pagi lagi aku diarah keluar  untuk ke suatu tempat yang aku sendiri tak tahu.
            Selesai memberus gigi dan mandi ala kadar, aku terus menunggu bos Mail di ruang tamu yang hanya diletakkan kerusi kayu dan meja kopi usang.
            “Mail, kita nak pergi mana ni? culik budak semalam ke?”
            Mail terus tergelak mendengar soalan aku. Dia menggeleng beberapa kali sebelum menjawab, “Soalan kau dah macam kau ni salah seorang dari kitaorang pulak. Kau ikut je. Jangan banyak soal.”
            Aku melipat tangan ke badan. Diam. Jam pada dinding kayu menunjukkan tepat jam 10 pagi. Pintu bilik bos Mail yang sedikit terbuka aku intai lama.
            Lama sungguh dia bersiap.
            Mengalahkan aku!
            “Mail,”
            “Apalagi kau ni?” Mail menjawab kasar.
            Spontan aku tersengih melihat wajahnya yang mencuka. Aku boleh agak yang Mail ni berumur awal 20-an. Muda lagi. Perangai pun kebudak-budakan. Gaya aje yang lebih konon-konon penculik handalan.
            Salah culik aku pulak tu.
            Heh.
            “Bos kau tu nama apa eh?”
            “Kenapa nak tahu?”
            Aku angkat bahu. “Saja. Senang nak tulis dalam diari yang aku kena culik dengan kau dan bos kau tu.”
            “Kalau kau sempat tulis…”sinis Mail menjawab.
            Belum sempat aku membalas, bos Mail sudahpun terpacak di hadapan pintu biliknya. Masing-masing terdiam tidak bersuara. Aku sendiri takut untuk membuka mulut bila memikirkan apa yang bakal bos Mail buat bila aku melawan nanti.
            “Jom.”
            Tanpa banyak soal, aku dan Mail terus bingkas dari kerusi dan menuju ke kereta. Aku tahu waktu inilah waktu terbaik untuk larikan diri.
            Tapi bila memikirkan kudrat aku berbanding Mail dan bos dia, niat aku terus terkubur. Aku tahu aku takkan larat berlari sehingga ke jalan besar. Aku tahu larian aku yang dah hampir sepuluh tahun tak bersenam ini senang aje untuk dipintas oleh mereka.
            Ya, aku tahu.
            Dan, mana ada mangsa culik bersiap elok-elok dan keluar dengan penculik dia? Gila?
            Tapi aku tak sanggup nak bayangkan apa yang akan mereka buat bila aku cuba lari nanti.
            Tak sanggup!
            Kereta berhenti juga akhirnya di tempat parking pasaraya. Aku memandang ke arah bos Mail, tak percaya.
            Tanpa banyak soal, Mail dan bosnya terus keluar dari kereta. Aku teragak-agak membuka pintu kereta, turut sama keluar. Jelingan dari bos Mail terus membuatkan aku tertunduk ke bawah. Aku faham makna jelingan itu. Faham sangat. ‘Jangan cuba-cuba nak larikan diri, kalau tak, nahas.’         
            “Hei Zack! Lama tak nampak!”
            Tiga kepala berpusing ke belakang, memandang suara yang menegur. Kening aku terangkat tinggi memandang seorang lelaki yang beruniform pasaraya tersenyum dari jauh.
            Lelaki yang sedikit gempal itu makin mendekat. “Wah, kau dah kahwin ke?”
            “Senyum!” bos Mail berbisik tegas sebelum mencipta senyum lebar kepada lelaki gempal tadi.“Tak adalah…kawan aku. Kau kerja pagi harini Din?”
            Lelaki gempal yang dipanggil Din tadi mengangguk. Matanya masih tidak lepas memandang aku yang masih kaku di sebelah Mail.
            “Amboi Zack, pandai kau sekarang eh? Dulu mana pernah aku nampak kau dengan mana-mana perempuan pun.” Din ketawa perlahan.  
            “Kawan aku la…” bos Mail berpaling ke arah aku sesaat sebelum kembali memandang Din di hadapannya. “OK Din, aku masuk dulu. nak cepat ni.”
            “Hah, OK. OK.” Dia sengih lagi. “Zack, kalau jadi dengan ‘kawan’ kau ni, jangan lupa jemput aku makan nasi minyak!”
Bos Mail ketawa lepas sambil menggeleng. “Kita orang masuk dulu Din.”
Din terus mengangkat tangan tanda ‘OK’.
Aku mula mengatur langkah mengikut bos Mail ke pintu masuk pasaraya. Din yang masih tersengih-sengih berhampiran motosikal kapcainya aku pandang sekilas.
Hilang aje kelibat Din dari pandangan mata, bos Mail terus bersuara. “Jangan cuba nak lari.” Matanya melilau ke sekeliling. Hanya ada beberapa orang sahaja yang baru sampai di tempat parkir. Kereta pun masih tak banyak.
Baru pukul 10.30 pagi. Awal lagi kalau nak beli belah pun. hari minggu pulak tu.
“Saya tahulah.” Laju aku menjawab. Dah faham sangat peraturan dia.Sselagi tak percaya, tak nak lepaskan aku. bla..bla.. “Tapi kan…” spontan aku tersenyum bila teringatkan sesuatu.
“Apa dia?”
Aku memandang wajahnya yang mencuka dengan cermin mata hitam gelap dengan perasaan berbaur. Nak ketawa ke tak ni? kang kalah aku belasah ketawa dekat sini, lain pulak jadinya. Akhirnya aku sedaya upaya menyimpan senyum.
Jadi…nama dia Zack?
Like…Zack, nama hero Melayu?
HAHAHA
“Kau dah kenapa sengih tiba-tiba ni?”
Laju aku menggeleng. Angin ‘Zack’ si hero Melayu ni bukan boleh dibuat main. Kejap elok. Kejap berangin. “Tak ada apa-apa.”
“Kau beli barang untuk masak dekat rumah.” Zack menolak pintu kaca, membenarkan aku dan Mail masuk. Angin pendingin hawa terus terasa menyetuh badan. Sejuk!
            Aku berpaling ke arah Zack, tak percaya. Takkan dia nak suruh aku masak dekat rumah tu?
            Aku? Masak?
            “Leceh nak bungkus hari-hari      
“Bukan selama ni pun kita bungkus je ke?” Mail menyampuk tiba-tiba.
            Hah! Kan! “Bungkus ajelah macam selalu, tak boleh?”
            Muka Zack berubah mencuka. “Kau dekat rumah tu bukan buat apa pun...”
            Aku melepas nafas perlahan. Nak tak nak, kena ikut juga sebab dia ‘bos’.  Pandangan aku mula berlari ke setiap pelusuk pasaraya. “Apa je yang ada dekat dapur rumah tu?”
            Dia menggeleng perlahan. “Tak ada apa-apa.”
            “Gas dengan dapur adalah.” Mail pula menyampuk.
            Aku hampir menepuk dahi sendiri. Mail dah pun tersengih di sebelah aku. “Habis tu awak nak suruh saya beli apa sekarang ni?”
            Mak ai…takkan aku yang kena masak? Aku masuk dapur dekat rumah aku tu pun jarang-jarang aje. Nak masak untuk dua orang ni pulak…
            Aduhai…
            “Saya tak tahu masakla… awak beli ajelah bungkus macam biasa. Ini nak beli barang masak apa pun saya tak tahu…”

            Aku nampak dia tersenyum nipis sebelum membuka mulut, “Let us start with…beras.”

***

Sorry sebab lama tunggu dan TQ! =)

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya! eh?

9 comments:

Melati Desa said...

Dah siap ucap selamat hari raya tu...mcm nak kasik hint lambat lg je nak sambung hihihi selamat berpuasa!

Illa Shanahila said...

Hahahha tak tau tak tau =)

Unknown said...

makin best cite ni .x saba nk tunggu next bab :) btw selamat berpuasa

irulya said...

Selamat berpuasa juga...
like this story jgn lupa sambung nnt2 ye

missone hazel said...

Ayat last tu mcm x best dengar. mcm next entry pas raye je? plssss..hehe

Unknown said...

Alaa..lepas raya ke.. ehehe..ok tkpelah..janji ada kan.. selamat berpuasa illa...

Nana Mohd Yasin said...

Seronok pulak kena culik hahahha

Adaa said...

Nk lg sis....best jln cerita ni....

Asyu said...

want more... want more... heee
suka sangat ngan citer ni :) berdebar!