FAM TRIP TO TAWAU-LAHAD DATU-SANDAKAN
SABAH
(Terima kasih Tourism Malaysia)
Assalamualaikum!!
Phewww, akhirnya ada lah masa terluang sikit selepas balik dari Sabah tiga hari lepas. Walaupun dah tiga hari, tapi perasaan aku masih teringat-teringat waktu ada dekat sana. Best oooo.
Lima hari empat malam di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan cukup buat aku rindu dengan suasana tenang kat situ. Lagipula, waktu kat sana, kita orang banyak buat aktiviti back to nature yang mana pada satu tahap, rangkaian internet pun tak ada.
Siksa? Tak juga. Waktu inilah korang rasa yang banyak lagi benda yang boleh kita buat selain berkepit dengan telefon pintar.
Apa aku buat selama 5H4M di sana? Banyak!!
Aku mulakan dengan ringkasan perjalanan kami dulu, ya.
Day 1
KL Sentral - KLIA - Tawau - Lahad Datu
- Seawal jam 3 pagi, aku gerak ke KL Sentral untuk naik bas ke KLIA. Bas dari KL Sentral ke KLIA bermula jam 3.00 pagi. Selalunya bas akan ada setiap satu jam sehingga malam. Perjalanan hanya memakan masa 45 minit dari KL Sentral ke KLIA.
- Dari KLIA, kami berlepas ke Tawau (2 jam 55 minit).
Selamat tiba di Tawau Airport |
- Sebaik saja tiba di lapangan terbang Tawau, kami terus ke Lahad Datu sebelum berhenti di di Dovist Restaurant untuk makan tengah hari.
Menu yang paling memikat hati. Sedap! |
- Siap makan tengah hari, perjalanan di sambung ke Tabin Wildlife Resort untuk bermalam.
- Aktiviti night safari selepas dinner.
Bilik di Tabin Wildlife Resort |
Tabin Wildlife Resort |
Night Safari |
Day 2
Lahad Datu - Sandakan
- Sarapan di Tabin Wildlife Resort sebelum bergerak ke Lipad Mud Volcano.
- Penyerahan Mud Certificate kepada semua peserta dan check out!
Lipad Mud Volcano |
-Dari Tabin Wildlife Resort, kami terus ke Lapangan Terbang Lahad Datu untuk ke Sandakan. Dengan menaiki MAS Wings, kami tiba di Sandakan dengan perjalanan hanya memakan masa 35 minit.
MAS Wings |
-Perjalanan diteruskan ke Bilit, Kinabatangan untuk ke Myne Resort.
-River Cruise di Sungai Kinabatangan.
-Night walk dan beraduuuuu....
Kinabatangan River Cruise |
Sunset |
Myne Resort |
Day 3
Sandakan
Morning River Cruise untuk menjejaki hidupan liar di sekitar Sungai Kinabatangan.
Sarapan dan Check Out!
Makan tengah hari di Restoran Pasir Putih sebelum ke Puu Jih Shih Temple dan mengikuti Sandakan Heritage Trail (City Tour). Tempat yang termasuk dalam trail ini adalah antaranya Tangga Seribu, St. Micheal's and All Angels Church, Agnes Keith's House dan Wisma Warisan.
Puu Jih Shih Temple |
Wisma Warisan |
- Check in Sandakan Hotel.
- Ke Bandar Kim Fung untuk perasmian Sandakan Food and Agriculture Festival.
Perasmian Sandakan Food & Agriculture Festival |
Team Media |
Day 4
Sandakan
- Ke Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre selepas sarapan. Teruja gila bila sampai sini sebab pertama kali aku sampai sini.
- Bergerak ke Borneon Sun Bear Conservation Centre yang terletak bertentangan dengan Orang Utan Rehabilitation Centre tadi.
Menjamu selera yaaa |
Hello Mary! |
- Ke Rainforest Discovery Centre di mana dekat sini kami belajar tentang uniknya hutan di Borneo.
- Makan tengah hari di Sepilok Nature Resort, satu tempat yang sangat cantik dan unik. Paling best, sangat instragramable!
- Kenyang makan, kami bergerak ke Sandakan War Memorial.
- Ke Pasar Tamu dan sekali lagi ke Festival Makan Sandakan.
Pasar Tamu Bandar Kim Fung |
Makan Sandakan Festival |
- Makan malam dan majlis penutup FAM trip di Restoran Sandokan.
=) |
Day 5
Sandakan - KLIA
- Breakfast di hotel sebelum ke Pasar Besar Sandakan (Sandakan Central Market). Banyak betul barang yang buat aku rambang mata dekat sini dari ikan bilis sehinggalah aksesori mutiara pelbagai jenis!
Pasar Besar Sandakan |
- Ke San Da Gen Kopitiam dan Balin Rooftop Bistro yang menjanjikan panorama bandar Sandakan yang awesome!
Balin Rooftop Bistro |
- Bergerak ke Lapangan Terbang Sandakan untuk balik ke KLIA.
- Home Sweet Home!
Semua detail akan aku ceritakan secara terperinci dalam post seterusnya.
> Myne Resort, Bilit, Kinabatangan
> Kenapa Mesti Pilih Hotel Sandakan?
> Apa Yang Menarik Di Sepilok, Sandakan?
> Kenapa Mesti Pilih Hotel Sandakan?
> Apa Yang Menarik Di Sepilok, Sandakan?
***
Alhamdulillah. Perjalanan sangat bermakna dan terurus dengan kelolaan Encik Syafikh dari Tourism Malaysia dan Pn. Ena dari Tourism Malaysia Sabah. Tak kurang juga layanan daripada Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourist Association.
Terima kasih beri peluang pada kami untuk teroka kecantikan dan keunikan Negeri Sabah =)
6 comments:
Kena pi sana balik kutip chenta yang tertinggal tu ππ
Kesian itu chenta ditinggalkan
Sunah Sakura
Jom p sama-sama kak =)
Seri Kandi Di Tanah Jauhar
Itulaa... kena p kutip balik. Heee
Waaaa siap dah sekali jalan ek..Patutlah cinta tertinggal di Sabah, cepat beno updatenya hahahahaha
Hahaha. Ringkasan duluan sis =)
Post a Comment