Thursday, 19 September 2019

Myne Resort, Bilit, Kinabatangan

'A gateway to nature....'

Di Myne Resort, sangat sesuai dengan slogannya, di sini kami dibentangkan dengan persekitaran yang penuh dengan alam semulajadi. Terletak di Bilit, Myne Resort betul-betul berada di sebelah Sungai Kinabatangan yang merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia. 


Myne Resort

Dari Lapangan Terbang Sandakan, kami terus dibawa ke Myne Resort dengan perjalanan yang memakan masa lebih kurang dua jam. Di Myne Resort, sekali lagi kami dibawa teroka keindahan dan keunikan alam semulajadi terutamanya sewaktu menyusuri Sungai Kinabatangan. 

Tiba saja di sini, kami terus dibawa ke jeti untuk aktiviti evening river cruise. Aku dah banyak kali ikut river cruise sebenarnya tapi pengalaman river cruise di Sungai Kinabatangan ni lain sikit. Bukan apa, sungai ni memang terkenal dengan pelbagai hidupan liar di tebing mahupun di dalam sungai termasuklah Encik Bujang Senang. 


Evening River Cruise

River cruise petang tu kami banyak ditunjukkan dengan pelbagai spesis monyet termasuklah monyet yang popular disini iaitu proboscis monkey. Ada juga beberapa ekor pigtail macaque dan beberapa jenis burung. 

Ada juga aku liarkan mata, intai kalau-kalau ada Encik Bujang Senang tapi apalah sangat pandangan aku kalau nak dibandingkan dengan mata guide yang bawa kami. Memang tak ada jejak Encik Bujang petang tu jadi kami terus balik ke resort. Hari pun dah menginjak malam, perut dah lapar.  


Proboscis Monkey

Proboscis Monkey

Bot kami

Sunset di Sungai Kinabatangan

Nak maghrib dah. Ayuh pulang...

Selesai makan, sempatlah kami rehat seketika sebelum aktiviti nightwalk pula. Berbeza dengan night safari di Tabin Wildlife Resort, dekat sini kami hanya berjalan kaki menguki trek yang disediakan untuk hayati sendiri keadaan hidupan liar pada waktu malam. 


Nightwalking

Kebanyakan haiwan yang kami jumpa dah mula tidur. Antara pantang larang yang patut korang ikut jika buat aktiviti nightwalking adalah jangan bising dan jangan guna flash kamera untuk mengambil gambar. 

Cukuplah dengan lampu yang dibawa guide jika nak tengok haiwan tu dengan jelas dan perlahankan suara sebab tak nak mengganggu mereka yang sedang tidur. 


Burung tengah tidur

Mak hornbill yang menjaga anak-anak dalam sarang. 

Waktu aktiviti nightwalking ni, yang paling menarik adalah pokok merbau yang ada di sini. Pokok merbau ini mempunyai 'gua mini' yang boleh memuatlah lebih 10 orang dalam satu masa. Unik, kan? Apa yang menarik, batang pokok merbau ini merupakan satu lohong luas yang membuatkan bentuk dalamannya seperti gua. 

Katanya, pokok merbau ini menjadi tempat persembunyian anak-anak gadis pada zaman permerintahan Jepun dulu. 

Aku pun tak nak lepaskan peluang untuk tengok sendiri isi dalam pokok ni. Memang menarik!



Dalam pokok merbau

Hari kedua di Myne Resort, selepas solat Subuh, kami terus berkumpul sekali lagi di jeti resort untuk aktiviti morning river cruise pula. 

Rupanya, barulah aku tahu yang lain haiwan, lain waktu aktifnya. Jadi, memang elok sangatlah jika kami rasai kedua-dua pengalaman river cruise ni. 


Jeti Myne Resort


Bot dah sedia tunggu kami



Dan ya, pagi ini kami disajikan dengan permandangan yang memang aku takkan dapat di tempat lain. 

Permandangan apa? 


Jaga-jaga

Tuh ha... Encik Buaya sedang berjaga-jaga di tebing sungai ditemani anak buaya yang tak jauh dari situ. Berdebar jugaklah bila bot makin mendekat. Kata guide kami, buaya yang kami jumpa ini berukuran lebih 3 meter panjang dan waktu itu dia tak tidur pun. 

Cepat aje kami minta abang bot beredar dari situ bila dah cukup gambar yang kami nak. Seram pulak nak berlama-lama. 

Jalan lagi, kami terserempak lagi dengan seekor buaya yang lain. Yang ini siap turun dari tebing dan berenang-renang di sekitar tebing. Mungkin untuk halang kami mendekat. 

Sekali lagi, kami paksa abang bot gerak jauh sikit bila dah dapat gambar Encik Bujang Senang tu. Seram!



Anak buaya yang tak jauh dari situ

Seekor lagi buaya yang kami jumpa

Kata Guide kami, buaya hanya muncul pada awal pagi sewaktu bot masih tak banyak lalu lalang. Bila dah tengah hari dan bot makin banyak, dia dah hilangkan diri entah kemana. Mungkin dalam air mungkin juga bersembunyi di darat.

Mungkin....


Selain buaya, kami terserempak lagi dengan pigtail macaque dan proboscis monkey. Ada juga bangau yang keluar dari makanan. 

Morning river cruise ni kira lagi tenang dan fresh bagi aku. Maklumlah semua haiwan keluar cari makanan dan masing-masing ada cara yang tersendiri.


Morning river cruise


Turun breakfast

Terganggu 


Syok betul breakfast. Tak layan dah orang yang pusu-pusu tengok dia

Kami dan abang bot


Sejam lebih menyusuri sungai, kami balik ke resort untuk sarapan. Waktu satu jam lebih tu terasa singkat sungguh. Tak puas dengar cerita guide kami tentang hidupan liar yang ada di kawasan Sungai Kinabatangan ni. 

Selesai sarapan barulah aku sempat pusing-pusing sekitar resort. Maklumlah, sampai semalam pun hari dah hampir gelap. Jadi hari ni lah baru boleh nak abadikan gambar resort ke dalam kamera =)


Luar bilik yang menghadap Sungai Kinabatangan


Sungai Kinabatangan

Laluan ke bilik kami 













Kejap je rasanya di sini dah kena pindah ke tempat yang lain. Memang tak puas bila dah berdamping dengan alam sekitar. Suasana tenang buat kita lupa semua masalah yang ada.

Terima Kasih Myne Resort untuk kenangan ni.

Untuk info lanjut tentang Myne Resort, boleh terus ke website Myne Resort



Myne Travel Sdn. Bhd.

1st Floor, Block S, Lot No. 8B, Bandar Ramai-Ramai, Jalan Leila, 90000 Sandakan, Sabah, Malaysia



Office Hotline

+6089 223366 / 223377
Mon – Fri, 8:00 – 17:00
Sat, 8:00 – 13:00


Fax

+6089 223355
Myne Resort
Kampung Bilit, Kinabatangan, Sabah
Tel: +6089 278288 / 278291


***
Alhamdulillah. Perjalanan sangat bermakna dan terurus dengan kelolaan Encik Syafikh dari Tourism Malaysia dan Pn. Ena dari Tourism Malaysia Sabah. Tak kurang juga layanan daripada Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourist Association. 

Terima kasih beri peluang pada kami untuk teroka kecantikan dan keunikan Negeri Sabah =)




4 comments:

Sis Lin said...

Yang ini lagi laaa pengalaman yang tak dapat di lupakan...teruja nengok buaya secara dekat tapi dalam masa yang sama, jantung bagai nak luruh di buatnya hahahaha rasanya suara Sis Lin ko yang kuat ek, nasib buaya tak kejor hahahahaha

Sunah Sakura said...

Ehhh lupa kan nak bergambar berlatar belakangkan sungai kinabatangan tu!

Kena pergi lagi ni! 😂

Illa Shanahila said...

Sis Lin

Memang berdebo gila masa bot p dekat tu. Tapi nak tengok!

Illa Shanahila said...

Sunah Sakura

Jom pergi lagi kak! Hahaha