Dalam Hati Ada Dollah Versi Kedua

Okay.

Tak kisahlah nak kata apa, tapi rasa nak sambung hikayat Dollah dengan Senah ni makin membuak-buak. Nak sambung versi dah kahwin. Tapi sampai sekarang tak tahu nak letak tajuk apa.

Sungguh buntu. Hoh ho. 

Tapi apa-apa pun, jom teaser secoet untuk semua.

***

Argh, bosannya!
            Sungguhlah aku tak tahu nak buat apa dah dekat rumah ni. Mama pun dah keluar dari pagi. Safiyya pulak, sejak aku nikah dengan Nick, dia dah jarang datang rumah sini. Bilik dia dekat atas tu pun dah kosong. Semua barang dia dah pindah masuk rumah dia, sebelah rumah ni.
            Aku tak tahulah sebab dia segan dengan aku ke apa. Tapi, itulah yang jadi. Tapi elok  jugak dia pindah. Lagipula, dia dengan Nick pangkat sepupu. Aurat dia sama dengan bukan mahram. Kalau duduk satu rumah, susahlah kan nak jaga. Kan?
            Okay, habis pasal Safiyya. Sekarang ni aku. padan muka aku.
            Dulu nak sangat duduk rumah, goyang kaki kan? Sekarang ni, tak sampai sebulan pun jadi pengganggur+surirumah sepenuh mana, otak aku dah tak duduk ditempatnya. Bukan nak kata rumah mertua kesayangan aku ni bersepah gila. Bukan jugak nak kata mertua aku buli aku buat semua kerja.
            Tapi memang tak ada kerja untuk aku.
            Kak Erna, pembantu rumah mama. Orang Sabah. Umur dia mungkin dah nak cecah 40an rasanya. Kak Erna ni kerajinan dia sungguh diluar kawasan. Dia langsung tak bagi aku sentuh pinggan kotor dekat dapur. Baju kotor pun dia bagi aku sentuh sampai letak dalam mesin basuh aje. Bab jemur, lipat, semua dia.
            Kerja aku dekat rumah?
            Tengok TV, baca majalah (yang dah berzaman dalam rak) dan tidur.
            Kalau setahun dulu, aku nak sangat kerja melangut depan TV tak buat apa, tapi sekarang aku rasa segala jenis kutu dekat kepala aku ni dah mati.
            Bosan!
            Kenapalah aku gedik sangat nak buat impian yang langsung tak ada impak untuk kehidupan aku sehari-hari?
            Oh, ada impak. Impaknya, aku hari-hari duk ternganga depan TV. Kalau mengantuk, tidur (geleng kepala sendiri). Berat badan pun dah naik 2kg.
            Homai! 2kg! Sebulan pulak tu!
            Bukan aku tak pernah cakap dekat Nick yang aku nak kerja balik, tapi dia boleh selamba bomba cakap, ‘Tak payah. Tak lama lagi bila dah jadi ibu, awak memang kena duduk rumah sepanjang masa. Jaga baby kita. InsyaALLAH saya mampu tanggung semua.’
            Baby. Anak kita.
            Aku mengandung pun belum. Mengandungi lemak adalah. Haih.

           

*** 

Comments

Dah nak keluar dah ke buku
ceeehhhh....mmg secoet pon...lom sempat hadamdah tamat....x patut betullllll!!!!!!!!!!!
kak na said…
da kawen ye alhamdulillah
nk lg......
Illa Shanahila said…
Kepada

noorliyana Shamsuddin - InsyaALLAH bulan 12 nanti keluar =)

Strawberry - kan dah cakap secoet. haha

Kak na - alhamdulillah....hehehe
Anonymous said…
Kikikiki sme la kite senah mengandung lemak jerr. Tq illa! Terubat rindu
-sj- said…
X sabarnya....bulan 12, masa pesta buku??
Kak Sue said…
Senah mengandung LEMAK ke atau Senah x SEDAR yang dia sedang MENGANDUNG... hanya Nick saja yg tahu... naluri seorang SUAMI kan... hehehe
Illa Shanahila said…
kepada

anon- sama2. hehehe

k sj- yup, masa pesta buku insyaALLAH.

k sue- hahaha =)
Wild Cherry said…
alahaiiii.... xpuas hati betol secoet je...
jayda said…
Nick Dollah... daisuki da yo!! x sabarnye menunggu bln 12
Illa Shanahila said…
kepada

wc- puas hati la..puas la.. haha

jayda- daisuki des!
ciknie said…
ala..sikitnya nape xde watak nick.miss btul dngan watak slamba nick
Illa Shanahila said…
ciknie - next2 entry insyaALLAH ada =) tq!
Nana Nn said…
waaaaaaaaaaaaaaaaaa
juta2 kali sukaaaaaaaaaaaa