18
AKU
TAK TAHU entah berapa lama mulut aku ternganga. Tapi, buat masa sekarang itu
tak berapa penting. Apa yang kepala tengah berpusing-pusing sekarang ialah,
Dollah dah handsome!
Walaupun hanya dengan Tshirt hitam
dan jeans, dia nampak sangat kemas.
…tanpa selipar jepun!
Dan aku rasa, tak patut pun aku
panggil dia ‘Dollah’ sebab dah tak sesuai dengan muka dia sekarang. Betul.
(Memang pun nama dia bukan Dollah, kan). Rambut dah pendek gaya Beckham zaman
muda. Rambut depan? Hilang! Terus terserlah sepasang mata sepet dia yang selama
ni terlindung.
Yang baru aku perasan…kulit dia
licin gila! (Aku pulak yang tersa segan sebab banyak parut-parut degil dekat
muka). Heh.
Siapa yang makeover dia ni? Aku yang
perempuan ni pun main mekap tipis je malam ni. Dia pulak yang makeover terover! Sampaikan aku sendiri pun tak kenal tadi.
Sikit lagi aku nak ambil autograf
tadi, ingatkan dia ni artis korea yang tersesat sampai depan rumah aku.
Heh.
“Dah puas tenung?” dia sengih senget
sambil memandang aku.
Ya! Lagi satu. Kenapa sebelum ni aku
tak perasan yang dia ada gigi putih yang tersusun elok…erk!
Aku tenung dia!
Homai! Segannya!
“Mana ada…” walaupun dah
terang-terang mulut aku ternganga memandang dia, sedaya upaya aku berpura-pura
macam tak ada apa-apa. Hadui. Kantoi free
je tenung muka orang.
Dia hanya mengangkat bahu sambil melangkah
masuk ke dalam kereta. Satu lagi benda yang aku tak pernah tahu.
Dia boleh bawa kereta?
“Taknak masuk ke? Takkan nak saya
bukakan pintu kot.”
Sikit lagi aku nak tendang dinding
Audi ni. Nasib baik otak aku cepat menghalang.
Nak bayar balik ni mahal Wanda oi.
Aku masuk juga ke dalam perut kereta
walaupun hati masih mengomel panjang. Walaupun dah bertukar rupa, wajah, tapi
dia tetap Nick Dollah yang sama. Cakap memang beku tak ingat.
“Nak makan dekat mana ni?” aku
menarik tali pinggang keledar dari sisi dan terus dipasang pada tempatnya. Wajah
Nick di sebelah aku pandang sekilas.
“Duduk je diam-diam.”
Ceh. Mentang-mentanglah dia yang
bawa kereta. nak berlagak kemain.
Konon-konon nak buat kejutan la tu.
“Awak boleh bawa kereta rupanya…”
terkeluar juga soalan keramat tu bila saja kereta Nick masuk ke jalan besar.
Bukan soalan sebenarnya, lebih kepada pernyataan. Nick di sebelah menoleh
sesaat sebelum kembali fokus ke depan.
“Kenapa saya tak boleh pulak?” soal
dia tanpa menoleh.
Aku menelan air liur sendiri. “Sebab
tak pernah nampak awak bawak.”
Dia menggeleng beberapa kali sebelum
menjawab, “Cubalah jangan nak buat anggapan sendiri…”
Bibir aku mencipta senyum bersalah
tanpa sedar. Ya, aku dah banyak kali buat anggapan sendiri pasal dia. Nick dah
kahwin la…tak pandai bawa kereta la…
“Kalau nak tahu, tanya.” dia
menyambung lagi.
Aku mencebik. Kadang-kadangkan, aku
rasa dia ni dulu ketua pengawas dekat sekolah. Cakap main bahasa ‘beku’ je,
lepas tu setiap ayat berperisa arahan.
Heh.
“Kenapa selama ni tak pernah bawa
pun?” tadi suruh tanya, kan?
“Saja.” Pendek dia menjawab. Aku
mencebik lebar, tak puas hati.
“Ni kenapa potong rambut?” tiba-tiba aku teringatkan rambut dia yang dah
dicantas pendek.
“Saja.”
Dia ni kan…
“Dulu simpan rambut panjang gaya
orang zaman mesolitik kenapa?”
“Saja.”
Tengok, tadi dia jugak suruh tanya.
Aku tanya, macam ni pulak gaya dia menjawab. Kalau aku hempuk dia dengan dekat
stereng tu agak-agak boleh buat kita orang accident
tak? Hadui.
Banyak sangat rahsia dia. Banyak
sangat benda yang aku tak tahu lagi pasal dia. Banyak.
Akhirnya aku diam membisu. Malas nak
tanya banyak-banyak dah. Perut ni pun dah berlagu irama dondang sayang. Lapar!
Kereta Nick dah masuk tengah-tengah
KL. Dekat mana hala tuju dia, aku sikitpun tak tahu. Tapi cantik jugak permandangan
KL malam-malam macam ni. Kalau waktu siang panas dia boleh buat kepala
terbakar, malam pulak cahaya lampu pelbagai warna memeriahkan suasana.
Cantik. Bibir aku mencipta senyum…
“Ni pakai cantik-cantik nak pergi
mana?”
…dan terus hilang. Aku terus
berpaling ke kanan, memandang dia yang masih pegun di tempat pemandu. “Saja.”
Ambik. Ingat aku tak boleh buat ayat perisa perli? (Belajar dengan dialah ni).
Ketawa Nick meletus tiba-tiba.
Walaupun tak kuat, tapi cukup membuat aku tersenyum kembali. Haish, payah. Bila
dah jadi handsome macam ni, mulalah
hati aku nak main kompang tiap kali terpandang wajah dia. Hilang terus musik
dondang sayang dalam perut tadi.
Tiap kali!
Dia menggeleng kepala beberapa kali dengan
sengihan berbaki sebelum membelok masuk ke dalam parking restoran.
Aku kenal restoran ni. Opah Cun’s Favourite!
Nick yang baru menukar gear ke petak
P aku pandang sekilas. Jauh-jauh dia pusing KL, datang bawa aku makan dekat
depan bangunan pejabat jugak. Sungguhlah aku tak boleh nak agak apa yang ada
dekat kepala dia.
Sungguh.
“Kenapa?”
Erk. Dia dengar ke? Cepat-cepat aku
menggeleng kepala.
“Jom.” Nick menguak rambutnya ke
belakang dengan tangan kanan sebelum membuka pintu kereta. Jatuh terus gaya spike yang dia buat awal-awal tadi.
Memang jenis tak boleh rambut kemas
ke dia ni? Heh. Aku turut membuka pintu di sebelah penumpang. Nanti kalau
lambat lagi, ada pulak telinga aku panas dengar perli dari dia lagi.
Hujan rintik-rintik mula turun
membasahi alam sewaktu kaki kiri aku berpijak pada bumi.
Hujan pulak malam ni.
Kereta dikunci. Nick mula melangkah
masuk ke dalam perut restoran dan aku hanya mengekori dari belakang. Ramai
rupanya pelanggan restoran ni pada waktu malam. Penuh!
Nick memilih meja yang paling hujung,
di tepi tingkap. Dia terus melabuhkan punggung dan membelek buku menu yang
sememangnya tersedia disitu. Aku turut menarik kerusi bercat putih itu,
mengambil tempat.
Rupanya, suasana malam dekat
restoran ni lain 90% dari waktu siang. Lagu evergreen
memenuhi ruang restoran yang bercahaya malap. Lilin aromaterapi juga turut
memenuhi setiap penjuru.
Tenang, wangi dan…romantik?
Minus
lilin dekat atas meja. Apa? Ingat tengah nak candle light dinner ke? Dinner
biasa je pun. Makan malam.
“Kenapa kerut dahi sampai macam tu
sekali? Pilih je nak makan apa. Jangan risau, tak payah bayar balik.”
Aku mengangkat muka memandang Nick
di hadapan. Hish, silap timing betul pegang buku menu. Aku berkerut tengok
hiasan dalaman restoran ni yang sangat ‘WOW’, bukannya fikir pasal harga
makanan.
“Bukan fikir pasal tulah.”
“Dah tu?”
Aku kembali melontar pandangan ke
setiap sudut restoran tanpa menghiraukan anak mata Nick yang menikam mata aku.
Payah-payah. Aku tak boleh pandang dia. Rasa macam…ada musik kompang dalam
hati!
“Err…tempat ni. Cantik.”
Aku nampak Nick senyum nipis sebelum mengangkat
tangan, memanggil pelayan. “Kena tengok jugak siapa yang pilih tempat.”
Automatik aku menggeleng kepala. Tak boleh nak
puji langsung. Mulalah riak dia nak datang.
“Riak tu dosa, tahu?” aku angkat kening
tinggi-tinggi. “Tahu tak ni?”
Dia sengih senget sebelum menjawab, “Mana boleh
pakai ayat orang. Tak asli lah macam tu.”
Belum sempat aku membalas, pelayan
datang menghampiri kami. Aku hanya diam memerhatikan Nick yang membuat pesanan.
Dia buat pesanan untuk aku sekali. Dahlah tak minta kebenaran aku pun. (Kalau
aku alergik dengan makanan yang dia pesan tu, macam mana?)
Nick mengeluarkan Note dari poket
seluar dan hanyut disitu. Aku mencebik dalam hati. Parah betul kalau teknologi
menguasai.
Parah.
Tiga minit…lima minit…dia masih
dengan Note ditangan. Aku mula
mengeluarkan handphone, membelek game Pou yang ditinggalkan sejak pagi
tadi. Apa? Ingat aku tak boleh main game jugak?
Aku mengangkat muka, mengerling Nick
di hadapan. Dia tak nampak macam main game
pun. Nampak macam sibuk je tangan dia menulis (melukis) sesuatu pada dada Note tu. Takkan kerja kot?
Pelayan tadi datang dengan dua
hidangan yang dipesan setelah 15 minit menunggu. Aku meletakkan handphone di atas meja dan Nick masih
lagi seperti tadi. Dia mengangkat muka sesaat memandang aku yang merenungnya
tajam. (Power jugak renungan aku ni,
boleh buat dia tersedar).
“Makanlah dulu.”
Aku melepas nafas berat. Lambat-lambat
aku mencapai garfu dan pisau di atas meja. Aku tak tahu apa sebenarnya yang
Nick order tadi. Nampak macam Fish and Chips, tapi rasa macam tak. Sos lemon
ada. Salad ada. Sos BBQ pun ada. Entah. Sekali lagi aku memandang Nick yang
masih tertunduk-tunduk memandang Note di tangan.
Mana pergi ‘selera’ dia biarpun aku
dekat depan mata?
“Makanlah sekali.” Aku memberanikan
diri, menegur. Lemas jugak bila macam ni. Aku dekat depan, tapi dia dengan
gajet di tangan.
“Kejap, kejap. Awak makan dulu.”
Aku mengeluh perlahan sambil
membuang pandang ke arah setiap pelusuk restoran. Ada dua-tiga pasangan lain
yang dari tadi sibuk bercerita itu ini. Di meja lain, satu keluarga riuh dengan
gelak ketawa.
Dan aku dekat sini?
Makan berdua. Tapi macam
sorang-sorang jugak. Heh.
Sekali lagi aku mengeluh. Kuat. Biar
dia dengar. Dia ingat aku hiasan agaknya. Patung cendana yang diletakkan
terpacak di atas kerusi? Tak pun, patung yang mempamerkan design baju dan skirt
terbaru?
Hadui. Tapi, salah kau jugak Wanda.
Apa yang kau expect? Romantic Dinner?
Heh.
Tiba-tiba handphone aku berbunyi
kuat. Terus aku meminta diri ke tandas. Kak Qila ni kenapa pulak? Tiba-tiba je.
“Macam mana dinner?” suara Kak Qila
menerpa telinga sebaik sahaja talian bersambung. Mana pulak Kak Qila tahu kami
tengah dinner ni?
“Kau yang suruh Nick ajak aku
dinner, ya kak?”
Kak Qila ketawa dari hujung talian. Pantas
aku menggeleng laju. Kak Qila ni la…buat aku segan je lah.
“Mana ada, dia yang mintak kebenaran
untuk ajak kau keluar dinner tadi.”
“Bila?” kening aku terangkat tinggi.
Pili air di sinki aku buka perlahan.
“Sebelum dia balik siang tadi la.”
“Oooo.” Aku mula bermain-main dengan air pili.
Dah jadi tabiat dah.
“So,
how?”
“Disaster!”
Ketawa Kak Qila meletus lagi. dah kenapa Kak Qila
ni. Aku cakap dinner ni macam bencana alam pun, dia boleh ketawa lagi.
“Kenapa pulak?” soal Kak Qila dengan
ketawa yang masih bersisa.
“Aku duduk depan dia, dia boleh
pergi layan Note 2 jugak. Dia punya gajet lagi cantik dari aku la kot.”
“Alah, dia ada kerja sikit la tu…”
“Dah tahu ada kerja, baik tak payah
ajak aku dinner kak. Buat aku macam patung je dari tadi.” segala ketidak puasan
hati aku luahkan terus pada Kak Qila. Lega sikit.
“Sabarlah. Kejap je tu kot. Dah, aku
taknak kacau korang. Tata!” Kak Qila
terus memutuskan talian sebelum sempat aku menjawab. Spontan kepala aku
menggeleng beberapa kali sambil memandang skrin telefon. Kalau Kak Qila ada
dalam skrin tu, mahunya aku lipat lima belas!
Aku kembali menutup pili yang
terbuka. Cermin besar yang tergantung di tengah-tengah tandas aku pandang
kosong. Mekap Lili membuatkan mata aku menjadi lebih besar. Lebih galak. Gaya mata
wanita-wanita arab (walaupun tak sebulat diorang).
Aku menghela nafas berat sebelum
keluar dari tandas. Langkah kaki terus diatur ke meja. Nick, tolonglah jangan
buat aku lemas lagi.
“Sedap tak?” Nick tiba-tiba
mengangkat wajah, bersuara sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas kerusi.
Dia mencapai juga sudu dan membawa isi ikan ke dalam mulut tanpa menunggu
jawapan dari aku. Aku menarik nafas lega. Akhirnya…!
Tapi tak lama. Sesaat kemudian, Nick
kembali menulis dengan stylus pen di
tangan. Sesekali dia mencapai gelas nescafe dah menghirupnya beberapa kali.
masih lagi diam. Seriously, aku
lemas!
“Saya nak balik!” Aku bingkas bangun
dari kerusi. Makanan yang nampak macam Fish and Chips tu dah separuh aku
habiskan. Tiba-tiba terus terasa tak ada selera. Aku lemas. Sungguh. Kalau
macam ni gaya, memang aku tak boleh nak tahan dah. Baik tak payah ajak aku
pergi dinner.
Kening Nick terangkat tinggi melihat
aku membetulkan letak beg tangan di bahu. “Wanda?”
“Awak buat ajelah kerja tu. Saya
balik sendiri.” Sedaya upaya menahan suara. Beberapa pelanggan yang duduk
berhampiran mencuri pandang ke arah meja aku dan Nick. Aku terus membawa kaki
keluar dari restoran tanpa menunggu jawapan dari dia.
Buat apa nak tunggu? Dia dah hanyut
dalam dunia dia sendiri.
Rintik-rintik hujan menempiaskan air
ke muka sebaik sahaja aku membuka pintu untuk keluar.
Lupa!
Macam mana aku boleh lupa yang tadi
hujan?
Macam mana aku nak balik ni?
“Wanda…” Suara Nick tepat di telinga
aku. Sikit lagi aku nak melatah. Dekat sangat!
“Kenapa ni?” dia bertanya dari belakang.
“Kenapa? Awak tak hiraukan saya
sejak dari kita duduk lagi. awak tanya kenapa?” aku membalas geram. Aku mula
melangkah keluar, meredah renyai hujan. Kalau lari laju-laju, sempat kut sampai
dekat susur gajah sebelah sana.
Kut.
Belumpun sampai tiga kaki aku
melangkah, Nick menarik tangan aku kembali ke dalam restoran. Aku hampir
menjerit dengan tindakan dia yang tiba-tiba.
Cepat-cepat aku menarik tangan dan
menyilangkannya ke dada. Nasib baik lengan blouse ni panjang! (Dan nasib baik
aku tak terjatuh dalam pelukan dia!)
“Apa ni?” aku bersuara keras. Marah pun
ada. Terkejut pun ada.
“Sorry,
masukla. Hujan ni.”
Aku diam. Hujan yang mula menitiskan
butir-butir kasar aku pandang tanpa suara.
Selendang aku dah basah walaupun tak
lencuh. Skirt aku pun dah basah terkena lopak air waktu keluar tadi. Blouse aku
pun…
“Wanda…duduk balik, please?”
“Kalau nak suruh saya makan sendiri,
baik saya makan dekat rumah je.” Aku merungut sambil berjalan ke arah meja kami
tadi dan kembali menarik kerusi untuk duduk.
Nick tersenyum nipis tiba-tiba. Dia
terus meletakkan Note 2 di atas meja dan memandang wajah aku. Lama.
Orang marah pun dia boleh senyum?
“Hey,”
Aku mencebik lebar. Pinggan putih
yang berisi makanan malam aku pandang tanpa tujuan. (Nak mengelak dari renungan
dia sebenarnya).
“Sejak bila pandai merajuk ni?”
Ceh. Nak perli aku je yang dia tahu.
“Bukan merajuk, tak puas hati.”
“Sorry.”
Aku mengangkat bahu sambil menghirup
ice lemon tea di atas meja.
“Wanda…pandanglah sini.”
Aku mengalihkan pandangan dari lilin
aromaterapi di sudut dinding kepada wajahnya yang masih pegun memandang aku. (Kompang,
jangan nak masuk buat persembahan. Hati aku tengah sakit ni).
“Sorry,
okay.”
“Hrmm.”
“Atau awak nak saya buat banner besar-besar tulis ‘Saya Minta
Maaf, Wanda’?”
“Tak kelakar.”
Nick menarik nafas dalam-dalam.
Gelas nescafe ais dicapai dari atas meja. “Okay. Macam ni. Awak tanyalah apa
yang awak nak tanya. I’m all yours.”
I’ all yours? Erk, maknanya Nick
milik aku? macam tu? Kalau aku menari-nari sambil terbang dekat awan, boleh? “Taknak
tanya dah. Saya nak makan je.” Sedaya upaya aku menahan suara. Ingat Wanda, mode merajuk tengah ‘on’ ni.
“Aik, nak makan? Bukan tadi dah nak
balik?”
Terus aku terjatuh dari awan! Mata
aku bulat memandang dia di hadapan. Dia tak tahu ke aku tengah merajuk?
MERAJUK. Boleh pulak dia pakai ayat perisa perli lagi?
Sungguhlah aku tak faham dengan
manusia bernama Nick Rayyan Lee ni. Aku mencapai juga garfu yang aku tinggalkan
dalam keadaan ‘pause’ tadi. isi ikan yang hanya tinggal separuh aku potong
sebelum memasukkannya ke dalam mulut. Malas dah nak melayan perlian dia.
Nick hanya memandang dengan
sengihan. Sesekali dia mengerling Note 2 yang diletakkan di atas meja bila
skrinnya bercahaya.
“Kalau nak buat kerja, ajak saya dinner sekali kenapa?” aku bertanya
tanpa memandang. Isi ikan yang sudah dipotong aku celupkan ke dalam sos lemon.
“Saja.”
Mulut yang dari tadi asyik mengunyah
terus terhenti. Aku mengangkat kepala dari pinggan ke wajahnya di hadapan. Kalau
aku toreh muka handsome dia dengan
pisau pemotong isi ikan ni, boleh tak?
Hadui.
**Bersambung**
28 comments:
cerita ni makin HOT-lah...suke3
and owhh aw dh x slalu post n3 on time ye skrg....y
Best, nak lagi okay cik Author. Thanks you!
kalau nak tackle si wanda tu kenalah tukar perangai beku tu nick!!!!kesian dia..
Nick! Are you a fool? Nape wat wanda mcm ni? Dia lariks kang padan mula you...he..he..
Best ah....makin menarik tertarik!
Tp n3 dis time pendek dr yg selalunya
Mcm tak puas baca...but I understand jg lah
Mayb ms writer tgh busy skrg ni kan....
Best ah....makin menarik tertarik!
Tp n3 dis time pendek dr yg selalunya
Mcm tak puas baca...but I understand jg lah
Mayb ms writer tgh busy skrg ni kan....
I like nick!!! Watak hero ala2 bad boy ni mmg hot.. hihi
I like nick!!! Watak hero ala2 bad boy ni mmg hot.. hihi
Best.. mcm slalu hehehe
ari nih blajar perkataan SAJA....
Bestnya..tp pndek la n3 dia...smbung lg..nk lg...x sbor dah nk bca n3 strusnye....
ingatkan nak tidur dah tp ingat ada kerja sikit trpksa buka kmpter...bila dh trpndng n3 trbaru..kerja kemana apa kemana...
senyum sorang2 krn akak pun br je blk makan malam... mkn fish n chip..dan dlm hujan lebat...
waaaa.....suke.....
cepat sambung
ok.... serius best giler....
suke dgn nick dollah ngan senah wanda, gilark punya couple....
dating x perlu guna kod.... tu sume dh ke parit....
ceh...senah wanda dh mula nk majuk, tp still cover cun...
nick dollah konon bolayan tp dlm ati ada taman...hahaha....
wallah...sweet je....
tp tu le n3, ciput je...
cik writer tlg perah otak ketat2... bagi idea melimpah ruah, so...n3 biar pjg... bg ati kami vibrate libang libu...
slamat berkarya n syabas...
Best.… ^_^
bestnya...melting dgn nick dollah.. *pengsan*
kita yg bc pn sakit ati..haha....
Wanda apa kata lepas ni kalau Nick ajak pi makan U jual mahal sikit.... Kalau Nick tanya U jawab "SAJA"... boleh gitu..... hehehe
adakah dolah sedang melukis gambar senah? hehehehe
ati kering betoi dolah ni..takde lgsung skill ngayat..sabar ye cik senah..apa2 pun itula pojaan hati ko..
usik sikit-sikit sudahlah nick nanti wanda lari baru kau pulak gigit jari.
jgn lupa ada ramai lagi yg beratur nak tackle si wanda tu.
SAJAA...je Dollah ni kan!!! Cik penulis silalah sambung ya..jgn segan2!
Dollah ni pun 'sepuluh' la kan dah ajak Senah mkn, makan la..dok belek hp je buat mende..mmg kak pun tak bekenan tgk org kat kedai mkn tp belek hp memanjang! ( sekali skala takpe la kan )
apa kata hang jetus je kepala dia..bila dia tanya kenapa..jawab aja.."saja"
Alamak.. Ingat ade entry baru, rupanya xde lagii..
Sedih.. T.T
Ehh btw, nak bgtau.. 2 hari lepas ade rakan sekelas (slama ni tak perasan pun sbb dia slalu duduk belakang)..
Tapi satu hari tu dia datang lambat n terus duduk sebelah. Terkejut sekejap. Dah lah rambut panjang tutup mata lepas tu g kelas pakai selipar je.
*Tetibe teringat Nick Rayyan Lee.
Dah lame2, baru berani tanya nama.. heehe. Mr HK rupenyee. Start dari haritu, hari2 dia dduk sebelah sy (selang 1 kerusi). :P
Yg peliknya, xtau kenapa tetiba dia bg email. Motif?
Ayamak... tgh syok2 baca dah habis... SAJA la u ni cik ila buatvi penasaran... hahaha
En Dollah sengal
hai.. suka baca novel ni..
218
done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
ayok!!!... wanda sudah marah... ;)
Post a Comment