Dalam Hati Ada Dia [Bab 20]


20

OKAY. AKU DAH kantoi kering. Free je aku dapat malu. Percuma. Yang tangan ni kenapa terasa gatal sangat  nak mesej dia. Hadui. Aku tak boleh bayangkan macam mana nak jumpa dia lepas ni.
            Aku boleh jangkakan senyuman perisa perli dia nanti.
            Homai…
            Berkali-kali aku menepuk dahi sendiri. Beberapa manusia yang lalu-lalang mencuri pandang dari sisi mata. Heh. Pandanglah banyak mana pun. Aku tengah malu ni, tahu?
            Butang untuk pejalan kaki aku tekan berkali-kali. Terasa lambat pulak lampu merah untuk laluan pejalan kaki bertukar hijau. Kereta makin banyak menghiasi jalan raya. Manusia juga semakin sesak berhimpit untuk turut sama melintas ke seberang. Sekali lagi aku menekan butang besi pada palang lampu isyarat.
            Tolonglah cepat sikit…
            “Tekan sekali sudahlah. Tekan banyak kali tak akan beri effect pun.”
            Eh?
            Aku terus berpaling ke belakang. Sikit lagi hidung aku (yang tak berapa nak mancung) nak mencium bahu orang di belakang.
            Sikit lagi. Nasib baik sempat elak.
            “Bukannya boleh cepatkan, buat rosak adalah.” Perlahan aje suaranya masuk melalui telinga kanan.
            Aku mencebik lama. Tuan punya suara beku berdiri tegak di belakang aku. Entah sejak zaman bila dia ada dekat situ.
            Lampu isyarat akhirnya bertukar hijau. Cepat-cepat aku membuka langkah untuk melintas.
            Tapi tersekat.
            Beg bimbit yang ditarik membuatkan aku terdorong ke belakang. Ada orang nak ragut aku ke?
            “Jangan balik lagi. Jalan-jalan dulu, jom?”
            Nak ajak jalan-jalan dah rupa gaya nak meragut aje. Tak pernah belajar tatasusila ke apa dia ni?
            “Tak nak. Nak balik.” heh, buat jual mahal sikit. dahlah tadi free je dapat malu. Lagipun nak jalan-jalan apanya. Aku tengah lapar gila dari pagi tadi tak makan (baru sekarang aku tahu makan biskut tak kenyang).
            Heh.
            Lampu hijau berkelip beberapa kali. bunyi isyarat jalan menerpa telinga. Aku memandang Nick yang masih berdiri tegak dengan dahi berkerut lebat.
“Kejap lagi lah balik. Makan dulu.”
“Saya nak balik la. Lapar. Penat,” rindu… aku membuat alasan.
Nick menggeleng sesaat. Dia memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam saku jeans. “Kalau lapar, makan. Bukannya balik rumah, tahu?”
Eh, aku cakap apa tadi? Lapar? Hadui. Yang mulut ni nak jujur sangat kenapa?
“Tahu tak ni?”
Aku mencebik. Lampu hijau kembali bertukar warna. Kereta yang berhenti tadi mula bergerak perlahan-lahan. Aku menarik nafas dalam-dalam sambil memandang dia yang masih tidak berganjak.
Kemeja putih dan jeans lusuh. Ringkas. Kemas tanpa flipper. Dia dari mana sebenarnya ni?
“Wanda,” dia menegur apabila melihat aku masih diam membisu. “I miss you too.”
Bunyi kompang terus bergema di dalam dada. Rama-rama mula berterbangan di dalam hati. Bibir aku perlahan-lahan mencipta senyum. Tak payah makan pun tak apa. Perut tiba-tiba terasa kenyang.

           
SELESAI PUN MAKAN. Bersungguh-sungguh aku makan kali ni. Dah tak kisah dah Nick nak padang pelik ke, dia nak komplen yang aku beku macam dia ke, janji perut aku yang lapar diisi dengan sempurna. Heh. (Padahal Nick yang bayarkan. Suka-suka jiwa je aku order banyak-banyak).
            Dia pun macam biasa, tak banyak cakap. Sepanjang masa aku makan tadi, dia hanya minum segelas air, pandang aku, minum air. Dia dah tak berani nak sentuh Note depan aku kot.
Air nescafe yang pasti. Sungguhlah. Banyak minum caffeine macam tu pun gigi dia boleh putih bersih lagi?
            Macam mana dia buat?
            “Dah? Ke nak lagi?”
            Aku mengangkat muka dari pinggan yang licin kepada mukanya di hadapan. Er, itu ayat perli ke, caring? Wajahnya yang beku tak tertafsir aku pandang lama. payah betul kalau kawan (date) dengan manusia beku macam ni. Susah aku nak interpretasikan air muka dia dengan situasi.
            Betul.
            Susah.
            Aku geleng juga akhirnya. “Dah kenyang.”
            Dia mengangguk sesaat sebelum bangun menuju ke kaunter pembayaran. (Dia yang bayar, macam biasa).
            Sebab dulu dia pernah cakap, kalau dia yang ajak makan, dia yang bayar. Aku setuju aje. Malas nak bangkang. Lagipun, bajet bulanan aku mana cukup nak tampung makan untuk dua orang.
            Heh, berkira kau Wanda. (Itu bukan berkira, fikir masa depan).
            Aku turut sama bingkas dari kerusi setelah Nick membuat isyarat ‘jom’.
            Kami sama-sama keluar dari restoran dan terus mengatur kaki ke stesen komuter. Nak buat apa lagi,  kan? Kenyang perut, balik rumah.
            Nick yang berjalan santai disebelah aku pandang sesaat. Kedua-dua belah tangannya masih setia di dalam saku seluar. Gaya macam duduk oversea dah, takut tangan sejuk. Heh.
            “Busy ke hari ni?”
            Dia mengangkat bahu sambil memandang aku sekilas. “Tak sangat. Kenapa?”
            Aku mencebik. Dah tahu aku rindu, nak tanya lagi. Saja la tu. Saja. “Taka da apa. Saja tanya.” Gila nak jawab aku rindu dia? Mana boleh (walaupun dia dah tahu).
            Dia sengih segaris sambil menggeleng. “Ingat customer Jepun yang saya bincnag dengan that guy hari tu?” dia menyoal tiba-tiba.
            That guy.
            Hadui la Nick Dollah. “That guy tu nama dia Fahim.” aku menyambung. “Ingat. Kenapa?”
            Dia mengangguk beberapa kali. “Hah, Fahim. Ada discussion dengan diorang tadi. All the Jappanese, tan sri, dia...”
            Oh…patutlah Fahim hilang lepas lunch tadi. Patutlah jugak Nick pun tak datang ofis ajak aku macam tadi.
            “…dan, sebab tu ke awak potong rambut? Sebab discussion hari ni?” aku teringatkan rambut dan pakaiannya yang berubah kemas tiba-tiba.
            Nick mengangguk dengan sengihan senget. “Dah tu, sebab apa lagi?”
            Ceh. Mati-mati aku ingat dia berubah jadi kacak gaya Prince Charming sebab nak mengurat aku. Heh.
            “Dari hari Ahad sebenarnya. The next day lepas kita dinner tu.” dia menyambung lagi.
Aku mengangguk faham. Sebab tu ke dia sibuk dengan Note sepanjang dinner? Sebab tu ke dia diam je lepas call aku malam tu?
Dia sibuk rupanya. Dahtu, kenapa nak keluar dinner jugak. Free-free je kena marah dengan aku. Manalah aku tahu dia tengah sibuk dengan kontrak juta-juta. Kalau aku dekat tempat dia pun, aku akan pilih kontrak juta-juta daropada bersembang kosong waktu dinner. Kan?
Patutlah dia buat magic tiba-tiba bertukar jadi kacak walhal waktu siang dia masih dengan gaya serabut tu.
Haih Nick Rayyan.
Akhirnya kami diam lagi. Berjalan dan berjalan menuju ke stesen. Dah hampir maghrib pun. Tak ramai dah yang lalu-lalang dekat laluan susur gajah ni.
…dan tak ramai dah yang nak bersesak-sesak dekat stesen nanti.
“Nick,”
            “Hmm?” dia menjawab tanpa memandang.
            Sekali lagi aku memandang wajahnya yang tenang. Beku. Haih Wanda, baru sehari lebih tak jumpa dia, dah tak ketahuan ke?
            “Kenapa awak tak balik naik kereta je? Saya boleh je balik sendiri.”
            “Siapa cakap saya nak hantar awak? Saya pun nak balik naik komuter ni.”
            Eh? “Kereta awak rosak ke?”
            Nick tiba-tiba ketawa perlahan. “Ada. Tak rosak. Ada dengan Adi.”
            Siapa pulak Adi ni?
            “Adi tu driver tan sri. Tan sri suruh Adi kerja dengan saya. Petang-petang macam ni Adi bawak kereta pergi ambil anak dia dari sekolah.”
            Huh? Pemandu ambik anak dia dari sekolah? Tinggalkan majikan jalan kaki naik komuter? Apa. Hal? Tak faham.
            “Saya suruh dia tunggu dekat stesen komuter sana je. Senang. Nak patah balik sini payah. Jammed lagi.”
            Ooo. Percaya pulak Nick dekat Adi tu. Tapi rasanya, masa jumpa haritu, Adi nampak baik je (sebab tolong bukakan pintu kereta untuk aku). Sebab tu Nick percayakan dia kut.
            “Er..awak okay ke macam ni? Guna public transport, menunggu…”
            “Apa ada hal. Tak patah pun kalau guna kaki untuk berjalan, kan?” dia mengangkat kening dengan senyuman senget.
            Aku turut sama senyum. Nick…Nick. Orang lain punyalah nak mengelak dari bersesak-sesak dekat stesen KTM, dia boleh buat selamba je walhal dia ada Audi siap dengan pemandu?
            Adakah dia alien dari planet lain yang jatuh dekat bumi bertukar jadi manusia? Adakah?
            “Tak ramai orang dah…” aku mendengar Nick mengumam rendah bila pandangan matanya terjatuh pada kaunter tiket.
            Dia beli tiket dia.
            Aku aku bayar aku punya.
            Kami sama-sama turun ke tempat menunggu tren ke Pelabuhan Klang. Kalau nak diikutkan masa yang tertera dekat papan kenyataan perlepasan, ada lebih kurang dua puluh minit lagi. Patutlah tak ramai. Tren baru gerak kut.
            Aku melabuhkan punggung di sebelah Nick yang sudah tersandar pada tiang dan memeluk tubuh.
            Macam biasa. Cuma yang bezanya, rambutnya dah tak serabut. Tak adalah gaya mamat indon tunggu keretapi lagi. Heh.
“Kenapa awak macam tu dulu?”
Nick berpaling memandang aku di sebelah. “Macam mana?” keningnya terangkat tinggi.
            “Err…rambut serabut. Selekeh…” aku sengih bersalah. Boleh ke tanya soalan macam tu?
            “Macam orang tak siuman?” dia menyambung tiba-tiba.
            Aku mencebik sesaat. Perlilah tu. Mentang-mentanglah dia pernah dengar aku cakap macam tu dulu. Kalau tak guna ayat perisa perli tak sah.
            “Saya dah penat.” dia bersuara tiba-tiba.
            Huh?
            Dia kembali bersandar sambil menutup kedua-dua belah mata. “Penat dengan manusia yang berpura-pura.”
            “Maksudnya?”
            Dia berpaling, menghadap aku. Tangannya meraup wajah dan kepala sebelum kembali memasukkan tangan ke dalam poket seluar. “Bodek, talam dua muka. Hormat tak tentu hala…itula….inila…” dia menghela nafas panjang. “Saya dah bosan dengan semua tu.”
            Aku mengangguk faham. Faham sangat dah dengan perangai manusia. Yang pangkat rendah, bodek yang pangkat tinggi. Yang kurang berkusa, tunduk pada yang berkuasa. Yang hati hitam, tahu nak dengki sepanjang masa. Manusia.
            “Lagipun, saya tak mampu nak hadap dengan pujian manusia.”
            Huh?
            “Saya takut saya jadi bongkak. Saya takut saya jadi lupa diri. Lupa semua yang ada dekat bawah. Awak tak tahu rasa bila berada di atas, Wanda…” Dia mengeluh lagi.
            Ya, memang pun aku tak tahu pasal aku tak pernah pun berada di atas. Macam yang pernah aku cakap. Paling berjaya pun, aku dapat 5A waktu UPSR dulu. itulah yang aku rasa aku paling berjaya. Tak ada paling atas dari tu dah.
            “Sebab tu saya fikir, baik saya jadi biasa-biasa. Baik tak ada yang kenal saya. Baik saya macam ni aje.”
            Aku mengangguk lagi. Memang pun. Pujian kadang-kadang boleh merosakkan manusia. Buat benda baik, puji. Lama-kelamaan, benda baik tu dah jadi tak ikhlas sebab nakkan pujian.
Betul.
Parah jugak kalau selalu disogok dengan pujian. Hati yang putih pun boleh jadi gelap. Apatah lagi kalau hati yang dah rupa kelabu asap?
Patutlah. Patutlah dia transform jadi orang jalanan. Patutlah dia tak pernah nak muncul depan orang ramai waktu perbentangan. Patutlah dia tak pernah berada dekat firma walaupun segala kerja dia yang kawal. Patutlah dia jadi beku memanjang.
            Nick Rayyan Lee. Masih wujud rupanya orang macam dia.
            Satu dalam empat ratus ribu, kot. Tak pun sejuta.
            “Nak tanya lagi, boleh?”
            Nick senyum nipis. “Yes, my dear. Apa lagi nak korek ni?”
            Ceh.
            “Awak ni kerja arkitek ke, penyumbang idea dekat syarikat tempat saya kerja?” aku bertanya lurus. Iyalah. Dari mula aku masuk kerja lagi nama dia dah menjadi buah mulut orang. Nick Rayyan the Great. Idea yang dia bagi boleh buat untung juta-juta. Tan Sri pun asyik sebut aje nama dia dalam meeting walaupun tak pernah nak tunjuk muka Nick Rayyan tu dekat kami.
            “Ayah awak yang suruh tolong eh?”
            “Ayah?”
            “Tan Sri tu? Ke atuk? Rasanya Tan Sri tak adalah tua mana. Takkan pangkat atuk awak, kut.”
            Nick ketawa menggeleng. “Seriously, Wanda,”
            Kening aku terangkat tinggi. “Kenapa?”
            “Cuba awak bagitahu apa nama saya.”
            Ceh. Macamlah popular sangat (tapi memang famous la, kan? Satu pejabat tahu. “Nick Rayyan Lee.”
            “Full name.” dia mengangkat kening sambil memandang tepat pada anak mata aku.
            “Nick Rayyan Lee bin Adam Lee.” Senafas aku menyebut. Dah selalu sangat tengok nama dia dekat proposal mana-mana, dekat slide peresentation, dekat poster… “Kenapa?
            “Nama Tan Sri apa?” soal Nick lagi.
            “Aminudin Baki.” Apa, ingat aku tak tahu ke nama penuh majikan aku sendiri?
            Eh?
            “Habis tu, celah mana pulak tan sri boleh jadi ayah saya?”
            Haah la. Nama ayah dia, Adam Lee. Tan sri pulak Aminudin Baki. Haish. Sikit lagi aku nak tepuk dahi sendiri.
            “Kalau ‘slow’ pun, janganlah tunjuk sangat sayang.”
            Bulat mata aku memandang dia dekat depan. Kalau dia buat ayat tadi tanpa ‘sayang’, aku hantuk dia dengan kasut tumit tak berapa tinggi ni.
            Nasib baik…
Nasib baik dia letak ‘sayang’ dekat hujung tu (terus hilang marah aku). Heh.
            “Dah tu, kenapa awak boleh ada dekat syarikat tu pulak?” aku masih lagi tak puas hati. Okay. Dia tak ada kaitan dengan tan sri. Bukan anak, bukan juga cucu. Jadi?
            “Tan sri ajak saya kerja dekat situ. Saya tolak.”
            “Kenapa?”
            “Ingat senang ke nak buat dua kerja sayang oi. Saya tolong tan sri mana yang patut je.”
            Hidung aku kembang dua saat. Hari ni kena sogok dengan perkataan sayang je. Sayang betul aku dekat dia. Eheh.
            “Tan  sri yang jaga saya dari kecik. Sebelum pakcik datang ambik saya dengan mak dulu.”
            Aku diam sambil pegun memandang Nick di hadapan. Memberi ruang kepada dia untuk bercerita.
            “Anak tan sri dulu kawan saya. Sebaya. Rasanya sebab tu la kot tan sri dah anggap saya jadi macam anak dia jugak.”
            Ooo. “dulu?”
            Nick angguk perlahan.
            “Najmudeen meninggal waktu kitaorang form five. Accident.”
            Oooh…
            “Waktu dekat university dulu, pakcik saya, abang mak ambil kami dari rumah tan sri.”
            “Dan sebab tulah syarikat awak yang jaga firma pakcik awak tu sekarang.” Aku menyambung. Nick mengangguk perlahan.
            “Safiyya, anak pakcik tak minat nak ambil alih. Pakcik serahkan pada saya.”
            “Jadi, sekarang Inovasi tu awak punyalah?” bulat mata aku memandang dia. Biar benar Nick ni?
            Dia angguk lagi. “Dalam kertas, ya. Tapi tu bukan harta saya. Pakcik punya. Saya tolong jaga je.”
            Nafas aku menjadi sesak tiba-tiba. Patutlah senang-senang je dia ambil Kak Qila kerja dekat situ dulu.
            Nick ada harta juta-juta? Homai.
            Tiba-tiba aku jadi takut.
            “Err, mak awak dekat mana sekarang?”
            “Kenapa? Nak jumpa?”
            Aku buat muka. “Orang tanya je lah.”
            “Mak ada dekat rumahlah. Dekat mana lagi.” dia menyusun gigi, senyum. “Nak jumpa mak ke?”
            “Saya takutlah.” Aku mula terbayang watak bakal ibu mertua yang selalu aku tengok dalam filem dan drama. Muka bengis 24 jam. Rambut disanggul tinggi dengan baju sutera mahal. Mata pulak tajam menikam.
            Mak ai…siapa suruh kau terjebak dengan anak orang kaya, Wanda?



*** 

Comments

Aminah said…
Sukkee.....silalah sambung...timakaseh utk n3 ini.
jue bard said…
hmm mmg betul la nick ni kaya..sape la pompuan yg dok kacau wanda tu..ntah2 sepupu nick yg suka kat nick..hehe spekulasi..
kurakura said…
U made my day..beautiful....
kak na said…
wanda...jauhnya berangan
Kak Sue said…
Nick ni tahu ja kat mana Si Wanda ada ya....
Nick pun kalau 1 hari x jumpa dah rindu juga kan... so sweet...
cepat sambunggggg....
pnut said…
di mana ada Wanda..di situ ade Nick Dollah..hahah...so sweettt...
Anonymous said…
Hahaha...gila imaginasi luaq batasan ....
Kronik la cik senah kesayangan abg dollah nih...kihkih....

Need more cAyanG....go!!!!
lee jee joong said…
Best date ngan nick . I like. Buat sy senyum manjang . Luv you nick
keh keh keh....hamoyyy aihhh wanda neh dapat sayang2 terus cair nak jumpa mak terus yeh hahhaha....

a.k.a. mayarazlan
nurilsuhaila said…
sebeku2 nick..pandai jugak susun ayat kasi hati senah kembang..suke
Anonymous said…
So sweet. & best. Rindu bila Illa tak update crita Wanda dan Nick sayang.
Jumelia said…
o mak aih, sy pon nk jumpe mak mentua.hahahah..sweet couple.wanda senah and nick dollah...sila sambung laju2 cik writer.hahaha
Sheila Radzi said…
Best...best....update lar sekerap dulu..sian saya stiap sejam refresh blog sbb nak tgk ada entry baru tak...

SPKS bila nak keluar ye?

NurAtiZa said…
Haish macam2 lah Wanda ni.... #^_^
Anonymous said…
nick dollah ni stalker si wanda ke?takkan asyik kebetulan terjumpa wanda. dan bila jumpa wanda agenda utama ialah makan,makan dan makan......
Nana Nn said…
suka...suka...
happy sangat, sambung lagi...
Illa, rajin2 lah menaip yee. hehe! Best. heh. :P
Anonymous said…
hekhek..suka bca komen2 citer ni.sume org dok gilakan Nick..namaku pun Nick jugak.tpi x secool Nick Dol ni laaa

>>k<<
Norana Said said…
nick dollah mmg cool lah... suka. si senah lak cute jer.. double suka.
aisyah said…
Wah..ati wanda bunga2
Zakiah Halim said…
sooo ohsem!!!... bawak ler wanda jumpa mak awak nick...homai... knp nick jadik sweew lagu ni...
Norana Said said…
dear... nak n3 baru. dah rindu kat nick dollah...
Anonymous said…
Yang tadi melangkah masuk opis harap2 sgt ada DHAD but alas...anyway tersenyum bila ingat DHAD shld be Dalam Hati Ada Dolah...hmm aci tak?-kak timi