Wednesday, 8 May 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 19]


Maafkan segala typo >_<


19

YA, AKU KELUAR makan malam dengan Nick Rayyan Lee.
            Nick ajak aku untuk makan malam dengan dia malam ni. Bukan orang lain. Bukannya Julia, model pejabat apatah lagi Miss Fina yang entah bila nak habis dia punya cuti tu.
            Aku patut berbangga, masuk pejabat dengan hidung kembang dua mangkuk sambil menjerit, ‘Hey, aku dengan Nick Rayyan keluar dinner!’ Semua orang akan tertanya-tanya. Semua orang akan turut tumpang bangga.
            …dan semua orang akan tepuk bahu aku, cakap ‘Syabas. Kau bertuah, Wanda.’
            Tapi bila ada yang tanya Nick cakap apa waktu dinner, aku nak jawab apa?
            Nick sibuk dengan kerja walaupun tengah makan?
            Nick asyik pandang Note 2 walaupun aku ada dekat depan?
            …dan aku hampir lari keluar dari restoran sebab tak dihiraukan?
            Malu.
            Benda yang sepatutnya menjadi kenangan manis aku untuk sepanjang hidup bertukar menjadi tragedi. Disaster!
            Nak je aku buat announcement dekat pejabat isnin nanti,  cakap ‘Tak best pun keluar makan dengan Nick Rayyan sebenarnya.’
            Biar padan muka dia.
            Biar dia tahu rasa sakitnya hati aku.
            Dah hampir setengah jam Nick hantar aku balik rumah, tapi aku masih pegun berdiri dihadapan cermin besar dalam bilik. Membebel, mengomel dan memberontak.
Aku mengharapkan makan malam yang normal.
            Ya, normal.
            Makan, bersembang, ketawa…romantik (sikit-sikit).
            Tapi apa yang aku dapat? Sepanjang malam dia beku. Aku pun dah terjangkit beku sama.
            Wahai Wanda, kenapalah dia yang ada dalam hati?
            Jari jemari yang sudah kesejukan dek hujan lebat diluar rumah meleraikan selendang yang melilit di kepala. Elok aje aku menyusun pin di dalam bekas khas, handphone tiba-tiba berbunyi lantang. Aku mengerling sekilas pada nombor yang tertera.
            Tak kenal.
            Unknown.
            Perempuan gila tu lagi ke?
            Ringtone ‘Pick Up The Phone’ terhenti sendiri akhirnya. Tak berani aku nak angkat. Seram!
            Sesaat kemudian, handphone aku berlagu lagi. Aku terus menyambung talian dan perlahan-lahan membawanya ke telinga. Tanpa suara.
            “Wanda?”
            Eh, ni bukan suara perempuan gila tu.
            “Wanda? Ada tak ni?”
            Nick?
            “Er…ada.” Bila masa pulak Nick ada nombor telefon aku?
            “Hey, emm. I’m sorry, really. Saya minta maaf.”
            Ni mesti Kak Qila punya kerja…
Aku menarik nafas berat sambil melempar badan ke katil. Sorry. Senanglah cakap. Aku jugak yang dijadikan patung pameran tadi. Heh.
            “Saya tahu awak marah, tapi betul ni. Saya minta maaf.”
            Aku diam lagi. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya. Dalam kereta tadi pun aku diam aje. Telefon bimbit masih lagi ditekap pada telinga. Menanti kata-kata Nick seterusnya.
            “Wanda…saya tak pernah lagi macam ni. Saya tak pernah keluar makan dengan mana-mana perempuan sebelum ni. Saya tak biasa…”
            Tak pernah? Jangan nak tipulah Nick. Kau tu kaya raya. Takkan tak pernah. Orang macam dia tu, boleh aje kalau nak dapat siapa-siapa. (Siapa je dari taraf model, hingga ke anak dara pingitan kampung).
            “…sebab tu saya tak tahu nak buat macam mana. Sorry.” Dia menyambung lagi.
            Masuk ni, entah berapa kali dah dia meminta maaf. Rasa bersalah sangat agaknya. Heh, biar dia rasakan. Memang patut pun dia berasa bersalah.
            “Awak buat selera saya bertambah. Awak juga buat saya kenyang…” Dia menyambung setelah membisu. Lama.
            Hati aku berdebar tiba-tiba. Kenapa terasa seperti rama-rama sedang berterbangan ni?
            “…awak jugak buat saya jadi tak tentu arah. Seriously, Wanda. It’s what you do to me…oo what you do to me…”
            Mulut aku tiba-tiba terasa beku untuk bersuara. Dah kenapa Nick tiba-tiba ulang lirik lagu Hey There Delilah tu? Aku buat Nick Rayyan tak tentu arah? Aku? Wanda?
            “And please, jangan serik dinner dengan saya lagi.”
            Bibir aku menarik senyum tanpa sedar.
            Ini dia. Nick Dollah yang aku kenal. Beku. Beku dan beku. Tak ada lain dah. Kalau aku tak faham dia, siapa lagi kan?
            …dan okay, aku takkan serik.
            Janji.


MASUK PEJABAT PAGI tu mulut aku tak boleh berhenti dari senyum. Bila nampak bangunan pejabat, aku teringat Nick. Nampak Opah Cun’s Favourite seberang jalan tu, aku teringat dia (aku tak tahu kenapa aku nak senyum sangat, padahal apa yang jadi dekat restoran malam tu bukannya best sangat).
            Sebaik sahaja kaki mencecah lobi, aku membuang pandang ke arah set sofa yang berada di sudut kiri. Terbayang-bayang kelibat Nick yang duduk bersandar disitu (dengan rambut serabut dia).
            Spontan bibir aku mencipta senyum. Kalau nak dikira, aku lagi suka rambut dia serabut macam tu. orang lain tak tahu dia handsome.
            Orang lain takkan terjatuh hati dekat dia.
            …dan aku akan rasa lebih selamat (sebab tak ada pesaing. Heh).
            Aku menekan butang lif untuk ke tingkat atas. Ada beberapa orang yang baru sampai, menyertai aku di hadapan pintu lif yang masih belum terbuka. Sepeti biasa, aku mencuri pandang imej yang terlakar pada pintu lif.
            Imej diri sendiri.
            Skirt coklat tua yang dipadankan dengan kemeja putih tersarung kemas pada badan. Sekali lagi aku senyum sendiri.
            Aku rasa macam nak isytiharkan dekat semua yang hari ini adalah hari senyum sedunia.
Bila masuk pejabat, nampak muka Munie dekat meja depan, aku senyum. Nampak Raey yang baru sampai dekat meja dia, aku senyum.
            Nampak Julia yang baru keluar dari pantry, aku senyum. Dia pulak yang pelik. Ah, aku tak kisah dah kalau dia nak cakap aku kena sawan senyum ke apa.
            Yang penting aku gembira.
            Hey, Nick Dollah suka aku, tahu?
            …dan hey! Aku dah jatuh cinta!
            Aku, Wanda Nurhannah dah jatuh cinta. Bulan lepas aku masih lagi Wanda yang pergi kerja, balik kerja. Esok pergi kerja lagi.
            Tapi pagi ni…aku dah tambah lagi satu benda.
            Nick…orang yang aku cinta.
            “Wanda,”
            Raey menegur sebaik sahaja aku meletakkan handbag di atas meja. “Apa?” senyum aku masih lagi belum padam. Kalau nak diikutkan hati, nak aje aku ceritakan pada Raey. Pada Munie, pada semua orang! Atau, aku patut buat pengumuman?
            Tapi, mana ada Nick cakap apa-apa pun lagi, kan? Bukannya malam tu dia proposed and say I love you. Heh.
            “Encik Fahim cari kau.”
            Senyuman manis aku tercalar 50 persen. Aku lupa terus dekat Fahim. aku lupa terus apa yang Acap cerita pasal Fahim haritu. Hadui. “Kenapa?”
            Raey angkat bahu. “Entah.”
            Aku menarik nafas berat. Jam ditangan aku kerling sekilas sebelum membuka komputer di atas meja. Awal lagi ni. Apa hal pulak pagi-pagi lagi dah cari aku.
            “Lagi satu,”
            Aku berpaling pada Raey di meja sebelah. “Pasal Dato’ Mohsin. Miss Fina dah call, tanya.”
            Aku mengeluh kuat. Baru aje mood bunga-bunga aku nak kembang elok pagi tadi. Kira kuranglah sikit ‘Monday Blues’ aku. Tapi Miss Fina dah awal-awal siram bunga aku dengan air racun!
            “Kau tak cakap ke yang Dato’ takkan setuju?” Miss Fina ni pun satu. Orang dah memang taknak bekerjasama, buat apa nak pujuk-pujuk lagi? Nak dapat nama sebab selama ni tak ada seorang pun staff yang berjaya dapatkan tanah (yang kononya strategik) dekat Penang tu?
            Bukannya habis kudrat dia pun nak memujuk, kudrat aku dengan budak-budak ni jugak.
            “Aku dah cakaplah. Dia boleh sound aku cakap tak reti buat kerja. Paling teruk dia suruh bawa Julia lagi sekali. Jumpa Dato’.”
            Aku menggeleng laju. Dah nak libatkan Julia yang tak ada kena mengena tu kenapa? Nak suruh  Julia guna ayat lembut macam marshmallow baru Dato’ nak setuju?  Nak suruh Julia kurangkan inci kain dia depan Dato’ untuk dapat sign?
            “Bos kau tu dah kenapa?”
            Raey sengih sambil angkat bahu. Aku menggeleng laju. Tak faham dengan perangai sesetengah manusia sebenarnya. Tahu fikir untuk jangka pendek je.
            Heh.
            “Kejap lagi aku suruh Jimi call dia ayat sikit.” aku bersuara setelah beberapa saat kami terdiam sendiri. “Minta tangguh tiga empat hari. Dahlah itu hari baru kena sound. Silap-silap kalau kita call dia lagi, dia call polis pulak.”
            Raey angguk. Setuju.
            Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka folder kerja di dalam komputer. Nak ambil ‘feel’ kerja setelah dua hari cuti. Tadi elok je aku menyanyi bergembira masuk ofis, sekali dah tercalar-balar dengan berita yang dibawa Raey. Nasib kaulah Wanda. Kerja makan gaji, kan?
            Aku tak tahu berapa lama tangan aku berlari di atas keyboard, menaip surat dan pelbagai data sehinggalah jari jemari yang tak berapa runcing ini terasa lenguh. Jam besar yang tergantung pada dinding pejabat aku pandang dua saat sambil meregangkan badan. Dah hampir waktu lunch!
            Bibir aku automatik mencipta senyum. Macam biasa, Nick akan datang jemput makan. Kan?
            Aku kembali menatap skrin komputer dan menyusun beberapa file yang berterabur di atas meja. Masih ramai lagi yang lekat dekat meja kerja walaupun waktu makan dah hampir bermula. Kalau Nick naik jemput aku nanti, semua akan pandanglah, kan?
            Haish, tiba-tiba terasa berdebar lain macam.
            “Wanda, Raey, jom makan?”
            Aku mengangkat kepala memandang Munie yang tersengih di hadapan. “Kau pergi dulu.” aku menyimpan senyum sambil memandang Raey di sebelah.
            “Aku keluar dengan Mike.” Raey pula menjawab.
            Munie mengangkat bahu sambil mengikut Jimi dan Fayad dari belakang. Aku mencapai handphone dari atas meja, melihat kalau-kalau ada pesanan dari Nick.
            Tak ada.
            Nafas dihela perlahan. aku kembali menatap skrin komputer yang masih terbuka. Laman sosial Facebook yang dibuka dari pagi tadi aku pandang sekilas lalu.
            “Wan!”
            Terus kepala aku menoleh kiri dan kanan. dah hampir kosong dah pun pejabat ni. mata aku memandang kea rah suara yang memanggil. Tak payah pandang sebenarnya, dah tahu siapa.
            “Jom.”
            “Hah?”
            “Makan.” Fahim senyum nipis dari pintu biliknya.
            Aku menarik nafas berat sambil mengeling ke arah pintu masuk pejabat. kosong. Tak ada Nick disitu.
            Kejap lagi kot dia datang.
            “Aku pass.”
            Muka Fahim berkerut sejuta. “Tak nak makan ke? Acap pun ada sekali ni.”
            Acap ni dah kenapa? Datang jauh-jauh dekat ofis aku semata-mata nak makan? Atau dia ada agenda lain?
            “Kirim salam dekat dia dengan lafaz Assalamualaikum.” Aku senyum lebar. ‘Aku taknak keluar lagi. Aku nak tunggu Nick.’ Itu sebenarnya aku nak cakap dekat Fahim. Tapi, segalanya tersekat dekat anak tekak.
            “Okay.”
Aku hanya memandang langkah Fahim keluar dengan senyuman pelbagai perisa. Kejam ke kalau aku buat macam tu dekat Fahim?
Jam di dinding aku pandang lagi. Dah lewat ni. handphone pun diam je. Takkan aku yang nak mesej dia. Bukannya Nick ada janji apa-apa pun. Tapi bukan ke selalunya dia akan datang waktu tengah hari.
Mana Nick ni?


AKU KEMBALI DARI surau pejabat dengan muka masam perisa limau purut. Sampai ke sudah Nick tak muncul. Kalau ikutkan hati, nak je aku mesej tanya mana dia. Tapi, tak ke Nick akan pelik nanti.
            Kau dah kenapa Wanda? Sebelum ni boleh aje nak makan walaupun Nick tak ada.
            “Kenapa dengan muka tu?”
            Aku pandang Raey sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Tangan kanannya memegang tin air Cincau. Haih, gula lagi. makcik ni bila lah nak sedar.
            “Lapar.” Aku menjawab pendek.
            Kening Raey terangkat tinggi. “Tak makan ke tadi?”
            Aku menggeleng perlahan. Fail yang aku kemas tadi dibuka satu-persatu. “Makan. Biskut cicah milo.”
            “Tak kenyanglah makan biskut.” Raey menggumam rendah sambil meneguk Cincau di tangan.
            Aku mengeluh berat. Ya, aku tahu tak kenyang. Dah tak ada orang ajak.
            Heh.
            Mengada kau Wanda, terang-terang Munie ajak tadi. Jual mahal. Fahim ajak tadi, kau tolak mentah-mentah.
            Sekarang perut sendiri yang lapar.
            Akhirnya aku tenggelam dengan kerja sehinggalah Raey menepuk meja aku tanya, “Tak nak balik ke?”
            Dah pukul lima lebih! Macam mana boleh tak perasan ni?
            “Aku balik dulu.”
            Aku mengangguk sambil memandang Raey yang membibit beg tangan terus ke pintu keluar.
            …dan Nick masih tiada disitu.
            Sekali lagi aku mengeluh (dah tak tahu berapa kali dah aku mengeluh hari ni). segala benda yang berterabur di atas meja aku kemas satu persatu. Rasa gembira awal pagi tadi dah turun sehingga mencapai tahap negative!
            Aku turun ke lobi masih dengan wajah  mencuka. Handphone di dalam beg tangan aku selongkar keluar. Berkali-kali aku membuka peti inbox. Berkali-kali aku membuka ruang new message.
            Senyuman tawar tanpa gula aku lempar ke arah pakcik jaga yang menjaga pintu keluar. Perlahan-lahan aku menghantar pesanan ringkas kepada Nick. Tanya je lah apa-apa, tak apa kan?

‘Salam, Nick. Bz?’

            Dua minit kemudian, mesej berbalas.

‘Not really, kenapa?’

            Ok, dia masih wujud dekat dunia ni, sihat (la kut, boleh balas mesej segala). Jari jemari aku kembali menaip.

‘Kak Qila tanya, dia nak bawak apa untuk lapor diri nanti?’

Ah, belasah je lah apa-apa pun. Janji dia tak tahu yang aku duk tunggu dia seharian. Tak sampai seminit, satu mesej baru tiba.

‘Huh? Kak Qila tanya?’

Aku senyum sambil membalas.

‘Yup.’

Seminit kemudian.

‘Wanda, saya baru aje habis bersembang dgn Qila pasal benda ni. takkan dia nak tanya lagi kot. Rasanya dia pun dah clear tadi.’

Aku terdiam lama. Hadui. Mana aku nak tahu Kak Qila dan contact dia. Tiba-tiba handphone aku berbunyi lagi.

“I'll take that as ‘I miss you’.

Ceh ceh. Aku boleh bayang Nick tengah sengih senget. Aku boleh bayangkan yang Nick tengah senyum perli. Homai. Malu!

27 comments:

Unknown said...

I miss u too...
senyum sampai telinga baca msg diorang..sweet n funny

hk said...

homai.. i miss u too.. Nick :p

Anonymous said...

Rindu saya melebihi entry ni..nk lg..

strawberry.chocolate81 said...

ahahhahahhahahhaa.....hadoyyy la....kantoi terang2 weyh ngan nick dolah 2....i'll take that as i miss you' 2 hahhaha...malu la kak wan senah kalo cenggini weyhhh....ape laks nick dolah neh...ntah2 dia ade je dok bertenggek kat pondok pak guard 2 x?

Kak Sue said...

I Miss you.... kantoi...
lain kali tanya kak Qila dulu .. ni main terjah ja...
Wan baru 1 hari x jumpa kan...
Ok esok Wan pulak jual mahal dengan Nick... kita tengok apa Nick nak buat.... hehehe

Anonymous said...

Adeyyyy..... i miss you too Nick Dollah...

lee jee joong said...

Yeah i really miss you so much nick . Rindu sgt hampir seminggu ni menanggung. :'( sakitnya ku rasa. Hehehe homai

kiki said...

malu ke mahu? haha

zarin said...

sweet sangat....

Nana Mohd Yasin said...

homai....
malu...malu...malu...

sweet.....

lagi...lagi...

Anonymous said...

haha..kantoi trus..nk Nick appear lgi..rndu scene dia ngan Wanda. ni skjap je

>>k<<

Anonymous said...

I miss you too, Nick...niick tak datang, kita pun berdebar2 utk Wan... bila next n3? tak sabar...

Unknown said...

Hahahaha malu den....

Anonymous said...

Homai ila such a sweet ending...wanda da kantoi dgn nick...tq kerana n3 ni menceriakan mlm khamisku...

nurilsuhaila said...

I miss you too.. Ok. I'll take this as my besday present..ahaks..ahaks..

Anonymous said...

Illa...sambung ar lagi jgn lama2 sgt...x sabar..

zie said...

Sweet sgt. I like

cyah said...

Homai i mish u too hehehe

Marina said...

Hahaha..funny...thanks cik Author!

Anonymous said...

kenapa x tulis "LAPARRRRRRR"
lain kali terus terang jer kan senang.
-pn mal-

Ms Fiza said...

dear.. cepat2 sambung... sweet sgt2

Unknown said...

hihi... sweet, tp dolah x leh dtg ofis laaaa.. nnt ramai yg miss him too.. kan dah hensem.. :)

Anonymous said...

Sy pun asyik tersenyum-senyum saja baca entry ni....rasanya dah 5 kali ulang baca pun masih tersenyum.....

NurAtiZa said...

Best.... :)

aisyah said...

Adoi...malu nyer wanda...hahaha

Zakiah Halim said...

"i'll take that as "i miss you"... awww....malu malu...hikhikhik

Unknown said...

Wan senah KANTOI!!