Saturday, 18 May 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 21]


21


SEGALANYA SEPERTI BIASA. Aku dengan Nick macam biasa. Aku dengan kerja pun, macam biasa. Apa yang tak biasanya, perasaan aku yang penuh dengan bunyi kompang bila Nick tunggu aku dekat lobi, setiap waktu lunch.
            Sebenarnya, sampai sekarang aku tak tahu dekat mana Firma Seni Inovasi tu. Dekat ke dengan syarikat aku ni? Ataupun, Nick memang jenis tak masuk pejabat? Entah. Aku tak pernah tanya, dan Nick jugak tak pernah cakap.
            Tak kisahlah apa-apa pun, janji aku bahagia. Kami bahagia. Ya, walaupun kadang-kadang beku tak hilang.
            (Tak tahu bila nak hilang beku tu sebenarnya).
            Aku baru teringin nak cipta kuak kupu-kupu terus ke atas katil sewaktu handphone berbunyi nyaring. Dengan muka berkerut sejuta, aku melangkah malas ke meja solek hitam pekat yang memang dah sedia ada waktu aku masuk pindah dekat sini dulu.
            Penyewa dulu yang tinggalkan.
            “Yup?” soal aku sambil duduk terlentang di atas katil setelah salam dijawab. Buruk betul perangai anak dara.
            “Malam esok free tak?”
            Aku garu kepala sambil berfikir sehari kedepan. Hari ni sabtu, cuti. Esok Ahad pun cuti. Kak Qila tak pulak call cakap nak datang sini. Mak pun tak bising-bising suruh balik.
            Nick pun diam aje (Iyalah, takkan nak dating tiap-tiap hari, kot?)
            “Harini pun aku tak tahu nak buat apa, kau dah tanya esok..”
            Aku terdengar Fahim tergelak kecil dari hujung talian. “So, you free la ni?”
            Eh. Lupa! Mana ada ‘aku’ ‘kau’ dah sekarang. Fahim dah ubah jadi ‘I’ ‘you’. (Mentang-mentanglah duduk luar Negara lama).
            “Haah, kot.” Aku bingkas dari baringan dan kembali duduk sambil memandang biasan imej sendiri di dalam cermin. “Kenapa?”
            “I ingat nak buat makan-makan sikit. Dekat Seoul Garden.”
            “Wah, kayanya!” aku menjerit kuat tanpa ditahan. Terus aku menutup mulut serapatnya. Fahim dah tak jadi bestfriend kaulah Wanda oi. Jangan nak buat gaya sahabat sejati selamanya sangat.
            “Kenapa? Menang loteri ke apa?” aku kembali menenangkan suara. Menghilangkan rasa teruja tadi. gila? Fahim nak buat makan-makan dekat Seoul Garden? Aku nak masuk sebulan sekali pun fikir empat belas ratus kali.
            “Sebulan je I dekat marketing. Lepas tu kena transfer dekat Project Department. You tak tahu ke?”
            Ooo, macam tu. jadinya, Fahim takkan ada dekat ofis la lepas ni? Yahoo! Kisah sesak nafas aku hampir berakhir.
            Hampir!
            “Err, tak.” Aku sengih sendiri di hadapan cermin. Aku tahulah dia ganti Miss Fina, tapi tak tahu pulak dia akan berpindah ke department lain. “Bila transfer?” kenapa aku rasa macam lega? Lega. Jiwa yang bergelodak setiap kali berhadapan dengan Fahim (tambah-tambah pulak dengan apa yang Acap cakap haritu) dah surut sedikit demi sedikit.
            Hampir.
            “Next week maybe. Tunggu you all punya manager balik dulu. Fina, kan?”
            Aku angguk laju. Hah, aku lupa. Kalau Fahim tak ada, Miss Fina pulak yang tunjuk muka. “Yup.”
            Fahim diam dua minit. Aku boleh dengar dia bernafas perlahan dari hujung talian. “So, boleh eh malam esok?”
            “Semua orang ada?”
            “Haah, semua ada.”
            Aku menarik nafas lama. “Okay. count me in.”
            “Thanks.”
            Aku baru sahaja berura-ura untuk menamatkan sewaktu Fahim kembali bersuara.
            “Ya?”
            Dia diam sesaat. Kening aku automatik terangkat tinggi. Dah kenapa pulak?
            “You cakap hari ni tak ada nak buat apa-apa, kan?”
            Err…ada eh aku cakap? Hadui. “Kenapa?”
            “I ingat nak ajak you…”
            Sebelum sempat Fahim menyambung ayat, nama Nick tiba-tiba keluar dari ‘waiting call’ pada skrin.
            “Err, I macam ada kerja je hari ni.” aku cepat-cepat memotong. “Sorry, eh?”
            “Okay.” Boleh dengar Fahim mengeluh dari sana. Aku rasa bersalah sebenarnya, tapi…tak boleh nak buat apa-apa. Sungguh. “So, see you tomorrow night?”
            “Orait.”
            Aku cepat-cepat menamatkan panggilan daripada Fahim setelah salam berbalas dan menyambung talian Nick. Nasib baik dia try call lagi sekali walaupun aku tak angkat awal-awal tadi.
            “Wanda,”
            “Assalamualaikum,” aku memberi salam, mengusik. Saja.
            Dia tergelak kecil (dan aku tahu dia menggeleng kepala sama).
            “Malam ni free?” soal dia setelah salam disambut.
            Hah? Apasal semua orang tanya pasal masa-masa depan ni? Pagi ni pun aku tak tahu nak buat apa lagi.
            “Free la kut. Kenapa?”
            “Jom jumpa mak saya.”
            Hah?
            “Ada makan-makan sikit.”
            Hah?
            “Malam ni lepas maghrib saya ambil.
            Hah? Biar betul ni?
            Nick ajak aku jumpa mak dia? Homai…homai…nak buat apa ni? Aku nak bagi jawapan apa ni? Nak pergi ke?
            “Hey, ada tak ni?”
            “Err…ada.” Aku menelan air liur beberapa kali. Nick ajak jumpa mak dia malam ni. dekat rumah dia? Nick ajak aku balik rumah dia jumpa mak?
            Apa maknanya tu?
            “Okay, jumpa malam ni.”
            …dan talian terus dimatikan.
            Mati. Aku.

             
AKU PANDANG NICK, dan dia pandang aku. Sikit lagi aku rasa nak patah balik masuk dalam rumah kunci pintu ketat-ketat.
            Perlu ke aku ikut Nick pergi rumah dia?
            Kalau aku tolak pun, tak jadi masalah kan?
            Hadui.
            Rasanya dah macam-macam perasa yang bergaul dalam perut aku sekarang ni. Takut, kecut, segan dan tak ketinggalan, rasa ntah apa-apa ntah. (Iyalah kan, aku kenal Nick rasanya baru sebulan, takkan dah nak ikut dia balik rumah mak dia kut?)
            Macam mana ni? Nick dah tercegat depan rumah aku. Aku pulak dah tercegat berdiri depan pagar rumah.
            Bila nampak Nick, tiba-tiba kaki terasa ringan nak masuk rumah balik. Nak je aku laung kuat-kuat lepas kunci pintu, ‘Lain kalilah jumpa mak awak, Nick. Saya belum bersedia!’
            Tapi, ada ke Nick cakap dia nak kenalkan aku sebagai calon menantu mak dia? Tak ada pun rasanya. (Habis tu yang nak ketar lutut sangat kenapa?)
            “Kenapa?”
            Huh?
            “Pandang saya macam nampak hantu kenapa?”
            Aku menarik bibir mencipta sengih. Laju aku menggeleng menjawab soalan dia tadi.
            “Kunci pagar tu.” dia memberi arahan. Gaya rumah sewa ni dia punya aje. Tahulah aku nak kunci ke, nak mangga ke. Heh. (Atau dia cakap tu sebab dia ‘caring?’)
            Usai kunci pagar besi, aku melangkah masuk ke dalam kereta Nick yang dari tadi tidak dimatikan enjin. Aku memandang bias wajah pada cermin sisi. Agak-agak tudung hijau lembut ni boleh lembutkan hati mak Nick tak nanti?
            Hadui.
            Pelik jugak perasaan bila nak jumpa dengan bakal mertua eh. Rasa seriau semacam.
            Tak, bukan semacam dah. Dua belas ratus macam.
            Aku tak tahu entah berapa lama aku berkhayal, sedar-sedar aje, kereta Nick sudahpun berhenti di hadapan sebuah rumah semi-D yang sederhana besar. Kening aku terangkat tinggi.
            Dah sampai ke? Kata ada makan-makan. Tapi tak nampak orang lain yang keluar masuk pun.
Ini ke rumah Nick? Walaupun nampak mewah dari rumah aku (semestinya), tapi tak ada gaya rumah jutawan yang ada harta juta-juta pun. Simple. Biasa.
            Ke aku aje yang terpengaruh sangat dengan filem?
            “Jom.” Nick membuka pintu di sebelah pemandu. Sikitpun dia tak perasankan aku yang gementar tak habis sejak dari keluar rumah tadi.
            Sungguhlah Nick Dollah. Takkan sikitpun awak tak kesian tengok saya dah seram sejuk macam ni?
            Aku gagahkan juga kaki untuk melangkah keluar dari kereta apabila Nick sudahpun berjalan ke pintu utama. Aku menggeleng dalam hati. Betullah Nick ni beku. Bukannya nak layan aku elok-elok. Haish.
            Prang!
            Erk! Aku terus keras kaku.
            Nick pula tak jadi memulas tombol pintu. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang.
            Sudah!
            Macam mana aku boleh tak nampak ada pasu dekat sini!?
            “So..sorry…” mati aku. Mati.
            Nick menarik nafas berat. Perlahan-lahan dia mendekati aku yang masih kaku di sebelah serpihan porselin yang pecah tadi. “It’s okay.”
            Aku hampir menangis. Mana boleh aku rosakkan segalanya hanya pada langkah pertama?
            “Pasu tu peninggalan turun-temurun. Dah enam generasi kut. Tak apa. Saya rasa nenek moyang saya faham.” Nick bersuara tenang.
            Homai. Ni memang betul-betul buat aku nak menangis! Enam generasi dah pasu ni hidup.
            …dan aku senang-senang je sepak. Pecahkan…
            “Sorry, saya bayar balik...sorry…”
            Kalau dah turun temurun banyak generasi, maunya harga dia dah puluh-puluh ribu. Mana nak cekau duit ni??
            “Tak payah.” Nick melakar senyum senget. “Saya beli dekat kedai Romantika je tu. Tak mahal pun.”
            Air mata yang terasa ingin membasahi pipi, Kembali ke kelopak mata. (Dah macam cerita kartun boleh buat rewind segala).
            Ni harta turun temurun ke, Made in Romantika?
            “Seriously, Wanda, kenapa nak takut sangat?” Nick dah ketawa perlahan. Aku mengurut dada, menarik nafas lega. Dah dapat jawapan. Kalau dah dia boleh ketawa macam tu, Made in Romantika la jawabnya. Buat jantung aku hampir putus ajelah.
            “Janganlah gurau macam tu.” aku mengetap bibir, geram.
            “Dah, biar je kaca tu. Nanti nak balik baru kemas. Kita masuk dulu. Mak  dah tunggu.”
            Aku menarik nafas dalam-dalam. Ini dia.
            Akhirnya aku kena lalui jugak.
            Welcome to my life, mother-in-law to be. Please be nice.
            Hadui…
            Terketar-ketar aku menuruti langkah Nick masuk ke dalam rumah. Sunyi. Mana orang ramai? Mananya majlis makan-makan?
            “Cakap ada makan-makan?” aku berbisik pada Nick, perlahan.
            Dia berpaling ke belakang sesaat sebelum menjawab, “Iyalah, mak masak, kita makan-makan.”
            Laa…
            Boleh pulak macam tu. Mati-mati aku ingat ada majlis apa dekat rumah ni. sekali mak dia masak untuk kami je. Hadui la.
            “Sampai dah…”
            Aku cepat-cepat berpaling ke belakang bila mendengar suara menegur. Tu dia. Mak kepada Nick Rayyan. Santai je dengan blouse labuh dan kain hitam pekat.
            Ya, rambut dia disanggul tinggi.
            Sikit lagi aku nak telan air liur banyak-banyak kalau tak nampak dia senyum tadi. Sikit lagi.
            Muka Nick tak sama langsung dengan mak dia. Mungkin sikitlah, tang hidung. Yang lain semua tak sama. Mak Nick macam pan Asian. Bagi orang yang berumur, aku boleh letak mak Nick dalam kalangan ayu.
            Ya, ayu.
            “Assalamualaikum makcik,” aku hulur tangan, bersalam. Mak Nick menyambut dengan senyuman lebar.
            Aku terkaku seketika sewaktu dia memeluk erat badan aku. Segan. Aku boleh nampak Nick sengih nipis dari hujung mata.
            “Pakcik mana, mak? Gelap je rumah dia.” Nick turut sama bersalam dengan mak dia sambil mencium kedua-dua belah pipi.
            Anak mak rupanya.
            “Ada dinner katanya. Pia ada dekat bilik atas tu.”
            Nick mengangguk laju. Aku hanya mencipta senyum semanis mungkin bila melihat kedua-dua beranak bersembang. Tak tahu nak buat ayat apa untuk menyampuk sama sebenarnya.
            “Wanda, kan?”
            Aku mengangguk lagi. Masih dengan senyuman.
            “Kesian pulak makan lambat. Nick ni la, dari tadi lagi makcik suruh ambil kamu, dia buat lengah-lengah je.” Mak Nick mula membebel sambil menjeling Nick di sebelah. “Jomlah makan. Nanti masuk angin pulak.” Mak Nick menjemput lembut.
            Aku senyum lagi. sumpah segan. Takkan datang rumah dia macam ni je, lepas tu makan. Lepas tu kenyang, balik.
            Apa lagi yang orang buat bila pergi rumah bakal mertua eh?
            Nak buat apa lagi ni?
            “Senyum aje tak boleh kenyangkan perut.”
            Bibir aku automatik bertukar rupa. Mencebik. Nasib baik mak Nick dah berlalu ke dapur. Haish.
            “Orang tahulah.” Baik aku jawab awal-awal sebelum dia keluar ayat cikgu dia tu. Heh.
            “Tahu…” dia mengangkat kening tinggi. “Dah tu? Jomlah. Jangan senyum aje, makan.”
            Ceh. Dia ni kan… dia ni…
            Ajak makan pun dah gaya nak cari gaduh. (Geleng kepala sendiri).
            “Mak ngah, Pia keluar ni!”
            Baru aje kaki aku mencecah lantai ruang makan, suara seorang perempuan menjerit kuat. Sikit lagi aku nak melatah.
            Mak Nick mengangkat muka dari pinggan kosong yang baru disusun di atas meja.
            Suara dari tangga untuk ke tingkat atas rasanya.
            Sesaat kemudian, bunyi pintu utama ditutup pula menjamah telinga. Aku nampak mak Nick menggeleng perlahan.
            “Safiyya, sepupu Nick.” dia berkata tanpa dipinta.
            Aku mengangguk, senyum. (Senyum lagi!)


TAK TERUK MANA pun sebenarnya makan malam dengan mak Nick. Sempat juga aku bersembang lama sewaktu tolong basuh pinggan tadi. Lama. Semua jenis cerita keluar. Daripada zaman aku belajar dekat mana, asal mana segala, sehinggalah ke cerita Nick.
            Nasib baik Nick ada dekat ruang tamu waktu tu. tak adalah aku nak cover-cover sangat depat dia. Main gelak je bila mak Nick cerita pasal zaman dia kecik-kecik dulu.
            “Lapar pun senyum, kenyang pun senyum.” Nick mengomel sendiri. Matanya masih lagi tidak berganjak dari jalan raya di hadapan.
            Aku mencebik sesaat.
            Kalau mak dia tak cerita, sampai sekarang aku tak tahu yang Nick tu anti dengan milo. (Tak minum Milo rupanya, patutlah tak cergas. Beku memanjang. Hahaha).
            Aku mencuri pandang Nick yang tenang memandu di sebelah. Sungguh. Lain sungguh dengan mak dia. Kalau mak dia banyak cakap, Nick pulak jenis yang tak keluar ayat langsung.
            Aku jugak baru tahu yang ayah dia meninggal sejak dari umur dia empat tahun lagi. Tan sri pulak memang kawan baik ayah dia, jadi tan sri la yang sara diorang dua beranak lepas ayah Nick meninggal dulu. Kesian dia. Aku ni sekurang-kurangnya sempatlah rasa kasih sayang ayah. Patutlah dia rapat dengan tan sri.
            “Nick,” aku menelan air liur beberapa kali. membetulkan suara. Dah lama sangat diam, dah nak sampai rumah aku pun.
            Dia berpaling sesaat sebelum kembali memaku pandang pada jalan.
            “Kenapa awak tak ikut mak awak, eh?”
            “Ikut mak?”
            Aku mengangguk laju. “Yup. Makcik punyalah peramah, banyak cakap, senyum memanjang…”
            Nick senyum nipis.
            “…awak pulak muka beku 24 jam, tanya sepatah jawab separuh patah. Lagi satu, muka memang tak ada riak langsung. Susah betul nak tahu apa ada dalam hati awak tu.” aku menyambung lagi.
            “La, nak tahu apa dalam hati, kenapa?” dia senyum sambil menggeleng perlahan.
            “Tak adalah. Mana tahu awak tak suka apa-apa ke. Suka apa-apa ke. Susah nak tahu, tahu?” ambik kau. Aku dah curi ayat keramat dia. Hehehe.
            “Mak cakap saya banyak ambil gen arwah ayah.” dia menjawab perlahan.
            Aku menarik nafas panjang sambil mengangguk, setuju. Ya, nampak sangat dia banyak warisi arwah ayah dia. Muka cina pun memang nampak pure chinese.
            Kereta Nick berhenti di hadapan rumah aku tepat jam 11 malam. Aku terus keluar dari kereta setelah kunci dibuka.
            “Esok saya pergi UK.”
            Huh? UK? “Okay.” aku menjawab sebelum menutup pintu.
            “Seminggu.” Dia menyambung lagi.
            Tangan yang ingin menolak pintu ke tempatnya terhenti sesaat. “Okay.” aku menahan suara padahal dalam kepala, nak je aku tanya “Mak ai, buat apa sampai seminggu?”
            “Okay. Take care.”
            Aku mengangguk perlahan. “Okay.” bila dah macam ni terus aku tak tahu nak guna ayat apa lagi.
            “Betul-betul ni. Take care.”
            “Iya...” aku menjawab lemah. Seminggu. UK. Dekay Malaysia, walau sehari tak nampak dia pun aku boleh jadi sasau.
            Inikan pulak UK. Seminggu.
            Hadui.

20 comments:

Unknown said...

alaaaa.. seminggu tu nick dollah nak g uk.. rindu la kita...

NurAtiZa said...

Nampaknya Wanda memang dah betul-betul jatuh cinta dekat Nick Rayyan.... #^_^

AmyZainudin said...

waaa panasarannn wanda... seminggu tu g UK si nick nie.... adeiii.... sweet jaa diorg niee...

anissa said...

Lamanya nick tinggalkn senahhh

Anonymous said...

jgn2 yg simbah air lada dulu tu si saffiya kut.

Unknown said...

Laaaa awat kata ok kata laaaa ..... nak ikut....

Zakiah Halim said...

alahai... sasau la wanda x jumpa nick seminggu...

R'hanida said...

ala nick pi UK plak...kompem ketiadaan nick smggu tu wanda rase kehilangan hahaa

Anonymous said...

Illa...nick g uk seminggu...jgn upload citer lg seminggu...dh mcm org giler asyik bukak blog awak setiap jam...huhuhu

Anonymous said...

akhirnya..weekend ada n3..hmpir sasau ni smggu x de n3 psal nick dol...
jgn nick dol g uk smggu, sasau senah n kami di malaysia sbb rndukan nick dol

>>k<<

aisyah said...

Pergh..biar btul jmpe mak nick..ke m.cik dia je..

kak na said...

si pia tu mcm horor je
ya ke ila? hehe akak agk je

cyah said...

Ntah2 piya pompuan yg slalu kacau wanda????huhu uk seminggu wah... leh rindu teruk ni heheheh

Anonymous said...

Dah 13x ulang baca hari nie..

strawberry.chocolate81 said...

haaaahhhhh????? UK seminggu!!!!adoyyyy lamanye kene pendam rindu kat nick dolah neh....jgn ade gosip liar melanda sepanjang nick dolah xde kat malaysia nanti pas ni sidah la

Anonymous said...

I love his unpredictabile behaviour /reaction...which most of the time brings a smile to my face :)

Love your writing style too ( of course ) :)

Lena :)

Nana Mohd Yasin said...

homai....
will miss U nick.....

mmg best....sweet je...

Anonymous said...

nick dollah-kekasih yg slumber rock n sayang senah dlm keselambaannya. thus,si senah nak tunjuk sayang dia lebih2 pun segan erk? baca teaser b22 sweetnya..touch down aje terus ke rumah kekasih hatinya...cepatlah n3 baru dek.-kak timi

Anonymous said...

Ni sebenarnya siapa yang takut nak tinggalkan siapa... NICK Ke WANDA? sebab Nick bagitahu berulang kali macam nak bawa WANDA pi sama ja.... hehehe...
WANDA betul ke OK...
buatnya malam esok Fahim cakap suka kt Wanda macamana????... pening Wanda... hehehe .... bestttttt

Kak Sue said...

Ni sebenarnya siapa yang takut nak tinggalkan siapa... NICK Ke WANDA? sebab Nick bagitahu berulang kali macam nak bawa WANDA pi sama ja.... hehehe...
WANDA betul ke OK...
buatnya malam esok Fahim cakap suka kt Wanda macamana????... pening Wanda... hehehe .... bestttttt