Sunday, 24 August 2014

Misi Mencari Pengantin Lelaki [Bab 14]


 Assalamualaikum!

Awal-awal nak pesan, jangan terkejut bila nampak entry yang tiba-tiba dan entah bab mana. Hahaha. Sebenarnya, illa ada buka sikit cerita ni dari bab 11 hingga 15. Jadi, kalau nak mendalaminya (chewwah!) bolehla kembali ke zaman silam...ke zaman bab 11.


Rasanya tak ada orang buat rombak bab macam  ni. Hah ha. maaf dan enjoy!



MATA MASIH LAGI tidak mahu lelap walaupun sudah hampir sejam aku berpusing ke kiri dan kanan. Akhirnya aku hanya memandang siling yang beratapkan zink tanpa tujuan. Sepatutnya kami tidur dekat sini satu malam aje. Disebabkan Zack tiba-tiba demam, terpaksalah tunda lagi sehari.
            Aku melepas nafas perlahan. Aku mengalih pula pandangan pada Makcik Wan yang terbaring lena di tilam sebelah. Nyenyak betul dia tidur.
            Penat berpusing ke kiri dan kanan, aku bangun dari tilam. Dengan cahaya malap, aku melangkah keluar dari bilik kecil tadi. Perlahan-lahan aku mengatur langkah ke meja makan dan duduk di situ. Botol air mineral aku capai sebelum meneguknya lama.
            Mata aku terpaku pada sekeping sijil yang tergantung pada dinding berhampiran dapur.


Mohd Zaki Bin Abdul Halim.
Diploma Electrikal Engineering


            Mulut aku ternganga luas.
            Zack ada diploma?
            Seriously?
            Tiba-tiba kaki aku terasa sesuatu. Laju aje aku membawa anak mata ke bawah, memerhati.
            “Aaaaa!”
            Cicak! Cicak atas kaki aku!
            Sesaat masa, cicak yang mendarat atas kaki aku tadi hilang ke bawah almari. Dada aku masih berombak laju. Beberapa kali aku menegelap kaki sendiri, dan masih, terasa geli.
            Cicak ni pun satu, dalam banyak-banyak tempat, kaki aku jugak yang dia nak mendarat pun!
            “Kau kenapa?”
            Dada yang baru aje hampir tenang berombak kuat. Sekali lagi aku hampir terloncat ke depan bila mendengar teguran tadi.
            Aku menoleh ke arah suara tadi. Zack!          Dia masih di sofa tadi. berbaring gaya orang sakit (memang dia sakit pun).
            Dia ni pun, tak ada orang ajar ke kalau nak tegur orang malam-malam kena bagi salam dulu?
            “Cicak…” aku menjawab juga.
            “Cicak dengan kau mana besar?” balas dia perlahan. “Dengan binatang kecik pun nak takut…”
            Spontan aku mencebik. Tolong sikit, aku bukan takut. Aku geli je.
            “Apahal tak tidur lagi ni? kau nak curi-curi lari?”
            Aku tak menjawab. Botol air mineral yang terletak di atas meja aku capai dengan sebelah tangan. laju aje aku meneguk tanpa menghiraukan soalan dia tadi.
“Demam lagi ke?” aku berjalan mendekati Zack di sofa. tangan spontan mendarat di atas dahinya sebelum ditepis kuat.
            “Orang nak tahu panas lagi ke tidak je. Ingat nak sentuh sangat?” entah sejak bila bakat membebel aku terkeluar. Ni tak lain tak bukan tersampuk dek bakat membebel si Mail.
            “Kau nak lari eh?”
            Aku tepuk dahi sendiri. Dah terkena jangkitan ‘tak faham soalan’ agaknya dia ni. Aku tanya lain, lain yang dijawabnya. “Mana saya nak lari? Dengan gelap gelita. Dengan kampung terpencilnya…” aku terus bersila di atas lantai bersebelahan sofa. “Awak demam lagi ke?”
            Aku mendengar Zack mengeluh perlahan sambil menggeleng. “Dah kurang. Apahal? Nak tengok aku mati? Senang kau nak lari, kan?”
            “Jangan cakap sembarangan boleh tak?” suara aku meninggi tanpa sedar. Sejak balik kampung, makin banyak pula ragam dia. Kalau dekat rumah sana, nak cakap dengan aku pun main sepatah-sepatah. Dekat sini, siap boleh karang ayat berkajang-kajang.
            Boleh bergurau pulak tu.
            Ada masanya aku tak rasa pun yang dia ni sebenarnya penculik. Sungguh. Memang aku dah lupa langsung yang aku kena culik!
            “Awak ada diploma. Engineering pulak tu. Kenapa awak buat kerja ni sebenarnya?” terlepas juga soalan itu sebelum sempat ditahan.
Zack membuka mata, berpaling ke arah aku yang masih bersila.
“Ya, ya. Aku tahu. jangan sibuk…” Aku mengubah kedudukan. Lenguh bersila, aku memeluk kedua belah lutut sambil bersandar pada sofa, membelakangi Zack yang masih terbaring.
            “Apa-apa pun, selagi awak tak lepaskan saya, jangan mati lagi.”
            Dia masih lagi diam tidak menjawab.
            “Sebabnya kalau awak mati, siapa lagi yang boleh hantar saya balik?”
            “Mail ada.”
            Aku mencebik bila nama Mail diungkit. “Jangan nak harapkan dia. Dahlah silap culik orang.”
            Zack tergelak tawar. Walaupun dengan hanya cahaya mentol kuning, senyuman pada wajahnya jelas kelihatan. “Maaf sebab kau terpaksa ikut aku.”
            “Hmm,” dah banyak kali aku dengar ayat tu.
            “Maaf jugak sebab aku tak boleh lepaskan kau lagi.”
            “Hmm,” itu pun dah berpuluh-puluh kali aku dengar. “Saya tahu, awak masih tak percayakan saya…”
            “Sampai masanya nanti, aku akan lepaskan kau jugak. Jangan risau.”
            Aku mengangguk perlahan. Dah hampir putus asa sebenarnya. Tapi aku percayakan Zack. Aku tahu dia akan hantar aku balik suatu hari nanti. “Sebab tu lah saya tak nak awak mati lagi.”
            Sekali lagi Zack ketawa. Rasanya penyakit saraf dekat mulut dia dah pulih sepenuhnya sejak balik kampung. Ketawa aje memanjang.
            “Ni kampung awak eh?”
            “Kenapa tanya?”
            “Saja.”
            “Ni kampung mak.” dia membuka cerita. “Sejak mak jaga aku, kampung ni jadi kampung aku jugaklah.”
            Kening aku terangkat tinggi. Tak faham. “Sejak Makcik Wan jaga awak?”
            “Mak ambil aku jadi anak dia waktu umur aku lima tahun.”
            Oh… rupanya Makcik Wan tu mak angkat dia…
            “Macam mana kenal Mail?”
            “Empat tahun lepas aku tangkap Mail mencuri dekat kebun Pak Abu yang kita jumpa dekat jeti tadi.”
            Mulut aku automatik ternganga. Mail mencuri? “Mail curi apa?”
            “Buah durian. Lapar sangat katanya.”
            Oh… “Jadi, lepas tu awak ajak dia tinggal dengan awak?”
            “Mail tak ada mak ayah dari kecil lagi. Sebab tu dia terbiar macam tu. Dia hidup sampai sekarang pun sebab pakcik dia bela dia sampai besar.”
            “Kenapa dia tak tinggal aje dengan pakcik dia?”
            “Tak ada sebab dia nak tinggal dengan orang yang selalu buat dia kebulur.”
            Dahi aku berkerut membuat kesimpulan. Rumit jugak kisah hidup Mail ni. “Jadi sebab tu lah dia curi durian Pak Abu tu?” aku berpaling ke belakang. Aku rasa itulah kesimpulan yang paling tepat.
            Zack mengangguk, mengiakan.
            “Patutlah Mail tu ikut aje apa yang awak suruh…” aku mengangguk beberapa kali tanpa sedar.
            “Dah, pergi tidur!”
            Kepala aku ditolak dari belakang. “Sakitlah.”
            “Pergi tidur sana. Esok kau tu kena masak sarapan.” Kedua-dua tangannya diletakkan di dahi.
            Aku menarik muka sambil menggosok belakang kepala yang ditolakknya tadi. “Awak tu, jangan sakit.” aku bangun dari lantai.
            “Setakat kena bisa ikan tu, takkan buat aku mati pun.” dia tersengih senget dengan mata tertutup. “Aku akan lepaskan kaulah. Jangan risau.”
            “Iya, saya tahu. Kena tunggu awak percayakan saya dulu dan bla..bla…bla…”
            Aku mendengar dia tergelak kecil tanpa membuka mata. “Sabarlah. Aku tahu kau tak sabar nak jumpa buah hati.”
            “Buah hati?”
            “Benjamin,” dia terhenti sesaat. “Selagi bateri telefon kau tak mati, selagi tu lah mesej dia masuk. Tak putus asa sungguh.”
            Betul ke Ben masih cari aku? “Saya nak tengok mesej tu!”
            “Macam yang aku cakap tadi, tunggu sampai aku percayakan kau. Lepas tu barulah aku bagi semua barang kau.”
            Aku tahu dia masih tak percayakan aku. Nak-nak bila aku cuba menjerit panggil Abang Bidin tu. Akhirnya aku mengeluh sendiri. Tunggu sampai dia percayakan aku…
            Sampai bila?


AKU TERSEDAR DARI tidur bila terasa ada yang menyentuh. Spontan aku menggeliat kecil. mata masih lagi berat untuk dibuka.
            “Maaf, Naurah. Makcik terlanggar. Sambunglah tidur.”
            Wajah Makcik Wan yang bertelekung samar-samar pada pandangan mata. Dah pukul berapa ni? Macam awal lagi…
            Aku mengikut langkah Makcik Wan sehingga dia keluar dari bilik dengan pandangan mata. Sekali lagi aku menggeliat sebelum menguap beberapa kali. Padan muka, tidur lambat. Kan dah susah nak bangun…
            “Bila nak berhenti buat kerja ni Zaki?”
            Baru sahaja mata tertutup, suara lembut Makcik Wan menyapa telinga. Walaupun perlahan, setiap butir perkataannya jelas kedengaran. Aku tahu yang dia tengah bersembang dengan Zack di ruang tamu.
            “Sikit lagi mak. Habis kerja ni, orang akan tinggalkan semua tu…” suara Zack pula menjawab.
            Suasana sunyi seketika. Bunyi cengkerik di semak belakang rumah sekali-sekala terdengar sayup.
            “Berhentilah Zaki, mak tak pernah ajar kamu buat kerja macam ni. Biarlah kita miskin. Mak tak nak duit hasil kerja tu.” kali ini suara Makcik Wan kedengaran sayu. Aku faham. Siapa je yang suka anak dia kerja penculik? Penjahat?
            “Mak tahu kan orang terpaksa…”
            Aku menggigit bibir bila mendengar suara Makcik Wan mula teresak kecil. Terpaksa? Sebab apa dia terpaksa buat kerja tu? Siapa yang paksa?
            “Dia orang dah janji ni kerja terakhir, mak. Habis semua tu orang balik sini. Tinggal dengan mak macam dulu.” Zack masih lagi memujuk.
            Spontan aku melepas nafas perlahan. Patutlah Zack tak serupa dengan penculik-penculik lain. Patutla dia baik lain macam.
            Dia terpaksa rupanya…
            “Budak Naurah tu, macam mana?”
            Dada berdebar laju bila nama aku dikait sama. Telinga ditajamkan untuk mendengar setiap butiran yang disebut. Sedaya upaya aku menahan nafas, menanti.
            “Orang tengah fikir la ni…”
            Aku terbangun dari baring. Tengah fikir? Bukan ke dia kata dia nak lepaskan aku? takkanlah dia tipu?
            “Mak tak rasa Naurah tu akan report polis. Budak tu baik, Zaki. Janganlah kamu siksa dia macam ni…”
            Ha, seratus markah untuk Makcik Wan. Memang aku takkan report polis pun. yang penting aku boleh balik rumah.
            Dah lama sangat aku tinggalkan rumah. mesti mak risau sebab tak dapat contact aku. mesti abah kecewa sebab aku diamkan diri.
            Dan…mesti Benjamin fikir aku tak suka dia sebab aku tak jumpa dia haritu.
            Zack…tolonglah faham!
            “Entahlah mak. Orang tak nak pun libatkan dia…”
            Aku mendengar Makcik Wan mengeluh berat. Suasana kembali sunyi. “Sekali kamu masuk dalam dunia tu, kamu ingat senang nak lari? Sampai bila-bila pun mereka akan cari kamu, Zaki…”
            “Orang tahu tu… Sebab tu orang taknak libatkan Naurah sekali.”
            “Dah tu, lepaskan je la dia.”
            “Nantilah orang fikir macam mana…”
            Aku mengigit bibir. Geram. nak fikir…nak fikir…
            “Mak tolong kejut dia. Suruh dia masak sarapan, lepas tu kita orang nak balik sana terus.”
            Automatik aku meletakkan kembali kepala di atas bantal. matilah aku kalau kantoi curi dengar perbualan dua beranak tu nanti.
            “Kamu ni…kenapa nak suruh dia buat macam-macam?”
            “Kalau dia tak buat apa-apa, lagilah dia fikir pasal nak balik. Biar dia buat kerja. Sekurang-kurangnya dia tak rasa yang dia kena culik.”
            Spontan aku mencebik bila mendengar alasan Zack. Tak masuk akal langsung. Lagi dia suruh aku buat kerja, lagilah aku rasa aku macam hamba abdi! Heh.
            “Ke…kamu nak dia belajar dekat dapur?” suara Makcik Wan berubah nada. “Kamu suka dia, Zaki?”
            “Mak…”
            “Mak main-main ajelah. Mak tahu Nora masih dalam hati kamu. Dah, kamu tidurlah. Kejap lagi nak jalan jauh.”
            Aku menarik selimut menutup muka bila mendengar langkah Makcik Wan mendekati bilik. Kepala mula berpusing laju berfikir sesuatu.
            Nora?
            Siapa Nora?


HAMPIR ENAM JAM perjalanan, kami sampai juga di rumah yang Zack dan Mail kurung aku selama ni. Naik kematu punggung aku duduk dalam kereta. Penat! Selama ni aku tak pernah ada pengalaman balik kampung lama-lama. Nak balik Batu Pahat pun selalunya tak lebih 5 jam.
            Rupanya Zack tinggalkan bekalan makanan dan minuman untuk Makcik Wan. Patutlah aku nampak bukan main banyak kotak yang dia bawa balik. tak pasal-pasal kena cop pengedar dadah!
            Masing-masing keletihan waktu masuk ke dalam rumah. Aku terus ke bilik tanpa mempedulikan Mail dan Zack yang masih sibuk mengangkat beg masing-masing.
Sebenarnya dalam kereta tadi, sikit lagi nak terkeluar pasal Nora. Sepanjang jalan aku terfikir pasal tu sehinggakan nak tidur pun aku masih teringat tentang Nora. Tapi sedaya upaya aku menahan dari bertanya sebab takut mood Zack berubah. Sungguhlah, nama budak Nora ni menghantui betul. Dahlah nama dia dekat dengan nama aku.
Nora…Norah…
Awek Zack ke?
Belum sempat aku menarik tombol pintu, bunyi nada dering yang menandakan mesej masuk menerpa telinga. Aku cam bunyi tu.
Itu bunyi telefon bimbit aku!
Aku cam sangat sebab rasanya aku seorang je guna notification pelik macam tu. Tapi takkanlah masih ada bateri kut. dah lebih seminggu rasanya aku tak pegang benda tu. Tapi…dekat mana benda tu…
Ataupun…Zack cas semata-mata nak tengok mesej dari semua orang? Dan sebab itulah dia kata Benjamin asyik contact aku!
Hish! Tak patut betul tengok mesej orang! Biadap!
“Apahal?”
            Tanpa sedar, Zack dan Mail dan tercegat di muka pintu. Aku terus menggeleng laju tanpa suara. Malas nak bertekak pasal telefon bimbit aku tu.
            Aku tahu yang aku tak akan menang dan aku juga tahu benda tu akan keruhkan lagi keadaan.
            Sekarang ni aku kena behave.
            Aku kena buat Zack percaya aku seratus peratus.
            Dan, lepastu, Zack akan lepaskan aku macam apa yang dia janji dulu. Harapnyalah…
            “Weh, bos suruh masak makan malam!”
            Aku hampir terlompat bila pintu bilik diketuk kuat dari luar. Baru saja nak merebahkan badan, Mail dah potong jalan. Yang Zack ni pulak satu hal. Bukan ke boleh aje nak beli makanan dekat kedai makan sebelum sampai tadi?
            Nak jugak aku yang masak.
            Dahlah aku tahu satu menu aje.
            Tak faham sungguh!


ESOKNYA, pagi-pagi lagi aku dah tersedar. Terus tak boleh sambung tidur. Aku bersiap awal dan terus buat sarapan ala kadar macam biasa. Asal boleh isi perut. Lagipun, rasanya dia orang ada kerja dekat luar. Boleh cari makan dekat luar je nanti.
            Aku pandang jam di dinding selepas tiga hidangan sarapan siap. Awal lagi. baru pukul tujuh. Mail mestilah tengah membuta lagi.
            Zack aku tak pasti pulak sebab pintu bilik dia memang sentiasa tertutup.
            Aku capai penyapu dari sudut dapur dan sempat juga aku seludup radio dari ruang tamu ke bilik sendiri. Hajat dihati nak kemas bilik sambil dengar lagu. Belum sempat aku membuka pintu bilik, langkah aku terhenti kaku. Zack yang baru sahaja keluar dari bilik air memandang aku tajam.
Perlahan-lahan aku menelan air liur. Dia takkan fikir yang aku nak curi radio ni, kan?
“Dah masak?”
Ceh. Itu aje yang dia tahu. “Dah. Bawak saji tu ha, nak makan pergilah.” Aku menjawab tanpa memandang. Tangan kanan mengendong radio sederhana besar dan tangan kiri memegang batang penyapu.
“Aku tak nak makan lagi. Nak sambung tidur.” Dia menggosok mata dengan sebelah tangan. “Pukul sembilan kejut aku.”
Aku hanya diam mengangguk. Mata masih tak lepas memandang wajah dia yang masih lesu dek sisa-sisa demam.
Handsome jugak Zack ni sebenarnya. Muka lelaki melayu asli sawo matang. Tak gelap, tak putih. Memang kena la nama Zack dengan dia.
Muka dia pun nampak gagah macam muka pahlawan melayu zaman-zaman dulu. Tapi apahal kerja culik menculik pulak yang dia pilih…haish.
“Apahal?”
            Erk! kantoi!
            “Apa yang haishnya?” sekali lagi dia menyoal.
            Aku hanya mampu sengih, tayang gigi sendiri. Tak sedar pulak terkeluar ayat tu tadi.
            “Dah, aku nak tidur. Nanti kejut.” Dia terus berpusing kembali ke bilik dia. Aku menghela nafas kuat sebelum menggigit bibir sendiri. Tak ada kerja sungguh nak tenung anak teruna orang lama-lama. Penjahat pulak tuh.
            Tanpa menghiraukan Zack yang dah sambung tidur, aku menutup pintu bilik rapat-rapat. Mata mula meneliti setiap ruang bilik sederhana besar tu. Bilik yang jadi tempat tinggal aku hampir dua minggu pun.
 Lama sungguh rasanya ku biarkan bilik tu berhabuk. Rasanya segala jenis serangga pun dah membiak dekat celah-celah kotak yang ada dekat situ. Heh.
            Laju aje aku pasangkan plug pada tempatnya dan membuka saluran Hot.FM kuat-kuat. Kerja menyapu aku bermula. Tak sampai seminit, lagu Avril mula berkumandang.
            Ok. Ini favourite!

“You say that I’m messing with your head, yeah yeah”

Aku sengih lebar. Penyapu dibawa ke kiri dan kekanan. Menghilangkan segala jenis sampah yang ada.

“All ’cause I was making out with your friend
Love hurts, whether it’s right or wrong”
I can’t stop ’cause I’m having too much fun…”

Lama sungguh aku tak memekak pagi-pagi macam ni. Nikmat pulak rasa dia…

You’re on your knees,
beggin’ please
‘stay with me’
But honestly,
I just need to be a little crazy…!

Okey, chorus, chorus. Batang penyapu terus ditegakkan gaya aku pegang mikrofon.

All my life I’ve been good but now, oooo
I’m thinking ‘What the hell’
All I want is to mess around,
and I don’t really care about
If you love me, if you hate me,
you can’t save me, baby, baby…

“Baby…baby!!” eh?
            Aku terkaku bila radio tiba-tiba senyap sunyi. Apahal mati pulak ni? Telinga pula cepat aje menangkap bunyi ketawa kuat dari luar bilik. Belum sempat aku bergerak, pintu bilik terbuka luas.
Zack.
Aku yang masih berdiri tegak dengan penyapu gaya mic di tangan kaku memandang dia di pintu. Dia ke yang gelak tadi? Tengok muka dia sekarang macam tak.
Takkan Mail pulak? Mail kan tidur!
            “Lagu tu…elokla sikit…” dia merungut perlahan. “Kut ya pun nak mengemas, jangan campur dengan pakej karoke sekali. Aku nak sambung tidur pun payah.”
            Aku terus membawa batang penyapu ke belakang bila tersedar gaya mic tadi diperhatikan. Kantoi oi. Kantoi!
            Tak sempat aku menjawab, dia menjerit kuat kepada Mail di ruang tamu. “Dah, Mail. Bukak balik suis utama tu!”
            Kejap. Suis utama? Mail yang tutup suis utama tu?
            Aku melangkah keluar dari bilik sebelum menangkap wajah Mail yang tersengih-sengih sambil menyambungkan kembali suis utama.
            Dia yang matikan suis? Dia yang gelak dengar aku nyanyi tadi? Hampeh!

















2 comments:

Kak Sue said...

x sakit sedap.... buatlah lagi... boleh tanya lagi...

Illa Shanahila said...

K sue

Sabar2. hee =)