Misi Mencari Pengantin Lelaki [Bab 18]



BENJAMIN.
            Orang yang selalu mesej aku waktu aku kena culik (kata Zack la. Tapi apa mesej dia langsung aku tak dapat tengok).
            Orang yang sepatutnya aku jumpa sebelum kena culik dengan Mail depan ofis.
            Orang yang nak serius dengan aku.
            Orang yang sepatutnya jadi calon pengantin lelaki aku.
            Ben masih lagi diam sambil merenung aku tajam. Aku tahu dia marah sebab aku tak tepati janji. Tapi, dia pun kena faham, bukannya aku tak nak pergi…
            “So, you sihat walafiat…”
            Entah kenapa aku terasa ada nada lain dalam suara dia. Walaupun tenang saja wajah yang dia tayang, tapi telinga terasa panas dengan pernyataan dia tadi. Dia tak perli aku, kan?
            “Norah, where have you been?”
            Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum melarikan pandangan ke hujung dewan. Wanda dan Nick tersenyum bahagia di atas pelamin. Qila yang menjadi pengapitnya di sebelah kelihatan ceria melakukan tugas.
Aku kembali memandang ke arah Ben yang mula berkerut lebat, menunggu jawapan. Spontan aku melepas nafas perlahan. Sungguh, aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita sebenarnya.
‘I kena culik waktu nak jumpa dengan you?’
‘I tak dapat pergi sebab ada entah siapa-siapa yang tersilap culik I?’
Culik culik. Aku tahu aku tak boleh sebut pun pasal culik menculik ni.  Aku dah janji dengan Zack. Aku dah janji dengan si botak muka bengis tu. Dan, aku tak berani langsung nak cerita pasal dia orang bila teringatkan pistol si botak tu.
Cukuplah sekali.
“Fine. Now I faham.” Aku mendengar dia mengeluh berat.
Faham? Apa yang dia faham? Jangan kata…
“I ingat you setuju. I ingat you pun sama nak serius. Tapi I tak sangka langsung you tipu I.”
Hah? Mana pernah aku tipu? Aku memang nak serius! Aku memang nak! “Ben, you tak faham, I memang setuju…”
            “Then why you didn’t show up?” laju dia memotong. Anak matanya masih tajam menikam wajah aku. “Satu mesej I pun you tak balas dan you siap reject semua call I!” suaranya ditahan-tahan. Menahan rasa tak puas hati.
Automatik mata aku membulat.
Apa dia cakap?!
            “I tak pernah pun reject call you,”
“Then who?”
Argh, ini mesti kerja Zack!
Kedua-dua tangan meraup muka tanpa sedar. Zack. Aku tahu segala benda yang jadi ni semua salah Zack. Kalau bukan dia yang suruh Mail pergi culik anak dato tu sendiri, Mail takkan tersilap culik aku.
Kalau bukan  aku dia padamkan semua mesej Ben, aku akan tahu apa yang ada dalam kepala Ben sekarang ni.
Zack, kenapa kau kejam sangat?
“Ben…” aku tertunduk memandang lantai. Sungguh, aku tak tahu nak jawab apa. “I’m sorry. Betul, I minta maaf sebab tak dapat pergi haritu…”
            “You patut berterus terang saja kalau you tak sudi. I tak pernah paksa pun.” suara Benjamin makin mengendur.
            Aku dah tak tahu nak jawab apa. Takkan aku nak cakap aku nak! Aku setuju sangat dan jom balik kampung pinang aku lepas majlis ni!?
            Gila?
            Memanglah aku tengah cari calon suami, dan Ben memang nak serius, tapi aku kena culik, tahu tak? Aku. Kena. Culik! Aku menghela nafas perlahan. sedaya upaya aku cuba untuk bertenang, “Ben, I betul minta maaf. Kita mula balik, okay? Keluar dinner esok?”
            “Norah… kenapalah you buat I macam ni…” Benjamin mengeluh berat sambil melurutkan songkok dari kepala. rambutnya yang kemas tersisir di garu perlahan. “Kalaulah you jumpa I lebih awal, I mungkin boleh maafkan you,”
            Aku terdiam lama. apa maksud dia?
            “Ben? Oh my god! Puas I cari you.”
            Aku dan Ben terus berpusing memandang ke arah suara yang mencelah. Seorang wanita kecil molek dengan selendang pashmina di kepala tersenyum lebar memandang ke arah kami.
            Bukan wajah persis arab dia yang menarik perhatian aku, tapi…baju kurung hijau tu!
            Siapa dia ni? kawan Nick? ataupun kawan Abang Mazlan? Ataupun kawan Wanda?
            “Norah, ini Sara. Sara, ini Norah.” Ben memperkenalkan ringkas. Sara masih tersenyum lebar sambil menghulurkan tangan ke arah aku. Sedaya upaya aku mencipta senyum sebelum menyambut salam dia.
            “Oh, cousin Wanda tu, kan?”
            Okay, jadi dia kenal aku?
Aku nampak Ben mengangguk perlahan. Susahnya nak tafsir riak wajah dia sekarang ni.
            “Jom Norah, kita duduk sana. Majlis dah mula pun. Nanti makanan dekat meja semua habis.” Sara mengenyitkan sambil menarik tangan aku msuk ke dalam dewan.
            “Ouch!”
            Tarikan Sara terhenti. Dua pasang mata merenung ke arah aku pelik. “Kenapa?”
            Aku tersenyum nipis sambil menggeleng. Lengan kanan terasa berdenyut kuat dek tarikan Sara tadi. Tapi, sesakit mana pun bekas jahitan pada lengan ni, sakit lagi hati aku dengan apa yang jadi sekarang.
            Ok. Dia Sara. Sara who?


AKU TAK PERCAYA yang Ben boleh cari pengganti dalam masa dua minggu! Ini ke yang dia cakap dia nak serius?
            Ini ke yang dia cakap dia betul-betul sedia nak jadikan aku isteri dia?
            Benjamin…mudah sangat kau tukar perasaan. Mudah sangat kau hilangkan rasa sayang!
            Sedaya upaya aku mengawal riak muka di meja VIP tadi. Entah macam mana Ben dengan Sara boleh duduk dekat situ jugak. Abang Mazlan ni pun, tahulah keluarga kita orang keluarga kecil, tapi apa hak dia nak ajak Ben dengan Sara duduk satu meja?
            Tahu tak yang mata aku sakit setiap kali terpandang Sara letakkan lauk ke dalam pinggan Ben?
            Tahu tak yang aku hampir sesak nafas melihat gelak tawa dia dia orang?
            Duh, sampai sekarang kepala aku tak dapat nak cantum apa yang jadi. Misi aku gagal. Gagal sebelum sempat bermula.
            “Angah…”
            Mata aku terhenti terus dari memandang lagak Ben dan Sara. Aku tahu sikitpun tak nampak Sara tergedik-gedik pada Ben. Aku tahu yang Ben jugak tak nampak nak menunjuk pun ada teman wanita darah kacukan. Tapi…entah kenapa susah sangat aku nak terima semua ni.
            Aku melepas nafas perlahan sebelum mengalihkan pandangan pada abah yang berbaju batik jawa. Bila dah kena culik, barulah aku rasa rindu sangat pada abah. Pada mak.
            Kenapalah aku tak pernah nak hargai dia orang waktu aku senang?
            “Ya bah?”
            “Nanti gantikan telefon kamu tu cepat cepat. Takut rosak lagi nanti susah.”
            Aku tersenyum tawar. Rasa bersalah sungguh sebab tipu pasal ni. tapi, apa yang boleh aku buat? Aku takkan sekali-kali bawa Zack dan Mail ke balai polis. Takkan.
            Walaupun Zack dah cederakan aku macam ni…
            “Nanti angah tukar. Jangan risau, ya?”
            Abah mengangguk perlahan bila mendengar jawapan aku. Walaupun mak dengan abah hanya mengangguk waktu aku petah mencipta alasan pagi tadi, aku tahu ada juga rasa ragu-ragu.
            “Naurah, kamu bila lagi?”
            Laju aje aku berpaling ke belakang sebelum melihat wajah Tok Ngah yang tersenyum senyum memegang cucu bongsu dia.
            Tok Ngah ni pun satu, tak boleh ke tanya soalan tu waktu Ben dengan Sara tak ada? Jatuh berdentumlah saham aku.
            Sudahlah baru kena reject
            “Belum ada calon lagi tok.” Aku menjawab perlahan. sempat aku menjeling ke arah Ben dan Sara yang tidak jauh dari situ. Waktu itu hampir kesemua ahli keluarga aku berkumpul di ruang lobi, bersembang sesama sendiri sambil menunggu sesi fotografi Wanda dan Nick habis.
            “Kamu memilih sangat kot…”
            “Biarlah dia Tok. Saya pun tak kisah bila dia nak kahwin, asalkan dia sihat je.” Abah menyampuk tiba-tiba. Agaknya abah pun bosan bila soalan yang sama dia orang tanya.
            Oh abah, you are my hero!
            Aku terus menghadiahkan senyuman yang paling manis untuk abah, tanda terima kasih.
            Akhirnya Tok Ngah terdiam sendiri dan menukar topik lain. Tanpa menghiraukan yang lain, aku melabuhkan punggung di atas sofa lembut di sudut lobi sambil membuang pandang ke arah mak dan Asyu Hani yang rancak bersembang.
            Tok Ngah dah lupa agaknya. Dia dulu pun kahwin umur 33. Itu pun nak sibuk tegur aku?
            Haih.


TEPAT JAM 12 MALAM. Kereta Qila berhenti di hadapan blok rumah sewa aku. Ahli keluarga aku yang lain dah  pun balik lepas isyak tadi. Walaupun aku minta abah dengan mak tinggal lama sikit, dia orang tetap nak balik jugak.
            Nanti ayam tak ada orang nak bagi makan la.
            Nanti kucing dekat rumah tu kelaparan la.
            Nak tak nak, aku kena terima juga alasan tu. bukannya aku tak tahu yang mak dengan abah memang tak betah langsung duduk dekat KL ni. bosan katanya. Aku tengok kau, kau tengok aku.
            Nak keluar pun tak tahu nak pergi mana.
            Ada ke…
            “Kenapa datang dengan teksi tadi? kereta angah mana?” soal Qila menghilangkan terus wajah mak dengan abah di kepala.
            “Ada problem sikit. Thanks tau hantar angah.”
            Qila mengangguk sambil mengangkat tangan ke dahi. “Orang balik dulu, ya.”
            Kereta Qila mula membuat pusingan dan masuk ke jalan besar sehingga hilang dari pandangan. Tanpa sedar, aku mengeluh perlahan. kerja aku harini tipu orang je.
            Bukan tipu sebenarnya, cuma tak berterus terang.
Dengan keluhan yang berbaki, aku terus memanjat tangga naik ke rumah di tingkat 4. Mangga besar yang yang dikunci tadi aku buka sebelum masuk ke dalam rumah yang gelap gelita.
Aku terus masuk ke dalam bilik utama dan mencampakkan beg tangan ke atas katil. Tuala yang tersangkut di belakang pintu aku capai sebelum terus ke bilik mandi.
Sebaik sahaja air sejuk terkena lengan, aku menjerit kecil menahan pedih. Aku sendiri tak tahu kenapa luka jahitan tu tak kering-kering.
Makin nampak teruk adalah.
Habislah lengan aku ni…lepas ni mesti tinggal parut dalam. Dan, lepas ni aku kena ucap selamat tinggal pada baju lengan pendek! Ini semua sebab Zack. Sampai hati dia…
Air mata mula bergenang tanpa dipaksa. Aku mengeluh lagi.
Esok aku dah mula kerja dan aku langsung tak bersedia. Dengan keretanya tak ada…dengan semangat aku yang entah hilag dekat mana… dengan lengan yang berdenyutnya…
Macam mana aku nak menaip dekat ofis nanti?
Air pili hujan masih lagi mencurah-curah membasahkan badan. Saat mata terpandang sabun antabax di atas rak besi, kepala terus teringatkan tandas di rumah Zack dulu.
Parah, takkan semua benda aku nampak aku teringatkan dia?
Cepat-cepat aku menghabiskan mandian dan keluar dari bilik air.
Kalau dulu aku nak sangat duduk rumah sewa seorang diri, sekarang baru terasa menyesal.
Menyesal sebab tak ada kawan untuk di ajak bersembang, menghilangkan rasa sunyi aku. Mungkin sebab dua minggu dekat dalam rumah tu, aku dah biasa bergaduh dengan Mail.
Mungkin jugak sebab aku dah terbiasa dengan kekecohan suara Zack dan Mail bila bersembang.
Dan tahu bila aku sendiri, aku akan mula fikir macam-macam. Aku akan teringatkan semua benda. Pasal Ben, pasal kena culik…
Pasal Zack…
Kalau macam ni lah keadaan aku, esok-esok aku mungkin boleh jadi gila.

Macam mana aku nak teruskan hidup kalau pandang mangga kunci depan pintu pun aku teringatkan dia?

Comments

Anonymous said…
aduyai..dah x aman hidup sejak baca citer ni..setiap masa ternanti2 entry baru..huhuhu..
tahniah Illa...
Haslina@DC said…
Hambooih Illa laju Hapdate naaaaa naaa

mommy sukerrrr
Illa Shanahila said…
Anon-

tq tq =)

Mommy-

sy pon suka... eh? haha
Anonymous said…
Suka suka suka
Kak Sue said…
Nurah dah macam dektitf connan... mencari punca kenapa dia diculik... tapi memang besttt...
Anonymous said…
terbaek...whawha...suspen akak,,,fikir gambar zack dalam gambar tu...huhu...rindu pula dengan zack..hehe...aik kenapa akak rasa yang abg bidin ni ada hati dengan naurah..tidak... akak tetap suka naurah ngan zack...Entah2 zack ni kerjanya polis kot kan ila..saja menyamar jadi penculik untuk mengaburi mata penjenayah kan..kan...hehe...Apa2 pun akak suka dengan setiap hasil karya ila..akak pun da beli novel dalam hati ada dia..terbaek..akak suka...Apa2 pun sambung cepat2 n3 naurah dan zack hehe..

--Dg. Siti--
Lollipop Manis said…
lahai abg bidin pulak dah. hahaha.
ehh, jap kenapa abg bidin tu baik sgt buat itu ini untuk naurah.
Abg Bidin ni ada apa apa ka ...... ambil berat semacam jaaaa niiiii hahahahaha kalau laaaa betoiiiii OMG la jawabnyaaaaa......
Nana Nn said…
Sedeh sikit la n3 ni....
mcm sayu hati gitu....
x sabar nk next n3
Tq juta2 illa
Saya.suka. ^_^
Illa Shanahila said…
Anon
Tq tq tq!

Kak Sue
Dctv Conan pun boleh =)

K Dg. Siti
Tq sbb suka=) Haa mana tau polis, kan? Hah ha

Lollipop Manis dan K Noorliyana Shamsuddin

Haa, baik kan Abg Bidin? kehkehkeh

Nana Nn
Wc juta2 kali jugak =)
Kiki Wafa said…
alamak, abang bidin suka kat naurah ke....
Anonymous said…
Naurah ni dah terkena "Stockholm syndrome" ni... yg mana mangsa culik dah terjatuh hati pd si penculiknya sendiri.... hihihi...

betul x illa?

-novelaholic-
Illa Shanahila said…
kiki wafa
alamak, kita tunggu... hehe

novelaholic
Haaa. x tau x tau =)