Monday 20 May 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 22]


22


NICK DEKAT UK.
            Baru pagi tadi rasanya dia terbang ke sana. Aku tak tanya pulak apa urusan dia dekat negara orang tu. Bukan tak nak tanya, tak tertanya sebenarnya.
            Terkejut sangat bila dia bawa berita pasal UK ni. Heh, gaya macam dua orang kekasih dipisahkan oleh dua garisan zaman je.
            Aku menarik nafas panjang sambil memaku mata pada cermin kecil ruang tamu. Aku bersiap ala kadar je untuk ke majlis makan-makan anjuran Fahim. Tak payah make up. Tak ada tudung belit 180 darjah. Dan juga tak ada blouse ropol-ropol
Raey dengan Munie dah call seminit tadi, cakap dah sampai. Jimi dengan Fayad pun dah sampai katanya. Aku jugak yang masih tertunggu-tunggu tuan punya pengerusi majlis datang jemput.
            Mana nak cekau komuter pergi One Utama? Hoho.
            Belum sempat aku nak buka mulut, nak menyanyi-nyanyi kecil lagu Hati Kama, kereta Fahim menjalar masuk dan terus berhenti di hadapan pintu pagar. Aku sengih sumbing. Tepat je timing dia. Saja tak bagi aku panggil hujan dengan suara lunak aku ni. Heh.
            Hati aku tiba-tiba terasa rawan melihat dia tersenyum manis, menyambut aku.
            Rawan. Dupdap. Tak selesa.
            Tapi aku kuatkan jugak kedua-dua belah kaki ni untuk melangkah masuk ke dalam Forte merah menyala dia.
            Bukan ada apa-apa pun, Wanda. Bukan dan boleh jadi kawan ke? Kan?
“Sorry lambat.”
            Aku mengangguk dengan senyuman (plastik).
            “I ajak Acap sekali tadi, tapi dia busy pulak.”
            Acap.

“Bila tengok kau sekarang, baru aku faham kenapa dia dah terjatuh…Karma, kan?”
           
Fahim terjatuh? Karma? Acap ni pun, bukannya nak cakap habis. Main sekerat-sekerat macam ni, karang aku teka benda lain karang.
            Fahim terjatuh hati dekat aku?
            Karma sebab dulu aku suka dia, dan sekarang dia pulak yang suka aku? macam tu ke?
            Haish, kenapalah dia sebut nama Acap. 
            Sepanjang perjalanan, aku hanya mengangguk, menggeleng bila ditanya. Fahim yang banyak bercerita, memeriahkan suasana.
Tapi, akhir sekali, bunyi radio juga yang mendominasi.
Bukan aku nak buat sombong, bukan aku nak buat perangai. Rasa kekok tu lebih merajai. Aku tak tahu macam mana nak interpretasikan rasa tak selesa bila dengan Fahim. lagi-lagi bila teringat kembali apa yang Acap cakap.
Sampai aje tempat parking, aku terus keluar dari kereta. Sungguh, aku rasa nak mintak maaf banyak-banyak dengan Fahim dek perangai aku yang tiba-tiba menyerang ni.
Dahlah kawan tu datang ambil dari rumah.
Bawak datang sini, belanja Seoul Garden.
Boleh pulak kau buat beku macam tu Wanda (Ni semua terjangkit dengan Nick la ni).
            “Jom.”
            Wajah Nick yang beku terhapus serta merta. Aku berpaling ke kanan, memandang Fahim yang santai dengan Tshirt putih dan jeans biru cair.
            “Kau memang tak faham bahasa!”
            Err. Macam aku pernah dengar suara ni.
            Eh?
            “Aku dah cakap kau jangan dekat dengan dia!”
            Laju aku membawa kepala ke kiri dan kanan. mencari suara yang menengking tadi. Tapi terlambat. Tudung aku dah pun ditarik kuat dari belakang. Jangan cakap dia bawak asid. Air cili pun.
            Mak…
            “Hey!” Aku mendengar Fahim menjerit dari sebelah sana. Cepat-cepat dia mendekati aku yang hampir terputus nafas dikerjakan perempuan tu. Kalau dah tudung aku ni ditarik dengan sekuat daya, mana tak tercekik leher aku?
            “Kau tak guna! Kau tak reti bahasa!!” berkali-kali dia menjerit. Sikit lagi tangan dia nak singgah dekat muka, nasib baik Fahim sempat halang.
            “Kau ni kenapa!” Aku menjerit sekuat hati. Dia ingat aku pokok kayu apa, boleh nak belasah sesuka jiwa. Itu aku cakap dengan mulut.
            Kalau aku cakap dengan tangan lain pulak bahasa dia.
            “Kau perempuan jalang! Menggedik jugak kenapa!”
            Hati aku menggelegak tiba-tiba. Pantang sungguh kalau ada yang maki hamun tak memasal. Dia ingat aku ada letak tag tulis ‘Sila Maki Aku’ dekat dahi ke?
            Aku nampak Fahim memegang bahu perempuan tadi kemas, menghalang dia dari mendapatkan aku.
            Dalam berani-berani aku pun, ada jugak rasa takut (Orang tak siuman kan boleh buat macam-macam).
            “Pergi masuk dalam kereta!” jerit Fahim sambil melempar kunci. Sedaya upaya dia menahan perempuan tu dari mendekati aku. Cepat-cepat aku mengangkat kaki dan meloloskan diri ke dalam kereta. Kunci.
            Siapa sebenarnya perempuan ni!!! Tensionlah macam ni.
            Lama aku melihat Fahim berbalas kata dengan perempuan kurang siuman tu. berkali-kali juga perempuan tu menolak Fahim yang memegangnya erat untuk mendapatkan aku yang ketakutan di dalam kereta.
            Ya, aku takut. Dibuatnya dia bawa pisau ke, pistol ke. Maunya aku mati katak dekat parking ni.
            Macam mana dia tahu aku ada dekat sini!?
            Akhirnya dia berlalu pergi setelah beratus-ratus (mungkin ribu) maki hamun yang dia lempar dekat aku dan Fahim juga. Sempat dia menjeling tajam ke arah aku yang masih kaku di dalam kereta. Jeling tanda amaran.
            “Dah lama ke dia kacau you?” Fahim menegur sebaik sahaja aku keluar dari kereta. aku boleh rasa muka aku pucat, tak ada darah merah. Geram, takut, berdebar, marah semua ada.
            Lutut pun masih terketar-ketar.
            Mana pernah aku kena serang depan-depan macam ni weh! Last kena serang dulu pun aku pengsan!
            Hadui.
            “Dekat sebulan, kot.”
            Fahim menggeleng laju. “Kenapa tak bagitahu?”
            Aku mengangkat muka, memandang wajah Fahim yang keruh. Tak pasal-pasal dia pulak yang kena tenangkan perempuan tu.
            Tak pasal-pasal dia pulak kena maki sekali.
            Tapi, kalau nak difikirkan, kenapa pulak aku nak bagitahu dia? Takkanlah tiba-tiba aku masuk ofis dia, duduk atas kerusi depan meja dia menangis sambil cakap, ‘You, semalam I kena serang.’
            Tak pun, ‘Fahim, tadi ada perempuan gila text I ugut macam-macam.’
            Gila ke? Itu mengada-ngada namanya.
            Tak pasal-pasal aku bagitahu dia pulak.
            “Lain kali kalau ada dia datang serang lagi, bagitahu.” Dia menyambung lagi. aku hanya mengangguk, malas nak cakap apa-apa. Lutut pun masih ketar.
            Agak-agak ada lagi tak selera makan aku yang tertinggal.
            Hadui. Nick pun tak ada. Mana lagi nak cekau selera makan?


“SAKIT KE?”
            Aku menggeleng perlahan, menjawab soalan Raey.
            “Dah tu kenapa pucat macam tu?”
            Aku menarik nafas perlahan sambil memandang Fahim yang baru sahaja duduk di salah sebuah kerusi yang masih kosong. Disebelah Jimi.
            “Ada perempuan mana ntah, serang aku dekat parking.” aku merendahkan suara, berbisik pada Raey.
            Bulat mata dia memandang aku. Munie yang berada di sebelah dia pun memandang sama. Nak tahu cerita.
            “Siapa?”
            Aku geleng lagi. “Tak tahu.”
            “Kenapa dia serang kau pulak?”
            “Dia cakap aku kacau laki dia.”
            Kali ni memang betul-betul mata dia bulat. “Kau kacau laki sapa ni!?”
            “Diamlah! Kau nak buat announcement ke apa?”
            Raey sengih bersalah. “Sorry,”
            Aku mengeluh berat. Handbag di bahu aku turunkan ke atas riba. Perlahan-lahan aku membuang pandang ke seluruh meja. Semua orang ada. Julia tengah rancak bersembang dengan Alif, budak praktikal. Jimi dengan Fayad buka topik apa ntah dengan Fahim. Jojo dengan Lan tak hiraukan orang sekeliling. Makan.
            “Aku tak kacau laki siapa-siapalah. Dia tu yang salah orang. Psiko.” aku menjawab soalan Raey. Keras. Geram punya pasal.
            “Kau tak tanya ke siapa laki dia?”
            Sekali lagi aku menggeleng.
            “Kenapa tak tanya?”
            Aku angkat kening tinggi-tinggi. “Kena tanya ke?”
            “Seriously, Wanda. Itu pun kau tak terfikir, ke?”
            Seriously, Raey, kau cakap macam Nick!
            “Lain kali tanya nama. Siapa.” Ulang dia lagi. “Sejak bila dia serang kau? Kau kenal perempuan tu?”
            “Dekat sebulan kot. Aku tak kenal dia.” Aku membuka cerita. Dari cerita dapat mesej ugutan, kena maki dekat telefon, kena simbah cili sehinggalah cerita kena serang dekat parking tadi.
            “Kau cakap dia tinggi, pakai tudung satin?”
            Aku angguk laju. Haah. Memang waktu pertama kali aku terserempak dengan dia dekat laluan pejalan kaki dulu, dia pakai tudung satin (walaupun aku terus pengsan kena simbah air cili, aku ingat juga macam mana rupa dia).
            Tadi dekat parking pun dia pakai tudung jenis satin.
            Orang zaman sekarang. Pakai tudung litup pun boleh main pakai bahasa kurang terpelajar jugak. Tak boleh ke hormat sikit tudung atas kepala tu.
            Tak boleh ke?
            “Kenapa tanya?”
            Dahi Raey berkerut lebat. Mata dia masih lagi merenung anak mata aku. perlahan-lahan dia mendekati telinga aku, berbisik. “Aku rasa aku pernah jumpa dia.”
            Huh?
            “Depan ofis lama dulu.”
            Okay.  So?
            “Aku ingat kawan kau.”
            “Hah?”
            Chop. Chop… apa ni? aku tak faham.
            “Macam ni,” Raey menarik nafas panjang. “Ada sorang perempuan tanya aku pasal kau dulu, masa tu kita baru balik lunch. Dia cakap dia kawan kau, like, long lost friend…” dia terhenti disitu.
            Mulut aku ternganga luas.
            “…dan aku bagi nombor telefon kau pada dia.”
            You what!?
            Sorry, aku betul-betul ingat dia kawan kau.” Suara Raey mengendur. Aku dapat rasa dia punya rasa bersalah.
            Nak-nak bila dapat tahu aku hampir kena simbah asid disebabkan dia.
            Tapi tak boleh nak salahkan Raey jugak. Dia mana tahu yang perempuan tu berlakon.
            “Sorry, Wanda. Sungguh ni.”
            Aku mengeluh perlahan. “Its okay. Bukan salah kau pun.” Betullah, bukan salah Raey. Perempuan tu yang salah. Dia salah orang.
            Zaman bila aku ngurat laki dia ntah. Heh.
            “So, I guess nasib baik ada Encik Fahim tadi, kan? A knight in shining armour.” Raey senyum nipis sambil melirik ke arah Fahim yang duduk bertentangan.
            Aku mencipta senyum tawar.
            A Knight in shining armour, eh?


FAHIM DAH SELAMAT pindah ke department lain. Miss Fina pulak mungkin lusa balik dari cuti.
            Mati aku.
            Mati Raey, Jimi dan Fayad.
            Tandatangan Dato’ tak dapat lagi. kena basuh dengan Clorox la bila Miss Fina balik nanti. Confirm!
            Aku pandang calendar kecil di hujung meja. Lama sungguh seminggu. Nick pulak diam aje sejak dia sampai UK. Kalau nak cakap UK taka da internet, tipu sangatlah tu.
            (Nak internet kenapa? Bukannya dia ada Facebook aku, emel jauh sekali).
            Takkan dia sayang duit nak call aku kut? gaji ribu-ribu pun kedekut jugak? Heh.
            Dia tak tahu ke aku dah teringat dia bagai nak pengsan? Dia tak tahu ke aku dah tak ketahuan? Dengan kes kena serang lagi. Dengan kes tak dapat sign Dato’ lagi. Miss Fina lagi.
            Sekurang-kurangnya, bila ada dia tak adalah aku mogok lapar tak nak makan macam ni.
            Seminggu rehat main buat milo cicah biskut je.
            Rasanya dia tak tahu kut rasa rindu tu macam mana. Rasa macam kena hempap dengan batu, tahu? Sakit.
            Nak je aku baling batu yang hempap aku tu ke kepala dia. Biar dia tahu rasa sakit rindu.
            Biar dia rasa.
            …dan sejak bila aku pandai buat analogi rindu macam ni? Heh.
Another day.
Sekali lagi, waktu pagi yang kosong. Macam biasa aku gagahkan jiwa yang dah tak ada rasa untuk pergi kerja. Aku rasa macam budak tadika yang memberontak tak nak pergi sekolah.
            Rasa nak menangis, guling-guling sambil menjerit, malas! bosan! Taknak pergi sekolah!
            Tapi, disebabkan umur budak sekolah aku dah berlalu dua puluh tahun lepas, aku kuatkan juga jiwa tadi.
            Permandangan yang disapu oleh mata aku pagi ni membuatkan langkah aku terhenti. Sikit lagi aku nak cubit pipi sendiri bila melihat kereta Audi terpacak depan pintu pagar. Apa pulak pemandu Nick ni buat dekat depan rumah aku pagi-pagi alam ni?
            “Cik Wanda…” Abang Adi menegur dengan senyuman (Selamba je aku panggil abang Adi, tau dek bini dia karang, sia-sia je aku kena simbah air cili. Nak panggil pakcik, macam muda lagi).
            Aku hanya mengangguk sambil mencipta senyum nipis kepada Abang Adi yang berdiri di sebelah pintu tempat pemandu.
            Cermin kereta di bahagian penumpang tiba-tiba dibuka dari dalam.
            Nick? dia dah balik dari UK ke?
            “Masa ni baru keluar pergi ofis?” dia menegur perlahan.
            Dahi aku berkerut seribu mendengar soalan daripada dia. Automatik aku mengerling jam di tangan. Baru pukul 7.15 pagi. Memang selalu pun aku gerak waktu-waktu macam ni. Mana pernah aku sampai lambat pun dekat ofis. Paling awal adalah.
            Dia ni pun, balik-balik dari UK bukan nak cakap I miss you ke, tanya khabar ke…
            “Bila sampai?” sedaya upaya aku memaniskan muka. bertanya. Orang tak berbudi pun, kita kena berbahasa.
            “Baru sampai ni.”
            Aku mengangguk sambil membuang pandang ke setiap inci wajah dia. Penat. Serabut. Kumis-kumis nipis mula tumbuh sekitar muka. Kesian dia. Jet lag lagi la tu.
            “Nah,”
            Kening aku terangkat tinggi sambil menyambut huluran Nick. Apa ni? Dahlah kotak pink.
            Huh?
Bulat mata aku memandang isi kotak yang tidak berbalut itu. Aku memandang wajah Nick di dalam kereta. Masih lagi lesu+tak cukup tidur.
            Nick bagi keychain kunci. Swarovski elements?
            “Apa ni?”
            “Kata nak tahu isi hati.”
            Bibir aku menarik senyum juga akhirnya.
Nick bagi kunci? Sebab aku nak tahu isi hati dia?
            Homai. Betull ke ni Nick Dollah?
            Tersirat gila…sweet…romantik tahap 99 tingkat.
            …dan aku panggil dia beku.



*****

Hadiah dari UK =)

23 comments:

Anonymous said...

oh my!! ni bkn tkat wanda yg rindu gilos kat nick..aii pon...
asal la wanda ni tk tertanya kat minah senget tu sapa laki diaa..adoyaii wanda...sengal seh...
tk puas laa...hihihi, cam nk n3 lagi...kikiki
neway..osem cik writer... :)
(Leen)

kak na said...

beku yg romantik...melayang da ni
wanda nape tak tanya fahim pasal minah meroyan tu

R'hanida said...

misteri sggh siapakah pompuan yg serang wanda tuh...
nick dah blk yeayyy!!

C.R said...

Fahim tu mesti suami org coz dia x tekejut pn tgk pompuan meroyan tu....
Wahhhh...Nick sweetnyer siap bg kunci ati lg tu.... hhihihi

Unknown said...

Hadoiiii cik senah ni..... rindu sampai tak leh nak fikir ke.... en dollah tu pun rindu cik senah tu yg dia balik awal tu.... tapi dua dua pun sengal yg sorang kat luar keta ...sorang lagi kat dlm keta tu apa kes....

strawberry.chocolate81 said...

ngeeeee....nak tgk keychain 2 acenne bleyh x...yg wan senahnye dah tgk dah....nak la jugak tau balasan nick dolah cen ne...

Kak Sue said...

Rasanya Nick rindu sangat kat Wanda sebab tu balik x sampai seminggu dan balik terus terjah rumah buah hati... dan baik hati bagi keychain kunci untuk buka hati dia yang beku tu..... hehehe

Rose Ishak said...

ke Fahim tu asben orang?haishhh ckit sgtla dear,nanak laieeee...tak puas baca baru nak feel romantika ngan nick..keh3

Anonymous said...

Fahim itu suami pompuan tu... Wanda kenapa innocent sgt... Tapi apa2 suka akhir n3 ni... jantung saya pun beat very fast walaupun dah baca teaser hari tu... so sweet si Dollah ni.

Anonymous said...

Wah...akhirnye ada gak n3...rindu gilek..

Marina said...

Thanks! Cantiknya keychain from UK hahah!

Anonymous said...

aku pompuan tu bini fahim,
grrrrr, sian wanda

atau

sepupu nik dollah

wwannur..

kak ida said...

pergh..giler gempak lah si Nick tu..hati tu..weyh..dia serahkan kat minah tu..boleh lah declase couple lepas ni..adakah wanita yg menjadi stalker tu bini si fahmi..apa kata citer kat Nick..mesti dia jadi superman..

Zakiah Halim said...

kata nak tahu isi hati...walahhhh... so sweet nick... :) senyum lebor wanda :)

Anonymous said...

omo omo omo omo omo..ase mcm nak jerit...aarggghhhhhhhhhhhhhh....nak NICKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

>>k<<

aisyah said...

Pompuan psiko tu bini fahim kut..alahai..nick bg kunci ati..sweet...

Nana Mohd Yasin said...

homai....homai...
nape ckit sgt n3 ni....
x puas baca
windu giler jugak ngan nick dolah.


nk lagi....

Anonymous said...

Asal ada entry baru ja mesti baca berulang2 kali hahahahaha baca sambil senyum sampai telinga

Anonymous said...

Alamak... berenti tang part suspens lak tu.... nak entry lagi...... hihihi....

AINULRIDA HUSNI said...

Kenapa la Wanda ni blur sangat? Mesti perempuan yg serang dia tu ada kena mengena dgn Fahim. Ininla jadinya kalau malas nak berfikir dan ambik tahu. Atau mungkin dah rindu sangat kat Nick sampai tak boleh nak berfikir dgn betul ...

cyah said...

Huhu sungguh misteri

Unknown said...

oh nick dollah ku... si sweet.

ezza mysara said...

hai illa.. selalu baca tp baru rini mencemar diri kengkomen.. hehee..

ai suka watak nick dollah yooo... mmg mengepam hati betullahhh..