Sunday 26 May 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 24]

24


“NANTI NAK DATANG berapa ramai?”
            “Huh?” Nick berpaling sekilas sebelum kembali menumpukan perhatian ke arah jalan raya. Raey tiba-tiba ada hal. Dia cakap Mike datang ambil dari pejabat Dato’ Mohsin. Jadi, hanya aku dengan Nick aje yang balik ke pejabat.
            Bukan. Aku seorang. Mana boleh orang lain tahu Nick ikut meeting hari ni.
            “Cakap nak datang rumah, jumpa mak.”
            “Ouh.” Dia menggaru kepala sesaat. “Tiga je kut. Mak, pakcik dengan saya.”
            Aku mengangguk faham. “Awak punya cousin…tak ikut?”
            “Nope. Dia ada kerja dia la kut. entah. Saya tak ajak pun.”
            Dahi aku automatik berkelut sejuta. Satu-satunya sepupu. Dan dia tak ajak pun ikut sama pergi kampung aku. rugilah. Orang lain boleh buat sepupu macam adik-beradik dia nak buat macam orang asing pulak.
            “O…kay.” Tapi aku malas nak tanya banyak-banyak. Belum apa-apa lagi, kan? Takkan aku dah nak sibuk-sibuk pasal keluarga dia.
            “Kenapa?”
            “Huh?”
            “Kenapa tanya.” Nick mengulang soalan.
            “Saja, senang sikit nak cakap dekat mak, nak masak banyak mana.”
            Nick tiba-tiba ketawa perlahan sambil menggeleng. “Nak cakap dekat mak? Kenapa awak sendiri tak masak?”
            Er…alamak, terlepas. Alamak. Aku tak pandai masak. Tak apa ke kalau dia tahu yang aku tak pandai masak? Agak-agak dia reject aku tak?
            Hadui.
            “Saya mana pandai masak untuk orang ramai…” aku melarikan wajah dari pandangan Nick. bibir bawah digigit perlahan. Okay. Aku dah tipu. Masak untuk seorang pun aku tak reti. Logiklah kalau aku tak boleh masak untuk orang ramai, kan?
            “Wanda. Kami tiga je. Apa yang ramai?” I knew it! Dari nada suara dia aku boleh tahu yang Nick tahu.
            Nick tahu aku tipu.
            “Lebih dari satu, kira ramailah, kan?”
            Nick menggeleng lagi. Bibirnya masih lagi ditarik ke pipi. Senyum. “Okay then. Nanti awak boleh masak untuk saya seorang, kan?”
            Aku menelan air liur. Habislah aku. patut ke aku pergi kelas memasak selepas kami bertunang nanti?
            Patutkah?
            “Macamlah Nick ada cakap yang dia nak datang meminang, kan? Heh.
            “Okay, Nick. Let me say this.” Aku menelan air liur yang terasa pahit, payau masin dan manis (bila dia cakap ‘masak untuk saya seorang’ tu). “Saya tak reti masak. I am a loser. Betul. Saya tak pernah pun berjaya dalam apa-apa benda sekalipun dalam dunia ni. Paling berjaya pun…”
            “…time dapat 5A dalam UPSR.” Nick memotong. Ceh. Itu je yang dia ingat. Bila entah aku bagitahu dia. Ada eh?
            “Saya tak kisah pun.”
            Homai…
            Hidung aku tiba-tiba kembang. Bunga-bunga mula tumbuh di dalam hati. Musik kompang mula berlagu di dalam kepala.
“Bagi nombor Kak Qila.”
            Huh? Tiba-tiba masuk nama Kak Qila ni kenapa? “Nak buat apa?”
            “Nak call dia lah. Kalau nak senyum, Tak payahlah saya call.”
            Aku mencebik geram. Ada je benda dia nak smash aku. Ada je. Aku rajinkan juga jari jemari yang tak berapa runcing ini memindahkan nombor telefon Kak Qila ke nombor Nick.
            Send.
            …dan bunyi beep dari Sonynya (yang masih menjadi tempat phone charm aku digantung) memecah suasana.
            “Kejap.” Musik kompang berhenti tiba-tiba bila aku teringatkan akan sesuatu.
            Nick mengangkat kening tanda ‘apa?’
            “Dekat stesen KTM dulu. Waktu kali ke tiga (kot) kita jumpa. Awak ada cakap yang awak tak berminat dengan saya, kan?”
            Aku boleh nampak dahi Nick berkerut lebat. Berfikir. Entah dia ingat lagi ke tidak. Entah-entah aku aje yang kecoh nak ingat setiap benda yang jadi pada waktu awal-awal perkenalan kami (yang tak berapa nak cun tu).
            “Ingat tak?”
            Nick memandang wajah aku sesaat. “Waktu tu awak sakit, kan?”
            Aku mengangguk dalam senyuman. Dia ingat…dia ingat!
            “Saya sebenarnya tahan diri sendiri waktu tu.”
            Hah?
            “Saya takut saya tersuka dengan isteri orang ke, tunang orang ke. Payah jugak.” Dia menyambung.
            “Dan, apa yang membuatkan awak rasa saya bukan one of that?” aku memandang wajah tenangnya yang mula ditumbuhi kumis. Dah mula nak serabut balik, macam dulu.
            Tapi aku sikitpun tak kisah. Aku suka…
            “Awak bukan tunang orang sebab awak tak pakai cincin…”
            Aku terus menundukkan wajah, memandang jari sendiri. Memang pun kosong dari sebarang perhiasan. Rimas sebenarnya.
            “Kalau mak orang, saya tak rasa dia beli benda-benda comel macam ni.” dia mengangkat telefon bimbit Sony yang dari tadi berada di sebelah gear. Aku menarik senyum lebar.
            “….dan saya tak rasa mak orang akan berlari macam awak bila nak kejar tren.” Sambung dia lagi.
            Ceh. Ceh. Tak boleh ke dia skip part tu. Itu dah kira rahsia kerajaan. Manalah aku tahu ada orang yang kenal aku waktu tu. (Itu pasallah sesuka jiwa je aku buat marathon kejar tren).
            “Berapa umur awak?”
            Hah? Honestly, Nick, awak tak tahu umur saya? Tak. Tahu? “25 tahun. Kenapa?”
            “Budak-budak…kalau dekat sekolah boleh kena buli beli air dekat kantin.” Dia sengih senget.
            Elleh. Macamlah dia tu tua sangat nak panggil aku budak-budak bagai. “Awak?”
            “Huh?”
            “Umur?” kata orang, kau sendiri pun tak tahu umur dia. Heh.
            “Tiga puluh dua.” Dia menjawab tanpa memandang.
            Tiga puluh dua? Thirty two? Tuanya! Aku baru darjah satu waktu dia masuk sekolah menengah!
            “Orang tua.” Aku berkata perlahan tanpa sempat ditahan.
            “Apa dia?”
            “Kalau saya budak-budak, awak tu, orang tua.”
            Nick ketawa perlahan. “Wanda…Wanda. Awak tahu tak yang men life begins at 40?”
            Elleh. “Dah tu, nak tunggu umur 40 tahun baru nak kahwin?” aku mendengar suara sendiri menyebut. Alamak. Apahal tiba-tiba keluar cerita kahwin ni Wanda oi?
            “Sanggup tunggu ke?” aku dapat mengesan nada suara dia yang berubah tiba-tiba. Perli ke tu? ataupun…mengusik?
            Hadui.
            “Cik Senah, awak sanggup tunggu ke?” sekali lagi dia mengulang soalan yang sama. Sungguh, aku rasa nak buka pintu kereta ni dan lompat keluar laju-laju. Malu!
            “Encik Nick Dollah, bawak kereta tu pandang depan.” Aku menjawab tanpa memandang.
            …dan Nick hanya ketawa lepas.


“RAIMAH, YOU PERGI fotostat brochure ni sepuluh copy. Jangan lambat. By 10 pagi I nak semua siap dalam bilik mesyuarat.”
            Miss Fina. Balik ofis je, mengarah. Balik dari bercuti aje, nak semakkan jiwa orang. Padahal awal-awal Fayad dengan aku sediakan brochure berwarna untuk perbentangan kejap lagi.
            Nak kena fotostat banyak-banyak lagi, kenapa?
            “Wanda,”
            Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum berpaling memandang wajahnya yang tegang.
            “I nak you sediakan kopi dan snacks dalam tu nanti.”
            Hah?
            Adakah aku, marketing assistant dekat deparment ni (yang juga satu team dengan dia dalam perbentangan proposal ni) nampak macam rupa tea lady?
            “Okay?”
            Lambat-lambat aku mengangguk. Nak protes banyak-banyak karang, free je kena sound. Baik aku diam aje.
            Aku yang dapatkan persetujuan Dato’ Mohsin tu, tahu?
            Ya, memang technicallynya bukan aku. Tapi, pokok pangkalnya, aku yang membuatkan Nick dapatkan persetujuan tu. Itupun dia nak berlagak jugak?
            Bukannya nak cakap terima kasih. Aku terus jadi marah. Rasa nak langgar je dia laju-laju. (Eh, itu bukan ke iklan dekat Tv?)
            Stop it, Wanda. Kau ada meeting penting lagi setengah jam. Tan Sri dengan Nick pun ada sekali. Please take it seriously.
            Tapi kalau kerja aku dalam tu hanya sebagai tea lady, apa sangatlah yang aku boleh buat?
            Buat kopi dengan serius?
            Heh.
            Setengah jam kemudian, semua dah berkumpul dalam bilik mesyuarat. Aku, Raey, Jimi dan Fayad mengambil tempat, melakukan tugas masing-masing. Miss Fina yang mengetuai projek ini bangun dan terus memperkenalkan diri.          
            Aku memandang Nick yang berada disebelah Tan Sri Aminudin sekilas. Tak tahu apa mimpi dia hari ni. Bukannya dia selalu ikut meeting pun.
            “Saya sangat berbesar hati bila dapat tahu Encik Nick Rayyan turut sama dalam perbentangan proposal hari ni.” dia senyum simpul memandang ke hadapan.
            Aku menggeleng dalam hati. Manis sungguh raut wajah Miss Fina pagi ni. Baju yang dia pakai pun dah rupa lain macam. Dah rupa pereka fesyen dekat Paris dah. (Perlu ke ribbon dekat kepala dia tu?) Heh.
Nick dan Tan Sri yang berada di hujung meja aku pandang sesaat. Berlakonlah Miss Fina, selagi kau mampu…
            Aku terus meletakkan cawan yang berisi kopi pekat kepada semua pengarah yang hadir. Juga kepada Nick yang tekun mendengar butir bicara dari Miss Fina di hadapan.
            Kerja aku hari ni adalah menjadi gadis teh (kopi). Thanks to Miss Fina. Heh.
            “I’m sorry,”
            Aku mengangkat muka dari cawan kopi ke lima kepada wajah Nick yang tiba-tiba mengangkat tangan, menyampuk.
            “Yes?” Miss Fina menghadiahkan senyuman paling manis (yang pernah aku nampak. Ada gigi rupanya dia ni. Selalu tak pernah pulak aku nampak dia senyum lebar macam ni).
            “You said that pemilik tanah tu setuju last minute, kan?”
            Miss Fina mengangguk laju. Senyumannya masih lagi belum padam. “Yes, Mr. Nick. Encik Mohsin merayu-rayu untuk kekalkan supermarket yang ada dekat lot tanah tu. I was think that itu idea yang bagus dimana kita boleh memudahkan pelanggan kita nanti. Lagipun jarak supermarket lain jauh dari situ. Jadi, I buat keputusan, kita kekalkan supermarket tu. Untuk dia uruskan.”
            Aku hampir pitam mendengar jawapan dari Miss Fina. Pantas kepala dipusing memandang Nick yang berada di hujung meja.
“I see.” Dia mengangguk perlahan dengan kedua-dua keningnya terangkat. “So, owner dia Encik Mohsin?”
Miss Fina mengangguk laju.
Aku nampak Nick sengih senget di kerusinya.
Haish. Kalau itu pun dia tak boleh nak ambil tahu, sungguhlah aku tak boleh nak tolong cover kau lagi wahai Miss Fina.
It’s Dato’ Mohsin. Bukan Encik.
“Tapi, as far that I’m concerned, you bercuti sebulan sebelum ni, kan?”
“Yes.” Dia senyum lagi.
“Bila you habis cuti?”
“Err.. last two days.” Kening Miss Fina terangkat seinci walaupun senyumannya masih menghiasi wajah. Pelik kot bila Nick tanya banyak-banyak.
“O..kay.” Nick bersandar malas di kerusi. Tan Sri Aminudin memandangnya sekilas. Pelik agaknya. “Tarikh persetujuan kontrak ni minggu lepas. Dan you balik dari bercuti last two days…” Nick seolah-olah bercakap sendiri.
Aku nampak wajah Miss Fina dah kelat+payau+masin dalam satu rupa.
“Macam mana ya YOU boleh deal dengan dia?”
“Er… I…”
Through phone, maybe?” Nick mengangkat kening, memandang wajah Miss Fina di hadapan. Tan Sri Aminudin dan Encik Razni turut sama memandang.
“Ah…yes.”
Okay then. You can proceed.” Nick menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada. Dia menjeling aku sekilas dengan senyuman yang ditahan di pinggir bibir dan aku tak dapat menahan dari ketawa. Nasib baik aku ada dalam bilik mesyuarat. Kalau dekat rumah sendiri mahunya aku terguling-guling ketawa.
Kelakar, weh!
Ini baru namanya dia nak tegakkan benang yang dah lencun basah. Heh.


NICK, TAN SRI dan Encik Razni melangkah keluar dari bilik mensyuarat sambil bercerita tentang sesuatu yang sikit pun aku tak tahu hujung pangkalnya. Nick mengangkat kening sebelum hilang di sebalik pintu.
Aku senyum menggeleng. Tak sangka Nick boleh jadi sesinis tu dengan orang lain. Aku ingat dia main letak perisa perli tu bila cakap dengan aku je.
Miss Fina dan Jimi sibuk mengemas kertas-kertas (yang digunakan dalam perbentangan tadi) yang bertaburan di atas meja.
            Raey dan aku sama-sama mengemas cawan kopi yang dihidang ketika mesyuarat tadi.
            Sungguhlah, selain bakat berlakon, Miss Fina juga ada bakat untuk buat aku jadi tea lady dekat sini. Haish.
            “How was it?” Julia tiba-tiba datang entah dari mana dan terus mendekati Miss Fina yang masih berada di penghujung meja berbentuk oval, berhampiran dengan komputer riba.
            “You can’t belive this, Nick Rayyan is totally awesome!” aku mendengar Miss Fina hampir menjerit.
            Raey memandang aku sekilas bila mendengar nama Nick disebut-sebut. Dia kemudiannya memandang aku yang mengutip cawan ketiga. Kedua-dua bahu diangkat tinggi tanda biarkan. Biarkan.
            Julia senyum lebar mendengar pujian dari Miss Fina, teruja. “I knew it! I boleh agak dia tu drop dead handsome!” suaranya juga turut menyaingi nada suara Miss Fina. Jimi di sebelah hanya menggeleng perlahan.
Even though dia ada komen macam-macam tadi, but still, dia punya karisma…” Miss Fina berhenti sesaat, mengumpul nafas. “I hampir cair!” dia menyambung.
Julia ketawa lepas. “Biasalah tu, Nick Rayyan The Great. Mestilah dia ada komen apa-apa. I nampak dia keluar dari bilik meeting tadi. Nasib baik you cakap dia join perbentangan proposal you hari ni. Kalau tak, kempunanlah I nak kenal dia.”
Miss Fina senyum lebar. Buat muka bangga. “I think dia bangga bila I dapat selesaikan kes dekat Penang tu. You tau la kan, Encik Mohsin tu macam mana.
Aku geleng kepala. Dato’ Mohsin dah tukar title pun dia tak tahu. ada hati pulak nak cakap dia yang selesaikan? Tak cukup-cukup lagi ke kena perli dengan Nick tadi?
Ke, dia tak tahu itu perlian.
“Tapi kan, I rasa I pernah jumpa dia somewhere…” suara Julia pula memecah suasana.
            Sebiji lagi cawan aku capai dan terus membawanya ke atas dulang. Raey turut sama menggeleng kepala sambil mengelap sisa kopi di atas meja. Kalau dah dua orang diva (berlagak diva) bersembang, habis orang sekeliling dilupakan.
            Nampak sangat perangai gedik dia tu. Diorang lupa ke yang Jimi (lelaki) masih lagi tercegat dekat depan tu?
            Diorang tak nampak je Fayad (juga lelaki) masih lagi tercongok dekat atas kerusi tu?
            Tak ada rasa segan ke? (Geleng kepala).
            “Really? You jumpa dekat mana?” kening Miss Fina terangkat tinggi.
            Aku mencuri pandang ke arah Julia dan Miss Fina dengan sengihan. Julia…Julia. Kalau kau tahu lelaki yang kau pernah hina dulu tu Nick, mahunya kau berhenti kerja terus sebab malu.
            “I don’t know…maybe dia pernah tegur I somewhere?” Julia tersenyum lebar.
            Sikit lagi…sikit lagi aku nak muntah hijau, kuning, biru bila mendengar jawapan dia. Aduhai. Kalau aku tiba-tiba ketawa kuat logik tak?
            Tapi, kelakar weh!
            Kau dah kutuk dia macam-macam waktu dia serabai, lepas tu nak teruja pulak bila nampak dia handsome, bila tahu dia tu Nick Rayyan. Boleh pergi masuk lif tekan sendiri la Julia oi.
            Aku pun pernah kata Nick kurang siuman. Tapi, ini lain. Aku tak adalah nak menyenget, menggedik bila tahu dia tu Nick Rayyan.
            Tak ada pun.
            Ke ada?
            “Wah! Untunglah you dia ada tegur!” suara Miss Fina naik dua tangga. Teruja.
            “Patutlah you dressing habis hari ni. Pandai ye?”
            Miss Fina ketawa lepas. “Bila lagi nak tangkap ikan paus, kan?”
            “Kesian, kan?” Raey memandang aku yang menatang dulang cawan sambil menahan ketawa.
            Aku turut sama menyimpan senyum. Biarlah dia. Malas aku nak campur. Dah rupa dua budak sekolah menengah yang bercerita pasal ketua pengawas (ataupun presiden pelajar) yang kacak+bijak+perfect kemain.
            “Aku tak boleh bayangkan kalau diorang tahu yang Nick Rayyan tu suka kau. Mahunya dua-dua minah tu terjun lombong sebab rasa rendah diri tahap negative!”
            “Excuse me?”
            Hish, Raey ni pun, nak kutuk pun pakailah volume paling rendah.
            “Korang cakap apa?” mata Miss Fina mencerun memandang aku dan Raey yang berdiri di sudut bilik. Masing-masing masih dengan dulang yang berisi cawan dan kain lap meja di tangan.
            “Nothing.” Aku menjawab malas. Kenapalah kau balik sini wahai Miss Fina. Kau nak pindah Australia terus pun dengan besar hati aku terima.
            Tapi, tak ke Fahim yang akan ganti dia nanti kalau dia tak balik. Lagilah haru biru jiwa aku.
            Hadui.
            “I heard that.” Julia pula menyampuk. “Nick Rayyan minat you?” nada suara dia macam…macam kelakar sangat. Macam apa yang dia dengar tu tak masuk dek akal langsung.
            Apa? Ingat tak logik ke kalau Nick suka aku?
            “You jangan nak bermimpi la Wanda,” Julia ketawa sinis. Miss Fina mencebik memandang aku. matanya masih tajam memandang anak mata aku. Apa? ingat aku takut? Nak marah sangat apa hal? Bukannya aku curi laki dia pun. Bakal laki pun tak. Nak sibuk marah orang pulak.
            “You fikir la, takkanlah Nick suka dekat orang selekeh macam you.” Julia menyambung. “Baju pun beli dekat pasar malam je, ada hati nak cakap Nick suka dia.”
            Mata terus turun ke arah baju yang aku pakai hari ini. Blouse kuning berbunga putih kecil yang dipadankan dengan skirt lycra hitam. Hello, aku tak beli ni dekat pasar malamlah!
            Aku beli dekat Jalan TAR… Ya, memang ada pasar malam hari tu. Tapi aku beli waktu siang. Bukannya malam.
            Okay. apa-apalah.
            …dan apa masalah dia pun kalau aku beli baju ni dekat pasar malam? Sekurang-kurangnya aku tutup apa yang patut ditutup.
            “Nick Rayyan memang suka dia.” Raey menyampuk tenang tanpa memandang kedua-dua makhluk itu bila melihat wajah aku dah kelam biru merah.
            “Stop it la.” Julia memotong dengan nada bosan. Miss Fina di sebelahnya menyilangkan tangan di dada. Masih lagi dengan muka tak puas hati dia. “By the way, bukan ke teman lelaki you tu serabut plus eyesore, Wanda? I pernah jumpa dia dekat office, kan?”
            That eyesore man yang kau cakap tu, nama dia Nick Rayyan Julia oi! Sikit lagi aku nak menjerit. Sikit lagi. Sabar Wanda, sabar.
            “Miss Fina, Cik Julia, perempuan yang beli baju dekat pasar malam ni lah yang Nick Rayyan nak pinang, tahu?” aku bersuara sepatah-sepatah. Menahan geram. Orang yang hidup dalam dunia sendiri ni kena ajar sikit. Apa, dia ingat dalam Malaysia ni semua benda hanya untuk dia dan dia.
            Hey, aku, Wanda Nurhannah pun wujud jugak dalam negara ni, okay!?
            Aku nampak Raey mengekek ketawa bila melihat wajah kedua-duanya cemberut. Gaya baru aje nampak aku bertukar jadi Cinderella.
…dan merekalah dua orang kakak tiri yang menyakitkan jiwa tu.
            Ya, tak salah dah.
            “Prove it.” Miss Fina bersuara tiba-tiba. “Jangan-jangan you aje yang berangan lebih-lebih. Entah Nick kenal you ke tidak.”
            Julia tersenyum sinis.
            “Fine, lunch nanti jom turun ikut saya.”
            Semua mata memandang aku. Tak percaya. Apa? Ingat aku main-main?
            “Nick tunggu saya dekat lobi. Boleh tengok sendiri nanti.” Aku terus membawa dulang keluar dari bilik mesyuarat. Boleh terbakar telinga aku duduk lama-lama dalam ni. Raey menurut dari belakang dengan sengihan.
            Dah terasa macam budak-budak sekolah dah. Gaduh pasal lelaki. Haish, tak pasal-pasal aku kena rendahkan IQ sendiri sebab nak layan dua orang makhluk yang tak cukup IQ tu.
            Hadui.
            Tunggulah. Waktu lunch nanti kita tengok mulut siapa yang terbuka. Mata siapa yang tak boleh pejam.

            Kita tengok.


****

40 comments:

Anonymous said...

yes wanda fight for your happiness.jgn bagi chance dua minah gedik tu sambar si nick dollah awak

kurakura said...

Uwaaa... takut nick xjumper wanda nanti huhuhj

Anonymous said...

Jgnla tiba² Nick x jd lunch dgn Wanda pulak...
-k ha fiza-

Unknown said...

Tapi, knpa lah wanda layan duaorang tu. Diam2 sudahlah, nanti kalau dah naik pelamin bru boleh busung dada. Biar mereka tau, langit tggi k rendah. Hehe

Anonymous said...

kalau Nick tak dtg sian Wanda..

Rozy Harris said...

Tak sabar nak tgk wanda show off nick depan dua perempuan gedik tu!

Anonymous said...

tiba-tiba Nick x leh lunch sama
tiba-tiba Wanda kena buli kat opis.
tiba-tiba Wanda ngajuk ngan Nick
tiba-tiba Nick nak cepat tarikh nikah.

hahahahahaa.. i like tiba-tiba

>>k<<

Anonymous said...

Yelah... Cik Senah kenapa bukak mulut, berilah surprise pd 2 pompuan gebik tu bila Nick Dollah dah betul2 jadi your other half... aniaya kang nanti kalau Dollah tak ada nanti...

Marina said...

Best..best, thank you...nak lagi boleh?!

Zakiah Halim said...

errkk. awat wanda ckp cpt sgt kat minah senget dua org tu...

nae nematoda said...

okeyyy....kita tengok :D

Unknown said...

alamak wanda..buatnya nick tak jd nk lunch nnt..cemane?..aduh..malu nnt..hopefully nick dtg tolong wanda nnt..

Anonymous said...


Aku patut dah agak benda ni akan jadi. Aku patut tahu yang aku ni tak berhak pun nak capai apa-apa. Aku tak layak pun.
Penat aku mengarang angan-angan.
Rupanya ini cerita disebaliknya.
…dan aku tak kuat. Ya ALLAH...


nk tau ape jd part ni....huhuhu

Illa Shanahila said...

ouh,part tu x sempat nk smbung,pnjang sgt dah bab ni. hehe..tngu nxt bab ye..

Anonymous said...

ala..awat ckp cpt sgt kt minah 2 ekor yg gedik tu cik senah!!!!
buatnye nick dollah x dtg camne???
btw,n3 ni mmg best dan nk n3 seterusnye.....(haha..ayt org yg tamak)
Syahira_Ira

kak ida said...

awatlah siwanda tu nak melayan dua minah yg tak cukup akal tu..diam diam sajalah..bila nak kawen ..kasi je kad jemputan kawen kat minah 2 ekor tu..mesti terkezut king kong..adakah Nick akan keluaq ngan wanda utk lunch atau ada hal yg menyebabkan Nick tak jadi keluaq ..mcm klise kalau mamat tu tak jadi keluaq berdua lunch ngan wanda kan..

Anonymous said...

Lemah je rasanya nak tunggu next entry...dah rindu kat nick dollah dgn wan senah

Nur Shaiidah Syaripuddin said...

Tetiba dapat rase nick tak dapat lunch dengan Wanda.. lepas tu, mesti 2 orang prempuan tu kena kan Wanda cukup2.. hmmm.. sedihnye.
Illa, sambung entry cepat.. :(

Unknown said...

Encik Nik jangan ko tak datang.... ku tikam jugak kamu.... ini sesi nak menunjuk ok... jangan buat hal ...hehehehe

Nana Mohd Yasin said...

homai...homai..
sungguhlah,
mmg terlalu suka sgt ngan cite ni..
mmg frust, tiap kali
sampai perkataan...sambung tu...

pe jadik ?....
jgn si dolah buat hal udahle
sian senah....

boleh tak sambung cepat ckit
excited terover ni...

saya suka...saya suka...

Anonymous said...

I pun agak cam Shaiidah S. Then dek sebab malu kena perli si minah sengal 2 org tu(sebab no nick that lunch hr) senah boikot nick- x angkat call n x nak jumpa. N nick wl cal kalk qila for help...i x sabar nak tengok how nick handles tis conflict...kak timi

Maya said...

Nick x tnggu di libi tapi dia terus jumpa Wanda di pejabat. Depan2 Fina & Julia Nick cari Wanda. Masa tu Fina terbuntang mata. Dia fikir Nick cari dia.

Anonymous said...

i like your way maya,
baru rasa lain sikit..hehe

Nik Firdaus said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

jgn nick tiba2 bt hal pergi cancel sudh. kan maunya malu besat wanda.

aisyah said...

Ei..prasan abis mss fina tu..konon dia yg deal dgn dato' mohsin tu..
Ha..tayang skit wanda..yg nick tu mmg nk pinang ko...br diaorg tau

Anonymous said...

go wanda go!

cyah said...

Saya pun rasa camtu gak

Anonymous said...

suspen..huhuhu

Unknown said...

jgn la nick dollah x datang.. cian wanda.. patutnya si wanda ckp "Miss Fina, sebenarnya Dato' Mohsin, bukan EN. Mohsin & Rayyan kenal Dato' Mohsin tu" baru hijau muka dia.. hihihi

Anonymous said...

err nape rasa mcam nick takkan jumpa wanda nanti???huhu T_T macam konflik akan bermula...pastu mesti fahim datang balik..adehhh
plisss2 cik illa sayam, tamaooo jadik camni...hihi

Unknown said...

Illa...... jahat!!!!!

Kesian cik senah

Unknown said...

Me pun sama nak tengok nik tergolek pujuk wan.... bengong nik!!!! Kasi dera sama nik heeeee geram....

Kak Sue said...
This comment has been removed by the author.
Kak Sue said...

Nick tolonglah selamatkan Wanda dari mak cik 2 ekor ni..... X payah tunggu rehat keluar dari bilik msyrt ja Abang Nick Rayyan dah tunggu kt tempat duduk Wanda .... mahu pengsan mak cik berdua tu... Ingat Nick nak bagi orang lain sakitkan hati Wanda ke?... Nick takut Wanda buat muka jeruk lagi.... hehehe... sayang betul Nick kt Wanda kan...

Anonymous said...

ish ish ish ... illa dah delete komen akak...knaperrr.... x kisah nak komen juga.....x puas hati nie...kena minta next n3...


-sj-

Illa Shanahila said...

eh,, tak adalah kak.. illa tak pernah delete komen sapa2 ni,, komen yang mana kak?

ezza mysara said...

lelaki luar biasa cenderung pada perempuan biasa-biasa sebenarnya.. heh

aku suka baca songsang.. bab 25 dulu then baru 24...

Anonymous said...

pls2....n3.....adoi....hai

Unknown said...

Yes...da 2ari xjengok blog...ade new n3..i loike⊙﹏⊙