Monday 27 May 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 25]

25


LUNCH!
            Tak tahu kenapa waktu lunch harini terasa sangat lambat. Walaupun hanya 2 jam jaraknya dari habis mesyuarat tadi. Miss Fina dan Julia berkali-kali menjeling-jeling sotong ke arah aku setiap kali mereka melepasi meja aku. Raey pun turut sama kena tempias dia.
            Dan aku dapat rasakan panas dari laser renungan meraka tu. Panas!
            aku tak tahu apa kata Nick bila dia tahu pasal ni nanti. Aku sepatutnya tak bagitahu dekat siapa-siapa pun pasal kami. (Sebabnya, bukannya aku dengan Nick dah betunang pun. Kahwin apatah lagi).
            Tapi sungguhlah, jiwa aku rasa kena penyek lumat dengan kejian dari Julia tadi.
            Tak boleh ke kalau aku nak bela diri sendiri?

‘Saya dah ada dekat bawah.’
           
Nick. Aku senyum lebar melihat pesanan ringkas yang baru aje tiba. Okay Wanda, jom buat drama!
Raey di sebelah aku pandang sekilas. Dia menghadiahkan sengihan yang penuh makna. Dia pun nak turun sama, nak tengok macam mana reaksi dua orang makhluk tu.
“Kenapa tak nak turun lagi? Takut orang yang ditunggu tak datang?”
Aku mengangkat muka mencari tuan punya suara yang melalui telinga. Julia. Dia sudahpun siap dengan handbag di bahu kiri. Miss Fina yang baru keluar dari biliknya tersenyum sinis.
“Dia ada dekat bawah…” aku menjawab perlahan. Sebenarnya aku sendiri keliru. Entah betul atau tidak tindakan aku. Sungguh.
Tak pernah aku jadi macam ni. Tak pernah-pernah aku cakap benda yang tak pasti. Tak pernah.
Dengan bertemankan Raey di sebelah, aku gagahkan juga kedua-dua belah kaki untuk turun ke lobi bangunan. Nak jumpa Nick tempat biasa.
Tempat biasa dia tunggu aku. dekat sofa di sudut lobi dengan kedua-dua belah tangannya disilangkan ke dada.
Macam biasa.
Akhirnya lif berhenti juga di tingkat yang ditekan. G. Ground Floor. Dada sudahpun kecoh dengan bunyi gendang, kompang dan piano dalam datu lagi. berkecamuk bunyi dia. Miss Fina dan Julia menuruti aku dari belakang.
Bukan niat aku nak menunjuk-nunjuk depan diorang sebenarnya.
Bukan niat aku nak bangga diri sebenarnya.
Bukan.
Cuma…aku cuma nak bela diri aku. Ya.
Hanya beberapa langkah keluar dari lif, kelibat Nick sudah kelihatan di atas sofa. Membelakangi kami. Tan Sri pun ada sama. Bibir aku tersenyum dari jauh. Aku memandang wajah Miss Fina dan Julia sekilas. Reaksi wajah kedua-duanya sukar untuk aku tafsirkan.
Itu dia. Lelaki yang ada dalam hati aku. Itu dia…lelaki yang aku cinta. Dia je…tak ada orang lain dah.
Nick yang santai dengan jeans berwarna cerah dan kemeja putih kelihatan sangat bergaya. Patutlah Miss Fina dan Julia pandang dia tak lepas.
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum mencipta senyum sambil mendekati dia.
“Apa nama dia?” aku mendengar Tan Sri Aminudin bertanya lembut, dengan senyuman. Entah apa topik diorang waktu ni.
“Wanda, Ayah Amin.” Nick menjawab laju. Kaki aku berhenti tiba-tiba bila mendengar nama aku disebut. Miss Fina dan Julia sudahpun kaku beberapa tapak di belakang tadi turut sama memasang telinga. Memerhati buki yang diorang tunggu dari jauh.
“Patutlah Ayah Amin nampak kamu selalu aje datang sini sekarang.”
Ketawa kuat daripada Nick membuatkan kening aku terangkat tinggi. Zaman bila pulak Nick boleh ketawa macam tu?
“Mana ada Ayah Amin. Nick tak ada kerja banyak pun. Itu yang datang sini.”aku dengan Nick menjawab dengan ketawa yang berbaki. Kaki aku masih kaku disitu.
            “Siapa budak Wanda ni? Suka sangat nampak dengan dia? tak cerita pun dekat Ayah Amin?” kening Tan Sri Aminudin terangkat tinggi sambil tersenyum memandang anak emas dia tu. menunggu jawapan. Mata aku beralih pula pada Nick yang masih tidak menyedari kehadiran aku.
            “No one la Ayah Amin. Perempuan biasa je.” Nick sengih sambil menguak rambutnya yang sudah mula panjang ke belakang. “Tak ada benda menarik pun dalam diri dia. Tak pernah pun dia capai apa-apa dalam hidup dia. Paling menarik pun dia dapat 5A dalam UPSR.”
            Tan Sri Aminudin ketawa kuat. Aku boleh dengar Julia dan Miss Fina mengekek ketawa dari belakang.
            Muka aku tiba-tiba terasa panas. Sejuk. Ketar. Apa ni? Nick tak patut cerita benda tu dekat orang. Itu rahsia aku dan aku hanya konsi benda tu dengan dia je. Dekat Kak Qila pun tak pernah…
            “UPSR?” Suara Tan Sri Aminudin tenggelam dalam ketawanya. Dan aku hampir menangis!
            “…dia kalut. Kalut sangat. Lurus pulak tu,”
Sekarang ni aku terasa nak pengsan! Dia kata aku lurus…lurus macam…lurus bendul? Mak…
“Segala benda dia buat tak pernah menjadi…” Nick bercerita lagi dengan senyuman. Sungguh, tak pernah pun aku nampak dia macam ni. Ketawa riang. Sepanjang masa ceria…wajah yang sentiasa tenang berubah rupa dan sama sekali tak beku!
            Siapa dia sebenarnya? Kenapa dia tiba-tiba jadi macam ni?
            “…nak masak untuk kami tiga orang pun tak boleh…” aku nampak Nick menggeleng kepala laju. Tan Sri turut sama ketawa seolah-olah Nick sedang bercerita dalam pertandingan Maharaja Lawak!
Ya Allah! Tak perlulah dia nak kutuk aku macam-macam depan Tan Sri gaya aku ni teruk sangat.
            Aku tak percaya…sikit lagi aku nak cubit pipi sendiri. Mereka gelakkan aku, kan?
            Kan?
            “…apa nama benda ni pun dia tak tahu…”
            Aku nampak Nick mengawang-awangkan Sony ditangan kanannya.
            “Phone Charm?” kening Tan Sri Aminuddin terangkat tinggi.
            Nick mengangguk laju dengan ketawa yang masih belum hilang.
            “Anak Ayah Amin ni dah bosan tengok model agaknya, sebab tu nak cari yang biasa, kan?”
            Ketawa Nick pecah lagi.
            Kaki aku yang kukuh berdiri dibelakangnya tadi sedikit demi sedikit tergugat. Sikit lagi aku nak terjelopok jatuh mencium lantai lobi. Sikit lagi.
            Dia…Nick Rayyan, kan? Bukan jelmaan orang lain yang menyerupai dia, kan? Jadi kenapa dia cakap macam tu? Kenapa dia cerita semua keburukan aku?
            Tanpa menunggu lama, aku terus memusingkan badan, meninggalkan Nick yang masih rancak bercerita. Sedaya upaya aku menggagahkan kaki untuk melangkah keluar dari lobi. Keluar dari bangunan tu. keluar dari riuh rendah ketawa Tan Sri dan Nick…yang bercerita pasal aku. (Pasal keburukan aku!).
            “Wan?”
            Kaki yang ingin melintas ke seberang jalan menjadi pegun tiba-tiba. Aku mengangkat muka dari jalan raya yang mula dipenuhi kereta. Fahim! Jangan cakap dia pun ada waktu Nick kutuk aku tadi…
            “Are you okay?”
            Dia ada…
            “Wan?”
            “Jangan ikut I…” aku dapat mendengar perubahan suara sendiri. Tolonglah jangan menangis depan Fahim. Tolonglah Wanda. Kau kena kuat. Jangan depan dia.
             Aku mendengar Fahim mengeluh berat sambil menundukkan kepala, mencari anak mata aku. “I teman you lunch?”
               “Go to hell with the lunch!” aku menjerit kuat tanpa sempat ditahan. Raut wajah Fahim ternyata terkejut mendengar jawapan aku. Serta merta aku mengucap dalam hati. Sabar Wanda…sabar. Jangan nak mencarut. Nick cuma….cuma…kutuk kau…
               Air panas terasa bertakung dikelopak mata. Kalau Fahim keluarkan kata-kata jenis pujukan lagi, aku yakin air yang bertakung ni akan pecah…yakin.
Dia ingat selera makan aku bertambah bila Nick tiba-tiba jadi macam tu? dia ingat aku da jiwa lagi nak makan bila semua cerita gelap aku didengari oleh Tan Sri Aminudin, Miss Fina dan Julia?
Hati aku tak sekuat tu…
            Aku patut dah agak benda ni akan jadi. Aku patut tahu yang aku ni tak berhak pun nak capai apa-apa. Aku tak layak pun.
            Penat aku mengarang rasa sayang.
            Penat aku mengarang angan-angan.
            Rupanya ini cerita disebaliknya.
            …dan aku tak kuat. Ya ALLAH.
            “Wanda…I teman you, okay?” sekali lagi Fahim bersuara.
Aku menarik hujung selendang, mengelap air yang terasa bertakung. Perlahan-lahan aku berjalan ke laluan pejalan kaki menuju ke stesen komuter. Aku tak terasa nak makan.
Aku tak terasa nak balik pejabat.
Aku hanya nak tenang…ruang…
Fahim hanya menurut dari belakang tanpa suara. Aku dah tak mampu nak halang dia.
Bunyi mesej yang baru masuk membuatkan aku pegun di hadapan kaunter tiket. Nick.

‘Where are you?’

Ringan aje tangan aku nak baling handphone tu laju-laju, biar jatuh dekat landasan keretapi, kena penyek, hancur…macam apa yang Nick dah buat dekat hati aku.
Tapi bila fikirkan aku nak guna benda tu lama, niat aku tadi terpaksa aku batalkan. Butang off aku tekan lama.
“I tak tahu nak bagi tahu you ataupun tak.” Fahim tiba-tiba bersuara setelah kami sama-sama duduk di tempat menunggu tren. “Tapi I rasa, I patut bagitahu you benda ni.”
“Apa dia?”soal aku tanpa memandang. Tak ada apa dah yang boleh kucar-kacirkan jiwa aku selain dari kejadian tadi. Tak ada dah…
“Perempuan yang serang you tempoh hari…”
Hah? Aku mengangkat muka, mencari wajah tenang Fahim di sebelah. Fahim tahu siapa dia? Fahim kenal? Siapa perempuan tu?
“…sepupu Nick.”
Mata terasa kelam. Sikit lagi aku nak pengsan di atas kerusi besi yang menampung berat aku sejak dua minit lalu. Lutut terasa longgar dan kepala tiba-tiba terasa pusing, hitam, kelabu. Betul ke apa yang aku dengar ni? Perempuan gila tu, ada kaitan dengan dia?
            Ulang sekali lagi, Im? Aku salah dengar, kan? Takkan perempuan tu ada kaitan dengan Nick?
“Perempuan tu Safiyya, sepupu Nick.”
…dan kepala aku seperti dilanggar keretapi. Sepupu. Nick? kenapa dia nak serang aku? mereka sepupu, kan?
“… I think diorang dah bertunang, I mean, ditunangkan. Lama dulu.”
Itu dia. Aku patut dah agak. Benda tu kan benda biasa orang-orang kaya buat? Tunangkan anak dari kecil sebab nak satukan keluarga. Nak kekalkan harta. Nak itu…nak ini…
Wanda, kenapa kau tak pernah fikir pun sebelum ni!?
“Itu yang I dengar dari mulut Safiyya dulu.”
Aku dah kehilangan suara. Aku dah kehilangan kata. Nick? apa yang jadi sebenarnya ni?
“I pernah jumpa Safiyya lepas dia serang you dulu, depan ofis. I rasa dia memang tunggu you masa tu.” Fahim membuka cerita tanpa dipinta.
Aku hanya diam kelu tanpa bicara. Lidah seakan-aka diikat oleh kepala sendiri.
“Waktu itulah semua cerita keluar… I tak percaya Nick buat macam tu dekat you…”
Setitik air mata gugur juga. Kalau Safiyya tu tunang dia, kenapa dia nak pergi kampung aku, jumpa mak?
Kalau Safiyya tu tunang dia? apa yang dia buat dengan aku? Kenapa Nick?
Dulu aku dah rasa ditolak oleh Fahim. dan sekarang aku boleh duduk bercerita dengan Fahim tentang orang yang dah tipu aku.
What a life, Wanda.
            Aku bingkas bangun tanpa memandang wajah Fahim. “Biarkan I sendiri, please.” Tren perlahan-lahan menghampiri stesen. orang ramai mula bangun, bersedia untuk mendapatkan tempat duduk. “Thanks.”
            Aku terus meloloskan diri kedalam perut tren tanpa menunggu jawapan daripada Fahim. Aku harap sangat dia faham. Dengan apa yang dah jadi tadi, aku tak mampu lagi nak pandang muka semua orang dekat pejabat tu.
            Apatah lagi dia.
            Aku menggenggam erat beg bimbit yang berada di atas paha. Jangan menangis, Wanda… kau patut dah agak benda ni.
            Tak pernah pun segala benda dalam hidup kau menjadi, kan?
            Nak jadi Cinderella apatah lagi.
            Padan muka aku. Padan muka sendiri.
           
“Next station, Mid Valley. Mid Valley.”

Mid Valley? Oh, well! Aku dah salah naik tren pergi Seremban. Hadui…Tak pernah-pernah pulak sepanjang bertahun aku kerja, aku salah naik tren. Tak pernah…
Kejap, kalau nak difikirkan balik, baru sekarang aku faham kenapa selalu aje Nick muncul tiba-tiba. Tak kiralah aku ada dekat pelusuk mana pun.
Patutlah dia risau sangat waktu dia nak fly pergi UK dulu, dia takut TUNANG dia simbah asid dekat aku, kan?
Dan, patutnya aku dah tahu perempuan tu ada kaitan dengan Nick waktu dia tiba-tiba muncul masa aku kena simbah air cili dulu.
Patutnya aku fikir benda tu.
…dan aku tak fikir.

Nick…why? Kenapa buat saya macam ni!?



***

83 comments:

Zakiah Halim said...

alahai wanda...

Anonymous said...

haihhh...nick!!!!!!!!ape ceriter ni????

Rozy Harris said...

WTH... Why you say all that nick dollah?!.. Kejamnya...hu..hu..hu....

miss L said...

alahai...mengape begitu???
sian wanda...

R'hanida said...

saffiya rupa2nya.....
patut lah mase wanda pg umah nick....dia wat dun know jer..iskkk

Unknown said...

Kuciwa ! Kuciwa ! Daku sangat3 lah kuciwa. Huhuhuhuu knp jd bgni ni?? :'(

Anonymous said...

nak entry baru plisss...huwaaaa sedihlaa camniii...wanda kena kuat

Jolyn Eve said...

why,why,why and why? u broke my heart dollah

Anonymous said...

emmm...mungkin wanda salah faham...tp kalau akak jd wanda pun akak bawa diri sejauh yg mungkin...biarlah apa yg nak jd...kalau dolah sikayu tu x pandai nak memujuk,memang dia akan tlepaslah....urus niaga blh settle, tp bab2 hati,x semua ada talent... biar pada muka sikayu tu,mcmana nak cari jln baik semula dgn wanda...

best3 ..nak n3 lg...

Anonymous said...

kali ni sedihhhh sgt..jgnla Nick betui2 maksudkn mcm tu..hrp2 Nick bergurau jela.. hmmm

C.R said...

tidakkkkk....nick sj nk gurau ngan Ayah Amin.... yelah klu dia bleh citer ttg kelemahan wanda mean dia bleh accept wanda seadanya....so wanda emosional sbb sayang sgt kt nick...lps nie jenuh nick nk pujuk.... chaiyok nick

Unknown said...

Superb la comment akak. I agree ! (y)

strawberry.chocolate81 said...

uwaaaaaaa....wan senah dah putus asa n kecik ati....2 la nick dolah nak cakap x toleh kiri kanan...2 dah kire mengutuk wan senah tau ...cian dia...yang si zahim 2 pon dah mula cucuk jarum wat wan senah dah pening n rasa dipermainkan oleh nick dolah dah...haaa cen ne nak pujuk 2 huhuhu

Anonymous said...

aaaa.stresssress..apakah...please dollah muncul dpn wanda,in aa blink of eyes....hehe,emo kjap

Anonymous said...

Kesian wanda... saya yg membaca ni pun dah nak menitis airmata... nick, awak sangat kejam. Fahim tu cuma cucuk jarum. Illa, update lagi, pls.

Ms Fiza said...

Sedihnyee

Unknown said...

mesti lps apa yg cik senah tu si nick dollah but confession dpn tan sri.. tp dah terlambat... cian nya wanda... nick! sila pujuk...

pnut said...

sedihnya n3 ni..
klu sy jd wanda pun akan lari jauh dr semua org..xnk jumpa semua org..
sian wanda..

Anonymous said...

Kalau Wanda stayed and listened long enough, mesti Nik akan kata, 'tapi all that buat saya jatuh hati pada dia.." kan Cik Penulis? hehe..

nurilsuhaila said...

kacau...apa kes dollah buka sume rahsia dgn org lain..ker wanda tak dengar smpai habis..tolng cik writer nak n3 baru...

Unknown said...

aduhai..mesti ada lg ayat yg nick nk smbg tu tp wanda dh blah dulu..sian wanda..yang nick ni pon agak2 la nk ckp pon..public area kot..

Anonymous said...

huhuhu cian wanda, nickkkkkkk awk kejam taw x? x kira, pujuk wanda ataw awk akn kehilangan dia utk selamanya...Fahim, awk jgn campur tangan huhuhu

Anonymous said...

huhuhu cian wanda, nickkkkkkk awk kejam taw x? x kira, pujuk wanda ataw awk akn kehilangan dia utk selamanya...Fahim, awk jgn campur tangan huhuhu

Anonymous said...

Bagai ditikam dr belakang ar si wanda tu...cian dia

matahati-aishahazhar said...

wanda...kenapa x dengar sampai habis... aduhai..
dan wanda jangan percaya cakap fahim tu... sebab perkara kena kacau dengan perempuan tu masa belum kenal nick lagi... hadoi... kesian nyer wanda... fahim mesti nak amik peluanglah tu....

Unknown said...

Tadi tersalah post comments dekat n3 24 skrg baru bertu.......


Illaaà jahat!!!!!!! Kesian cik senah.... saje jeee ekk hahaha akak dah meroyan niii

Nik dolah poyoooo nak mesra la konon heeee sakitnyeee hatiiii

Marina said...

Kesian Wanda...hmm...thank you!

Lady Bid said...

Kesian Wanda. Illa, please jgn buat Wanda mcm tipikal pompuan yg suka nangis and looked so pathetic, ya. Yes, mmg patut Wanda kecik hati tp biarla dia jadi strong

Anonymous said...

ni semua salah faham..huhu mesti nick ada lagi benda yang dia cakap..tapi yela kalo kita pun dah dengar orang ckap pasal kita esp.hal yg xberapa nak best mesti nak cepat2 blah kan..wat sakit hati je tunggu lelama...
siyes entry ni sangat menusuk ke jantung...mcmanala lepasni wanda jumpa nick...keraskan sikit hati tu wanda,jgn asik nak nelompat jek *walaupun nick tak salah* hik3 sonok jgk camni tapi jgn biar berpanjangan...hehe dan fahim sila jgn menangguk d air keruh!huh

kurakura said...

Kesian wanda

Kak Sue said...
This comment has been removed by the author.
Kak Sue said...

Dah agak mesti sepupu Nick....
tu lah Nick suka bercerita x pandang-pandang... siapa yang susah... pandai-pandailah nak pujukkk..
Wanda cerita Nick x habis dah pergi .... dengar dulu betil-betul...
Wanda ambil cuti balik kampung tenangkan hati... kasihan Wanda...

Anonymous said...

sampai hati nick.nak kutuk pun agak2lah.hei geramnya.....kesian wanda.tak nak kawan nick dollah lagi.

Anonymous said...

Dollah ni kan tak payah la ckp mcm gitu kat tempat public kalau tak suka pun....tp kak pun rasa ni salah paham pasni bior "pensan" Dollah nk dptkan Senah ye...
AAR

kiki said...

nick tak patut citer pasal wanda pd org lain walaupun org tu rapat dgn dia...wanda pun ada maruah

Anonymous said...

nick dolah!!!!!awat hang wat cenggitu kat cik senah!!!cian die...
si fahim plk mengacau jer..blah la!!
sepupu nick tu mesti perah santan sendiri je kn??konon nick dollah nk sgt kt die..(ter'emo' la plk..hehe)
~Syahira_Ira~

Anonymous said...

Apooooooooooooooo mmg mendera hati dan perasaan betul la huhuhuhu

Anonymous said...

Ila..macam x logik pulak nick cakap cam tu...dont tell me tetiba nick jadi seorg yg x tau jaga perasaan buah hatinya...kak timms

Anonymous said...

nilah org tua2 kata... cakap siang pandang2, cakap mlm dengar2... kan dah timbul konflik...aduhh....
Illa cepatlah leraikan kasakitan kami nie :)

-sj-

fini said...

haihh.. u soooo goodddd... i need moreee..

Anonymous said...

ngeh ngeh ngeh... perempuan dia suka dengar separuh tp dia faham suku dari separuh tuhh...

adooiiii

All in One said...

Nehiiiiiiiiii kabi nehiiii

hk said...

tu la wanda.... patut dgr sampai habis... Nick nak cakap despite all the 'kekurangan' i stil love her very2 much... kan dh salah sangka tu :)

Anonymous said...

nick sama je dgn fahim...baik sikit fahim tak jatuh kan maruah wanda dpan org lain
baik ke org tg suka suki citer hal org lain yg di anggap org yg dia syg

kak na said...

tahniah ila...berjaya buat readers marah2 ni,hehe
cian wanda tau

Illa Shanahila said...

tu pujian ke kak na? hehe..tq3..

Anonymous said...

nick kan kayu, mestila dia tak tau nak xpress rasa dia dgn selayaknya... itu cara dia saya rasa.. dia luahkn dengan mnyatakan semua keburukan wanda yang menarik hati dia.. n fahim tu mungkin ada agenda nk jauhkan wanda dgn nick, n dia buat cerita mcm tu.., hihi bias.. ni sy rasa la... tak tau la penulis nk bt cerita mcm mn..

-hanim

Illa Shanahila said...

Sabar kak N.S, sabar. hehe

Illa Shanahila said...

lady bid,noted that =)

Nana Mohd Yasin said...

homai.....homai....

tidakkkkkk
kijam....kijam......kijam....
nape wat cam ni???????
katakan sume ini dusta....
sob...sob...sob...

luka dilukai....

sambung....

Unknown said...

Kesiaannya wanda... Kalau akak pun macam tu

Anonymous said...

sedikit ketidak logik dgn cerita fahim die ckp that girl (sepupu) adalah tunang nick, tp f beto tunang, atau ditunagkan, mestilah mak nick x kn sambut wanda the way she did before..
if that girl sendiri2 suka logik lah, tp kalu smpai tunang tu, mmg x logik kowt.. agak2 lah fahim pon nk menipu..huhuhu

Anonymous said...

cik witter please, even wanda dgr x abes ape yg nick ckp, or slah sangga dgn nick or what not, even at the end nick nk bgtau tan sri he loves wanda regardless of those weaknesses tp wanda x sempat dgr, the main point is, it is ok for wanda to misunderstand (sbb nanti mestila nck akna pujuk kan ;)) but biar fina and that julia, dgr smpai hbis ape ap yg nick nk smpaikan, coz x bile nick buat mcm 2 n those girl pon slh faham, tu dah jtuhkan maruah wanda, and the true man x kn buat mcm 2..huhuhu

sorry pnjang comment, i like it when wanda was misunderstood with nick coz ltter on, mesti ade part nick pjuk2 kan??? ut i just dont like those gil gunakan this think untk jtuhkn maruah wanda.. for me, its hurt u the most when your enemy knows ur kekurangan.. *peace no war.

Illa Shanahila said...

eh,xpe..panjang pun tak apa..hehe peace jugak..

Nur Shaiidah Syaripuddin said...

Ehh dah kenapa bace entry ni tetiba ade cecair panas kat pipi.. Waaa.. :'( Kenapa Nick buat Wanda macam tu? Perlu ke nak gelak2 cerita pasal Wanda?

Yang Fahim ni pun satu. Dia tipu atau memang kenyataan? Erk.. Tak kan lah Sepupu Nick yang buat kot. Tak masuk akal betul.

Illa, dah tak tahan ni. Nak lagiii.. (sambil kesat air mata) Sobsob..

Anonymous said...

kenapa nick camtu???
kesian wanda.. =(

Nik Ainaa said...

tarik nafas panjang2... tenangkan diri.... sebelum kasut tumit tinggi 5 inci cecah muka Nick. heh. nasib baik haku xde kasut tinggi 5 inci. -_-

Anonymous said...

Illa...u did a good job w this n3...mcm2 emo kuar...akak puji Illa...x sia2 RM bgtau psl Illa... yg pasti, reader kena puji writer dulu sbb nak suuuuruuuuhhhh naiiiikkk kaaaaannn n3 baru....hehehehehe...

-sj-

Anonymous said...

Illa...u did a good job w this n3...mcm2 emo kuar...akak puji Illa...x sia2 RM bgtau psl Illa... yg pasti, reader kena puji writer dulu sbb nak suuuuruuuuhhhh naiiiikkk kaaaaannn n3 baru....hehehehehe...

-sj-

Anonymous said...

menyampahla dengan si dollah ni !

Anonymous said...

ahh kenaapaa? Kenapaa stop cepat sangaat? Huk2..baru nak mengalir air mata.. Dah habis .kak illa! Nak satu lagi bab esok ! Xcaye ahh nick nak mainkan wanda . Ahh

Anonymous said...

Cepatlah upload entry baru illa ramai yang dah jadi sasau tu.

kak ida said...

alahai teremosilah pulak bila baca E3 ni..betapa wanda mengharapkan akan sebuah ikatan yg berdasarkan akan ikatan yg telus bila bersama dengan En. Dollah kita..tak sangka pulak apa yg dilontarkan oleh diri pakcik tu pada ayah Amin menghiris hati wanita Wanda..sedangkan apa yg cuba disampaikan pada ayah Amin adalah watak gadis yg bernama Wanda ini telah benar benar membuat dia jatuh hati padanya..tiada kepura puraan dalam perhubungan mereka..
Apakah En Dollah tu akan perasan yg dia mengaibkan calon isterinya dan adakah kehilangannya akan dicari dan adakah Wanda akan meletakkan jawatannya secara spontan kerana mahu melarikan dirinya dari mamat sengal si Dollah itu dan juga dari Fahim dan sekaligus mahu mengembalikan maruahnya dari fina dan Julia..

jumelia said...

cik illa sayang sila upload new n3 plzzzzz.homai nak tau ape jd kt cik senah saya...

zarin said...

sian wanda,,knape nick wat macam tu...

ida rohaina said...

Sedih la sebab seolah saya tengah jadi wanda(walaupun sy tau wanda tersalah misinterpret maksud kata2 nick) n saya rasa fahim ni mengambil kesempatan dalam situasi macam ni. Illa pls la buat nick tu merana sikit nak pujuk wanda tu...hahaha

Anonymous said...

pandai ke memujuk si budak nick dollah ni...rasanye mesti ayat perli jugak yg kuar...sian wanda..be strong ok..kamu kan wanda..chaiyok!!

Rain Rania said...

Mulanya berdebar-debar jg nak baca
Bab 25 ni cos takut sgt Nick tak dtg Lunch ngan Wanda...But tgh2 baca terkejut pula dgn situasi yg tak terfikir dek akal ku yg tak sberapa bijak ini...
Walaweiii!!! apa dah jadi ni?
btl ker yg slalu serang Wanda tu sepupu Nick? Nick dah bertunang? betul ke? ahhh!! knapa jd begini?

Fiza said...

Illa nk entry baru plzzzzz...sian kat senah...

Fiza said...

Illa nk entry baru plzzzzz...sian kat senah...

Yazreina said...

Rasanya... Those lurus bendul kalut and under achiever traits pada Wanda ARE what attracted Nick Dollah to Wanda... Pls pls pls be so!!!

Unknown said...

emo plak aku arini...sob...sobb...sobb
resign je la wanda..hati pn x sakit..
huhuhu

Anonymous said...

harap ada n3 hari ini.cian wanda-
kak Hana

Anonymous said...

cik illa bila nak ada n3 sayang....dah tak boleh tidor ni...hehe...

jumelia said...

ooohhh jgn seksa kmi begini...tak senang duduk nak tau n3 baru....huhuhuh cam diserang senggugut lak rasenye...hahahaha

Anonymous said...

Kesiannye Wanda.. Ape la Nick Dollah ni teruk tul..mengaibkn org je.. Sedih bc entry ni..

Anonymous said...

aduuuuuuuuu...tak ada lg n3 ke......terseksa hatiku.....

Anonymous said...

cik illa... tiap2 hari buka blog..hehehehe bukan tiap2 hari tp setiap masa terluang (dah x terkira brp kali dlm sehari)..musti tertunggu dollah n senah... nak lerr n3 baru... ish ish ish bila nie...

-sj-

missone hazel said...

Alahai nick dollah.. Ape dah jadi? *geram*
~missone hazel~

missone hazel said...

Alahai nick dollah.. Ape dah jadi? *geram*
~missone hazel~

Anonymous said...

Mana nak tgok bab 26? Cari2 x jumpa..ke tak kluar lagi?

Audra Sazreena said...

Saya baru je beli novel ni dan dah baca (marathon dari 10malam sampai 1 pagi).

I like 18 juta kali!!!!

I hope lepas ni ada lagi novel yang diterbitkan.. sebab saya nak beli!!

Anonymous said...

bab 26 dan seterusnya pls