Wednesday 11 December 2013

Big Bad Wolf Book Sale Kembali lagi!

Assalamualaikum!

Malam tadi illa berpeluang jenguk keadaan Big Bad Wolf di Mines sebab nak balas dendam tahun lepas tak sempat nak pergi pasal kuliah  plus kerja sekolah banyak. Jadi, dengan terujanya, kami melangkah masuk dalam Mines dengan berbekalkan poket yang penuh. Heh.



Kami sampai dekat sana dalam pukul 12 tengah malam dengan harapan tempat tu akan lengang pasal dah larut malam. Tapi totally kami salah. Dari jauh lagu jalan dah sesak. Ramai yang ambil peluang shopping buku malam tadi pasal Selangor cuti keesokan harinya. Jadi, dengan paksa rela, kami kena harungi jugak lautan manusia.

Masuk aje pintu utama mata dah bersinar. Buku!!!


Katanya ada lebih kurang 3 juta buku dekat sana. Hah, apa lagi, korang boleh borong novel-novel fiksyen atau bukan fiksyen dengan harga serendah RM8!


Bagi yang jenis macam illa, tak boleh tengok buku cerita, jom terjah BBW. Baik cepat sebelum buku-buku yang korang nak @ cari habis. Sebab apa? Sebab semua yang datang bawa bagasi sendiri. Borong sehabis dan sebanyak yang mungkin.





Ini aje yang illa sempat rembat. Buku Sophie Kinsella pun dah tinggal 2,3 kerat je. Sedih seminit. Tapi apa-apa pun, BBW memang best!


*Okeh, kena simpan duit untuk Pesta Buku 1Malaysia pulak =)

4 comments:

jaymiee said...

sikit jer borong.....

Illa Shanahila said...

Pening kepala tengok buku banyak sangat @_@ hahaha

khai artzfar said...

wehhh jelesnyaaa. duit tengah kering ni kalau tak mau borong!!eh btw bila pesta buku 1 malaysia?

Illa Shanahila said...

alah, tak mahal pun, kebanyakan rm8 je. pesta buku 1malaysia mula harini 11-15 disember dekat pwtc =)