[Terukir
Di Bintang] – 03022012-8.02pm
Terukir
di bintang, tak mungkin hilang cintaku padamu….
Satu dewan riuh dengan tepukan gemuruh dari
penonton. Lutut Izara dah hampir terkeluar dari badan. Ini betul-betul gemuruh!
Ramai gila yang datang tengok Malam Sejuta Bintang dekat Laman Perdana uni ni. Huish. Cuak, takut, gementar
semua ada. Silap-silap kalau tambah ais dah boleh jadi air batu campur!
Huh,
jangan nak melalut time kalu macam ni
Izara! Fokus-fokus. Sekali lagi mulutnya automatic
buat mumbling. Macam yang artis
selalu buat. Hehe. Bukan dia tahu pun apa fungsi benda tu. Tahu buat je.
Bbbruuuuuuuuuurr.
Heh,
slow sikit. Karang sia-sia je tersembur air liur dekat mic baru ni. Huhu.
“Izara!”
Mic hampir terlepas dari genggaman.
Haish. Main sergah-sergah pulak time
kalut macam ni. “Apahal?”
“Ready belum? Kitaorang tunggu kau je
ni,” Ejan, pemain gitar kumpulan. Dari tadi sebenarnya dia perasan Ejan dok pandang dia.
Izara
pandang Aidi yang dah selamat duduk di atas pentas. Drumstick dikeluarkan dari poket seluar. Spontan tangannya memainkan
drum. Intro perkenalan. Dia toleh
pula pada G-mi yang berdiri di sebelah Ejan. G-mi hanya sengih.
“Okay,
aku ready.” Sungguh ke ni dah ready? Tapi kenapa lutut masih terasa
nak tercabut? Logik akal tak kalau dia lari masuk toilet sekarang? Dah rasa perut
ni penuh dengan rama-rama. Huuu~
“Good luck babe! You can do it!” Ejan
tepuk lembut bahu dia. Kaki dikuatkan juga ke atas pentas. Dah 2 minit rasanya
dia sembunyi di belakang tirai selepas nama kumpulannya dipanggil tadi. Ingat
senang ke nak hilangkan rasa nervous?
“Saya
mempersilakan, The Rhythm!!” emcee
sekali lagi buat ulangan suara sebaik sahaja dia melihat Izara melangkah ke
tengah pentas. Izara mengangguk pada Yuni, emcee
tadi. Mic di stand dibetulkan mengikut ketinggiannya.
“Ehem,”
saja test mic. Hehe. Dia toleh ke
belakang. G-mi, Ejan dah ready dengan gitar dan bass masing-masing. Aidi pun
dah angkat drumstick tanda dah sedia. Pandangan dihala semula ke hadapan. Here we go….
‘Sounds
straight from the twilight
Has me up all night I can’t
Fall asleep coz I keep thinking of you
And I saw a shadow, outside my window
And it’s you!
Has me up all night I can’t
Fall asleep coz I keep thinking of you
And I saw a shadow, outside my window
And it’s you!
Suara
sorakan makin gamat. Ada yang bertepuk tangan, ada juga yang menjerit. Habis
sahaja rangkap pertama, debaran Izara kian hilang. Hilang…
All my sorrows flew away,
Hush keep quiet hear me say
I don’t ever want you to go
Please stay
Penonton melihat dengan penuh keasyikan. Memang
suara Izara sedap. Lain dari vocalist asal Estrella, Liyana tu, tapi still,
suaranya unik. Memang sesuai la bawa lagu genre macam ni.
With
the moonlight dancing free
And there’s no one but you and me
There’s no reason to go astray
Please stay
And there’s no one but you and me
There’s no reason to go astray
Please stay
Izara senyum sendiri. Music bridge. Semua terpegun dengan cara
Ejan memainkan gitar. Semua kagum dengan kecekapan G-mi mengendalikan bass.
Semua bersorak mendengar bunyi drum dari Aidi. Izara senyum lagi. Music bridge
dah hampir habis. Mic dibetulkan
lagi.
Making up a story
It’s the way you’re looking at me
If you think that this is funny
It’s just you
Try and
think about it
If your heart is closed don’t lock it
Keep your keys back in your pocket, think this through…
If your heart is closed don’t lock it
Keep your keys back in your pocket, think this through…
Inilah hidup mereka. Hidup The
Rhythm. Kumpulan yang rasanya tak asing dah dalam uni ni. Hampir semua orang
kenal kecualilah budak tahun satu yang baru masuk bulan lepas. Ini kira malam
pengenalan la kut.
Malam
ni malam sambutan apa entah. Dia tak pasti. Cumanya, kumpulan mereka dijemput
untuk membuat persembahan. Itulah yang selalu terjadi. Memang dah banyak kali
mereka dipanggil untuk membuat persembahan. Tapi rasa gementar Izara untuk
membuat persembahan tak pernah hilang. Nasib baik la tak pernah spoil waktu
dekat atas stage. Kalau tak, sia-sia je mereka di banned. Haha.
All my
sorrows flew away,
Hush keep quiet hear me say
I don’t ever want you to go
Please stay
Hush keep quiet hear me say
I don’t ever want you to go
Please stay
With
the moonlight dancing free
And there’s no one but you and me
There’s no reason to go astray
Please stay
And there’s no one but you and me
There’s no reason to go astray
Please stay
Please
stay with me…
Sorakan penonton mengakhiri lagu Stay nyanyian
Izara dan The Rhythm. Dia tersenyum puas. Ya dah habis satu persembahan. Next song should be okay.
And the next song is……
“BETUL KAU TAK nak minum sekali ni?”
Izara
menggelengkan kepala. Betul tak nak. Dia dah penat. Lagipun dah hampir pecah
perut dia makan dekat majlis tadi. Kawan-kawan dia ni betul la tak reti penat.
Haish. “Aku dah kenyang makan tadi. Kau orang pergi je la. Aku okay.”
Aidi
angkat bahu dan melangkah masuk ke dalam MyVi putih barunya. Enjin dihidupkan.
“Jom
la babe. Kau ni macam tak biasa lepak sekali,” Ejan pula mengajak.
Izara hanya sengih. Memang
selalu pun dia lepak dengan budak-budak
The Rhythm sampai pagi. Tapi malam ni tak rasa nak lepak pulak. Rasa nak tidur
tu lebih banyak. “Kau orang takkan pengsan pun kalau aku tak ada, kan?” pintu
pagar rumah sewanya ditutup. Sempat dia senyum pada Aidi dan G-mi di dalam
kereta. Lupa, dekat Hanni sekali, awek G-mi. Dia memang selalu ikut kalau The
Rhythm buat performance. Kiranya boleh la kalau nak cakap pengurus tak
bertauliah. Haha.
“Enjoy la korang. Aku tidur
dulu!” Izara angkat tangan. Ejan mencebik. Dia turut masuk ke dalam kereta.
Duduk sebelah Aidi. Aidi angkat tangan tanda goodbye. Izara hanya senyum. Laju
dia masuk kedalam rumah bila kereta Aidi dah meluncur ke jalan besar. Gila nak
tunggu dekat luar lagi? Dah pukul 12.30 malam ni. Huuu~ seram!
Perlahan-lahan
dia membuka pintu rumah. Tak nak rakan-rakannya terjaga. Memang Fizah dan Irah
selalu tidur awal. Kalau jam dah melangkah masuk angka 12, mula lah mata mereka
layu. Tak remaja betul tidur awal. Hehehe.
“Zara,
show dekat mana pulak malam ni?”
Gugusan
kunci di tangan hampir terlepas. Nasib baiklah jantung dia elok duduk dalam
kurungan tulang rusuk. Kalau tak, mahunya dah tercampak keluar. Muka Fizah yang
sudah bertepung gomak itu dipandang. Eh, bukan tepung gomak la. Itu namanya
bedak sejuk.
“Dekat
LP je,” LP, singkatan untuk laman perdana. Memang budak-budak U ni suka eh buat
nama singkatan? “Kau tak tidur lagi?” soalan tu dikira soalan bodoh tak? Dah
sah-sah la Fizah berdiri depan dia ni, takkan tidur sambil berjalan kut? Tak
apa lah. Berbudi bahasa budaya Izara. Heh.
“Baru
nak tidur ni. Nanti Zara solat dulu sebelum tidur, ya?” pesanan rutin Fizah.
Itu je lah ayat dia kalau nampak Izara malam-malam macam ni. Macam tau-tau je
Izara tak solat lagi.
Dia
hanya mengangguk. Laju kakinya di atur ke bilik. Mengantuk. Penat! Tapi kena
mandi dulu ni. Melekit. “Masuk dulu ya Fizah, night!”
Walaupun Fizah sangat lain dari
dia punya watak, tapi dia hormat Fizah sebagai kawan dia. Fizah lain. Walaupun
Fizah tak suka apa yang dia buat sekarang, tapi Fizah tak ada lah sound terus
menerus. Irah pun sama. Irah kira tak campur langsung. Itu yang buat dia suka
duduk rumah sewa ni. Best. Nak kira dengan rumah sewa dulu memang sakit jiwa.
Beg
sandang dicampak ke katil. Tuala di penyangkut dicapai. Dah tak sabar nak mandi
ni. Melekit! Kaki dibawa ke bilik air.
Titt.
Tittt…
Niat untuk ke bilik air terus terbantut. Samsung
Galaksi S dikeluarkan dari beg. Ikon mesej yang diterima membuatkan dahinya
berkerut. Bukan sebab mesej yang diterima, tapi sebab nombor yang tertera tu.
Unknown. Tak tahu siapa.
“Very nice voice you have. Keep on singing!”
Itu aje. Ringkas. Tak ada permulaan. Tak ada
pengakhiran. Handphone kembali diletakkan di atas meja study. Malas nak fikir.
Yang penting sekarang, mandi!
*****
“Muhammad Najmi,” Lelaki di hadapannya dah
tersengih macam kerang kena rebus. Bezanya muka Muhammad Najmi ni lebih kacak
kalau nak dibandingkan dengan kerang.
Izara
mengangguk kecil. Dia hanya mengangkat kening. Selamba bomba je Najmi duduk di
kerusi bertentangan dengannya. Ejan dah angkat tangan nak pesan makanan. Tak
ramai orang dekat Restoran Western Here hari tu. Mungkin ramai ada kelas kut.
Kalau nak dikira, sekarang ni pun dia ada kelas. Tapi dah si Ejan ni beria-ia
ajak keluar makan, dia on je la. Harap-haraplah Irah tolong sainkan. Macam
biasa.
“Kau
nak apa babe?” soal Ejan.
Sikit
sahaja dia nak keluar latah dia tadi. Syok mengelamun, sampai Ejan tanya pun
tak sedar. “Apa-apa je. Nasi goreng kampung?”
“Kau
ni sihat tak? Kita dekat kedai western ni. Yang kau pergi order nasi goreng
kampung tu kenapa? Hei, kau ada dekat sini tak?” bahu Izara digongcang kuat.
Izara
sengih. “Spaghetti Carbonara.”
Ejan
mula membuat pesanan. Pelayan yang bertag
nama Farihani itu cepat menulis pesanan. Seminit kemudian dia berlalu.
“Mana
yang lain?” Izara membetulkan cardigan. Rambut panjangnya diikat satu. Jadi
ekor kuda. Yang lain tu merujuk kepada Aidi dengan G-Mi.
Najmi
hanya diam memerhati. Nak menyampuk memang dia tak tahu apa yang patut
disampuk. Disampuk? Hehe.
“On
the way la tu kut. Aku dah call diorang tadi,”
Izara
mengangguk lagi. Kehadiran orang asing dalam kumpulan dia cukup buat dia tak
ada topik nak cakap.
“Alamak,
perut ni tak reti nak okay dari tadi,” Ejan merungut sendiri. “Aku pergi toilet
jap.” Laju je dia bangun mengatur kaki ke pintu yang tertulis ‘Gent’s’.
Izara
menggelengkan kepala. Tak senonoh betul. Pelayan yang datang meletakkan tiga
gelas air hanya dipandang dengan senyuman. Tak terasa nak ringankan mulut ucap
terima kasih.
“Terima
kasih,”
Izara
angkat kepala. Heh, sopan santun sungguh budak Najmi ni.
Pelayan
tadi mengangguk dan berlalu ke kaunter makanan. Mata Najmi melekat kepadanya.
Izara terasa nak sembur mata orang depan dengan ais lemon tea yang elok
terhidang di atas meja ni. Mata dia dah macam keluar laser merah dah!
“You
have a beautiful voice,” pandangannya dah bertukar pada jus di tangan.
Kening
Izara automatik terangkat. Beautiful voice? Apasal semua orang baru nak puji
dia punya suara ni? Selama ni, mereka semua tak tahu ke yang suara dia memang
ada rupa buluh perindu? Eheh, perasaan!
Dia
tak tahu nak balas pujian Najmi macam mana. Thanks? Macam skima sangat
bunyinya. Tapi logik la ucap terima kasih, dia dah penat puji, kan? “Thanks.”
Itu je la pun. Nak cakap apa lagi?
Najmi
senyum tiga saat. “Nama Izara je?”
Izara
sengih. Ini sesi memperkenalkan diri ke apa ni? Mana la si Ejan culik budak ni.
Skima dan sopan santun siap. Kalau dengan budak-budak The Rhythm tak adanya
cakap macam ni. Semua main hentam kromo je. “Nama Izara. Je tu tak ada.”
Najmi
ketawa. Sesekali dia menggelengkan kepala. Tak agak kut Izara nak berlawak
macam tu. Lawak ke? “Okay, Izara.”
Izara
angkat bahu. Dari pintu masuk restoran, dia nampak Aidi dan G-mi melangkah
masuk. Dia menarik nafas lega. Tak adalah dia tak cukup nafas duduk depan mamat
Najmi ni. Ejan pun, lama gila dalam toilet tu. Produce batu ke apa? Laju je
tangannya di angkat. Aidi sengih dari jauh.
“Hei
Najmi, kau pun ada?” Aidi menegur macam dah lama kenal. G-mi pun. Eh, dia je ke
yang tak kenal makhluk nama Najmi ni?
“Kebetulan
aku ada dekat-dekat sini. Itu yang Ejan panggil makan sekali,”
“Patutlah
Ejan beria-ia suruh kitaorang turun sekali tadi. Rupanya kau ada dekat sini.”
G-mi duduk di sebelah Izara. Buku menu yang dari tadi tersadai di atas mejanya
dicapai.
“Hanni tak ikut?” Izara
menyampuk.
“Dia ada kelas.” Tanpa
memandang G-mi menjawab. Dah tahu sangat soalan tu untuk dia. Takkan untuk Aidi
kut.
“Mana
Ejan?” Aidi pandang Izara yang masih blur.
Memang tak tahu langsung budak
The Rhythm ni kenal Najmi. Selama ni tak pernah pun nampak budak tu. “Hah? Er,
toilet.”
Aidi mengangguk. G-mi dah angkat
tangan untuk ambil order. Izara dah terasa panas punggung di atas kerusi kayu
tu. Panas sebab mata Najmi tak putus dari pandang dia. Mentang-mentang lah dia
aje bunga di situ. Tapi, kenapa pulak nak segan. Bukan selama ni dia rilek je
lepak dengan Ejan, Aidi dan G-mi?
“Kau orang diam je? Tak nak sembang ke?
Tiba-tiba pulak kau jadi perempuan melayu terakhir harini?” Aidi sengih
memandang Izara yang masih bisu di kerusi.
Cepat aje menu di tangan G-mi
tadi terbang ke kepala Aidi. Izara mencebik. “Aku tak kenal dialah.”
Aidi dengan G-mi ketawa. Najmi
senyum sumbing je.
“Muhammad Najmi ni abang kepada
Muhammad Nazrizan. Kau kenal Nazrizan, kan?” G-mi masih gelak.
Laa. Abang si Ejan rupanya dia
ni. Baru perasan muka mereka ada iras. Huhu. Maaf lah abang si Ejan. “Mana lah
aku tahu.” Dia bela diri. Memang tak tahu pun.
“Betulla kan, kau tak pernah
lepak rumah Ejan. Haritu ajak jual mahal.”
Bulat mata Izara pandang Aidi.
“Apa? Tak ada ajak pun.”
“Tak ajak eh? Lupa pulak.” Aidi
ketawa. Sekali lagi buku menu terbang.
“Najmi, kenalkan. Inilah
vocalist kami yang comey lote ni. Izara Damia.” Aidi buat gaya emcee majlis
memperkenalkan menteri kabinet! Sos tiram betul.
Najmi ketawa je. Tak terlayan
dengan perangai budak-budak ni kut. “Aku tahu la.” Sekali lagi dia pandang
tepat pada muka Izara. “The only flower..”
“Bunga-bunga jugak. Tapi bunga
ni banyak duri. Kami pun dah selalu terkena duri dia. Perit!” Aidi menambah. Izara
mencebik. Malas nak melayan. “Weh, sorry babe, aku gurau je la.”
“Hmm,”
“Chill la babe. Kau macam tak
biasa,” G-mi pula cuba memujuk. Mungkin diorang pelik bila nampak Izara bisu
kelu macam ni. Tapi memang pun dia tiba-tiba terasa tak ada mood nak bercakap
harini.
“Aku okay la. Jom makan!” suara
cerianya memang nampak sangat palsu. Tapi tak kisahlah. Garfu di atas meja
dicapai. Spaghetti Carbonara yang terhidang di atas meja memang boleh buat
dietnya kalah.
“Eh, korang dah sampai?” Ejan
baru keluar dari toilet. Memang produce batu gamaknya.
“Tak lah. Aku dah nak balik
ni,” G-mi dengan Najmi ketawa. Ejan sempat menyiku Aidi yang duduk di sebelah
kerusinya. Buat lawak! “Babe, kau kebulur ke apa ni?” Kening Ejan terangkat
satu inci melihat Izara khusyuk makan. Walhal meja mereka kecoh dengan gelak
tawa.
Kepala Izara terangkat dua
saat. “Aku lapar. Makan je lah. Karang sejuk tak best.”
Ejan memandang Izara tak
berkedip. Bila pulak si Izara ni bertukar kepada spesis pelahap? Pandangannya
di alih pula pada Aidi dan G-mi yang turut memandang Izara, dan mereka semua hanya
mampu mengangkat bahu.
*****
‘Don’t
stop singing. Otherwise, my soul will be empty.’
Baru aja kepalanya hendak mencecah bantal ketika
mesej ringkas itu di baca. Spontan dahinya berkerut. Rasanya nombor telefon
yang sama dengan tempoh hari.
Lagi satu mesej macam ni. Yang hairannya, bukan
baru dua tiga minggu pun dia mula join band. Dah nak masuk tiga tahun rasanya.
Kenapa pula si pengirim SMS ni baru nak puji suara dia bagai.
‘Siapa ni?’
Dia menaip malas. Jam di dinding dikerling sekilas.
Pukul 10 pagi. Mengantuk!
“A follower. Bintang =).”
Bibir Izara spontan mencebik. Bintang mana pulak
yang jatuh ke bumi ni? Ah, biarlah. Matanya dipaksa pejam. Mengantuk pasal
malam tadi lepas subuh baru lena.
Ngantuk..
Bunyi
deringan telefon membuatkan mata Izara terbuka luas. Kacau! Handphone yang
sedia di genggam itu di letakkan di telinga.
“Nak
apa?” tak tengok pun siapa yang call. Tak tengok pun nama pemanggil.
“Assalamualaikum, Zara balik tak
minggu ni?”
Laju
dia terbangun dari katil. Suara abah! Salam dijawab dalam hati. “Tak balik bah.
Orang ada program minggu ni,” Izara menguap kecil. Dia malas nak balik rumah
sebenarnya. Bosan. Tak tahu nak buat apa pun dekat rumah tu. Kalau lepak je
dekat rumah sewa, at least boleh jugak keluar minum-minum dengan budak-budak
The Rhythm.
“Program
apa pulak minggu ni? Tiap-tiap minggu ada program.” Boleh rasa suara abah macam
tak puas hati.
Izara ketuk dahi sendiri. Dia
sengih bersalah. “Ada program uni abah. Memang tak boleh balik this week.
Kenapa abah? Ada apa-apa ke?”
“Tak ada. Tapi Izara dah lama
tak balik. Itu yang abah tanya.”
“Next week kalau tak ada
apa-apa orang balik, eh?”
“Hmm,”
Dia tahu abah terasa. Tapi
entah. Memang tak terasa nak balik minggu ni. “Sorry bah. Take care ya,”
“Baiklah. Belajar baik-baik.
Assalamualaikum.” Abah putuskan talian. Izara merenung kosong handphone di
tangan. Tak apa ke cakap macam tu dekat abah? Tapi sungguh lah. Malas nak balik
this week.
*****
“SIKIT KAU MAKAN babe,” G-mi angkat kening.
Pelik melihat muka monyok Aira di sebelahnya.
“Aku
dah kenyang.” Ringkas jawapannya. Bukan tak lapar sebenarnya, selera dah hilang
terbang ke Gunung Everest sebab dari tadi terkena tikaman pandangan mata dari orang
depan. Nak makan pun tak selesa. Hisy!
Kenapa
asal keluar je kena ada dia ni? Ejan pun, tak boleh ke tinggal abang dia ni
dekat rumah ke, dekat rumah baby sitter ke. Asyik nak mengekor je kerja dia.
“Babe!”
Terbang
semua lamunan Izara. Laju dia berpaling ke arah Aidi yang tersengih. “Apa?”
“Sampai
berkerut dahi kau yang licin tu. Fikir apa?” semua mata seaakan berpakat
merenung wajahnya serentak. Menunggu jawapan.
Nak
tak nak, Izara paksa juga bibirnya sengih dua saat. “Banyak kerja lah. Assignment
bertimbun.” Kira pilih je la mana-mana alasan standard. Heh.
“Kau
biar betul? Banyak sangat ke? Aku rasa biasa je.” Ejan pandang dia tak
berkedip. “Ke aku yang miss apa-apa?”
Izara
hampir tepuk dahi sendiri. Adeh, macam mana lah boleh lupa yang si Ejan ni satu
kelas dengan dia. Bibirnya automatik mencipta senyuman. Tak tahu nak jawab apa
dah. “Lagu apa yang kita nak nyanyi time majlis tu? Berapa lagu dia orang
mintak?”
Ejan
tepuk dahi. Apalah. Lain yang di tanya, lain yang di jawab. Ni tak ada lain,
mesti nak tukar topik. “Diaorang kasi kita setengah jam je. So, berapa lagu tak
kisah. Nak buat medley pun okay.”
Izara
mengangguk-angguk faham. Dia tak kisah pun berapa lagu sebenarnya. Dia datang
perjumpaan ini pun sebab bosan duduk rumah. Kalau jumpa dengan budak-budak The
Rhythm, kurang-kurang boleh hilang bosan. Tapi tak jugak.
“Nanti
apa-apa hal pasal latihan untuk malam tu nanti, aku rojer balik.” Aidi
menambah.
Semua
mengangguk faham.
Hampir
dua jam bersembang, akhirnya mereka bergerak pulang. Tadi datang dengan satu
kereta je. Kereta Najmi. Izara sendiri terperanjat bila Najmi yang datang
menjemputnya di rumah tadi.
“Awak tak suka saya eh?”
Kening
Izara terangkat seinci. “Sorry?” Dia pandang kiri kanan. Najmi cakap dengan dia
ke?
“Awak
tak suka saya,” dia membuat ulangan suara. Kali ini lebih kepada pernyataan.
Bukan pertanyaan seperti yang pertama tadi.
“Saya
ada cakap ke?” soal Izara. Malas nak menjawab sebenarnya. Sebab dah memang
betul dia tak suka. Kalau abang si Ejan ni buat muka selamba, buat macam orang
normal bila lepak sekali, boleh lah dia terima. Ini tidak. Kalau boleh,
pandangan dia tu nak bagi tembus!
“Muka
awak. Boleh tahu,” dia senyum simpul. Matanya pegun memandang langkah Ejan, Aidi dan G-mi yang
baru kembali dari pasaraya stesyen minyak. Ambil duit. Entah apa lah diaorang.
Nak ambil duit pun kena pergi ramai-ramai ke? “Kenapa?”
“No
reason.”
Najmi
ketawa kecil. “Sorry.”
“Hah?”
“Maaf
sebab buat awak tak senang.”
“Oh,”
Izara tak jadi menyambung kata-katanya. Aidi, dan yang lain-lain sudah menapak
masuk ke dalam kereta.
Izara
diam sepanjang jalan. Dia sendiri pun tak pasti kenapa rasa pelik setiap kali
Najmi memandangnya. Rasa lain. Lain.
“SAYA SUKA SANGAT lagu last tadi.”
Izara baru sahaja mengambil tempat di meja
khas untuk kumpulan mereka. Pinggan makanan diletakkan di hadapan. Ejan dan
yang lain masih lagi memilih makanan. Bab pilih makanan bagilah dekat dia
orang. Kalau ikutkan jiwa, satu tray tu nak angkut letak atas meja. Spontan dia
sengih.
“Kenapa?”
dia menyoal tanpa memandang.
“Lirik
dia,” Najmi senyum seketika. “Touching. Boleh rasa pencipta lirik dia ikhlas.”
Izara
senyum dalam hati. Jiwa halus betul.
“Awak
tak rasa macam tu ke?”
Izara
sengih. Garfu yang berisi mihun Singapore disuapkan ke mulut. Dia mengunyah
perlahan. “They don’t call me suara buluh perindu for nothing la Encik Najmi,”
Najmi
menarik bibir. Senyum. Boleh cakap pun.
“Saya
dapat hayati lirik dan musik dia. Sebab tu la spontan keluar suara buluh
perindu.” Iya ke macam tu? Heh, belasah je lah. Yang penting suara dia memang
best bila nyanyi lagu tadi. Hehe. Masak maggi makan sendiri la Izara oit.
“Macam
tu ke?”
“Hmm.”
Satu lagi suapan di bawa ke mulut. Terukir Di Bintang. Lagu ciptaan Yuna.
Memang sekali dengar dia dah jatuh hati dengan lagu tu. Tak tahu pulak abang si
Ejan ni pun rasa apa yang dia rasa. “Awak memang suka mengekor Ejan eh?”
“Kenapa?”
Kening Najmi terangkat. “awak tak suka saya ikut?”
Izara
mengangkat bahu. Dia masih lagi gerun untuk memandang Najmi. Mata dia tu kalah
sinar X! “Bukan lah tak suka. Tapi awak tak ada kerja lain?”
“Sekarang
memang tak ada kerja. Saya tengah cuti. Lagipun saya suka tengok korang punya
performance. Saya suka dengar awak nyanyi.”
Suapan
Izara terhenti. Boleh rasa darah berlari laju ke muka. Suka dipuji? Mesti la.
Hehe. Dia mencapai gelas air sirap.
“Babe,
awak tak suka saya?”
Tersembur
air sirap yang baru dihirup. Laju mulutnya ditutup. Najmi cepat-cepat
menghulurkan tisu yang sudah tersedia di atas meja. Laju juga Izara menyambar.
Boleh rasa pipi dia panas. Apa yang Najmi panggil dia tadi? Babe? Kenapa lain
sangat bunyinya ni? Haish.
“Saya
salah cakap ke?”
Laju
Izara menggelengkan kepala. G-mi datang meletakkan pinggan makanannya di atas
meja. Hamik, dah rupa gunung dah makanan dalam tu. Segala benda diletakkan ke
dalam pinggan selagi muat.
“Kau
makan apa tu babe? Merah muka. Pedas sangat eh?”
Dia
menggelengkan kepala. Suapannya yang terhenti tadi disambung. Ejan, kalau kau
nak kurung abang kau dalam bilik pun tak apa. Jangan bagi dia terlepas dan buat
lawak macam ni lagi. Haish.
“Kau
buat apa dengan bunga kami ni Najmi? Dah merah padam macam ketam kena salai
ni,” G-mi sengih.
Bulat
mata Izara merenung G-mi. Apa punya soalan ni? Tak ada dalam skima jawapan lah.
“Aku
nak proposed dia tadi. Tapi awal-awal kena cut.” Najmi sengih. “Kau la kacau.”
Sekali
lagi Izara tercekik. Air..air!
G-mi
senyum lebar. Pantas tangannya mencapai air dan dihulurkan kepada teman di
sebelahnya.
“Gila
kau.” G-mi ketawa kuat. Dalam majlis orang ramai macam ni, sekuat mana pun
ketawa G-mi tak akan menarik perhatian sesiapa pun. Semua yang hadir sibuk
dengan hal masing-masing. “Salah cara kut.”
“Aku
nak balik.” Izara mengelap sisa minyak di bibir. Baru dia perasan. Jam sudah
berlari ke angka 12 tengah malam. Kalau selalu dia boleh buat selamba balik
pagi-pagi, tapi sekarang rasa nak lepak lama-lama tu tak ada. Zero.
“Nak
balik?” Aidi dan Ejan menghampiri meja. Masing-masing meletakkan makanan yang
diambil dari kaunter makanan tadi. Sama je macam G-mi tadi. Pinggan penuh
dengan makanan.
Izara
mengangguk.
“Kami
baru nak makan ni.” Aidi mengambil tempat di sebelah Najmi. Sebiji karipap
dihulurkan kepada teman di sebelah. Laju Najmi menggeleng. Akhirnya karipap
tadi dibawa ke mulutnya. Matanya masih tak lepas dari memandang Izara. Menanti jawapan.
“Aku
kena temankan Fizah. Irah balik kampung. Kesian dia sorang-sorang kat rumah.”
Memang betul pun Fizah keseorangan. Tapi selalunya Fizah tak kisah pun
ditinggalkan seorang diri dekat rumah tu.
“Korang
makan lah. Biar aku hantarkan Zara.” Najmi menawarkan diri. G-mi dah senyum
sumbing. Cepat kaki Izara menendangnya dari bawah meja. Nak mengejek la tu.
Haish.
“G-mi,
kau dah sudah, kan? Hantar la aku kejap.” Sikit pun dia tak endah tawaran Najmi
tadi. Yang lain tak cakap banyak. Sibuk mengunyah makanan. Dah macam kebulur
sangat dah gayanya.
“Siapa
kata sudah? Aku kena ambil pencuci mulut lagi. Kuih-muih lagi. Rugi weh kalau
tak rasa.” Sengih.
Izara
mengeluh. “Aku tak jadi balik la kalau macam tu.” Dia kembali duduk. G-mi masih
lagi senyum sumbing. Rasa nak sumbat je pinggan plastik masuk dalam mulut G-mi.
Biar lebar terus mulut dia. Nak sengih sangat.
“Tunggu
la kejap babe. Tunggu aku makan kejap. Nanti aku hantarkan.” Aidi menyampuk.
Izara senyum meleret. Yeay!!
“Eh,
tak boleh tunggu. Kau kena balik sekarang babe. Kesian dekat Fizah.” G-mi
senyum lagi di hujung kata.
Izara
mencebik di tempat duduk. Nak balik ke tak? Kalau balik pun, sama je ada jugak
abang si Ejan ni. Kalau duk sini? Haish.
Nak
tunggu Aidi makan, macam lambat jugak. Tengok lah makanan dia. Dua pinggan!
Kesian pulak kalau kena makan cepat-cepat sebabkan dia.
“Jom,
saya hantarkan.” Najmi sudahpun berdiri. Melihat Najmi berdiri, Ejan terus menyeluk
poket dan menghulurkan kunci kereta kepada abangnya. Izara hanya memandang.
Sungguh la dua beradik ni. Sikit pun tak nampak macam adik dengan abang. Beza
umur pun dua tahun je.
“Bye
babe.” Aidi angkat muka dari spaghetti. “Good night!”
Izara
mengangguk. Good night? Rasanya kalau tak ada si Najmi ni, barulah malam dia
‘good’.
Nak
taknak Izara terpaksa juga menurut langkah Najmi ke kereta. Harap-harap lah
G-mi tak banyak mulut bercerita pasal ‘proposal’ Najmi tadi. Kalau tak, memang
boleh buat dia keluar The Rhythm sebab malu.
“Nak
balik ke tak nak balik ni?” Kunci kereta di tekan. Pintu ditempat memandu
dibuka.
Kening
Izara terangkat. “Kenapa? Bukan ke awak nak hantar saya balik tadi?” dia turut
membuka pintu kereta. Najmi sudahpun menghidupkan enjin.
“Tadi
cakap tak nak. Kalau tak nak, saya bawak awak pusing-pusing dulu. Makan angin.”
Najmi sengih.
Bulat
matanya memandang Najmi. Tak percaya. Terasa matanya hampir terkeluar macam
spring toing toing. “Awak hilang jam eh? Tak pun jetlag?” Izara memasang tali
pinggang keledar. “Awak tahu tak sekarang dah tengah malam. Nak makan angin apa
lagi?”
Izara
sengih dalam hati. Elleh, selalu dia tak hairan pun keluar sampai pagi. Ya.
Memang tak hairan sebab dia dah kenal sangat dengan budak-budak yang lain. Si
Najmi ni lain. Seram pun ada. Dia takkan bertukar jadi vampire, kan?
“So
nak balik la ni?”
Izara
mengangguk. “Hmm.” Dia pandang Najmi dua saat. “Thanks sebab tolong hantarkan.
Rasanya awak pun tak makan lagi tadi.”
“Time
korang tengah perform tadi saya dah makan.” Najmi sengih. “Kenapa? Risau?”
Ceh.
Laju Izara mencebik.
Najmi
ketawa. “So, tell me. Kenapa tak suka saya?”
“Mana
ada.” Izara pandang depan. Kereta keluar dari petak parking.
Najmi
sengih lebar. “Bagi tahu je. Saya tak ambil hati.”
Izara
telan air liur. Nak bagitahu ke ni? “Sebab mata awak tak boleh duduk diam?”
“Hah?”
kening Najmi spontan terangkat. Dia menoleh ke sebelah beberapa saat sebelum
kembali fokus ke hadapan.
“Iya
la. Tengok orang macam nak makan. Tak selesa tau. Lelaki, semua sama.”
“Habis,
budak-budak tu bukan lelaki ke?” Sengih.
“Diorang
lain. Mana ada dia orang pandang saya macam tu…”
“Macam
mana?” Najmi memandangnya.
Izara
terdiam. Adoi, tiba-tiba terasa badan sejuk. Haish. “Er.. macam.. macam..
pandang macam nak kasi tembus!”
Najmi
ketawa lagi. Izara mengetap bibir. Adeh. Sungguh seram sejuk duduk dalam kereta
dengan dia ni.
“Jadi,
agak-agak tembus tak?”
“Hah?”
“Tembus
sampai ke hati tak?” mata Najmi kini tepat pada anak matanya. Terus bibir dia
terkunci. Air liur yang ditelan terasa…manis?
“Pandang
depan lah.” Izara memandang ke luar tingkap. Rasa nak ketuk kepala sendiri
laju-laju. Kenapa lah dia pergi setuju nak balik dengan abang si Ejan ni.
“Babe,
answer me. Tembus sampai ke hati tak?” Sekali lagi Najmi memanggilnya dengan
nama tu. Boleh jatuh tergolek-golek hatinya ke bawah!
Air
liur ditelan lagi. masih rasa manis. Rasa payau waktu mula-mula melangkah masuk
ke dalam kereta tadi hilang.
“Cakap
apa ni..” Izara mengawal suara. Walhal hati dia sendiri dah terasa macam nak
terkeluar.
Kereta
sudah berhenti di depan rumah Izara. Lampu ruang tamu masih lagi terbuka.
Izara
menarik nafas lega. Cepat-cepat dia membuka pintu. “Thanks.”
“Izara,”
Tangan
yang baru sahaja ingin menutup pintu kereta terhenti. Muka Najmi yang masih
senyum di tempat pemandu dipandang pelik. Memang pun malam ni Najmi pelik. Mana
pernah pun dia bersembang banyak-banyak sebelum ni. “Hmm?”
“Keep
singing. Night!”
Keep
singing? Macam pernah dengar je ayat tu sebelum ni. “Er.. bin..tang?”
Najmi
mengangguk. Dia senyum meleret. “Ya. Bintang. Najmi.”
“Ouh.
Kenapa nak saya teruskan menyanyi?”
“Sebab
saya suka the sound of your voice. Klasik.”
Izara
sengih. “Well, they don’t call me suara buluh perindu for nothing Encik
Bintang.”
“Ya.
Noted that.”
Izara
ketawa. “Okay. Night. Thanks again.”
Najmi
mengangguk. Dia mengangkat tangan sebelum memecut laju ke jalan besar. Dan
izara masih senyum sendiri.
TERASA BARU SEMALAM dia rasa menyampah bila
nampak pandangan mata Najmi merayap pada wajahnya. Terasa baru semalam Ejan
mengajak dia lepak makan dengan seorang yang skima, pelik dan menakutkan.
Dan
sekarang betul, hati dia sudah ditembusi. Bukan sakit, tapi bahagia. Siapa tak
bahagia kalau diri disayangi. Ada yang ambil perhatian. Ada yang care.
Uish,
ini dah mood terbang melayang. Hehe.
Ejan
dah tahu yang abang dia suka Izara sebenarnya. Waktu pertama kali Najmi melihat
persembahan dia orang dulu lagi. Waktu tu, terus hati dia terpaut bila dengar
suara Izara menyanyi.
Selama
ni Najmi tengok persembahan dia orang dari jauh je. Tak join lepak sekali
selepas habis persembahan. Sebabnya, Najmi ni dah kerja. Mana boleh lepak
sampai pagi macam dia orang budak-budak uni ni.
“Jika
engkau minta intan permata, tak mungkin ku mampu..”
Lamunan
Izara terbang melayang-layang. Lupa pulak Najmi ada di sebelah. Spontan dia
senyum “Suara sumbang!”
Najmi
mencebik. Dia kembali memetik gitar. “Tapi sayang kan ku capai bintang dari
langit untukmu.”
Senyuman
Izara makin lebar. Dia membelek-belek folder yang berisi susunan lagu. Mereka
ada latihan sebenarnya waktu tu. Aidi tak boleh datang. Ada hal katanya. Najmi,
macam biasa lah. Ejan akan angkut saja abang dia ni tak kira dekat mana dia
orang practice. Tahulah tengah cuti-cuti Malaysia.
“Jika
engkau minta, satu dunia akan aku coba. Ku hanya mampu, jadi milikmu pastikan
kau bahagia..”
Izara
menepuk tangan kuat. “Woww,, sumbang..sumbang..!”
Bulat
mata Najmi memandangnya. “Tak baik la. Sikit punya ikhlas orang nyanyikan lagu
untuk dia tadi.”
Izara
ketawa kuat. “Elleh. Kalau lagu tu, orang boleh nyanyi sendiri lah. Kacang je.
Tak payah nak tolong nyanyikan.”
“Riak!”
“Well.
Suara I memang Buluh Perindu punya type.”
Najmi
mencebik. Sesaat kemudian dia senyum. “Tapi betul la. Lagu tu memang untuk
awak. Saya tak ada apa-apa pun nak bagi dekat awak. Cinta saya je yang ada.”
Izara
terdiam. Terus terasa hangat badannya. Aish, bila masuk mood pink ni susah
sikit nak kawal muka. Asyik nak senyum meleret je.
Cair!
“Thanks.”
Tak tahu nak cakap apa. Tapi memang dia terharu. Sangat. “Saya pun tak ada
apa-apa nak bagi dekat awak. Macam dalam lagu,
…ku
hanya mampu, jadi milikmu pastikan kau bahagia…”
Izara menyanyikan rangkap dari lagu Yuna itu. Kedua-dua
nya senyum. Bahagia. Walau pun mereka tak kenal lama, tapi serasi. Itu yang
merapatkan. Menyenangkan.
“Amboi!
Aku nampak aura pink la!” G-mi memecah sunyi. Izara dan Najmi yang sama-sama
tersenyum tadi terus tersentak. Terkejut. Tak perasan bila G-mi dengan Ejan
masuk.
Ejan
ketawa kuat. “Kau kacau la Mi. tapi kan, betul, lah. Aku pun dah rasa bilik ni
bertukar warna pink!”
Botol
air kosong laju terbang mengenai perut Ejan. Ejan mengaduh sakit. Izara sengih.
Padan muka!
“Jom
la balik.”
“Nak
balik dah?” soal Najmi. G-mi hanya mengangguk. Begnya yang tersadai di lantai
dicapai.
“Kan
belum habis practice lagi.” Izara pula menyoal.
G-mi
dan Ejan sengih. “Cukup la tu untuk hari ni. Aku takut nanti kalau kita sambung
practice, keluar lagu keroncong ataupun dondang sayang pulak.”
“G-mi!!”
Satu
studio penuh dengan ketawa.
PUKUL 10.30 PAGI. Izara dah hampir membuka pintu
untuk keluar ke kelas. Waktu handphonenya berbunyi nyaring. Nama pemanggil
membuatkan dahinya berkerut. Apahal pulak ni? Jarang Kak Ida telefon
waktu-waktu macam ni. “Kau nak balik tak?” suara Kak Ida yang serak dari hujung
talian membuatkan kening Izara spontan terangkat. Kenapa ni? Kak Ida menangis?
“Kenapa
kak?”
“Abah…”
Dadanya
berdebar. Kenapa dengan abah? Abah okay, kan?
“Abah
sakit… kau siaplah. Setengah jam lagi aku sampai,” Kak Ida terus mematikan
talian. Izara memandang telefon. Teruk sangat ke abah sakit sampaikan Kak Ida
menangis bagai. Adui. Mintak lah tak ada apa-apa jadi.
Seperti
yang dijanjikan, Kak Ida datang tepat selepas setengah jam. Melihatkan
hidungnya merah, Izara boleh agak yang Kak Ida masih lagi menangis.
“Flight
pukul empat. Abang dah balik tadi dengan kereta.” Kak Ida mula bersuara. “Kak
Yan, Kak Ana, Uda pun dah bertolak balik tadi.”
“Oh..okay.”
Matanya memandang jam di dashboard. Pukul 11.30 pagi. Sempat la nak balik rumah
Kak Ida, kemas dan bersiap apa yang patut sebelum ke LCCT. Kenapa semua balik
ni? Sepupu sepapat dia yang ada di KL semua balik jenguk abah. Teruk sangat ke
abah dia sakit? Hati dia dah rasa lain macam. Macam-macam andaian yang keluar.
Tapi dia abaikan je andaian tu.
Balik
ke rumah Kak Ida tak lama. Selesai sahaja mengemas, mereka terus ke LCCT. Makan
tengah hari pun dekat situ je. Sepanjang
jalan tadi telefon bimbit Kak Ida tak putus berbunyi. Izara makin pelik. Kenapa
ni? Kenapa semua saudara duk telefon Kak Ida?
Sungguh.
Kepala dia dah terasa nak pecah dengan soalan. Tapi dia takut nak tanya. Takut
nak tanya Kak Ida apa sebenarnya yang dia fikir. Macam mana kalau betul? Tak
nak…
“Zara,
tolong..” Kak Ida baring di atas riba. “Picit kepala jap. Sakit.”
Tangannya
laju mendarat ke kepala Kak Ida. Jadual penerbangan di hadapannya di pandang.
Lebih kurang lagi sejam sebelum kapal terbang berlepas. “Kenapa ni?” Dia
memberanikan diri juga untuk bertanya. Jangan lah jawapan yang dia tak nak
dengar. Tolong..
“Migran,”
matanya dipejamkan. Merah di hidungnya sudah hilang. Cuma bengkak matanya masih
jelas. Izara menarik nafas. Otak tak boleh lagi nak mencerna apa yang dah jadi.
Tolonglah
beri Izara jawapan.
SAMPAI DI LAPANGAN terbang , pakcik dah sedia
menunggu. Nampak aje Izara dan Kak Ida, pakcik terus senyum. Sungguh. Senyum
pakcik melegakan hati Izara yang dah fikir macam-macam.
Kak
Ida ambil tempat di sebelah pakcik. Izara masih membisu di tempat duduk
belakang. Sampai di negeri sendiri, dadanya makin berdebar. Takut. Teruk sangat
ke sakit abah?
“Apa
yang jadi sebenarnya pakcik?” soal Kak Ida. Suaranya ditahan semampu yang
boleh.
Pakcik
menarik nafas perlahan. Matanya masih tertumpu pada pemanduan. “Semalam abah
kamu sesak nafas. Kita orang dah bawak pergi hospital. Balik tu dah okay
sikit,”
Izara
memasang telinga. Dia tak tahu apa-apa. Sungguh! Lagipula dia bukannya jenis
suka telefon rumah. Selalu mak atau abah yang menelefon.
“Pukul
10 pagi tadi, waktu minum pagi.” Pakcik menyambung. Kak Ida dah mula menangis.
Izara masih kaku. Apa ni??!! “Dia sesak nafas sekejap waktu dia lelapkan mata
selepas minum pagi. Dah masa itu lah..”
Air
mata Izara menitik. Tolong lah. Cakap lah benda ni tak betul. Izara salah
dengar.
“Sekarang
ada dekat rumah lagi. Kita sampai ni baru bawak pergi tanah perkuburan.”
Izara
tercengang. Betul…betullah apa yang bermain di otaknya dari tadi. Habistu
kenapa Kak Ida cakap abah sakit je!
Kak
Ida tipu… setitik lagi air matanya jatuh. Sungguh macam mimpi. Macam ni je? Dia
hilang abah macam ni je? Sekelip mata? Tak ada pesanan terakhir. Tiba-tiba.
Abah..
Butir
bicara perbualan pakcik dengan Kak Ida sudah tidak melekat di telinganya. Yang
penting sekarang dia nak cepat sampai. Nak pastikan yang apa yang pakcik cakap
tadi bukan mimpi.
Kereta
pakcik terus ke tanah perkuburan. Mak Long telefon bagitahu yang mayat abah
sudah dibawa ke sana. Kesian Abang Long. Tak sempat tengok abah. Mesti waktu ni
dia masih dalam perjalanan. Dan dia sendiri tak sempat tengok abah untuk kali
terakir.
Izara
menyarungkan jubah yang dihulurkan oleh Kak Ida ke badan. Tutup jeans ketatnya.
Tutup tshirt kecilnya. Selendang dililit ke kepala ala kadar. Perlahan dia
membuka pintu kereta. Orang ramai sudahpun memenuhi tempat pengkebumian.
Terketar-ketar kakinya memijak tanah perkuburan.
Tolonglah.
Tolonglah bukan abah yang mereka usung tadi. Bukan abah yang dikapankan.
Izara
menyeka air matanya. Sedaya upaya dia menahan tangis. Kak Ida yang masih
bercermin mata hitam dipandang. Melihat sahaja kumpulan manusia yang berkopiah,
Kak Ida kembali teresak-esak.
Mereka
menuruti langkah pakcik hingga ke tempat imam membacakan Surah Yassin. Izara
hanya kaku memandang jasad yang diusung. Jasad yang dikebumikan ke liang lahad.
Betul ke tu abah?
Izara
tak sempat pun nak jumpa abah. Izara tak sempat nak minta maaf pun. Izara tak
pernah bagitahu yang Izara sayang abah. Sangat.
Betul
ke abah dah tinggalkan kami?
Selamanya?
SUDAH SEBULAN IZARA tidak keluar dari rumah
sewa. Kalaupun keluar, hanya untuk ke kelas. Selebihnya dia banyak berkurung
dalam bilik. Budak-budak The Rhythm juga takut untuk menegur. Mereka memberi
ruang untuk Izara bersendiri. Bukan senang nak hadapi ayah sendiri pergi dengan
tiba-tiba.
“Zara,”
Pintu bilik dibuka perlahan. Izara berpaling dari buku nota. Fizah. Dia senyum
dua saat. Fizah masuk tanpa dipelawa. Terus dia duduk di hujung katil.
Membelakangi Izara. “Zara okay?”
Izara
mengangguk. “Hmm.”
“Fizah
rindu la nak tengok Zara macam dulu. Happy. Senyum selalu.”
Izara
berpusing menghadap Fizah. “Zara okay.” Suaranya di tahan. Air matanya menitis
juga. Sungguh. Susah nak tahan air mata ni. Kalau depan mak, kakak, abang, okay
je. Dia boleh tahan. Sebab tak nak bagi mak lagi sedih. Tapi bila sendiri…
“Zara,”
Fizah merapati teman serumahnya. “Luah je apa yang Zara nak luahkan. Jangan
pendam.”
Bahu
Fizah basah juga dengan air mata. Lama. Terasa tenang bila Fizah menggosok
belakangnya. Tenang.
“Zara
tak sempat pun jumpa abah. Zara tak sempat pun minta maaf..”
Fiza
menarik nafas. Bibirnya turut bisu. Ya, mungkin dia tak dapat rasa apa yang
Izara rasa sekarang. Tapi dia tahu, berat dugaannya.
“Waktu
dalam perjalanan nak balik kampung tu pun Zara tak tahu apa yang jadi. Kak Ida
tak bagitahu pun. Sampai sana baru Zara tahu Fizah. Sampai dekat tanah perkuburan,
tempat abah disemadikan. Waktu tu baru Zara tahu.” Dia dah mula teresak-esak.
Dia sendiri tak faham. Kenapa Kak Ida tak berterus terang waktu menelefon dia
pagi tu. Mak pun sama. Semua tak bagitahu dia. Semua tak bagitahu. Dia boleh
senyum bergurau lagi dengan Kak Ida waktu di lapangan terbang. Sebab Kak Ida
cakap abah sakit. Dia tak tahu.. kalau dia tahu, dia takkan boleh senyum pun!
“Sabar Zara.” Itu sahajalah
yang dia mampu. Dia tahu Zara sangat sedih sekarang. “Zara kena redha dengan
takdir Allah.”
“Tapi
Zara tak sempat nak minta maaf pun Fizah. Zara banyak salah. Zara sayang abah.
Zara tak pernah pun bagitahu abah yang Zara sayangkan dia. Anak apa Zara ni
Fizah!”
Makin
kuat esakannya. Fizah mengucap dalam hati. “Istighfar Zara. Jangan macam ni.”
“Zara
tak tahu nak buat apa lagi dah. Zara banyak salah dekat abah. Abah pergi macam
tu je Fizah. Kadang-kadang Zara rasa macam mimpi. Mimpi!” Dia menyapu air mata
dengan belakang tangan. Lega sikit bila dapat luahkan segala yang terbuku kepada
Fizah.
Fizah mencapai tangan kanannya.
Wajah Izara yang basah dengan air mata ditatap. Jarang sungguh dia nampak wajah
ini muram. “Zara, kalau Zara nak tebus salah Zara pada arwah abah Zara, Zara
kena banyakkan doa. Selalu baca Yassin untuk arwah. Doakan ketenangan arwah
dekat sana.” Perlahan Fizah memujuk.
Izara mengangkat muka memandang
Fizah. Baca Yassin? Doa? Perkara yang dah lama dia tinggal. “Fizah..”
“Hmm?”
“Betul ke dengan doa Zara boleh
tebus salah Zara?”
Fizah senyum. “InsyaALLAH. Doa
anak soleh dah solehah akan sampai untuk arwah abah Zara. Keampunan ALLAH tu
luas Zara.”
Izara terdiam. Solehah kah dia?
Perkataan baik itu pun belum tentu padan dengan diri dia. Apatah lagi solehah. “Solehah..”
“Ya, solehah.” Fizah senyum
lagi. “Zara tak nak jadi solehah?”
“Mampu ke Zara jadi solehah
Fizah. Banyak dosa Zara. Banyak salah Zara.”
“Zara, jangan fikir macam tu.
Sebanyak mana pun dosa Zara, pintu keampunan Allah lebih luas. Zara kena
percaya.”
Izara diam. Handphonenya
tiba-tiba berbunyi nyaring. Dia memandang nama pemanggil sekilas. Najmi.
Dibiarkan panggilan itu tak berjawab. Macam selalu. Dia menarik nafas
dalam-dalam. Mata sepet Fizah dipandang.
“Fizah..” berat suaranya. Fizah
mengangkat kening . bibir Zara terus kelu. Rasa berat sangat untuk meminta.
Malu pun ada. Segan pun ada. Tapi..dia kena kuat. Sebab abah. “Fizah ajar Zara
baca Yassin?”
Dan Fizah hanya tersenyum
lebar.
“BABE, KITA ADA jemputan lagi ni. Kau okay tak?”
Suara Aidi menyapa telinga sebaik sahaja butang on ditekan.
Izara
menarik nafas. Hatinya teringin sangat nak menyanyi lagi. Sungguh. Mana boleh
hilangkan jiwa sendiri. Itu jiwa dia. Musik. “Bila?”
“Minggu
depan. Tapi kalau kau tak ready lagi, kita orang boleh cancelkan.”
Izara
berbelah bahagi. Sayangnya kalau nak cancel. Dia teringin sangat nak perform
lagi. Teringin. “Bila nak discuss?”
“Kau
boleh ke babe? Kalau kau on, malam ni kita orang jemput kau. Kita bincang dekat
tempat biasa.”
“Okay.”
Talian
diputuskan. Izara termenung memandang handphone. Boleh ke? Boleh la kut. Dia
just pergi menyanyi. Lepastu balik terus. Tak payah lepak lama-lama macam
selalu.
Laju
kakinya di bawa ke bilik air. Jam di dinding sudah menginjak ke angka empat
setengah petang. Kejap lagi Fizah nak ajarkan baca yassin selepas solat Asar.
Selesai
mandi dan solat, Fizah masuk ke dalam biliknya. Sepanjang petang Izara belajar
mengaji. Memang dia tak fasih. Nak sebut pun terkial-kial. Selama ni solat pun
jarang. Nak mengaji apatah lagi. tapi dia cuba juga. Untuk dihadiahkan kepada
arwah abah.
Elok
sahaja lepas maghrib, Izara bersiap-siap untuk keluar. Fizah yang kebetulan
berada di ruang tamu memandangnya pelik. Rasanya selepas pulang dari kampung
haritu, ini lah kali pertama Izara keluar malam.
Dia
ingatkan Izara akan terus tinggal aktiviti malam dia. Rupanya tak…
“Zara,”
Tangan
Izara yang baru memegang tombol untuk keluar terhenti. Laju dia berpaling
kepada Fizah.
“Nak
keluar?”
“Haah.
Dia orang call nak bincang pasal dinner.”
Fizah
mengangguk hampa. Dia menarik nafas berat. “Zara sayang abah Zara kan?”
Izara
memandang wajah Fizah tak lepas. Pelik dengan soalan temannya. Fizah bangun
mendekatinya. “Zara, selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup
aurat, selangkah jua bapanya hampir ke neraka.” Berhati-hati Fizah menuturkan.
Dia
terdiam. “Zara tak boleh nak berubah terus Fizah. Zara just, tak boleh.”
“Zara
boleh.” Fizah senyum. Tangan Izara digenggamnya. Bunyi hon dari luar pagar
mengejutkan mereka berdua.
Zara
membuka pintu. Angin malam laju menyapa mereka. Sejuk. “Zara pergi dulu Fizah.”
Kasut disarung ala kadar. Kata-kata Fizah masih lagi bermain di telinganya.
Fizah
yang masih bertelekung untuk menunggu waktu Isyak hanya mampu menghantar
langkah Izara hingga ke kereta.
“Ya
Allah. Bukakan hatinya untuk hidayahMu.”
“BABE, KAU OKAY?” Ejan menepuk pipi Izara yang
dilihatnya seakan berkhayal. Izara tersentak. Matanya memandang wajah Ejan yang
penuh tanda tanya.
“Hmm,
entah. Kau orang bincang lah. Aku okay je. Lagu apa pun aku tak kisah.”
Semua
menarik nafas berat. Perbincangan malam ni sangat kaku. Semua terasa kekok bila
Izara mendiamkan diri. Bisu.
“Kita
pilih lagu biasa je la. Macam mana? Tak payah nak praktis teruk-teruk.” G-mi
bersuara.
“Nanti
aku boleh main gitar solo untuk lagu last. Kau sekali eh?” Ejan menambah. G-mi
mengangguk setuju.
Fikiran
Izara masih lagi melayang. Masih teringat kata-kata Fizah tadi.
“Selangkah
anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, selangkah jua bapanya
hampir ke neraka.”
“Zara tak
sayang abah?”
“InsyaALLAH.
Doa anak soleh dah solehah akan sampai untuk arwah abah Zara,”
Satu persatu kata-kata Fizah menjengah. Apa yang
budak-budak The Rhythm ni bincang sedikit pun tak masuk telinga dia. Fikiran
dia hanya pada kata-kata Fizah. Baru semalam dia nak jadi solehah. Kalau dia
terus macam ni, boleh ke dia dapat title solehah tu?
Ya
Allah…
Air
matanya menitis.
Zara
sayang abah. Ya Allah. Zara nak jadi solehah…
“Babe,
are you okay?” Aidi panik. Tak pernah dia nampak Izara menangis sebelum ni.
Yang-lain-lain juga turut senyap. Perbincangan tadi terhenti terus.
“Aku
nak balik.”
Aidi
terpaksa menurut. Izara mengambil tempat duduk belakang. G-mi dan Ejan masih
lagi di kedai makan. Tempat mereka berbincang tadi. Sepanjang perjalanan Izara
menangis. Aidi pun automatik takut untuk menegur. Keadaan sunyi sehinggalah
kereta berhenti di hadapan rumah Izara.
“Babe,
maaf sebab aku ajak kau keluar malam ni.”
Izara
senyum tawar. “Kau tak salah. Aku yang salah. Aku banyak buat salah.”
“Kau
masuk lah babe. Rehat. Tidur. Sorry ya.”
Izara
mengangguk. Dia terus melangkah ke pintu setelah kereta Aidi memecut membelah
malam.
Matanya
masih basah ketika pintu rumah dibuka. Fizah yang sedang menonton televisyen
mengangkat kening. Pelik. Selalunya kalau Izara keluar, dia takkan balik selagi
jam belum berlari ke angka 11 malam. Itu pun dikira awal.
“Zara?”
Fizah menegur. Wajah keruh Izara ditenung. Izara menangis?
Izara
terus memeluk temannya. Erat. “Fizah, susahnya nak berubah.” Air mata sekali
lagi mengalir laju.
Fizah
senyum. Dia tahu Izara tengah mencuba. Walaupun langkah dia lambat. “Zara
boleh. Yang penting kuatkan hati.”
“Macam
mana kalau Zara tak boleh? Zara tak layak nak dapat solehah.”
“Aik,
belum cuba lagi dah nak mengalah.” Fizah senyum. Wajah temannya dipandang. “Allah
pandang usaha kita, Zara. Doa banyak-banyak. InsyaALLAH. Kalaupun kita tak
mampu jadi solehah, kita usaha untuk jadi lebih baik dari apa yang kita buat
sekarang.”
Izara
diam. Hatinya masih keliru. Susah. Semalam semangat untuk berubah dia mencapai
tahap tertinggi. Tapi, bila Aidi sebut pasal performance, The Rhythm, dia jadi
kalah. Itu jiwa dia. Susah nak lupakan.
Dan
dia bukan tak tahu. Suara wanita itu aurat. Apatah lagi sampai menggetarkan
hati lelaki asing. Ya Allah. Kalau nak dikira dengan persembahan yang dia dah
buat. Lagu yang dia dah nyanyikan. Begitu banyak dosa yang dah dia lakukan.
Banyak. Mampu ke nak tebus balik.
“Zara
kena yakin dengan ALLAH. Keampunan Allah luas. Kita hanya perlu bertaubat.
Bertaubat dengan apa jua salah yang kita dah buat.”
“Fizah..”
dia menarik Fizah kedalam pelukan. “Doakan Zara kuat. Zara nak berubah.”
Sakit,
itu yang dia rasa. Waktu hati cakap nak berubah, otak turut setuju. Tapi bila
dah mula buat perubahan, baru terasa peritnya. Sungguh. Nak berubah kebiasaan
kita susah. Dan dia tak selalunya kuat.
“Perubahan
perlukan istkhamah. Perubahan perlukan kesabaran. Perlu tahan kehendak hati.”
Fizah tak putus memberi kata nasihat. Izara hanya mengangguk.
Dia
nak berubah…
MEREKA SEMUA MEMBISU. Tak ada seorang pun yang
berani buka mulut. Tak ada seorang pun berani kata tak setuju. Semua tahu
pilihan Izara tu untuk kebaikan. Tapi dalam masa yang sama, mereka semua sangat
perlukan Izara. The Rhythm perlukan dia. Dan Izara nak keluar?
Izara
Damia. Tak nak menyanyi lagi untuk The Rhythm. Juga akan berhenti menyanyi
terus.
Memang
lidah semua orang kelu. Dah berbelah bahagi. Kalau Izara keluar, maknanya The
Rhythm juga akan terus berkubur?
“Aku
minta maaf. Sungguh. Aku tak ada niat untuk susah kan korang.” Izara yang duduk
di hujung meja dipandang sepi. Izara yang lain. Sangat.
Mana
pernah dia orang nampak Izara berselendang. Baju longgar?
Bukannya
mereka tak sokong perubahan Izara. Tapi itulah. Keadaan ni tiba-tiba. Dan boleh
dikatakan, mereka semua tak ready untuk hilang Izara, the coolest girl ever!
“Tak
apa babe. Kami faham. Kami akan cuba faham.” Aidi memecah sunyi. Walaupun dia
terkejut, tapi dia tetap kena terima. Mereka kena terima. Mana boleh nak halang
orang dari berubah.
“Thanks.”
Izara masih menunduk. Ejan dan G-mi masih diam. Hanya Hanni yang setia
menggengam tangan Izara. Bagi kekuatan. Dia tahu Izara berat nak buat keputusan
tu.
G-mi
menarik nafas dalam-dalam. “Tapi kau masih akan kawan dengan kita orang, kan?”
Izara
senyum mengangguk. “Aku takkan lupakan korang sampai bila-bila.”
Semua
tersenyum lega. Tapi tetap tiada manis. Sayang nak lepaskan Izara. Mereka semua
dah lama bersama. Dah kenal jiwa masing-masing dah. Sayang nak lepaskan Izara
keluar.
Tapi
semua kena terima. Kalau itulah keputusan Izara, mereka tak boleh nak buat apa.
Nampaknya, kena lah cari vocalist baru.
Tapi,
tetap tak akan sama dengan Izara.
“SAYA MINTA MAAF,” sebulan dia hilang dari
Najmi. Susah nak tahan hati. Susah nak paksa hati lepaskan insan yang dia
sayang. Baru hari ni dia buat keputusan untuk jumpa Najmi. Nak lepaskan
segala-galanya. Dan dia harap sangat Najmi faham keputusan dia.
“Tapi
babe. Biarlah saya teman awak hadapi semua ni.”
Izara
menarik nafas. Susah sebenarnya nak putuskan keputusan ni. Tapi dia terpaksa.
Antara sayang dan kewajipan. Dia mesti pilih kewajipan! “Biar Allah jaga saya
Najmi.”
Najmi
terus terdiam. Dia memandang wajah muram Zara di hadapannya. Wajah Fizah yang
menemani Zara dikerling sekilas. Fizah dari tadi tunduk memandang daun kering
di tanah. Betul ke ini permintaan Zara? Bila fikir balik, logik la kut, Zara
sekarang pun dah bertudung. Bajunya pun dah longgar walaupun bukan baju kurung.
Zara sekarang…lain. Bukan Izara, bunga dalam The Rhythm.
“Saya
harap awak faham.” Izara bangun dari kerusi. “Saya balik dulu.” Tangan Fizah
ditarik. Najmi masih kaku. Langkah Zara ke kereta Fizah dihantar dengan
pandangan mata.
Macam
ini ke kesudahan mereka? Janji-janji Izara untuk selalu ada dengan dia dulu?
Dilupakan?
Izara…
DIA TAK DAPAT menahan dari mengeluarkan air
mata. Sedih. Terasa melepaskan sebahagian diri dia sendiri.
Fizah
masih lagi tenang memandu di sebelahnya. Sejak dari taman, kedua-duanya masih
diam. Memberi ruang kepada keadaan.
“Fizah,
kenapa Zara yang terasa berat dengan perubahan ni? Kenapa Zara yang terasa
berat untuk terus terang pada Najmi?”
“Zara
kena yakin dengan keputusan yang Zara buat. Fikir balik apa tujuan Zara
berubah. Jangan bagitahu Fizah yang Zara menyesal.” Tenang kata-kata Fizah.
Tangannya masih cekap mengawal stereng kereta.
Izara
terdiam mendengar kata-kata Fizah. Menyesal? Tak. Dia tak menyesal dia pilih
untuk berubah kerana Allah. Dia dah banyak buat salah kepada arwah abah, mak.
Dia menggelengkan kepala.
Fizah
senyum dua saat. “Zara kena sabar. Kita kena kejar title solehah sama-sama.”
Izara
tersenyum. Air matanya tadi dikesat dengan lengan baju. Ya. Dia nak jadi lebih
baik. Lebih baik dari dulu.
“KAU KENAPA?” Ejan melabuhkan punggung di
sebelah abangnya. Remote TV dicapai dari atas meja kopi. Laju tangannya menekan
nombor didada remote. Pilih rancangan yang berkenan di hati.
Najmi
menarik nafas berat. Tak tahu nak cerita macam mana sebenarnya. “Aku pun tak
tahu.”
Ejan
memandang muka kusut abangnya. Najmi lah abang, kawan, musuh, kakak. Semua bagi
dekat dia. Memang dia dua beradik je pun. Selama ni semua benda, cerita, minat
dia orang kongsi. Tapi ini lah kali pertama dia nampak wajah Najmi keruh macam
ni. Macam simpan masalah yang berat sangat.
“Izara,”
itu saja yang terluah. Dan dia tahu, Ejan faham.
Ejan
turut sama mengeluh. Remote kembali diletakkan di atas meja. “Kau kena terima
perubahan dia weh.”
“Terima
untuk putus dengan aku? Tak nak contact
aku dah? Tapi aku sayang dia weh.”
Ejan
mengangkat kedua-kedua kakinya dari lantai. Bersila. Dia menarik nafas
dalam-dalam. “Kau kena faham sebab dia berubah. Sebagai orang yang sayang dia,
kita kena sokong apa yang dia buat. Lagi pun, dia bukan buat salah. Senda baik
tu weh. Kau kena sokong. Kita semua kena sokong.”
Najmi
diam. Tak tahu nak cakap apa dah.
“Aku
tahu Izara tu, sekali dia kata sayang dekat kau, memang betul dia sayang.
Sepanjang dia duduk lepak dengan budak-budak The Rhythm, mana pernah dia
sangkut dengan mana-mana lelaki. Dia sangkut dengan kau. Kau kena tahu tu.”
Ejan mencapai kopi suam di atas meja. Rasanya Najmi punya. Fuh, lega sikit
tekak, bukan selalu dia berceramah panjang macam ni. Huhu.
“Macam
mana kalau dia betul nak lupakan aku?”
Ejan
mencebik. Parah betul ni. Nampak cinta hati lari je. Tak nampak apa natijah
dari apa yang Izara buat tu. Parah-parah. Eh, jap. Natijah? Memang dah rupa
penceramah bebas dah. Huhu.
“Weh!
Buka mata!” Ejan menepuk bahu abangnya. Kuat. Nak bagi sedar sikit. “Izara
berubah untuk kebaikan, kau pun tahu abah dia baru meninggal, kan? Itu dah bagi
dia tamparan hebat. Kau boleh bayang macam mana hilang ayah sekelip mata? Aku
yakin dia ada sebab baik punya untuk pilih jalan tu. Dan kau, aku, kita semua.
Kena sokong. Kalau pun dia betul nak tinggalkan kau, kau kena pasrah. Kan kau
sayang dia.” Ejan menepuk bahu sendiri. Huish, tak sangka dia boleh keluarkan
ayat-ayat macam ni. Syabas Ejan!
Najmi
senyum tawar. Memang dia sayang Izara. Tapi sanggup ke dia terima kalau Izara
bertemu jodoh dengan orang lain nanti? Cinta tak harus memiliki? Ya ke? “Weh,”
Ejan
mengangkat kening. “Apa?”
“Betulke
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?” soal Najmi macam budak darjah
satu.
Ejam
terdiam. Rasanya betullah. Dah lama pun dia dengar ayat macam ni. Betul.
“Rasanya betul.” Dia menarik nafas dalam-dalam. Pandangannya di tala ke TV yang
terpasang dari tadi. “Aku pun rasa kosong sangat bila Izara keluar dari group.
Rasa macam lost. Selama ni aku fikir tujuan aku hidup just untuk musik, kelas.
Lepas tu kerja, cari duit. Sebab-sebab benda tu lah, banyak yang aku miss.”
Najmi
mengangguk-angguk faham. “Aku pun selalu miss perkara paling penting dalam
hidup sebenarnya.” Dia memandang Ejan
“Kenal
Allah.” Serentak mereka bersuara.
“Perempuan
yang baik untuk lelaki yang baik. Jadi, apa kata kita sama-sama cuba jadi baik.
Boleh lah kita dapat isteri yang baik!” Ejan dah berdiri. Terasa sesuatu dalam
hati dia sebenarnya. “Good luck weh. Aku yakin Zara memang sayangkan kau. Kau
dah bersedia nanti, pergi pinang dia terus.” Ejan meninggalkan ruang tamu. Perlahan
dia meniti anak tangga ke biliknya.
Belum
terlambat kan dia nak kenal Allah? Belum terlambatkan dia nak jadi baik? Kalau
bukan sekarang dia mula, bila lagi? Nak tunggu nyawa di tarik?
Astaghfirullah…..
“WOI! BANGUN!”
Ejan
terus terduduk di atas katil. Matanya masih berat untuk dibuka. Haish. Boleh
buat jantung terlompat keluar ikut tingkap kalau main kejut orang macam ni.
“Apahal?” muka seseorang yang tersengih di hadapannya direnung tajam. Kacau!
Dia kembali merebahkan badan ke katil. Serius best tidur. Hujan lagi….
“Baik
kau bangun sekarang.”
“Bangun
la ni,” Dia menjawab malas. “Apahal?”
“Masjid
jom!” sengih. “Hari ni jumaat weh. Bangun!”
Mata
Ejan terbuka luas. Dia memandang abangnya. Pelik.
“Jom
la. Aku tak nak jadi baik sorang-sorang. Kita kejar akhirat sama-sama, jom!”
Najmi sengih. Dia mencapai tuala di penyidai dan dicampakkan ke muka adiknya.
“Mandi cepat. Aku tunggu dekat bawah.”
Ejan
senyum tawar. Kakinya digagahkan ke bilik air. Boleh kira kut berapa kali je
dia pergi solat jumaat. Memang boleh kira..
Ejan
bersiap tak lama. Tak sampai pun 10 minit. Dia mengatur langkah ke laman. Najmi
sudah siap berbaju melayu di dalam kereta. Dia sengih dua saat. Kereta
perlahan-lahan keluar dari parkir. Ejan meletakkan songkok hitam ke kepala.
“Kau
ada alamat Izara?”
Kening
Ejan terangkat seinci. “Ada lagi kut. Kita orang pernah pos kad raya tahun
lepas.” Dah lama mereka tak berbual pasal Izara. Entah dah berapa bulan dah.
Sejak Izara dah tak lepak sekali. Sejak Izara minta putus dari Najmi. “Kenapa?”
Najmi
senyum. Kereta membelok ke perkarangan masjid. Tak jauh pun masjid dari rumah
mereka. “Aku nak cari dia nanti.”
“Bila?
Esok? Lusa?”
“Kau
pun. Sabar lah. Tunggu aku dah betul-betul sedia. Tunggu bila aku dah mampu
membimbing anak orang la.”
Ejan
sengih. “Oh…tanya macam nak sekarang.”
“Aku
mintak sekarang la sebelum kau hilangkan alamat dia. Kalau tak jenuh la aku nak
cari dia nanti.”
“Angau!”
“Angau
tak angau. Aku sayang dia weh.”
“Aku
tahu,” Ejan sengih.
Najmi
meletakkan kereta di tempat parking. Dah ramai orang yang berpusu-pusu ke
masjid. Dia mematikan enjin kereta. Ejan dah pun keluar.
Zara,
tunggu saya.
DAH HAMPIR SETAHUN Izara meninggalkan zaman uni.
Dia dah pun dapat kerja dekat area rumahnya di kampung. Sengaja dia pilih
tempat kerja dekat dengan rumah. Boleh jaga mak sekali. Lagipun, sebelum ni mak
hanya tinggal dengan adik je. Abang memang dah ada keluarga dan kerja dekat KL.
Kak Ida punya permohonan untuk pertukaran pun belum diluluskan.
Dia
tak kisah pun sebenarnya. Dekat kampung lagi tenang. Boleh dia tinggalkan hidup
lama dia terus. Memang pun dia dah tinggalkan semua. Kawan-kawan baru. Hidup
baru. Suasana baru. Tapi satu je. Satu je yang masih lekat dalam hati. Satu
nama.
Dan
nama tu makin menyesakkan hati bila dia terpandang bintang di langit. Bintang.
Najmi.
Dia
senyum tawar. Padanlah dia suka sangat lagu Yuna tu. Bintang.
Jika
engkau minta intan permata, tak mungkin ku mampu
Tapi
sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika
engkau minta satu dunia akan aku coba
Kuhanya
mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia.
“Zara, makan!” suara mak menyekat lamunannya.
Dia sengih sendiri. Angau dah. Haish. Memang susah nak lupa nama yang satu ni.
Walaupun segala benda dekat KL tu dia dah tinggalkan. Semua. Kecuali nama dia.
Hati
ini bukan milikku lagi
Seribu
tahun pun akan ku nantikan kamu
Sayangku
jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir
di bintang, tak mungkin hilang cintaku padamu.
Pintu bilik diketuk dari luar. “Kak Zara, makan.
Orang dah penat tunggu ni!” Izara sengih lagi. Tu suara adik dia. Hasya. Dah
lapar sangat la tu. Dia bingkas bangun dari katil.
Makan
Izara, makan. Ntah-ntah orang tu tak ingat pun dekat kau.
Dia
keluar ke meja makan. Betullah kata Hasya, mak dah siap-siap duduk. “Maaf Zara
lambat.”
“Hasya,
baca doa.”
Hasya
mengangguk. Terus dia membaca doa makan.
“Zara,”
Izara
mengangkat muka dari pinggan nasi. Wajah ibunya dipandang. “Hmm?”
“Ada
yang datang tanya Zara lagi tadi.” Mak membuka topik. Izara faham sangat maksud
‘tanya’ tu. Terus hati dia tak tenang.
“Mak,
Zara tak sedia lagi.” itu je la pun yang dia mampu cakap. Takkan dia nak cakap
yang dia masih tunggu Najmi. Dah setahun tak contact. Entah Najmi tahu ke tak
yang dia dah pindah ke kampung.
“Budak
tu baik Zara. Mak nampak pun sejuk hati. Lagipun mak tak sanggup nak tolak
lagi.”
Hasya
hanya diam tidak menyampuk. Izara menarik nafas dalam-dalam. “Tapi mak, Zara…”
takat itu aje yang terkeluar. Takkan dia nak cakap dia masih tunggu Najmi.
Najmi yang entah apa khabar dia sekarang. Mungkin dah kahwin.
Selama
ini pun dia paksa diri untuk jauh dari Najmi. Bukan sebab benci. Dia nak sangat
bagitahu yang dia sayangkan Najmi, tak mahu hilang dia. Tapi tak boleh. Dia tak
boleh.
Dan
sekarang satu je dia harap. Harap Najmi tahu yang kata-kata dia dulu benar.
Sayang dia pada Najmi dulu masih ada. Tak kira lah dari zaman jeans ketat ke
jubah pun. Memang hati dia masih sayangkan Najmi.
Boleh
ke dia terima pinangan orang lain kalau hati dia masih pada pada Najmi?
“Tak
elok kita tolak jodoh yang baik Zara. Lagi pun mak yakin, dia boleh jaga kamu.”
“Mak..”
“Mak
terima pinangan dia ya?”
Izara
diam. Nasi yang ditelan terasa keras. Pahit. Payau.
“InsyaALLAH
dia boleh pimpin Zara nanti. Sama-sama ke jalan Allah. Percaya cakap mak Zara.
Najmi tu baik.”
Orang
tak nak dia mak. Orang nak bintang je. Najmi.
Er.
Mak tak sebut Najmi tadi kan? “Nama apa mak?”
“Najmi
Arif. Budak KL rasanya. Makcik Hanim kamu yang duduk dekat hujung kampung tu.
Dia lah yang bawakan keluarga Najmi ni datang siang tadi.”
Izara
kaku. Dia tak salah dengar kan? Betul Najmi kan? Muhammad Najmi Arif. Abang
kepada Muhammad Nazrizan Afiz? Kalau betul lah, logik tak kalau dia melompat
sekarang?
Adess.
Behave Zara.
“Mana
dia kenal Zara mak?” tak sangka Najmi boleh cari dia sampai ke kampung.
Mak
angkat bahu. “Entah lah. Mungkin dari Makcik Hanim kamu tu kut. Tadi pun nampak
Si Hanim tu dah macam rapat sangat dengan keluarga budak tu.”
Izara
senyum nipis. Subhanallah. Hebatnya percaturan Allah.
“ALHAMDULILLAH
SAYA JUMPA awak.”
Izara
senyum. Waktu itu mereka sama-sama melangkah keluar dari masjid. Tempat akad
nikah yang sudah selamat disempurnakan pun.
“Macam
mana boleh jumpa ni?” Izara sendiri masih tak percaya. Semua tiba-tiba. Tak
lama pun dia orang bertunang. Seminggu je. Mak cakap buat syarat je. Nikah yang
penting.
Najmi
senyum simpul. Ejan dan yang lain-lain dah selamat naik kereta. “Aih, tak nak
saya jumpa awak ke?”
Izara
ketawa kecil. “Bukan..saya terharu. Sebab awak cari saya juga.”
“Dah
terukir di bintang, takdir saya dengan awak. Dan Allah sudah suratkan untuk
kita bersama. Saya bersyukur sangat.”
Izara
mengangguk. Dia pun sama. “Memang kenal ke dengan Makcik Hanim?” Pandangan
mereka sama-sama jatuh pada Makcik Hanim yang masih lagi bersembang dengan mak
dan ibubapa Najmi di parkir masjid.
“Tak.
Tak kenal pun. Waktu kami cari alamat rumah awak, kami singgah dekat rumah dia,
tanya jalan. Tuptup mama boleh masuk pulak dengan Makcik Hanim. Jadi, mama terus
minta Makcik Hanim wakilkan keluarga kami.”
Izara
tersentak. Macam tu sekali Najmi cari dia? Sampai ke kampung?
“Berani
awak datang cari saya dengan family,” Dia senyum dua saat. “Tak takut ke kalau
saya dah kahwin waktu tu?”
“Takut
jugak. Tapi entah. Tuhan bagi saya semangat untuk cari awak. Lagipun, dah
terukir di bintang cinta awak, remember? Sebab tu saya tak putus asa.” Najmi
senyum meleret. Sampingnya dibetulkan.
“Thanks.”
“No
thanks.” Najmi senyum. Walau apa pun yang dah jadi. Dia dah pun selamat nikah
dengan Izara. Terasa apa usaha dia selama ni berbaloi. Berbaloi. Tuhan masih
buka hati dia untuk kenal Islam.
“Weh,
tunggu dekat rumah lah kalau nak beramah mesra pun. Kita orang dah lapar nasi
minyak ni. Jom la balik!” Aidi. Haish, buat malu orang betul lah.
Muka
Izara dah merah. Hampir semua yang ada beralih pandang pada mereka berdua yang
masih berada di pintu masjid.
“Kau
ni kacaulah.” Ejan menyiku temannya.
“Aku
lapar!”
“Perut
tong!”
“Diamlah!”
Mereka
sama-sama ketawa. Najmi menarik nafas lega. Alhamdulillah. Moga dipermudahkan urusan
rumah tangga mereka nanti.
“Things change. And friends leave. Life doesn't
stop for anybody.”
Tamat
21022012
2.17 am
4 comments:
Banyak pengajaran yg boleh dapat ni...
kalau nak jadi baik jangan seorg2 tapi ajaklah yang lain... macam najmi...bestttt
Tq Kak sue
Best. Simple n x melalut. congrats
Good story. Silahkan mampir jika berkenan, aliasastory.blogspot.com
Post a Comment