Assalamualaikum!
Awal-awal nak pesan, jangan terkejut bila nampak entry yang tiba-tiba dan entah bab mana. Hahaha. Sebenarnya, illa ada buka sikit cerita ni dari bab 11 hingga 15. Jadi, kalau nak mendalaminya (chewwah!) bolehla kembali ke zaman silam...ke zaman bab 11.
Rasanya tak ada orang buat rombak bab macam ni. Hah ha. Kesulitan amat dikesali dan enjoy!
***
JANGKAAN AKU MELEST.
Aku ingatkan dia orang nak keluar harini, tapi tak. Sepanjang hari dekat rumah.
Bosan sungguh kehidupan sebagai seorang penculik ni
rupanya. Aku yang dah terjebak sama pun dah rasa bosan gila. tengah hari tu,
sekali lagi aku dipaksa masak dan menu dia tak lain tak bukan, goreng.
Hampir bernanah telinga aku dengar Mail menjerit ‘Buat sup…buat sup’. Dia ingat aku
kaunter KFC agaknya. Order aje, dapat
apa yang dia nak. Heh.
Harapanlah aku pandai masak sup. Sup mi segera aku
tahulah.
Untuk makan malam, sedaya upaya aku pujuk Zack suruh beli
makanan dekat luar. Bukan Mail dan Zack aje yang mencuka bila aku hidang ayam
goreng, aku pun dah rasa jemu.
Dan, pujukan aku berjaya. Malam tu, Mail yang kena keluar
beli nasi. Aku tahu Zack tak percayakan aku dengan Mail aje berdua dekat rumah.
Sebabnya, setakat Mail ni, aku boleh aje tenyeh dengan kuali sampai pengsan,
lepas tu lari. Heh.
“Awak dah kahwin?” soalan tu aku tanya sebaik sahaja
kereta yang dipandu Mail meninggalkan kawasan rumah. Aku teringatkan budak yang
bernama Nora tu sebenarnya.
Waktu
itu, aku dan Zack masing-masing duduk di atas kerusi kayu di hadapan TV.
Tv yang dia orang beli lepas seminggu aku kena culik.
Nama aje ada televisyen, tapi berpasir tak ingat. Nak tengok pun sakit mata.
Zack mengalihkan pandangannya dari surat khabar kepada
muka aku. Spontan aku tersengih bila keningnya terangkat tinggi. Pelik agaknya
bila aku tanya soalan random tiba-tiba.
“Awak dah kahwin ke belum?”
“Kenapa?” dia kembali menumpukan perhatian pada dada
akhbar.
“Tak adalah… saja je tanya.” Aku mencebik. Nak tanya pun
tak boleh. Aku mula menumpukan perhatian pada cerita di TV3. Macam biasa, muka
pelakon pun susah nak cam sebab TV berpasir.
“Belum.”
Laju aku menoleh ke sebelah bila mendengar jawapan dari
dia. Walau sikitpun dia tak pandang aku, tapi aku sengih juga. Puas hati.. Nak
pun dia bersembang…
“Oh…logikla jugak, kan? Siapa yang nak dekat orang yang
culik orang hari-hari? kalau saya pun tak nak.” Aku sengih sendiri.
Dia hanya diam tak menjawab.
Bosanlah. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab.
“Saya pun belum.”
Sekali lagi dia mengangkat kepala. “Hah?”
“Saya pun belum kahwin.” Aku lengkapkan ayat.
“Oh…”
Aku melepas nafas kuat sebelum kembali ke skrin TV.
“Sepatutnya saya jumpa dengan bakal suami saya, tahu? dah lama saya tunggu saat
tu. saat ada lelaki yang betul-betul nak serius dengan saya…” aku memulakan
cerita.
Tiba-tiba aku teringatkan waktu Benjamin ajak aku makan
dulu.
“Tapi itulah, tak sempat pun dia luahkan niat dia, Mail
dah culik saya...” aku mengeluh tanpa dipaksa. “Dahlah mak dengan abah dah
biasa telefon saya tiap-tiap minggu. Mesti dia orang risau bila tak dapat
contact saya dalam dua minggu ni.”
Aku
mengeluh lagi. Kalau nak difikir, memang aku geram betul dekat Mail sebab buat
kerja bodoh salah culik aku.
“Benjamin?”
Kepala automatik berpusing memandangnya. Dia masih seperti
tadi. Tak bergerak dari surat khabar di tangan. “Mana awak ta… oh…” aku
tersandar pada kerusi. “Awak baca mesej saya, kan?”
“Awak tak letak password
pun.” selamba dia membalas.
Aku tak letak password
bukan bermakna dia boleh baca segala mesej aku sesuka hati. Itu hal peribadi
kot. Takkan benda tu pun dia tak tahu?
“Bagilah balik telefon tu…”
“Kenapa? Supaya senang kau nak suruh ‘bakal suami’ kau tu
datang sini, selamatkan kau?” dia tergelak sinis. “Kau tahu aku takkan bagi,
kan?”
“Jadi, janganlah buka mesej saya lagi!” memang tak adil!
Aku tak kisah kalau dia nak jauhkan aku dari telefon bimbit aku tu. tapi mana
boleh dia pulak yang senang-senang guna?
Aku memandang dia lama. tak puas hati. Kalau aku boleh
keluarkan laser dekat mata ni, nak aje aku laser dia sampai hangus! Baru puas
hati aku.
“Lama-lama pandang, mata kau cantik jugak.”
Lidah aku terus kelu. Dia… dia puji aku ke?
“Dahlah!” aku bangkit dari kerusi. Dada mula berdebar
pelbagai jenis lagu. Kenapa pulak dengan jantung aku ni entah. “Korang ni tak
patut tau. Dah la ambik saya datang sini. Lepas tu paksa masak la… curi tengok
mesej orang la… tak patut tahu tak?!”
Aku makin geram bila Zack masih diam tak berkutik dari
tempat dia. pandang aku pun tidak. Entah macam mana dia boleh perasan yang mata
aku ni cantik entah.
“Dah, saya tak nak makan. Korang makan ajelah bahagian
saya tu. saya tak ada selera!”
Aku mengetap bibir kuat, geram. boleh dia buat bodoh aku
cakap tak nak makan?
Tanpa menunggu hatta sesaat, aku terus membuka langkah ke
bilik. Belum sampai lima langkah, suara dia mula menyapa telinga. “Naurah,”
Kaki aku terkaku tiba-tiba. Rasanya ini kot kali pertama
dia panggil nama aku. aiseh! Apahal jantung ni nak bergendang kuat entah!
“Apalagi? Saya memang dah tak ada selera!” aku membalas
pandangan dia, tak puas hati.
“Goodnight.”
Argh, dia tak kisah pun aku tak nak makan? Tensionlah macam ni!
SUNYI SEPI. GIGIH aku
memasang telinga untuk mencuri dengar perbualan di antara Mail dan Zack.
Pintu bilik yang tidak dikunci dari luar aku tolak
perlahan, mengintai keadaan di ruang tamu. Seperti biasa, Mail sudahpun tidur
terlentang disitu. Nafas dihela perlahan tanpa sedar. Betul ke apa yang aku nak
buat buat ni?
Aku mengalihkan pula pandangan ke arah bilik Zack yang
sudah gelap gelita. Spontan bibir aku mencipta senyum.
Entah macam mana idea gila ni muncul. Aku tak sanggup nak
tunggu lagi lama. Peluang untuk larikan diri ada depan mata, kenapa aku nak
sia-siakan?
Laju aku membawa kaki ke dapur. Waktu basuh tangan lepas
makan tadi (Mail paksa jugak aku makan sebab dia dah beli banyak), sempat aku
meneliti setiap inci pintu dapur.
Langsung
tak ada kunci mangga di situ. Harap-haraplah Zack tak letak mangga dekat situ
sebelum dia masuk tidur tadi.
Kalau tak rancangan aku untuk melarikan diri musnah!
Tiba di pintu dapur, bibir serta merta menarik senyum
lebar. Keadaan pintu masih lagi seperti tadi. Dengan tangan yang terketar-ketar
aku membuka satu persatu selak pintu yang ada.
Selesai!
Nafas ditarik dalam-dalam sebelum aku memulas tombol
pintu. Aku tak kisah kalau aku tak dapat beg tangan aku. Aku tak kisah kalau
tak dapat balik handphone aku. yang
penting sekarang aku nak balik!
“Nak pergi mana?”
Tangan yang memulas tombol pintu tiba-tiba di tarik
kasar. Jantung aku hampir terkeluar jatuh ke lantai. Terkejut!
“Tolonglah bagi saya keluar…” aku hampir menangis. Takut,
kecewa dan stress bercampur aduk.
Wajah Zack mula bertukar merah.
“Aku dah cakap kau belum boleh keluar lagi!”
“Tolonglah… awak dah tengok saya behave selama ni. Saya tak akan bagitahu sesiapa. Percayalah…”
Tangan aku ditarik kasar keluar dari dapur. Mail yang
terbangun dari tidur memandang tanpa
suara. Dia pun terkejut agaknya.
“Kau kena duduk sini sampai semuanya selesai, itu pun kau
tak boleh nak faham?” dia berbisik tepat pada telinga aku sebelum melepaskan
tangan aku kasar.
“Kau ni degilla….” Mail menyampuk tiba-tiba. Dia menguap
perlahan sebelum menggaru kepala beberapa kali. “Orang dah cakap nanti tu
nantila, yang kau tak faham bahasa sangat ni kenapa? Nak mati?!”
Belum sempat aku membalas, pintu utama terbuka luas. Tiga
pasang mata terus terpaku pada susuk tubuh yang baru melangkah masuk.
Wajah bengis yang bermisai itu mencerun ke arah aku yang
terduduk di atas lantai.
Aku menelan air liur yang tiba-tiba terasa pahit. Bala
apa pulak kali ni?
“Siapa perempuan ni?”
Zack dan Mail berbalas pandang. Lelaki bersut hitam
lengkap di muka pintu memandang aku tajam.
“Zack?!” lelaki botak itu menengking kuat. Zack dan Mail
masih lagi terdiam. Tanpa menunggu walaupun sesaat, sepucuk pistol dikeluarkan
dari pinggang dan terus memacukan ke arah aku.
Aku menjerit ketakutan. Sungguh! Seumur hidup aku, inilah
kali pertama aku melihat pistol depan depan!
“Aku salah culik orang. Tapi kau jangan risau. Aku akan
selesaikan benda ni.” Zack melangkah mendekati lelaki tadi. “Aku rasa tak perlu
kot benda tu.”
“Perempuan ni dah nampak muka kau, Mail, aku…boleh
percaya ke?” pistol masih lagi tepat ke arah aku. walaupun jaraknya hampir 50
meter, tapi aku yakin, sekali picunya dipetik, aku tak akan bernyawa lagi.
“Kalau jadi apa-apa aku akan tanggung. Kau jangan risau.”
Aku hampir meraung disitu. Dengan pistol tepat pada
kepala, dengan wajah bengis ketiga-tiganya…
Mimpi apa yang aku alami sekarang?
“Kau sanggup bunuh dia kalau dia buat hal?”
Zack mengangguk tanpa berfikir panjang. “Kau jangan
risau. Aku akan uruskan pasal dia.”
“Buktikan.” Lelaki bersut itu tersenyum sinis. Pistol
yang dikeluarkannya tadi akhirnya disematkan kembali pada pinggang.
Kening Zack terangkat tinggi memandangnya. “Kau nak aku
buktikan apa?”
“Buktikan yang kau tak akan berlembut dengan dia.”
Pandangan Zack jatuh pula pada aku yang masih terduduk di
lantai. Berkali-kali aku menelan air liur. Bodohnya kau Naurah, bodohnya…
Kalau tadi kau diam-diam dalam bilik, lelaki botak ini
takkan jumpa kau dekat sini.
Langkah
Zack mula merapati. Riak wajahnya sedikitpun tidak dapat ditafsir.
Lelaki
botak tadi masih berdiri di muka pintu dengan wajah bengis. Mail pula tidak
berganjak dari tadi. Pandangan aku jatuh pula pada Zack yang sudah mencangkung
di hadapan.
Rahang
aku ternganga luas bila dia mengeluarkan pisau Rambo yang selama ini terselit
pada pinggang.
Jangan
kata…
“Aaagh!”
Belum sempat aku memikirkan apa yang bakal terjadi, lengan aku ditoreh panjang.
Darah yang membuak-buak keluar dari lengan membuatkan aku hampir pengsan.
Sakit.
Pedih. Perit. Semua bergabung jadi satu.
Sempat
aku melihat lelaki botak tadi tersenyum puas. Air mata turun juga menyapa pipi.
Sakit…
“Mail,
kurung dia. jangan berani kau lepaskan dia tanpa pengetahuan aku. Zack, aku nak
bincang sesuatu.” Selesai memberi arahan, dia terus mengunci pintu rumah dan
terus masuk ke ruang tamu.
Mail memberi isyarat supaya aku masuk ke dalam bilik.
Dengan air mata dan kesakitan yang amat, aku gagahkan juga ke bilik.
“Kita orang dah cakap jangan keluar, kau degil.” Mail
berbisik perlahan setelah menutup pintu bilik. “Kau tunggu kejap aku ambil kain
balut tu.” Mail terus keluar.
Aku memeluk kedua-dua lutut. Darah yang terkeluar dari
kesan torehan itu aku pandang dengan rasa sakit hati.
Kalau bukan sebab Mail…
Kalau bukan sebab Mail yang salah orang, aku tak akan ada
dekat sini.
Tak lama pun Mail keluar. Dia kembali lagi dengan membawa
kain panjang yang entah dari mana. Aku hanya memandang sahaja dia membalut luka
tadi. Sakit dari luka sepanjang jari telunjuk itu terasa mencucuk pedih.
Selesai sahaja dibalut, pintu bilik terbuka luas. Zack
berdiri tegak di hadapan pintu. “Mail, tolong kunci pintu depan. Azman baru
balik.”
“Baik bos.” Tanpa menunggu, Mail terus keluar dari situ.
Zack yang masih berdiri di hadapan pintu, memandang aku lama.
Zack mula mengatur langkah menghampiri dan terus duduk di
hadapan aku. Peti first aid yang
entah bila ada bersamanya dibuka tanpa suara.
Balutan Mail tadi dilurutkan dari lengan.
Aku masih diam membisu. Rasa sakit hati dan pedih pada
tangan masih merajai.
“Aku dah cakap tunggu…tunggu…kau tak dengar. Degil.”
Cecair berwarna kuning disapu pada luka dengan kapas. “Aku dah janji nak
lepaskan bila tiba masanya. Kenapa susah sangat kau nak percaya?”
Kain kasa diletakkan pada luka. Dia mula membalut lengan
aku perlahan. “Kau memang menyusahkan. Aku dah cakap jangan cuba nak lari…”
Tak sampai seminit balutan pada tangan aku siap. Aku
mendengar dia mengeluh perlahan sebelum memandang tepat pada anak mata aku.
“Naurah…kau ni degil, tahu tak?”
Aku menggigit bibir, tak menjawab. Lengan kanan masih
terasa berdenyut kuat. Seumur hidup aku, tak pernah aku dapat luka macam ni.
Paling teruk pun luka sebesar syiling 20 sen waktu jatuh
basikal dulu.
Ini…
Air mata mengalir lagi tanpa ditahan.
“Sakit sangat ke?”
Anak mata aku terus membalas renungannya. ‘Sakit ke?’ dia
tanya? Nak je aku toreh muka dia dengan pisau bagi dia rasa.
Dah selesai toreh, aku akan tanya dia soalan sama! Heh!
2 comments:
Nurah terasa kehilangan tu... biasa ada org yg nak lawan cakap...
bagus betul ksue memahami. hehehe
Post a Comment