SPKS ~ Secubit Rasa


Kurniakan daku serikandi, penyejuk dimata, penawar dihati…

DAHINYA BERKERUT SERIBU melihat perkataan-perktaan yang tersenarai di dada kertas putih itu. Terus pandangannya dijatuhkan pada si isteri di hadapan. “Apa ni?”
            Aira sengih sopan. Keningnya diangkat beberapa kali. “Tak tahu pulak ada engineer buta huruf,”
            Dia mencebik lebar. Ada aje nak kenakan orang. “Perkara yang perlu dilakukan bersama-sama?” dia membaca baris yang paling atas. Siap di’bold’kan lagi. “Mana awak dapat ni?”
            “Orang tulis sendiri.” Aira sengih. Dia merampas kembali senarai yang ditulisnya sepanjang masa Firzal di pejabat siang tadi.
            Mereka bukannya pernah bercinta. Kalau dulu, waktu awal-awal perkahwinan, mana ada dia nak mengada-ngada suruh Firzal pergi sana-sini ikut kesukaan dia. Waktu tu segan masih menebal.
            Sekarang?
            Firzal dah jadi milik dia mutlak, kan? Jadi, Aira dah lempar segan tu jauh-jauh.
            “Pertama, setiap hujung minggu, mesti tengok wayang bersama-sama.”
            Kening Firzal terangkat dua inci. “Huh? Itu pun kena ke? Bankrupt la abang nanti.”
            “Tak kira. Abang kan dah kerja, kenalah tanggung.”
            Spontan dia menggeleng laju. Aira..Aira.. macam budak-budak pun ada. Dia tersengih sendiri. Aisya Humaira. Budak nama Aisya Humaira ni sebenarnya unexpected
          Susah nak jangka. 
           “Dengar tak ni?” Aira merengek.
            Firzal mencebik. Tengok. Manja dia kalah Thaqif! “Dengar. Next?
            Dia mengukir senyum nipis. “Kedua,”
            Firzal masih sabar melayan.
            “Tiap-tiap bulan, kena pergi bercuti.”
            “Apadia?!”
            Aira ketawa mengekek. “Ala, abang dah potong plan orang nak pusing Malaysia, abang kenalah tanggung.”
            “Abang pulak? Dan bila masanya awak buat plan cuti-cuti Malaysia?”
            “Lepas habis final exam dulu.” dia sengih. “Dah terkahwin dengan abang, plan cuti-cuti Malaysia pun kena cancel sekali.”
            Giliran Firzal pula yang mencipta senyum. Gelas air masak dibawa ke mulut. Rasa puding laici tadi masih lagi terasa manis. “Itupun salah abang ke?”
            Aira mengangguk laju. “Ya, sebab tu, abang kena cover balik cuti orang. Tiap-tiap bulan kita pergi bercuti, ya?”
            “Kopak. Kopak abang macam ni.”
            Aira mencebik. “Ha, sayang ke tidak? Tak sporting la abang ni.”
            Firzal menepuk dahi sendiri. Dia menggeleng dengan sengihan di bibir. Sebenarnya, dia tak kisah langsung pun. Sengaja nak usik budak Aira ni. Bukan boleh usik, silap cakap sikit muncung dia tu boleh dibuat pembaris. “Next..next.”
            “Soalan tak jawab lagi. Sayang orang ke tidak?”
            “Kita skip soalan tu. Tengah malam nanti abang jawab.”
            Aira sengih dalam hati. Adoi. Sejak bila kau jadi gadis gedik sedunia ni Aira oi. “Okey, yang ketiga.” Dia menarik nafas. Wajah Firzal yang masih menanti bait-bait kata daripadanya direnung lama.
            “Tak acilah. Semua lebihkan awak je.” Tiba-tiba Firzal bangun dari kerusi. Gelas kosong dibawa ke sinki.
            “Ala, dengarlah dulu yang ketiga ni.”
            “Tak nak. Yang pertama, dah buat abang kopak. Yang kedua, boleh buat abang bankrupt. Kalau yang ketiga, abang boleh botak agaknya.” Dia sengih di hujung kata. Gelas yang digunakan tadi terus dicuci.
            Aira memandang dengan sengihan. Itulah Firzal, barang yang dia guna, tak pernah dia tinggal macam tu aje. Kalau guna sudu pun, dia akan cuci sampai bersih. “Betul taknak dengar yang ketiga?”
            Firzal mengangkat bahu sambil menggeleng. “Abang yakin sangat-sangat yang ketiga tu boleh buat abang botak. Jadi, tak payah cakap.”
            Aira ketawa lepas. Senarai tadi dilipat dua.
            “Ha, betullah tu, kan?” dia kembali ke meja makan. “Humaira,” kerusi yang ditinggalnya tadi ditarik sebelum melabuhkan punggung disitu.
            “Hmm?”
            “Awak ni, manja jugak kan sebenarnya.”
            Darah terus menyerbu naik ke muka. Aira dah nampak ruang dapur berubah ke warna pink! Haish. Malam-malam ni jangan gurau macam ni Encik Amar Firzal oit. “Kenapa pulak?”
            “Kalau abang letak awak sekarang duduk sebelah Aira yang garang-gila-nak-mati depan SOGO dulu, beza dia macam kutub utara dengan gunung berapi.”
            “Habis tu, abang suka yang kutub utara ke, gunung berapi?” dia mengangkat kening.
            “Dua-dua abang suka.”
            Aira tepuk dahi. “Pulak dah.” Dia menggeleng laju. “Itulaa,”
            “Apa dia?”
            “Jangan disangka orang yang garang tu akan garang sepanjang masa. Kalau nak dikira, orang yang garang tulah yang paling manja dan romatik sebenarnya.” Aira tepuk dada sendiri. Bangga. Manja ke dia? Romantik ke kalau dah lari dari suami sampai Batu Pahat sana?
            Okey, yang itu boleh skip. Kalau yang lain-lain tu, memang Aira manja dan romantik, kan?
            Aish, dah rasa nak muntah pulak bila puji diri sendiri macam ni
            “Dah kenapa gelak sorang-sorang?” wajah Aira dipandang pelik.
            “Betul tak nak tahu apa yang ketiga ni?” dia senyum tanpa menjawab soalan Firzal.
            “Tak nak.”
            Dia sengih sendiri. Yang ketiga, Aira akan masak sarapan, makan tengah hari dan dinner setiap hari tanpa gagal. Kalau Firzal nak tahu tadi, dia akan cakap. Tapi, nampaknya Firzal tak berminat nak tahu, selamatlah Aira.

Comments

kak na said…
bila nk siap ni...akak tunggu tau
Kak Sue said…
Rindu pulak dengan Aira yang garang mengalahkan singa bila datang angin manja kalah kucing siam... hehehe...
Illa Shanahila said…
kepada

kak na-x siap edit lagi, tak tahu la bila boleh siap. hohoho

Kak sue- kucing siam eh? hahaha
akma hussin said…
Aduyai...cpt la bukukan...
akma hussin said…
Aduyai...cpt la bukukan...
Anonymous said…
Waaaaaaa....
Now i agree bukukan...
tot d posting kat blog was soooo sweeeetttt, sampai rasa tak yah la sambung
but wif d teaser.... sambung2... buku... buku.....
Illa Shanahila said…
anon

hee. buku...buku...buku..!