Assalamualaikum
Siapa minat world cup? Siapa?
Tak ada yang minat eh?
=='
Haha!
Okay, tak kisahlah minat ke tidak, meh sini illa nak cerita.
Setiap empat tahun memang akan ada piala dunia yang kali ni, bertempat di Brazil. Tapi...tapi...walaupun dekat Brazil sana, kita-kita dekat Malaysia ni pun boleh tengok trofi world cup tu. Sebabnya, pada 3 January lepas trofi ni diterbangkan khas ke Malaysia sempena FIFA World Cup Trophy Tour. Trofi ni dipamerkan kepada umum sehingga 5 Jan.
Jadi memang ramailah yang berpusu-pusu ke PWTC bawa anak isteri, bawa awek adik beradik untuk bergambar dengan satu-satunya trofi yang sangat glamor ni.
Nak dijadikan cerita, 4 Jan lepas illa berpeluang ikut Tourism Negeri Sembilan untuk tengok sendiri trofi ni depan mata. Memang sangat teruja! Bayangkan trofi kegilaan satu dunia boleh dilihat dengan jarak yang dekat? Bayangkan.... Haha.
Sebenarnya bukan hanya ada pameran trofi dekat sana, tapi banyak lagi permainan dan pertunjukan yang disediakan oleh pihak penganjur. Jadi bagi peminat bola sepak, itu untuk korang.
Akhir kata, terimalah! Trofi FIFA World Cup!
Gambar separuh pun, acilah eh? Kehkeh |
Itu dia trofinya bagi yang terpinga-pinga atopun garu kepala nak bayangkan rupa FIFA World Cup Trophy tu. Heh heh heh. Gambar bersama trofi tu memang sama sekali tak dibenarkan guna kamera sendiri. Jadi, memang pihak penganjur yang shot kan, kelua aje bahagian bergambar, terus boleh dapat gambar masing-masing. Sangat cepat dan efisyennnn.
(Memang dia kasi sekeping je, tapi untuk download gambar tu, boleh je pergi dekat laman web FIFA.COM/TrophyTour. dia kasi lagi 4 keping. Jadi tak adalah rasa ralat sangat kalau gambar tu hilang ke, kena curi ke. Kehkehkeh.
Gambar bola besar dekat atas tu pulak adalah bola rasmi untuk FIFA kali ni. Nama dia Brazuka (dalam bahasa Brazil).
Illa sendiri bukanlah peminat tegar, hardcore ataupun kipas susah mati Piala Dunia. Tapi sejak dua menjak ni memang bola sepak jadi salah satu benda yang illa suka. Nak buat cemana, crush dolu dolu asyik cerita pasal bola aje.
Kehkehkeh. Abaikan the last part tu okeh.
Bai.
No comments:
Post a Comment