Saturday 11 January 2014

SPKS oh SPKS




Kepada yang tak tahu, SPKS ni sebenarnya novel yang pertama illa siapkan. Siapkan dengan penuh susah payah sampai ambil masa setahun lebih (30 Dec 2011-Jan 2013) berbanding DHAD yang hanya empat bulan (jadi maafkanlah kalo ada kurang, ya =) )

Jadi, jadi, jadi, sekarang ni illa tengah adakan sesi bedah siasat SPKS. Bedah dari bab awal sampai akhir sehinggakan tajuknya pun illa nak tukar (any idea untuk tajuk? heh he). Harap-harap boleh baiki apa yang patut. Maklumlah, waktu siapkan SPKS ni illa masih bertatih-tatih nak siapkan novel. Memang sangat payah. Heh he. Okay. apa-apapun, moga siaplah sesi bedah siasat ini dengan jayanya. 

Dekat sini illa kasi sikit teaser. 

Sikit je.

Memangpun sikit.

Hah ha. 

=)

Thanks yo!

***

“I’M HOME!”
            “Bisinglah Long!”
            “Home sweet home!” Ulang Along lagi tanpa menghiraukan rungutan adiknya. “Rindunya Malaysia!”
            Aira mencebik. Along ni, macam lah tak pernah keluar dari Malaysia. Dulu bertahun-tahun dekat UK taknak balik, rilaks je.
            “Tak jemput Along dekat aiport tadi, kenapa?”
            “Dah tua-tua pun nak kena orang jemput ke?” Aira mengangkat kening. Dia masih membelek hadiah yang Along bawa balik dari Dubai. Tadi, Angah yang bawa mummy pergi jemput Along. Dik Qi sekolah, daddy dengan Firzal pulak kerja. Aira tunggu dekat rumah je dengan Mak Yang. Thaqif pun mummy bawa sama.
            “Dah tua-tua pun nak kena belikan hadiah jugak?” Along membidas. Aira yang sedang memilih hadiah menjuih bibir. “Ni nak kasi ke tak?”
            Along ketawa lepas. “Apalah Achik ni, dah nak jadi mak orang pun nak bantai merajuk macam zaman bujang-bujang lagi.”
            Aira buat tak dengar.
            Mummy dan Angah sibuk memujuk Thaqif. Dah lama sangat tak jumpa mak dengan ayah dia, Thaqif jadi kekok. Tak biasa.
            “Assalamualaikum,”
            Semua kepala berpaling ke arah yang memberi salam. Firzal. Aira menelan air liur. Serta merta dia teringat peristiwa malam tadi. Sampai sekarang dia asyik mengelak dari berbual dengan Firzal. Rasa sakit hati masih merajai.
            “Ini ke adik ipar Along?” Along bingkas bangun dari sofa. Dia terus mendekati Firzal yang baru melangkah masuk ke dalam rumah. “Firzal?”
            Firzal senyum mengangguk. Salam Along disambut. “Along,”
            “Adik Along nakal tak?” Along mengangkat kening. Aira terus memandang Firzal. Rasanya sampai sekarang tak ada yang tahu petir apa yang melanda rumahtangga mereka.
            Firzal hanya senyum sopan. “Dah lama sampai, Along?” soalan Along tadi dibiarkan tak berjawab. Mereka sama-sama melangkah ke sofa untuk menyertai mummy, angah dan Kak Long Zahra.
            “Tengah hari tadi.”
            Aira hanya memasang telinga. Dia kembali menyambung mengeledah beg kecil Along yang dipenuhi dengan cenderamata. Tiba-tiba dia terdengar suara Thaqif merengek untuk mendapatkan Firzal.
            Along hanya mengukir senyum nipis. “Ayah dia sendiri dah tak kenal.”
            Firzal menyambut Thaqif dari mummy. Dia sengih sesaat. “Baru lagi kot. Nanti-nanti okey la ni.”
            “Patutlah Achik pilih Firzal,”
            Aira dan Firzal berbalas pandang. Sesaat kemudian mereka sama-sama memandang Along yang sejak dari tadi melakar sengih senget.
            “Pandai Firzal layan Thaqif. Tak kekok. Memang betul ada aura bapa.” Sambung Along lagi.
            …dan Aira hanya tersenyum pahit.

***

Okay, itu aje. Nak tahu lebih lanjut, bolehlah tunggu SPKS keluar nanti (gaya macam esok lusa aje==')
Heh he. 
Adoi. Cepatlah habis sesi bedah siasat neh!


13 comments:

Melati Desa said...

Mmg sikit sgt huhuhu nak lagi....lama dah tunggu ni

Unknown said...

Tak sabar nak tggu ni. Lama lagi ke?

Anonymous said...

Pls dont tell me u r gonna continue..... :'(
It is best to leave it as it is.. pretty please... ;-)

Illa Shanahila said...

err. teruk sangat eh bila dah jadi buku? T_T

Anonymous said...

The current ending is soooo sweeetttt...
Ke jiwa part he informed her, he is getting married
best part that all goes well in d end...
hmmm.... i know..... fairy tale n in denial...
but just cant help it :O

Anonymous said...

Nvrdless... all the best.... eventhough it was ur first, enjoyed reading it vry2 much
Figthing!!!! (Akak mabuk korea da...)

Illa Shanahila said...

he he he. dear, spks dlm blog ni hanya separuh perjalanan =)

Illa Shanahila said...

haha, sama la kita. mabuk korea jugak ni. thank you!

Ann.Awa said...

Rasa macam dah sebati ngan tajuk nilla dear...

Illa Shanahila said...

Aryssa- kalau tukar suamiku tu oke tak? hihihi, cadangan please >_<

Anonymous said...

dah lama sangat saya tunggu novel ni keluar..... :( .. dah publish ker? .. tajuk tu x da masalah bagi saya... :) ...

Illa Shanahila said...

Belum keluar lagi. Masih dalam proses. Apa-apa berita illa bagitau ye =)

Anonymous said...

thank you for responding Illa... saya takut ketinggalan untuk dapatkannya... will go for your DHAD first laa... =)