SPKS ~ Sedutan Sedutan Sedutan.

Teaser lagi.....


“Sorry,”
            Kasut yang baru sahaja dicapai dari rak kasut hampir terlucut. Mak ai, boleh putus jantung. Orang tengah syok berangan. “Hmm.” Jual mahal sikit.
            “Marah ke?”
            “Nak orang marah?” sengaja soalan tidak dijawab. Marah tu tak adalah, tapi geram jugak. Nasib baiklah dia ingat jugak. Kalau tak, memang malam ni tidur luar! Heh heh heh.
            “Boleh juga. Muka marah awak tu comel.” Dia sengih. Kasut sudahpun kemas dikaki. Tali ditarik sedikit menguatkan ikatan.
            Aira dah rasa macam nak selam muka dalam aquarium ikan guppy Dik Qi yang sebesar satu hasta itu. Muka dah bertukar warna merah jambu dah. Aura pink!
            Betullah tak boleh nak marah dia lama-lama.
            Tak boleh.
            “Bisinglah. Jom la gerak. Matahari dah naik pun. Habis burn muka karang,” Punggung seluar ditepuk menghilangkan debu. Firzal sengih dari belakang. Elleh, buat nada garang sebab nak sorok muka pink dia tu. Suamimu ini takkan tertipu.
Dia senyum lebar sambil menuruti langkah Aira ke dalam kereta. Aira..Aira.. Seronok sakat orang yang bernama Aisya Humaira ni. Comel. 
Tak lama pun mereka jogging. Tak sampai satu pusingan pun. Aira awal-awal lagi berhenti. Mengah! Lama gila tak bersukan. Lemak, kolestrol semua dah tepu dalam badan. Impaknya, keinginan untuk lari laju-laju makin tipis. Firzal dah buat muka berlagak. Konon menang lah tu. Riak!
            Separuh jalan mereka berjalan. Bersembang. Ramai jugak orang pagi minggu macam ni. rajin pulak diorang ni bangun awal. Paling banyak, kaum cina. Respect betullah. Dah umur 50 lebih pun boleh lagi selamba bomba jogging potong diorang yang tengah melenggang lenggok jalan.
            “Jom sambung lari,” dah hampir 15 minit rasanya diorang jalan. Jalan sambil menikmati tenang taman.
            “Orang dah penat. Malas nak lari dah.”
            “Betullah lemak awak dah tepu.” Boleh nampak dia senyum sumbing. Mengata orang je tahu. Haish.
            “Bisinglah. Nak lari, pergilah. Orang nak jalan je.” Aira keraskan hati. Sengaja. Bukannya dia penat sangat pun. Penat dia dah lama hilang.
            “Sia-sialah kejut abang pagi-pagi, lepastu taknak lari.”
            Bibir ditarik ke pipi. Sengih.
            “Plus merajuk lagi bila orang taknak bangun. Alih-alih datang sini nak jalan je.” Firzal sambung membebel. boleh tahan jugak laki dia ni. Kalah mummy membebel!
            Aira menyimpan senyum. Firzal tak tahu tujuan dia sungguh-sungguh mengajak dia ke taman pagi ni. Dia nak luangkan masa. Bersama. Sendirian. Dengan suami. Tak boleh ke?
            Firzal tak boleh tahu. Malu!
            “Betul tak nak lari ni?”
            Aira menggelengkan kepala. “Taknak. Kita jalan je lah. Orang dah penat ni. jalan pun boleh pecahkan lemak apa.”
            “Okeyy….” Firzal berhenti tiba-tiba. Senyuman senget terukir dibibir. “Kalau dah penat, biar abang dukung sampai ke tempat parking tadi, nak?”
            “Hish, orang ramai ni.” tak boleh nak buat apa dah. Muka automatik merah.
            “Dah tu, kata penat.”
            “Mengada,”
            “Tadi cakap penat, kan?”
            Aira menggelabah. Firzal dah bersedia untuk menampung berat badan dia. Haish. Tak boleh jadi ni. “Jangan buat hal depan orang la.” Tenaga dikumpulkan sebanyak mungkin.
            “Mana ada buat hal. Abang nak tolong isteri sendiri je.” Sengihannya masih belum surut.
            Cepat-cepat kakinya melangkah ke depan. Sedaya upaya dia berlari. Seram! Tak boleh bayang kalau betul-betul Firzal dukung dia depan orang ramai. “Kalau dapat, kejar lah!” sempat lagi dia melaung meninggalkan Firzal di belakang. Run. Run for your life!

            Firzal hanya mampu menggelengkan kepala. Aisya Humaira. Nakal sungguh!

Comments

Didie Alimen said…
Cik writer, apa tajuk full utk SPKS ni?? Citer ni best laa..;)
Illa Shanahila said…
Suamiku Pencuri Kelas Satu

Ini link dia

http://illashanahila.blogspot.com/2012/01/suamiku-pencuri-kelas-satu-bab-1.html

=)
Didie Alimen said…
Oh haha..tnx .. i tgk mobile version sebab tu tak nmpk tajuk full dia..hehe ;)
Anonymous said…
Baru sedar kak ila de ltk aira n firzal kt sini.
Sentiasa tgu cte dorg ni..best sgt
Anonymous said…
cerita ni dah bukukan belom?