Sayang Awak, Janji! Teaser Bab 9

Sangat tak sempat nak update. Jadi, teaser dulu secoet, boleh?  Thanks! =)



AKU BERSIAP ALA kadar dengan hanya mengenakan tshirt lengan panjang dan seluar panjang kapas. Cermin dimeja solek aku kerling sekilas sebelum membetulkan tudung syria yang aku pakai. Dah elok kot.  
            Telefon bimbit aku biarkan di atas katil selepas membalas mesej terakhir Abang Aliy sebelum mandi tadi. Tak sempat nak balas panjang-panjang dan terangkan apa yang jadi. Terus aje aku cakap ada kerja dan salam.
            Ada kerja. Ya, mandi. kerja la tu, kan? Heh.
            Buka aje pintu bilik, suara ketawa abah dan Fadzril menyapa telinga. Ditambah pula dengan suara mama.
            Dani dengan Dania pun.
            Perlahan aku mengatur kaki mendekati ruang dapur. Nampaknya semua dah macam happy family dah.
            “Dah siap pun…” mama bersuara sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke dapur. “Anak dara bangun lambat.” Sambung mama lagi.
            Aku menghela nafas berat sebelum menarik kerusi kosong di sebelah abah. Dani dan Dania sama-sama menyimpan senyum. Dah tahu dah perangai mama macam mana.
            Mama ni pun, tak kan depan bakal menantu dia pun dia nak jatuhkan saham aku? kalau Fadzril reject aku, mama jugak yang kecewa.
            “Dah lama sampai?” aku menegur tanpa memandang. Saja berbahasa. Dania, aku aku yang baru berumur 15 tahun menghulurkan pinggan kosong.
            “Baru aje.” Fadzril membalas pendek. “Umi kirim salam.”
            Aku mengangguk sebelum menjawab dalam hati. Terbayang wajah Umi Fadzril yang lemah lembut di kepala. Memang sangat lembut hatta bercakap pun aku kena perhati betul-betul. Kalau tak, memang tak dengar.
            “Mama lupa nak suruh Fadz bawa umi sekali.” Mama mengambil tempat di sebelah aku.
            “Umi dengan ayah ada kenduri dekat rumah sedara harini.”
            “Oh…”
            “Hari ni nak beli cincin?” soal abah pula.
            Aku hanya diam mendengar sambil mengunyah nasi lemak mama yang tiba-tiba terasa masin.
            “InsyaALLAH. Hajatnya macam tu lah.” Dia senyum segaris sebelum menadang ke arah aku.
            “Elokla tu. Lepas beli nanti bolehlah ajak keluarga datang sini. Kita ni orang melayu. Kena ikut adat.” Abah bersuara sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulut. “Lagipun kita orang islam. Nak keluar selalu-selalu ni tak elok. Kena jaga jugak.”
            Aku ketawa dalam hati. Bravo abah. Bravo!
            “Abahnya…orang tu nak keluar beli cincin la.” Mama menyampuk, tak senang. “Makan Fadz, tak cukup tambah lagi.”

            Aku nampak Fadzril tersenyum tawar sebelum meneguk kopi panas hidangan mama. Hah, selalu selalu la datang ke rumah aku. Boleh dengar ceremah free abah. Heh he.

Comments

akma hussin said…
Tq illa. X sbr nak tggu full n3.
Nana Nn said…
Sarapan pagi...
sikit tp masuk dalam....
hahaha.....
Tq.....next plzzz
Kak Sue said…
aduh kenapa pendek bangettt... hihihi