Transformers Expo Terbesar Di Asia!

Hah, nak tumpang? Meh meh! Gahaha.

Assalamualaikum!

Ingat tak cerita jumpa Bumblebee ituhari? Kalau terlepas, boleh tengok dekat SINI 

Hah, ini dia exponya! 

Bermula hari ni, 31hb Januari hingga 16 Februari (tarikh ni birthday saya tau), ada Expo Transformers terbesar di asia dekat Genting Highlands! Jadi cuti sekolah dah mula, jom lah reramai tengok apa yang ada dekat sana.

Best! Dengan sejuknya, sebijik rasa macam dekat oversea! Waktu illa pergi tu suhu dia tersangatlah sejuk sampai nak ketuk diri sendiri pasal tak pakai baju tebal sikit. Tak percaya tengok ni. Cakap pun dah kuar kabus! Hah ha.

Grrrrr Sejuk oiii!

Expo ni baru dirasmikan 28hb Jan ituhari oleh Menteri Perlancongan sendiri. Jadi, memang expo ni dibuat dengan besar-besaranlah. 





Mana tak besarnya, korang akan jumpa Optimus Prime setinggi 23 kaki dan Bumblebee yang setinggi 18 kaki! Pergh, dah macam saiz asal dah. Tempatnya dekat Arena of Stars ye, jangan sesat dan terpinga-pinga cari manalah benda alah BumbleBee dengan Prime nih. Hah ha.




Ada 10 Zone dekat expo ni dan pastinya setiap Zone ada tarikan dia sendiri. Bagi kipas susah mati Trasformers dari zaman kartun sampailah ke tahap filem, korang mesti teruja bila dapat tengok lebih 1500 koleksi transformers dekat sini. Best!





 Maunya tak menjerit bila tengok benda alam ni depan mata! Hoh ho. Ada jugak permainan interaktif  Augmented Reality dekat sini, dan ila tak sempat nak cuba. T_T

Dan, hah, yang gambar dekat atas tu, gambar Chevrolet's Camaro yang jadi kereta BumbleBee dalam cerita Transormers tu. Impian dah jadi reality dah bila boleh pegang Bee dekat luar filem! kehkehkeh. Over!




Ada jugak Zone 3D tunnel sepanjang jalan nak masuk ke dalam Arena of Stars tu dimana dekat dalam tu kita akan diberikan spec khas. Memang nampak macam real sungguh lah. 

Antara Geng Kipas Susah Mati Transformers yang ikut sama.
Sebelum tu, harga tiket untuk dewasa RM 55 dan untuk kanak-kanan RM 45 (umur antara 4-12tahun). Kanak-kanak bawah 4 tahun boleh masuk free! Bagi warga emas, umur 60 tahun pulak RM 45.


Okey, meh tengok lagi apa yang ada dekat sana.



Kalau nak tahu apa lagi yang menarik dekat sana, boleh ke www.transformersmal.com.my atau boleh call aje 03-62592697. 

Okay, apa lagi, cuti panjang ni jom, cuti-cuti malaysia!

=)

Comments