Assalamualaikum!
Awal-awal nak pesan, jangan terkejut bila nampak entry yang tiba-tiba dan entah bab mana. Hahaha. Sebenarnya, illa ada buka sikit cerita ni dari bab 11 hingga 15. Jadi, kalau nak mendalaminya (chewwah!) bolehla kembali ke zaman silam...ke zaman bab 11.
Rasanya tak ada orang buat rombak bab macam ni. Hah ha. maaf dan enjoy!
***
ZACK DEMAM PULAK!
Matilah aku macam ni…! Macam mana kalau demam dia melarat
dan boleh bawa maut macam demam denggi tu? Alamak-alamak, macam mana aku nak
balik rumah nanti? Dahlah handphone
dan segala beg aku dia pegang.
Aku
menggaru kepala kuat. Habis serabai rambut aku dibuatnya. Zack yang nyenyak
tidur di atas sofa usang itu aku pandang lama. Mail dari tadi keluar cari
penadol. Sampai sekarang tak nampak muka.
Wajah
Zack yang semakin pucat aku pandang lagi. Tadi eksyen sangat…
Dah biasa…dah biasa…
“Panas
lagi ke dia?”
Belum
sempat aku sambung membebel, Makcik Wan keluar dari dapur dengan membawa kain
lembab dan besen yang berisi air. Dua barang tadi diletakkan betul-betul
berhampiran dengan kepala Zack.
“Meh
saya buat, makcik.” Aku mengambil tuala basah dari tangan Makcik Wan. Tak boleh
jadi ni. Mana boleh dia demam. Mana boleh dia sakit. nanti siapa nak hantar aku
balik?
“Tak
payah. Kau pergi masak sana…”
Tangan
yang baru sahaja mendarat di atas dahinya terhenti kaku. Lah, tak tidur
rupanya…
“Mak
boleh masak. Biar Naurah duduk sini.” Makcik Wan menjawab bagi pihak aku. laju
aje aku menghadiahkan senyuman paling manis untuk Makcik Wan.
“Tak
payah. Bukan boleh sihat pun. Kau pergi masak. Biar mak duduk sini. Bak sini
kain tu.” dia menadah tangan tanpa membuka mata. Nak tak nak, aku letak juga
tuala basah tadi atas dahi dia.
Teruk
sangat gayanya. Nak buka mata pun tak larat.
Wahai
Zack, kau jangan mati lagi…
Dengan
berat hati aku bangun juga dari bersila dan menuju ke dapur. Udang galah yang
kami pancing tadi masih lagi dibiarkan di dalam plastik berhampiran dengan tong
air. Rumah ni tak ada sinki, jadi kalau nak basuh pinggan ke, basuh lauk pauk
ke, kena guna air dalam tong tu je.
Dia
nak suruh aku nak masak apa ni? Butter prawn?
Masak lemak cili api?
Harapanlah…
Nak siang udang ni pun aku tak pasti boleh lulus ke
tidak, inikan pulak nak berangan jadi chef masak udang ni jadi Butter Prawn!
“Nah, kamu buat sendiri, mak nak tolong Naurah masak tu…”
Tangan yang terkial-kial membuka plastik berisi udang
galah terhenti sesaat bila mendengar suara Makcik Wan. Haa, betul tu makcik.
Meh la sini tolong saya. Saya budak baru belajar.
“Alah, biarkan dia. asyik makan tidur aje. Biar dia tahu
susah sikit nak cari makan…”
Walapun perlahan, kata-kata Zack hinggap juga di telinga.
Spontan aku mencebik.
Dia ingat aku tak pernah rasa susah ke? Aku pun orang
kampunglah. Heh.
“Kamu ni…rumah mak ni macam mana, susah dia nanti…”
“Biarkan aje dia mak…”
Aku menarik nafas dalam-dalam. Berani dia ingat aku tak
dapat buat semua ni? heh, bab masak goreng kunyit tak ada hal lah. Pejam mata
pun aku dah boleh buat.
Tapi, macam mana nak siang udang ni?
“Bos suruh tolong kau. Kau nak aku tolong apa ni?”
Aku mengalihkan pandangan dari plastik udang ke arah tuan
punya suara yang menegur. Mail! Sikit lagi aku nak peluk Mail ketat-ketat sebab
muncul tepat pada waktunya.
Aku sempat mengerling ke arah ruang tamu. Zack masih lagi
terbaring di tempat sama. Elleh, tadi tak bagi makcik tolong. Ni suruh Mail
pulak tolong.
“Apahal kau pandang aku macam tu?” Mail buat muka. dia
turut sama mencangkung menghadap plastik udang dan tong air yang ditadah dengan
pili.
“Kau tahu siang udang ni tak?” nak tak nak, aku maniskan
juga muka depan Mail. Nak ambil hati Mail, kena sabar sikit. Senyum ajelah
walau terpaksa.
“Mana aku tahu…”
Automatik aku menepuk dahi. Mail ni la… apa benda yang
dia tahu? “Tolonglah. Aku tak ada idea
ni. nak kena buang semua kulit dia ke?”
Dua pasang mata merenung plastik yang berisi udang itu
lama. masing-masing mencari akal. Dah gaya rupa tikus tengok keju pun ada.
“Aku rasa, kau potong dia punya sesungut je kot.”
“Kulit dia? biarkan?”
“Selalu aku nampak orang biarkan aje kulit dia tu. Kau
ni… takkan tak pernah makan udang?” suara Mail naik satu nada.
Aku tersengih sendiri. Betul jugak. Selalunya memang orang
biarkan udang tu macam tu. Jadi, aku main belasah letak garam kunyit ajelah,
kan?
Heh, siapa kata masak susah.
“Kau keluar ajelah. Tak payah tolong apa-apa. Tolong
tengokkan bos kau tu je. Jangan bagi dia mati.” Aku mencipta sengih di hujung
kata. Seekor udang yang sederhana besar aku capai dari plastik.
“Kalau kau dah kata macam tu….” Mail terus berdiri tegak.
“Aku layan tidur ajelah.” Dia sengih segaris sebelum berlalu dari situ.
Hampeh sungguh.
Aku menyising lengan baju hingga ke siku. Rambut yang
mengurai melepasi bahu aku ikat satu. Satu-persatu udang aku capai dari
plastik. Syabas Naurah. Syabas. Kau dah pandai masak.
Bolehlah suruh Benjamin pinang kau lepas ni.
Tak sampai lima minit, semua udang dah dibasuh dan
disiang bersih. Dengan senyuman yang masih berbaki, aku membawa bekas yang
berisi udang tadi ke dapur.
Kaki tiba-tiba terhenti kaku bila melihat ‘dapur’ di
hadapan. udang hampir terlepas dari genggaman. Dada berombak laju. Mulut
automatik ternganga. Ni ke ‘dapur’ tu?
Oh em gee,
macam mana aku nak masak guna dapur kayu?!
AKU TERPAKSA PEKAKKAN bila
Mail membebel panjang. Aku tahu aku boleh minta tolong Makcik Wan untuk
hidupkan api, tapi aku tahu Zack akan bising.
Nak tak nak, aku kejut juga Mail yang baru aje lima minit
melelapkan mata. Terpaksa sebenarnya.
Bibir aku automatik melakar senyum bila api mula menyala.
Aku memandang ke arah Mail yang belum habis membebel. Kalau dulu aku menyampah
dengar dia mengomel itu ini, sekarang benda tu dah jadi kebiasaan.
Banyak mana pun Mail mengomel, membantah atau membebel,
apa yang dia tak nak buat tu, dia akan buat juga. Contohnya macam sekarang ni.
“Terima kasih banyak Mail!”
Mail mencebik sambil meletakkan lighter di atas meja
kecil sebelah dapur. “Dah, jangan kacau aku.”
“Ayyai!” tangan di bawa ke dahi, ambil hati.
Tanpa membalas, Mail membawa kaki ke bilik kecil
bersebelahan dengan bilik yang aku tidur semalam. Nak sambung tidur agaknya.
Aku mencapai kuali hitam yang tergantung pada dinding.
Kuali, ada. Minyak, ada. Garam dah kunyit dah perap.
Dengan lafaz bismillah, aku meletakkan kesemua udang yang
diperap tadi ke dalam kuali. Tangan kanan mula mengacau udang di dalam kuali
dan tangan kiri mula menguis beberapa arang keluar.
Tak bagi api kuat sangat.
“Goreng kunyit je pun… itu pun lambat,”
Sudip di tangan hampir melayang ke arah tuan punya suara
yang menegur. Hish, dia ni pun. tak tahu ke aku tengah buat kerja-kerja bahaya
ni. kalau kena mintak panas dekat muka tu siapa nak jawab?
“Siapa suruh saya masak. Kalau Makcik Wan masa tadi,
bolehlah wak merasa udang masak merah.”
Laju aku menjawab. Nak complaint pulak.
Aku berbesar hati nak tolong masak ni pun dah kira bagus.
“Kau ingat mak aku tu orang gaji? Nak makan, masaklah
sendiri.”
Spontan aku mencebik. Kata orang… “Awak pergi sanalah.
Dah siap masak nanti saya panggil. Sakit tu buat cara sakit.”
“Dah sihat dah…”
Kening aku terangkat tinggi. Tipulah tu. tadi dah gaya
orang nak mati, takkan boleh tiba-tiba sihat. Tangan kiri aku terangkat tinggi
tanpa sedar. Belum sempat mengena dahi, Zack lebih cepat menepis.
“Ish, saya nak rasa badan awak tu panas lagi ke tidak.”
“Tak payah.”
Sombong. Sekali lagi aku membuat muka. aku mula mengacau
udang di dalam kuali. Sekali-sekala aku membetulkan letak arang pada api tadi
dengan kayu panjang. Kuat sangat karang, hangus pulak udang aku.
“Dah masak dah tu.
seafood orang tak goreng lama-lama.” Zack menegur dari belakang.
“Ye ke?”
“Tak ada untung pun aku nak tipu.” Dia membalas selamba.
“Sini!”
Aku berpaling ke belakang dengan dahi berkerut. Sini?
“Apadia?”
Tuala basah yang dipegangnya tadi dibawa ke muka aku.
Dia lap pipi aku? Zack lap pipi aku?
“Baru masak sekali, arang dah penuh dekat muka,” dia
bersuara perlahan. Aku terkaku sendiri. Darah merah mula naik ke kepala dan
muka. Janganlah dia perasan yang aku tengah ‘blushing’!
“Udang tu, angkat. Hangit karang.”
Cepat-cepat aku mengaut kesemua udang di dalam kuali dan
diletakkan di dalam pinggan. Dada masih lagi berdebar kencang dek tindakan Zack
tadi.
“Kejap, ada lagi arang tu.”
Aku mengangkat muka, memberanikan diri memandang wajah
selamba dia. Tangan kanan dia mula menyentuh hidung aku sebelum sempat aku
menepis.
“Okay. dah.” Dia tersenyum nipis dan terus berlalu ke
ruang tamu.
Jantung aku makin kencang mengepam darah. Mata masih
memaku pandang ke arahnya sehinggalah dia kembali baring di atas sofa.
Apa. Dah. Jadi. Ni?
TELUR DADAR, udang
goreng dan sup sayur (yang ini makcik yang buat) terhidang elok di atas meja.
Bila dah lapar macam ni, pandang telur dadar tu pun dah rasa terliur gila!
Mail mengekek ketawa bila aku menghulurkan pinggan berisi
nasi kepada dia.
Makcik Wan juga menyimpan senyum. Hanya Zack saja yang
masih dengan muka tenang dia.
Semua orang dah kenapa?
“Kesian kamu Naurah. Maaflah makcik tak tolong.”
Aku senyum segaris. Aku tak kisah sebenarnya. Tapi
itulah, nak hidupkan dapur kayu tu leceh sikit.
Rupanya ada lagi rumah yang guna dapur kayu. Tak ada TV,
kipas. Lampu pun guna lampu mentol warna kuning itu aje.
Macam manalah Makcik Wan hidup dekat sini. Sorang-sorang
pulak tu.
“Ini ajelah yang saya mampu masak pun.”
“Dah bagus sangat ni. Biar tak pandai masak, janji kena
rajin.”
Hidung terasa kembang bila dipuji. Aku menjeling ke arah
Zack sekilas. Nampak, mak dia pun puji aku, tahu?
“Rajin sangat tu mak…” Mail tiba-tiba menyampuk. Bibirnya
masih tidak kering dengan sengihan.
“Makan, Mail. Sudah-sudahlah kamu mengusik Naurah ni.”
“Mana ada. Saya tak usik dia pun mak…” Mail ketawa lepas.
Wajah Makcik Wan dan Mail aku pandang bersilih ganti. Apa kena dengan dia orang
ni sebenarnya?
“Zaki, bagi mak kain tu,”
Zaki? ZAKI? Nama Zack, Zaki?
“Nak buat apa?” soal Zack tanpa memandang.
“Tanya lagi. Bukannya mak tak tahu ni kerja kamu dua
orang.” Makcik Wan mengambil kain lembab dari bahu Zack. Aku hanya memerhati.
Sikit pun aku tak faham apa yang jadi sekarang.
Yang aku tahu, nama Zack, ZAKI!
“Naurah, sini makcik lap muka tu.”
Lap muka? Aku menadah muka dengan rasa pelik. Bukan ke
tadi Zack dah tolong lap. Ada lagi ke? “Kotor sangat ke makcik?”
Makcik Wan menggeleng perlahan dengan senyuman. “Sikit
je. Dekat hidung ni ha.”
Hidung? Bukan ke tadi…
Laju aku memadang ke arah Zack yang selamba menyuap nasi
ke mulut. Pandangan beralih pula pada Mail yang dari tadi tersengih.
Padanlah dia orang semua gelakkan aku.
Ada yang menconteng arang dekat muka aku rupanya. Heh. Tak patut betul!
3 comments:
Waaaaa sudah tukar
Besttttttttt
haah, dh tukar. heee =)
ada ja nak kenakan Nurah ya... kasihan ....
Post a Comment