Friday 3 January 2014

Lempar Ke Belakang 2013

Assalamualaikum!


Nampak semua orang duk post pasal apa yang jadi sepanjang tahun 2013, jari jemari yang tak berapa nak runcing ni rasa gatal nak menaip jugak. Hah ha!

Jom mula!

1- Jadi pengapit dan buat hantaran.



Kali pertama diberi kepercayaan menjahanamkan gubahan dulang hantaran. Kehkehkeh. Dan kali pertama jugak jadi pengepit pengantin.


2- Kali kedua panjat Bukit Broga


 Tak tahu sejak bila ada hobi memanjat manjat ni dalam darah. Tapi itulah, sebut je bukit, terus kaki gatal nak panjat.

3- Kali pertama panjat Bukit Tabur


Yang ni mencabar gila. Silap langkah boleh terjerumus ke lembah yang tak sepatutnya. Kalau tak, tak akan ada yang offer nak sambot tangan. Hah ha! jangan tiru! 



4- Kali pertama kerja lepas habis belajar


Kerja semasa belajar banyak. Tapi ni kerja pertama lepas keluar dari uni. Kerja ni tak ada kaitan langsung dengan apa yang cikgu ajar dekat uni. kalau ada kaitan pun dalam 10% je. Tapi tak apa, pengalaman.


5- Kali pertama bagi makan dekat rimau.


Tiger encounter. Dekat A Famosa Resort. Antara pengalaman yang tak tahu bila lagi boleh rasa. Boleh pulak ghimau tu buat sora grrrrrrr masa nak kasi makan tu. Kecut hati. Hah ha.


6- Menggagau ikan keli


Dekat kampung memang ada sawah padi. Tapi sepanjang 20++ tahun hidup, tak pernah nak jejak dalam bendang tu. Nak-nak bila macam ni. Hah ha. Tapi aktiviti dekat Homestay Hj Dorani ituhari membuatkan kami-kami yang masuk bendang tak nak naik. Best rupanya bergelumang dalam lumpur ni. Kehkeh.


7- Bela arnab dan kucing




Memang tak pernah bela apa-apa pet pun sebelum ni kecuali ikan laga waktu kecik dulu. Hah ha! Say hi to Mikko!


8- Bekerja di hari raya


Kalau dah namanya pekerja baru, memang sah-sahlah tak dapat cuti. Jadi, hari raya haji itu hari terpaksalah dengan manis muka bekerja demi sesuap nasi himpit. Heh he.


9-  Dan.. tak lain tak bukan, Dalam Hati Ada Dia? Mimpi jadi kenyataan kot. =)




Eh, apasal sembilan je nih? Hah ha. Banyak sangat benda jadi tahun 2013 ni. Benda yang masam, campak, jadikan peringatan. Yang manis, kita pahat dekat kepala, jadi kenangan =)

Bai









7 comments:

DapurAlong said...

yg no.9 tu akk dpt dh..tp x dpt lak gift yg awak post dlm entry sblm nie..(frust tu!!). pastu cam serik je nk oder online ngan P2U. masuk 2 minggu br dpt buku..:(

DapurAlong said...
This comment has been removed by the author.
Illa Shanahila said...

Huittt.jangan serik Kak. Huhu. Mungkin illa sign lambat. Diorang dah packing siap2 y akk order =)

Waisya Carissa said...

Arnab plk name ape Illa?

Illa Shanahila said...

wc- arnab xde nama. hehehe

DapurAlong said...

Illa, tahniah ye. Novel awak mmg best. Bab awal bc kt blog..dh dpt buku, dh 3x akak bc. Akak suka!

Illa Shanahila said...

Huish sampai tiga Kali. He he he.terimakasih banyak kak. Maafkan segala kekurangan ye =)