PINTU SEDERHANA BESAR aku tutup perlahan. Tak nak kacau
Murni yang mungkin dah tidur. Jam yang tergantung pada dinding bercat biru muda
itu aku pandang sesaat. Betul. Pukul 11.00 malam. Sama dengan waktu yang ditunjukkan
pada jam tangan aku.
Hampir
setengah jam Abang Aliy bawa aku pusing sekitar bandar KL sebelum hantar aku
balik rumah. Nak tunjuk lampu malam katanya. Konon nak pujuk la tu.
Tapi salah
dia tak besar mana pun. dia tertengking aku je. Bukannya pukul, kan?
Apa boleh
buat, aku ni memang jenis senang sangat nak menangis bila kena tengking.
Sungguh.
Macam tadi.
“Diyan?”
Langkah aku
ke bilik tidur terhenti kaku. Nasib baik aku tak keluar latah cun aku. Murni
pun…
…nak tegur
aku malam-malam macam ni tak pakai bedak sejuk tak boleh ke? Haih.
“Baru
balik?” dia mengerling ke arah jam sekilas dengan mata yang dipaksa buka
sebelum memandang ke arah aku. tangan kanannya menggosok anak mata yang mungkin
terasa perit diterangi cahaya lampu ruang tamu.
Awal
sungguh budak ni tidur.
Aku hanya
senyum mengangguk, menjawab soalan dia. “Nak mandi…” tombol pintu bilik aku
pulas perlahan.
“Keluar
beli cincin?”
Dengar aje
soalan Murni kepala aku terus berpusing ke arahnya. “Er…tak.” Sekali lagi aku
senyum.
Aku nampak
kening Murni terangkat seinci. Pelik. Memang aku boleh agak dia akan rasa
pelik. Mana pernah aku keluar sampai malam macam ni. Kalau keluar pun, sama ada
dengan dia, ataupun mama (ataupun Fadzril).
“Dah tu?”
Aku sengih
bersalah. Bukan bersalah dekat Murni, tapi Fadzril. Punyalah lama Fadzril ajak
keluar beli cincin, aku tolak. Ini Abang Aliy ajak keluar, senang pulak aku
terima. (Tapi, Abang Aliy bukan ajak beli cincin pun).
“Aku mandi
dulu Uni…” kening aku angkat seinci kepadanya. “Nanti aku cerita.” Terus aku
tutup pintu bilik sendiri.
“Diyan!”
Aku
tergelak kecil dari dalam bilik. Itu dia. suara halilintar Murni dah keluar.
“Baik kau
cerita. Kau keluar pergi mana? Dengan siapa!?” pintu bilik aku diketuk
bertalu-talu.
Aku menarik
nafas dalam-dalam sambil menyembunyikan senyuman. Payah betul satu rumah dengan
wartawan tak pass interview ni. haih.
“Apa…?” aku buka juga pintu bilik sebelum menjamah wajah Murni yang dah
berkerut. Habis jatuh debu-debu putih bedak sejuk yang dia pakai tu.
“Cerita kat
aku. Now!” dia dah pun melangkah
masuk ke dalam bilik aku sebelum melabuhkan punggung di atas katil bujang yang
disediakan oleh tuan rumah. “Kau jangan nak mengada berahsia dengan aku.”
Aku senyum
lagi. Tak padan dengan baru keluar hospital. Ganasnya aduhai… “Kau ingat tak
lelaki yang aku jumpa dekat hospital haritu?”
“Abang yang
bayarkan kau teksi tu?”
Aku
mengangguk perlahan. Tak perlu pelik bila Murni tahu pasal tu. Aku tahu Payed
akan cerita.
“Bukan
bayarkan, bagi pinjam.” Aku mencebik, membetulkan fakta. “Aku keluar dengan dia
tadi…”
Dan tepat
seperti yang aku jangkakan, terus mata Murni bulat memandang aku. terkejut.
“Mak dia
ajak makan ajelah…” sambung aku lagi.
Kali ni
mata dia pula yang hampir terkeluar. “Kau keluar dengan abang tu? Dengan mak
dia skali?”
Aku
mengangguk lambat-lambat tanpa memandang wajah Murni dihadapan.
“Diyan!!!?”
sekali lagi dia menjerit. “Baik kau cerita.”
“Aku nak
mandi laa…”
“No, now!”
Laju aku
menggeleng. Budak ni la. Sungguh tak menyabo!
Lambat-lambat aku melangkah juga mendekati Murni yang masih memandang aku, tak
lepas. “Macam ni…”
Aku mula
membuka mulut, bercerita dari awal cerita sehinggalah kejadian tadi. Aku nampak
Murni mengangguk dan menggeleng beberapa kali. Khusyuk sungguh dia mendengar
cerita aku.
Kalau aku goreng dia pun sedap ni. heh.
“Habistu
Fadz tahu tak pasal Abang Aliy ni?” soal Murni sebaik sahaja aku menghabiskan
ayat terakhir.
Perlahan aku
menggeleng. Memang pun Fadzril tak tahu. bukan hanya Fadzril, mana pun tak
tahu. hatta Murni pun dia baru buka cerita malam ni.
Iyalah,
kenapa nak bagitahu pasal Abang Aliy tu pulak? Tak penting pun, kan?
“Gila kau. Buatnya
Fadz thu kau keluar dengan lelaki lain, maunya dia mengamuk.”
“Ish,
takkan nak mengamuk pulak. Aku dengan Abang Aliy tu bukan buat apa-apa pun. aku
teman mak dia makan ajepun.” Gila ke nak mengamuk sebab tu je? Besar sangat ke
salah aku?
“Tapi
still, kau keluar dengan lelaki lain.” Murni menggeleng laju. “Kau kena
bagitahu Fadz tu, aku tak nak nanti hubungan korang terjejas sebab abang baru
kau tu.”
Spontan kening
aku terangkat tinggi. Kenapa nak terjejas pulak? “Malaslah bagitahu. Nanti banyak
pulak soal dia. lagipun dia bukannya laki aku pun.”
“Diyan?!”
Aku ketawa
lepas sebaik sahaja mendengar Murni menjerit kuat. Pantang sungguh dia bila aku
cakap macam tu. dia dengan mama sama aje. Pro Fadzril.
Heh.
“Iya…iya. Sorry. Tapi aku tak nak bagitahu la. Aku
pun bukannya ada apa-apa dengn Abang Aliy tu. Itu kali terakhir kut keluar dengan
dia.”
Aku nampak
Murni mencebik lebar. Tak puas hati. “Kau jangan main-main. Sekarang ni ramai
yang suka tipu orang. Nak-nak kau tak kenal pun abang tu. ntah-ntah dia ada
motif apa-apa ke. Nak culik kau ke…”
“Motif dia
nak culik aku? kau ingat aku anak perempuan tunggal orang besar-besar ke?”
Murni ni la…
Tak masuk
akal sungguh.
“Mana tahu…orang handsome ni bukannya boleh di buat
main. Ada je udang disebalik mee. Mana ada orang handsome tak ada isteri
sekarang ni? Paling kurang pun teman wanita. Heh.”
Laju aku
menggeleng. Tak berasas sungguh pemerhatian kau wahai Uni. “Kau ni…tak baiklah.
Abang Aliy tu baik la.”
Baik.
Ya, dia
baik sebab dia tolong bayarkan aku tambang teksi.
Baik sebab
dia tak cerita pun dekat mak Inah apa yang aku buat sebelum ni.
“Baik eh? Jadi
Abang Aliy kau tu mesti tak hansdome mana.” Murni ketawa kuat.
Cait. Kurang
asam gelugur sungguh. “Abang Aliy okey apa… taklah teruk sangat pun…” wajah
Abang Aliy yang sentiasa tenang itu kembali ke layar kepala. Rambut yang hampir
botak membuatkan gayanya menakutkan. Nasib baik gaya dia ada iras pelakon
Prison Break tu.
Siapa cakap
orang botak tak kacak?
Heh.
“Sudahlah
Diyan. Patutnya kau fikir pasal Fadzril tu,” Murni bingkas bangun sebelum
mencapai novel I’ve Got Your Number dari
atas katil. “Lagipun bukan ke dia dah nak pinang kau. Kan?”
Aku mengeluh tanpa sedar. Ya,
aku tahu aku tak sepatutnya mengeluh. Aku tahu. “Haah. Weekend ni kami cari cincin tunang.” Aku menjawab perlahan. entah
apa perasaan yang datang kali ni.
Pelik.
“Ha.. that’s your future. Esok-esok kalau jumpa Abang Aliy kau tu,
bolehlah kau say goodbye, kan?” Murni
mengenyitkan mata sebelum melangkah keluar dan hilang disebalik pintu.
Aku masih terpaku di atas katil
dengan perasaan berbaur.
Say
goodbye, huh?
WEEKEND. MACAM
BIASA, hujung minggu bulan pertama aku akan balik rumah mama. Bukannya ada
apa-apa pun, tapi entah. Dah jadi rutin.
Lagipun,
rumah mama dengan rumah aku bukannya jauh mana. Saja je teringin nak rasa hidup
dekat rumah sewa, rasa hidup sendiri. Berdikari.
Konon.
Padahal hampir
tiap minggu aku melencong ke sini semata-mata nak makan masakan mama. Heh.
Aku bangun pada
pagi hujung minggu dengan perasaan berbaur. Bau sambal ikan bilis masakan mama
menerjah masuk ke dalam bilik aku tanpa dipaksa. Wangi.
Tapi bila aku buka aje mata,
kepala terus teringatkan janji pada Fadzril.
Beli cincin.
Spontan aku
mengeluh. Aku ni dah bersedia ke nak berumah tangga?
“Yana! Bila nak bangun ni! matahari dah
terpacak tu ha!”
Itu dia.
mama.
Dah memang
rutin dia untuk mengeluarkan suara soprano bila aku balik bermalam dekat rumah.
nak buat macam mana, katil dekat rumah sendiri punyalah empuk gila.
Sampaikan nak
bangun pun terasa sayang…
“Yana!! Tolong
mama buat breakfast ni!”
Haih. Niat dihati
nak tarik selimut terbantut terus. Jam kecil di atas meja aku pandang sesaat
sebelum membawa kali ke bilik air. Nak gosok gigi.
Mama pun…baru
pukul tujuh setengah.
Mentang-mentanglah
bilik aku dengan dapur tu hanya sekangkang kera, syok aje mama kejut aku pakai
suara soprano.
Heh.
“Yanaaaa!”
Hampir terlepas
berus gigi ditangan. Laju aku menggeleng. Mama…mama. “Orang dah bangun!” aku
menjerit, melawan bunyi sambal tumis mama.
“Cepat
sikit! dah nak kahwin pun bangun lambat lagi!”
Aku tersengih
dengan berus gigi yang masih di dalam mulut. Kalau dah macam tu gayanya, berani
ke aku nak ingkar arahan mama yang satu tu?
Berani ke
aku nak tolak pinangan Fadzril?
Air paip
aku buka perlahan sebelum sisa ubat gigi aku bersihkan. Waktu-waktu macam ni
memang aku dah tak boleh nak memilih. Lagipula, bukannya ada yang beratur nak
pinang aku pun.
Fadzril seorang
je.
Jadi Diyan,
jangan nak memilih. Mana tahu Fadzril lepas kahwin akan menepati citarasa kau?
Heh. Harapnyalah.
“Masak apa ma?” aku terus
menegur mama sebaik sahaja kaki menjejak dapur. Rambut yang hanya paras bahu
aku tocang satu. Bukan tak tahu mama masak apa. bau sambal tumis itu pun dah register
dalam kepala.
“Nasi lemak. Pergi basuh telur,
lepas tu rebus.” Terus mama mengarah tanpa memandang. Tangannya masih lagi
mengacau sambal yang dah pun naik minyak. Heh. Betul kan naik minyak? Pemarah betul
sambal tu. Hah ha.
Aku membuka peti ais satu pintu
sebelum mengeluarkan empat biji telur. Cukup la kut untuk abah, mama, Dani
dengan Dania. “Tak payah basuhlah ma. Nak
rebus dalam air jugak, kan?”
“Hish.” Mama menoleh ke
belakang. “Kamu tahu tak telur tu datang dari mana? Kilang proses telur tu
bukannya cuci betul pun.”
Bibir terus mencipta senyum
senget bila mendengar mama membebel. bukannya dia tak tahu, dekat telur tu
kadang-kadang masih ada terlekat benda yang tak sepatutnya.
Jadi, memang kena basuh dulu.
“Fadzril datang makan sini kan?”
Tangan yang menyiram telur
dengan paip sinki terhenti kaku. Hah?
“Mama lupa nak suruh dia ajak
mak dia sekali tadi.”
Fadzril makan dekat sini? “Untuk
breakfast?” soal aku.
Mama hanya mengangguk tanpa
berpaling. Laju aku mengetuk kepala sendiri. Ini la yang dia tak suka. Mama
dengan Fadzril suka buat kerja belakang tabir. Kerja yang dia tak tahu menahu.
Haih.
“Pukul berapa dia cakap nak
datang ma?” aku meneruskan basuhan tadi sebelum mencapai periuk kaca dari
penyejat.
“La, tanya mama pulak. Dia tak
call kamu ke?”
Aku angkat bahu. “Tak ada pun.”
periuk tadi diletakkan di atas dapur gas sebelah kuali sambal tumis mama.
“Kejap lagi sampailah tu.” mama
bersuara tanpa nada. “Ni tak nak mandi ke?”
Aku mengela nafas berat. Malas nak
bersiap sebenarnya. Kalau makan dengan ahli keluarga aje kan best. Tak payah
nak buat gaya makan dekat luar, kena bersiap pakai tudung bagai. “Mana orang
tahu dia nak datang…”
“Bukan hari ni nak beli cincin
ke?”
Aku mengangguk perlahan. Ya. Nak
beli cincin.
Tapi bukan pagi-pagi alam macam
ni. Jadinya Fadzril akan duduk sini sampailah kami keluar tengah hari nanti?
Mama ni la…
“Pergi mandi sana. Kejap lagi
dia sampai tak ada siapa nak layan.”
“Mama la yang layan dia. mama
yang jemput.” Laju aku membalas.
Dan laju aje bahu aku diketam
mama. Adui. perit!
“Jangan nak mengada. Pergi siap
sana.”
Aku
mencebik lebar tanpa mama perasan. Kaki dikuatkan juga kembali ke bilik untuk
mandi. baru aje nak bersenang lenang dekat rumah sikit.
Nak lepak-lepak
atas katil…
Bangun lambat…
Tak mandi
sampai tengah hari…
Baru aje
tuala dicapai dari penyangkut kayu, telefon berbunyi menandakan mesej baru
masuk. Aku berpatah balik ke katil sebelum mencapai telefon.
Fadzril la
kut. takkan dah sampai? Baru pukul lapan kot? Mana ada orang datang rumah orang
awal pagi macam ni?
‘Adik manis, awk tertinggal
power bank dalam kereta abg.’
Spontan aku senyum. Abang Aliy.
‘Patutlah cari tak jumpa.’
Send.
Aku kembali
baring di atas katil, menunggu jawapan.
‘Ada ni ha. Abg pun tak
perasan. Nak basuh kereta tadi baru nampak. Nak abg hantarkan ke?’
Patutlah.
Dah dua hari aku dari. Sikitpun tak teringat aku ada keluarkan waktu Abang Aliy
hantarkan dulu. ingat nak charge
handphone, tapi sekali powerbank pun tak ada bateri.
Sia-sia je
bawak berat-berat.
‘Boleh jugak. Tapi saya ada
dekat rumah mama ni…’
Send.
30 saat
kemudian.
‘Patutlah
ketuk tak ada org buka pintu.’
Huh? Aku terbangun
dari katil. Ketuk? Ketuk apa?
‘Abg pergi
rumah sewa sy ke?’
Biar betul
dia ni? Takkan pagi-pagi dia dah terpacak depan rumah sewa aku?Main ketuk-ketuk pintu pulak. hish! menakutkan kut!
Alamak, betul
ke hipotesis yang Uni bagi itu hari? Ada udang disebalik mee?
‘Haah. ada depan rumah awk ni.
silap abg jugak tak bagitahu. Mak pun ada. Kami lalu dekat kwsn rumah awk, jadi
singgah terus.’
Oooo. Patutlah. Buat terkejut je. Heh. Tangan mula laju
menaip, membalas.
‘Kalau macam tu datang rumah
mama sy la. Tak jauh mana pun.’
Send, aku
memandang kembali jawapan yang aku taip. Aku ajak dia datang rumah mama? Biar betul
kau ni Diyan? Bukan ke kejap lagu Fadzril pun nak datang?
‘Tak apalah, segan. Nanti-nantilah
sy pulangkan. Awk nak guna ke?’
Fuhh. Nasib baik dia tolak. Nasib
baik…
Tangan mula menyusun kata untuk
membalas. Belum sempat jari menekan butang hantar, satu lagi mesej baru masuk.
‘Lambat sikit abg hntr. Bagi
awk rindu”
Mata terus bulat saat membaca
perkataan terakhir itu. err…
Dan satu lagi mesej baru masuk.
Terketar-ketar tangan menekan ‘buka’.
‘Dekat power bank tu… =)’
Ceh! Buat kalut je dia ni…
Dengan senyuman
yang masih berbaki aku kembali menyusun ayat.
“Yana! Fadzril dah sampai!”
Jari jemari
terus kaku mendengar laungan mama.
Dah sampai? Seriously?
Oh
no, aku
belum mandi!
14 comments:
Apa yg ada kat powerbank tu..
Illa....lama tunggu baru dapat update best-best tapiii pening sikit baca tang mula2 tu, kenapa ada dua version murni masuk bilik :D hehehe......
hah. kalo dua kali masuk bilik tu illa yang pening. hahaha.thx bagitau
Illa...mmg best
Mmg x nk berenti baca
Tapi dia abis juga
Alaaaaa.....
Lain.kali pjg2 bnyk la ya illa
Hihihihi
Alllllaaaaaa....
Tak cukup la....
penantian itu satu penyeksaan...
kenapa bila da mula nak tersenyum tetiba mood jadi kembali muram.. hai ilaa ..isk isk isk
Alllllaaaaaa....
Tak cukup la....
penantian itu satu penyeksaan...
Nana - x cukup panjang lagi ek? Hihihi
Oni- kenapa knapa
Best.;)
Ohh bestnyaa
Abang nak cakap bagi Yana rindu kat abang lama sikit tapi malu lah tu....
Abang kalau malu memang melepas lah... hehehe
wahhhhh.. best2!! bila nak sambung ni? heheee..
Oii citer zman bila ni hg bru bacaaa. Hehehehhe
Post a Comment