Sangat tak sempat nak update. Jadi, teaser dulu secoet, boleh? Thanks! =)
AKU BERSIAP ALA kadar dengan hanya mengenakan tshirt lengan
panjang dan seluar panjang kapas. Cermin dimeja solek aku kerling sekilas
sebelum membetulkan tudung syria yang aku pakai. Dah elok kot.
Telefon
bimbit aku biarkan di atas katil selepas membalas mesej terakhir Abang Aliy
sebelum mandi tadi. Tak sempat nak balas panjang-panjang dan terangkan apa yang
jadi. Terus aje aku cakap ada kerja dan salam.
Ada kerja.
Ya, mandi. kerja la tu, kan? Heh.
Buka aje
pintu bilik, suara ketawa abah dan Fadzril menyapa telinga. Ditambah pula
dengan suara mama.
Dani dengan
Dania pun.
Perlahan
aku mengatur kaki mendekati ruang dapur. Nampaknya semua dah macam happy family dah.
“Dah siap
pun…” mama bersuara sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke dapur. “Anak dara
bangun lambat.” Sambung mama lagi.
Aku
menghela nafas berat sebelum menarik kerusi kosong di sebelah abah. Dani dan
Dania sama-sama menyimpan senyum. Dah tahu dah perangai mama macam mana.
Mama ni
pun, tak kan depan bakal menantu dia pun dia nak jatuhkan saham aku? kalau
Fadzril reject aku, mama jugak yang kecewa.
“Dah lama
sampai?” aku menegur tanpa memandang. Saja berbahasa. Dania, aku aku yang baru
berumur 15 tahun menghulurkan pinggan kosong.
“Baru aje.”
Fadzril membalas pendek. “Umi kirim salam.”
Aku
mengangguk sebelum menjawab dalam hati. Terbayang wajah Umi Fadzril yang lemah
lembut di kepala. Memang sangat lembut hatta bercakap pun aku kena perhati
betul-betul. Kalau tak, memang tak dengar.
“Mama lupa
nak suruh Fadz bawa umi sekali.” Mama mengambil tempat di sebelah aku.
“Umi dengan
ayah ada kenduri dekat rumah sedara harini.”
“Oh…”
“Hari ni
nak beli cincin?” soal abah pula.
Aku hanya
diam mendengar sambil mengunyah nasi lemak mama yang tiba-tiba terasa masin.
“InsyaALLAH.
Hajatnya macam tu lah.” Dia senyum segaris sebelum menadang ke arah aku.
“Elokla tu.
Lepas beli nanti bolehlah ajak keluarga datang sini. Kita ni orang melayu. Kena
ikut adat.” Abah bersuara sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulut. “Lagipun
kita orang islam. Nak keluar selalu-selalu ni tak elok. Kena jaga jugak.”
Aku ketawa
dalam hati. Bravo abah. Bravo!
“Abahnya…orang
tu nak keluar beli cincin la.” Mama menyampuk, tak senang. “Makan Fadz, tak
cukup tambah lagi.”
Aku nampak
Fadzril tersenyum tawar sebelum meneguk kopi panas hidangan mama. Hah, selalu
selalu la datang ke rumah aku. Boleh dengar ceremah free abah. Heh he.
5 comments:
ok la tu...
=)
Tq illa. X sbr nak tggu full n3.
Sarapan pagi...
sikit tp masuk dalam....
hahaha.....
Tq.....next plzzz
aduh kenapa pendek bangettt... hihihi
Post a Comment