Friday 10 January 2014

Soft Launch: Transformers EXPO Malaysia

Assalamualaikum!

Nampak gambar illa dengan BumbleBee dekat bawah tu kan? Hoho. Kalu tak tengok lagi, ini ha. sekali lagi nak tunjuk (kemain excited sebenarnya bila dapat bergambar dengan Bee!)



Itu sebenarnya gambar waktu Soft Launch Transformers expo Malaysia dekat Genting Highlands semalam yang dirasmikan oleh Pn Hamdiah Ismail, wakil Tahun Melawat Malaysia 2014.




Bagi yang tak tahu, tahun 2014 merupakan tahun melawat Malaysia, jadi sempena ulangtahun ke 30 Hasbro's Transformers ni, satu expo akan diadakan buat pertama kalinya di Malaysia. Maunya peminat transformers tak eksaited? Hohoho

BumbleBee pon promote Cuti-Cuti Malaysia oiii


Jadi, kepada peminat-peminat cybertron semua, cepat-cepat set the date bersama keluarga ke, kengkawan ke untuk tengok sendiri apa yang ada dekat expo ni bermula 31 Jan hingga 16 Feb 2014. Jangan tak percaya kalau korang jumpa dengan Optimus Prime dan BumbleBee yang setinggi 23 kaki nanti! Hohoho. 

Lain-lain benda menarik dekat expo tu nanti akan illa cerita lain entry. Apa-apa pun, jom tengok apa yang jadi waktu soft launch semalam.






Okay, tak sabar tunggu 31hb Jan. Nak jumpa Optimus Prime pulak!

3 comments:

SuhaFasihah said...

mesti penat org yg jd bumblebee tu...

Illa Shanahila said...

Haah.haha tapi dia man of the day. Smua nk bergmbr. Hihi

Unknown said...

niceeeeee :)