Kepada yang tak tahu, SPKS ni sebenarnya novel yang pertama illa siapkan. Siapkan dengan penuh susah payah sampai ambil masa setahun lebih (30 Dec 2011-Jan 2013) berbanding DHAD yang hanya empat bulan (jadi maafkanlah kalo ada kurang, ya =) )
Jadi, jadi, jadi, sekarang ni illa tengah adakan sesi bedah siasat SPKS. Bedah dari bab awal sampai akhir sehinggakan tajuknya pun illa nak tukar (any idea untuk tajuk? heh he). Harap-harap boleh baiki apa yang patut. Maklumlah, waktu siapkan SPKS ni illa masih bertatih-tatih nak siapkan novel. Memang sangat payah. Heh he. Okay. apa-apapun, moga siaplah sesi bedah siasat ini dengan jayanya.
Dekat sini illa kasi sikit teaser.
Sikit je.
Memangpun sikit.
Hah ha.
=)
Thanks yo!
***
“I’M HOME!”
“Bisinglah
Long!”
“Home
sweet home!” Ulang Along lagi tanpa menghiraukan rungutan adiknya. “Rindunya
Malaysia!”
Aira
mencebik. Along ni, macam lah tak pernah keluar dari Malaysia. Dulu
bertahun-tahun dekat UK taknak balik, rilaks je.
“Tak
jemput Along dekat aiport tadi, kenapa?”
“Dah
tua-tua pun nak kena orang jemput ke?” Aira mengangkat kening. Dia masih
membelek hadiah yang Along bawa balik dari Dubai. Tadi, Angah yang bawa mummy
pergi jemput Along. Dik Qi sekolah, daddy dengan Firzal pulak kerja. Aira
tunggu dekat rumah je dengan Mak Yang. Thaqif pun mummy bawa sama.
“Dah
tua-tua pun nak kena belikan hadiah jugak?” Along membidas. Aira yang sedang
memilih hadiah menjuih bibir. “Ni nak kasi ke tak?”
Along
ketawa lepas. “Apalah Achik ni, dah nak jadi mak orang pun nak bantai merajuk
macam zaman bujang-bujang lagi.”
Aira
buat tak dengar.
Mummy
dan Angah sibuk memujuk Thaqif. Dah lama sangat tak jumpa mak dengan ayah dia,
Thaqif jadi kekok. Tak biasa.
“Assalamualaikum,”
Semua
kepala berpaling ke arah yang memberi salam. Firzal. Aira menelan air liur.
Serta merta dia teringat peristiwa malam tadi. Sampai sekarang dia asyik
mengelak dari berbual dengan Firzal. Rasa sakit hati masih merajai.
“Ini
ke adik ipar Along?” Along bingkas bangun dari sofa. Dia terus mendekati Firzal
yang baru melangkah masuk ke dalam rumah. “Firzal?”
Firzal
senyum mengangguk. Salam Along disambut. “Along,”
“Adik
Along nakal tak?” Along mengangkat kening. Aira terus memandang Firzal. Rasanya
sampai sekarang tak ada yang tahu petir apa yang melanda rumahtangga mereka.
Firzal
hanya senyum sopan. “Dah lama sampai, Along?” soalan Along tadi dibiarkan tak
berjawab. Mereka sama-sama melangkah ke sofa untuk menyertai mummy, angah dan
Kak Long Zahra.
“Tengah
hari tadi.”
Aira
hanya memasang telinga. Dia kembali menyambung mengeledah beg kecil Along yang
dipenuhi dengan cenderamata. Tiba-tiba dia terdengar suara Thaqif merengek
untuk mendapatkan Firzal.
Along
hanya mengukir senyum nipis. “Ayah dia sendiri dah tak kenal.”
Firzal
menyambut Thaqif dari mummy. Dia sengih sesaat. “Baru lagi kot. Nanti-nanti
okey la ni.”
“Patutlah
Achik pilih Firzal,”
Aira
dan Firzal berbalas pandang. Sesaat kemudian mereka sama-sama memandang Along
yang sejak dari tadi melakar sengih senget.
“Pandai
Firzal layan Thaqif. Tak kekok. Memang betul ada aura bapa.” Sambung Along
lagi.
…dan
Aira hanya tersenyum pahit.
***
Okay, itu aje. Nak tahu lebih lanjut, bolehlah tunggu SPKS keluar nanti (gaya macam esok lusa aje==')
Heh he.
Adoi. Cepatlah habis sesi bedah siasat neh!
13 comments:
Mmg sikit sgt huhuhu nak lagi....lama dah tunggu ni
Tak sabar nak tggu ni. Lama lagi ke?
Pls dont tell me u r gonna continue..... :'(
It is best to leave it as it is.. pretty please... ;-)
err. teruk sangat eh bila dah jadi buku? T_T
The current ending is soooo sweeetttt...
Ke jiwa part he informed her, he is getting married
best part that all goes well in d end...
hmmm.... i know..... fairy tale n in denial...
but just cant help it :O
Nvrdless... all the best.... eventhough it was ur first, enjoyed reading it vry2 much
Figthing!!!! (Akak mabuk korea da...)
he he he. dear, spks dlm blog ni hanya separuh perjalanan =)
haha, sama la kita. mabuk korea jugak ni. thank you!
Rasa macam dah sebati ngan tajuk nilla dear...
Aryssa- kalau tukar suamiku tu oke tak? hihihi, cadangan please >_<
dah lama sangat saya tunggu novel ni keluar..... :( .. dah publish ker? .. tajuk tu x da masalah bagi saya... :) ...
Belum keluar lagi. Masih dalam proses. Apa-apa berita illa bagitau ye =)
thank you for responding Illa... saya takut ketinggalan untuk dapatkannya... will go for your DHAD first laa... =)
Post a Comment