“Sorry,”
Kasut
yang baru sahaja dicapai dari rak kasut hampir terlucut. Mak ai, boleh putus
jantung. Orang tengah syok berangan. “Hmm.” Jual mahal sikit.
“Marah
ke?”
“Nak
orang marah?” sengaja soalan tidak dijawab. Marah tu tak adalah, tapi geram
jugak. Nasib baiklah dia ingat jugak. Kalau tak, memang malam ni tidur luar!
Heh heh heh.
“Boleh
juga. Muka marah awak tu comel.” Dia sengih. Kasut sudahpun kemas dikaki. Tali
ditarik sedikit menguatkan ikatan.
Aira
dah rasa macam nak selam muka dalam aquarium ikan guppy Dik Qi yang sebesar
satu hasta itu. Muka dah bertukar warna merah jambu dah. Aura pink!
Betullah
tak boleh nak marah dia lama-lama.
Tak
boleh.
“Bisinglah.
Jom la gerak. Matahari dah naik pun. Habis burn muka karang,” Punggung seluar
ditepuk menghilangkan debu. Firzal sengih dari belakang. Elleh, buat nada
garang sebab nak sorok muka pink dia tu. Suamimu ini takkan tertipu.
Dia senyum lebar sambil
menuruti langkah Aira ke dalam kereta. Aira..Aira.. Seronok sakat orang yang
bernama Aisya Humaira ni. Comel.
Tak lama pun mereka jogging. Tak sampai
satu pusingan pun. Aira awal-awal lagi berhenti. Mengah! Lama gila tak
bersukan. Lemak, kolestrol semua dah tepu dalam badan. Impaknya, keinginan
untuk lari laju-laju makin tipis. Firzal dah buat muka berlagak. Konon menang
lah tu. Riak!
Separuh
jalan mereka berjalan. Bersembang. Ramai jugak orang pagi minggu macam ni.
rajin pulak diorang ni bangun awal. Paling banyak, kaum cina. Respect betullah.
Dah umur 50 lebih pun boleh lagi selamba bomba jogging potong diorang yang
tengah melenggang lenggok jalan.
“Jom
sambung lari,” dah hampir 15 minit rasanya diorang jalan. Jalan sambil
menikmati tenang taman.
“Orang
dah penat. Malas nak lari dah.”
“Betullah
lemak awak dah tepu.” Boleh nampak dia senyum sumbing. Mengata orang je tahu.
Haish.
“Bisinglah.
Nak lari, pergilah. Orang nak jalan je.” Aira keraskan hati. Sengaja. Bukannya
dia penat sangat pun. Penat dia dah lama hilang.
“Sia-sialah
kejut abang pagi-pagi, lepastu taknak lari.”
Bibir
ditarik ke pipi. Sengih.
“Plus
merajuk lagi bila orang taknak bangun. Alih-alih datang sini nak jalan je.”
Firzal sambung membebel. boleh tahan jugak laki dia ni. Kalah mummy membebel!
Aira
menyimpan senyum. Firzal tak tahu tujuan dia sungguh-sungguh mengajak dia ke
taman pagi ni. Dia nak luangkan masa. Bersama. Sendirian. Dengan suami. Tak
boleh ke?
Firzal
tak boleh tahu. Malu!
“Betul
tak nak lari ni?”
Aira
menggelengkan kepala. “Taknak. Kita jalan je lah. Orang dah penat ni. jalan pun
boleh pecahkan lemak apa.”
“Okeyy….”
Firzal berhenti tiba-tiba. Senyuman senget terukir dibibir. “Kalau dah penat,
biar abang dukung sampai ke tempat parking tadi, nak?”
“Hish,
orang ramai ni.” tak boleh nak buat apa dah. Muka automatik merah.
“Dah
tu, kata penat.”
“Mengada,”
“Tadi
cakap penat, kan?”
Aira
menggelabah. Firzal dah bersedia untuk menampung berat badan dia. Haish. Tak
boleh jadi ni. “Jangan buat hal depan orang la.” Tenaga dikumpulkan sebanyak
mungkin.
“Mana
ada buat hal. Abang nak tolong isteri sendiri je.” Sengihannya masih belum
surut.
Cepat-cepat
kakinya melangkah ke depan. Sedaya upaya dia berlari. Seram! Tak boleh bayang
kalau betul-betul Firzal dukung dia depan orang ramai. “Kalau dapat, kejar
lah!” sempat lagi dia melaung meninggalkan Firzal di belakang. Run. Run for
your life!
Firzal
hanya mampu menggelengkan kepala. Aisya Humaira. Nakal sungguh!
6 comments:
Cik writer, apa tajuk full utk SPKS ni?? Citer ni best laa..;)
Suamiku Pencuri Kelas Satu
Ini link dia
http://illashanahila.blogspot.com/2012/01/suamiku-pencuri-kelas-satu-bab-1.html
=)
Oh haha..tnx .. i tgk mobile version sebab tu tak nmpk tajuk full dia..hehe ;)
Baru sedar kak ila de ltk aira n firzal kt sini.
Sentiasa tgu cte dorg ni..best sgt
cerita ni dah bukukan belom?
belom awak =)
Post a Comment