Dalam Hati Ada Dia [Bab 10]


10


“KALAU SAYA TANYA sikit boleh?” Aku memecah sunyi antara kami setelah hampir sepuluh minit aku pandang Nick menjamah makanan.
            Aku?
            Aku tak makan pun. Perut dah sebu sangat dah. Kalau aku makan lagi silap-silap boleh terlentang terus tak larat nak jalan.
            Heh.
            Dia mengangkat kepala daripada Creamy Carbonara Pizza Hut memandang aku sesaat dengan kening terangkat tanda ‘apa?’
            Sampai sekarang otak aku tak boleh nak hadam apa yang berlaku sebenarnya. Kenapa mesti dia ajak aku setiap kali dia nak lunch? Macamlah tak boleh makan sendiri. Lagipun, sebelum kenal aku, boleh je dia makan sendiri, kan?
            “Ayah awak tak marah ke awak duduk goyang kaki je tak masuk office?”
            Nick menggeleng tanpa memandang. Sudu yang berisi pasta dibawa ke mulut.
            Aku terdiam melihat gelengan dia. Memanglah, anak orang kaya. Nak buat apa pun boleh. Sebijik macam angan-angan aku.
            Nak ada banyak duit.
            Tak payah kerja.
            “Kenapa tak makan?” soal dia tiba-tiba. Aku pantas menggeleng. Dia tak nampak ke aku makan sepanjang masa dekat café pagi tadi? Bukan setakat breakfast, dah jadi HEAVY breakfast dah.
            Dia sengih senget sesaat sambil mencapai gelas nescafe ais di atas meja. Apa yang aku perasan, setiap kali keluar makan, dia akan order nescafe ais. Entah dah berapa kilo caffeine yang ada dalam badan dia tu.
            “Atau awak takut kena bayar lagi?”
            Aku menggigit bibir. Logik tak kalau aku buat magik hilang dari kerusi dua minit? Hadui. Waktu tu manalah aku tahu dia ni Nick Rayyan.
            “Kenyanglah.”
            Dia mengangkat bahu sambil menyambung menikmati makanan yang dah hampir separuh di dalam pinggan. Tisu di sebelah kanan meja dia capai dan mulut yang terlekat sisa sos carbonara tadi dilap perlahan. Aku leka memandang gerak geri dia. Selama ni tak pernah pula aku perasan yang dia sangat tertib macam ni.
            “Nick,”
            “Hrmm?” sahut dia tanpa mengangkat muka. Dah rupa orang kebuluran tak jumpa makanan dua hari. Nak berhenti makan sesaat pun tak boleh.
            “Saya tanya lagi boleh?” Aku menelan air liur. Nak tanya ke tidak, nak tanya ke tidak. (Agak-agak dia buang aku tak kalau aku sibuk hal dia lebih-lebih?)
            “Apa dia?” tu dia, nada suara beku dia dah datang balik.
            “Awak tak malu ke gantung benda tu dekat handphone?” Aku melirik ke arah Sony yang tersadai di atas meja. Gigih betul Nick Dollah ni gantung benda tu. Dekat Malaysia ni mana ada orang lelaki gantung benda-benda macam tu. orang perempuan pun, tak semua suka gantung hiasan dekat handphone. Dekat Korea, Jepun adalah (aku tahu pun sebab tengok drama diaorang).
            Tapi dia selamba je gantung hiasan tu dekat handphone.     
            Aku punya pulak tu.
            “Kenapa nak malu?”
            Aku tak dapat menahan dari tergelak kecil mendengar soalan dia. Sungguhlah, dia ni tak ada perasaan ke? Dia tak fikir ke apa yang orang akan fikir nanti?
            Apa yang niat dia gantung benda tu sebenarnya? Nak cakap dalam hati ada taman bunga? Eh, bukan. Taman hati?
            Heh.
            “Tell me, kenapa nak malu?” dia meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan dalam kedudukan ‘pause’. Serius aku kagum. Mana dia belajar bab Etika Di Meja Makan ni? “Kalau malu, kenapa awak beli?”
            “Saya ni perempuan Encik Nik Dollah, orang takkan argue kalau saya letak dekat handphone. Tapi awak tu lelaki. Mana ada lelaki letak benda comel macam tu dekat handphone?”
            “Awak nak argue la ni? Tak puas hati?” Nick mencapai handphone dari atas meja.
“Benda comel? Ni?” Dia menayangkan hati yang berayun mengikut rentak.
            Aku mengangguk beberapa kali.
            “Mana ada comel. Tak pun.” Dia kembali meletakkan handphone di atas meja.
            Biji mata aku hampir terkeluar toing toing mendengar jawapan dia. Tak comel dia kata?
“Dah tu, kenapa letak jugak. Bukannya mahal pun.”
            “Saya tahu.” Dia sengih senget.
            Sekali lagi aku rasa nak curah aje Ice Lemon Tea aku pada dia.
“Tak malu?”
            Dia geleng perlahan. “Kenapa nak malu. Handphone saya, bukan handphone diorang.”
            Sungguhlah dia tak ada perasaan. “Awak tak takut ke apa orang cakap bila nampak awak guna handphone ada hiasan comel-comel macam tu?” Aku mulakan mukadimah. “Entah-entah ada yang kata awak gay la… lelaki lembut la..”
            Tiba-tiba Nick ketawa kuat. Aku sedikit tersentak melihat dia ketawa macam tu. Betul.
            Hampir seminggu kenal dia, inilah kali pertama aku tengok dia ketawa sungguh-sungguh. (Selama ni dia hanya senyum senget+sinis je).
            “Wanda… Wanda…” Dia menggeleng beberapa kali.
            Erk… Dia panggil nama aku?
            Bukan ke dia payah nak hafal nama? (Selain Senah).
            “Apa sangatlah yang nak dihiraukan dengan pandangan orang.” Dia bersuara setelah ketawanya reda.
“Kalau nak puaskan hati manusia, sampai bila pun takkan dapat. Baik buat aje apa yang kita suka. Patutnya kena risau pandangan ALLAH,” sambung dia lagi.
            Sekali lagi aku terasa siling menghempap kepala. Memang kena sebijik dekat muka. Memang padan muka kau Wanda.
            “Lagipun, saya letak ni supaya awak boleh cam saya.”
            Kalau tak letak benda tu pun, aku boleh cam dia. Tak susah pun nak cam satu-satunya manusia yang berambut serabai, seluar gedabak dan berselipar jepun dekat KL Sentral tu. Tak susah.
“Kenapa? Nak bayar hutang syiling yang saya kasi tu pulak?”
            Dia senyum nipis sambil menggelengkan kepala. “Tak.”
            “Dah tu?” Kening aku terangkat tinggi. Wajah putih dia yang dicemari dengan kumis halus aku pandang lama.
            “Sebab saya nak jumpa dengan awak lagi.” Mendatar dia menjawab.
            (Walaupun nada dia tak ada perasaan) Jantung aku berdegup laju. Sikit lagi nak masuk musik kompang.
“Kenapa?” Sedaya upaya aku mengawal nada suara. Tak bagi nampak excited sangat. Nick Rayyan nak jumpa aku? Nick Rayyan dah terpikat dengan aku at the first sight? Hebat jugak kau Wanda!
            Dia kembali mencapai sudu dan garfu yang ditinggalkan di dalam pinggan tadi.
“Sebab saya tak pernah nampak orang pakai skirt lari laju macam tu sebab nak kejar tren.”
            Musik kompang tak jadi masuk. Jantung aku berhenti berlagu. Pergh, perli dia makan dalam.



KELUAR DARI PIZZA Hut, aku terus membawa kali masuk ke dalam pejabat.Nick masih lagi sibuk dengan Note dia waktu aku keluar dari Pizza Hut yang terletak hanya bersebelahan dengan bangunan pejabat.
            Kalau bukan aku yang minta diri nak balik pejabat, rasanya dia tak perasan jam sudah menginjak ke angka dua. Dia ingat aku kerja goyang kaki macam dia agaknya.
            Tiba di tingkat 15, Munie menyambut aku dengan senyuman lebar dari kerusinya. Jimi yang berada tidak jauh dari dia juga turut tersenyum.
            “Apahal?” soal aku pelik. Mana tak pelik, belum pun aku sempat duduk, diorang dah senyum-senyum penuh makna.  Jimi angkat kening sebelah sebelum kembali ke tempat duduk dia yang bersebelahan dengan Fayad. Aku jadi makin pelik. Tak logik kalau Jimi nak ngurat aku. Mahunya aku mati kena tikam dengan Nad, wife dia tu.
            “Dengar kata boyfriend kau jemput makan tadi.” Munie bersuara. Aku terus berpaling ke arah Julia yang berada dua meja di hadapan. Julia turut sama memandang dengan senyuman sinis.
            “Wanda and her awesome boyfriend.” Suara Julia tiba-tiba menerpa telinga.
“Makan dekat mana tadi? Warung Kak Yati?” Dia mendekati meja Munie dengan sebelah kening terangkat (tak jadi pun kalau kau nak buat gaya Ziana Zain wahai Julia).
            Aku menggeleng perlahan.
            Julia…Julia… seronok la tu buat cerita bila ‘boyfriend’ aku yang serabai datang jemput dekat ofis untuk keluar makan.
            Aku menarik kerusi kecil di hadapan meja Munie dan terus melabuhkan punggung disitu.
            “Apa masalah kau ni?” Aku menyoal malas. Dia ni kan, tak ada kerja lain ke? Daripada duk sibuk ‘share’ cerita aku dekat semua orang dalam department ni, baiklah dia siapkan kerja dia yang aku rasa dah bertimbun-timbun tertangguh tu. Yang peliknya, Encik Razni tak marah pulak.
            “Nothing. I’m happy for you.”
Aku pandang Julia yang tersenyum sinis dari tadi. Sungguh aku tak faham. Kenapa dia nak ‘happy’ sangat bila nampak aku dengan manusia serabai tu?Aku memandang dia yang ber’catwalk’ menuju ke tempat duduknya. Sekali lagi aku menggeleng. Kadang-kadang, kesian juga dengan manusia macam Julia ni.
Kesian. (Tak tahu sebab apa, tapi aku kesian).
            “Weh, ada boyfriend tak cerita pun.”  Munie menegur. Aku bingkas dari kerusi dan terus ke meja kerja aku. Munie mengikut aku dari belakang. Nak tahu gosip baru la tu.
            “Kau percayalah dia tu.” Mug berisi milo yang aku bancuh sebelum keluar tadi aku letak tepi. “Zaman bila pulak aku ada teman lelaki.”
            “Dah tu, kenapa Julia happy sangat?”
            Aku mengangkat bahu sambil memandang Raey. Raey sengih lebar membalas pandangan aku.
“Entah. Dia ingat  teman lelaki aku miskin, tak handsome dan serabai kut. Jadi, tak adalah dia nak tergugat dengan aku.”
            Munie ketawa mengekek sambil mengangguk berkali-kali. Faham sangat dengan perangai Julia.
“Habis tu, siapa yang tak handsome dan serabai yang ajak kau makan tadi?” tanya Munie.
Aku menyimpan senyum sambil memandang Raey di meja sebelah sebelum menjawab,
“Nick Rayyan.”
            …dan mulut Munie ternganga luas.


PETANG TU SEKALI lagi Miss Fina telefon, bertanya tentang Encik Mohsin. Nasib baiklah Raey awal-awal bagitahu aku yang dia dah berjaya dapatkan tarikh untuk meeting dengan Encik Mohsin. Dah selesai satu kerja.
            Tepat jam lima petang, aku terus angkat kaki keluar dari pejabat. Waktu melepasi cermin besar di lobi, aku terpandang bias imej sendiri. Bukan ke aku patut berkabung untuk diri sendiri ke hari ni?
            Tapi bila fikir balik, tak adalah teruk sangat pun. Nick Rayyan pun buat biasa je. Dia tak ada pula nak tengking aku ataupun nak buang aku sebab aku dah panggil dia tak siuman.
            Nasib baik juga dia tak ulang soalan yang sama dekat pintu lif waktu dekat kedai makan tengah hari tadi. Kalau dia tanya, memang aku akan cakap dia tak siuman. (Iyalah, mana ada orang normal buat rambut gaya macam zaman Joseon?)
            Bila fikir balik, tak adil pula aku cakap dia gila sebelum aku betul-betul kenal dia. Memang tak adil pun.  Bukan setakat dia tu tak gila. Paling teruk lagi, dia adalah Nick Rayyan.
            “Wanda.”
            Kaki aku tak jadi untuk melintas jalan raya yang sudah mula sesak. Perlahan-lahan aku berpusing ke belakang. Wajah keruh di hadapan aku pandang lama.
            “Sampai bila kita nak macam ni?”
            Aku mengeluh berat. Fahim. Takkan tepi jalan macam ni pun dia nak ungkit topik ni? Lagi satu, bukan ke dia masih buat kerja dalam bilik dia ke waktu aku keluar tadi?
“I nak balik la.”
            “Wan, takkan sikit pun you tak ingat kenangan kita dulu?” soal dia tanpa menghiraukan alasan aku.
            Tak ingat? Mana boleh tak ingat. Sepanjang beberapa tahun dia fly pergi Ottawa, selama itulah jiwa aku kosong. Bukan sekejap dengan dia. Bukan mainan hasrat aku.
            Eh, tu bukan lirik lagu ke?
            Heh. Fokus Wanda. Jangan cuba-cuba nak menyanyi pulak sekarang ni. Tak, aku sebenarnya sikit pun tak rasa nak menyanyi. Aku rasa nak menangis nak menjerit aje sekarang ni. Dah penat dah aku lari dari dia. Dah penat dah aku buat-buat biasa depan dia.
            “You nak apa lagi, Im?” Tanpa sedar, aku menyebut nama panggilannya dulu. terus aku menekup mulut.
            Hadui.
            Aku nampak dia senyum segaris sebelum menyambung. “Tak boleh ke kita jadi macam dulu? Sungguh Wan, I rindukan waktu dengan you dulu.”
            Aku masih diam membisu sambil memerhatikan kereta yang lalu lalang di atas jalan raya. Sampai bila aku nak lari dari dia sedangkan hari-hari kami akan berjumpa di pejabat? Sampai bila aku nak buat-buat biasa sedangkan setiap kali aku pandang dia, aku teringat kembali waktu-waktu dulu?
            “You nak I buat apa sekarang?” Aku mengalah. Aku tak kuat. Memang aku sendiri tak tahu apa yang patut aku buat.
            “Maafkan I? Kita jadi kawan balik, macam dulu?”
            Aku terdiam lama. Perlahan-lahan aku mengalihkan pandangan dari jalan raya kepada anak matanya yang mengharap.  Akhirnya aku mengangguk juga. Ya, dia pernah hancurkan hati aku jadi kepingan halus. Dia pernah buat aku malu dengan kata-kata dia dulu.
            Tapi sampai bila aku nak mengelak dari dia.
            Takdir.
            Takdir dah temukan kembali aku dan dia. Mungkin juga dah takdir aku untuk  jadi kawan dia selamanya.
            Mak aku cakap, berkawan biar seribu. Tak salah kut aku berkawan balik dengan Fahim. kan?


***Kankankan? Bersambung lagi***

22 comments:

anissa said...

Ala wanda...jgnla jatuh hati ngan Fahim,,,,,

Anonymous said...

Hailaaaa.. Sibuk jer la fahim ni... Kacau kedaun betol... Ala nick tackle la wanda cpt2...

masalahnya si fahim2 faham makna kawan sj ke? ntah2 dia salah faham ingat si wanda nih dah dapat terima dia balik....haaaa baru haru....dah 2 kalo si nik dollah 2 tau si fahim ni ade histori ngan wanda cen ne cen ne??? a a x tau...

Ooo.. hihi kalau si julia tau siapa si serabai.. pasti dia makin bengang.. saya masih ttunggu ni.. bila fahim nak korek habis2 pasal wanda n nick n tunjukkan cemburu maksima dia.. nak tgk gak mcm mana nick handle time tu.. hehe.. sya mengharapkan ada situasi mcm tu..

Ha betul kawan je yaaaa jgn nak lebih lebih nanti mummy ketuk kepala

arghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tgh seronok baca habis lak :( huwaaaa.... tapi kan apakah alasan nick naik train n jalan kaki atau guna driver? hmm ye dia tak jaga pandangan org tapi lbh pada pandangan ILLAHI i tabik kat you nick dollah ... eh wanda dah gelar terus nick dollah hahaha

Anonymous said...

Eeee tak bestnyer kalau dgn fahim, tapi kawan saja kan Cik Senah. Jangan lebih2, kesian Abg Dollah.

Anonymous said...

arghhhhh sibok laaa fahim ni kacau daun btul....

_aniesue_ said...

alaaaa wanda... :(

~w.t~ said...

Memang kena simbah asid jugaklah si senah nih...
Dah ada dolah, gatai lagi nak ngada2 ngan fahim...

Tengok nanti bila dah kena simbah asid, fahim nak lagi ker...

alamak, tolong jangan simbah asid dekat wanda. nanti tamatlah cerita ni, kehkehkeh =)

AmyZainudin said...

sukaaaa sgtttttt... like dis entryyy so much....

aisyah said...

Mmg sinis btul si nick ni.wanda...kawan jd tau dgn fahim tu...no turning back

Fahim ke Dollah? Aishh.. tak tahu nak pilih yang mana 1..

jue bard said...

ok takpe..I accept kalau setakat nk kawan jer ngan fahim tu..buttt..but, wanda jgn layan lelebih k.. hatimu dh diberi pada si sollah okei..

nurilsuhaila said...

ish wanda, mana ada istilah kawan dgn ex..tak perlu2..fokus pd nick skrg..kisah rhythym & skps xnak smbung lagi ke cik illa?(ehem! komen luar topik..best la citer2 tu..)

K Nuril- Illa dah nampak komen dekat Rhythm =)

SPKS dah hantar mss dkt satu pblisher. tengah tunggu jwpn, nnt illa bgitahu jwpan kalau diterima.
Rhythm pulak stuck. Hee. Sekarang tengah mood wanda dan Nick.

>__< Thanks

Jolyn Eve said...

huarghhh....nak nangis golek2 .da feeling2 bca hbis pula :( .. best cta ne

kak na said...

wanda nick dollah nak letak mana? abaikan je fahim tu...kn dia 'laki orang' haha betul kan ila?

NurAtiZa said...

Suka dengan gaya Nick... #^_^

Kak Sue said...

Wanda maafkalah si Fahmi tu dan cakap dengan dia boleh berkawan dan anggap seperti kawan biasa saja ... x mahu lebih.... biar dia rasa.... sebab sekarang IWanda dah ada abang NICK DOLLAH k.... hehehe
suka dengan cara Nick Dollah yang selamba bila berbicara dengan Wanda....

Anonymous said...

hahah best3! ila, kebetulan tengah baca 'the marriage bargain' nama hero sama nick ryan..takde Lee jek..heheheh suka3 ♥ adoiii memang senyum manjang je bila baca part nick dolah ngan senah...serius dorg ada chemistry...risau lak konflik ape yang akan timbul nanti..
pompuan yang mroyan nak simbah asid tu wife sape??fahim ke?dah fahim jangan dok sibuk nak kenang kisah lalu..kawan boleh tapi jangn nak overrr ok! wanda pon kena kuat,jangan bagi muka sangat kat im?!
up n3 hari2 ye..sementara tunggu SPKS..weeee

Like Illa Shanahila
×
+Get this at Blooggers