Dalam Hati Ada Dia [Bab 14]


14

GELAP GELITA.
            Aku cuba untuk membuka mata yang terasa pedih bila cahaya menerpa retina. Ruang bilik yang bercat putih suci membuatkan kening aku terangkat tinggi.
            Aku belum mati, kan?
            Serta-merta dada aku berdegup kencang bila otak aku mula berfungsi. Tak. Tak boleh. Tolong jangan yang cakap aku dekat hospital sekarang ni. Katil besi… selimut putih… cadar putih… bau ubat!
            Mak…!
            Perlahan-lahan aku membawa kedua-dua belah tangan ke muka yang berbalut kemas. Dada aku terasa sebak tiba-tiba.
            Takkan ini pengakhiran kisah aku?
            Aku cuba juga untuk bangun dari katil besi bersaiz single yang sudah entah berapa lama aku baring disitu. Selimut putih yang menyelimuti separuh badan aku selak ke tepi. Berkali-kali aku menelan air liur, menolak segala kemungkinan.
            Aku mimpi je tadi, kan?
            Aku tak jumpa pun perempuan tu dalam dunia realiti, kan?
            Aku…tak kena simbah dengan asid, kan?
            Sikit lagi kepala yang aku rasa berbalut kemas ni nak pecah. Tak boleh. Aku tak boleh kena simbah asid. Aku tak kahwin lagi…
            Sikit lagi air mata aku yang sudah sedia bergenang dari tadi jatuh ke pipi. Aku gagahkan juga kaki ke tandas yang terletak di hujung bilik. Aku tak tahu siapa yang bawa aku ke hospital. Aku tak tahu siapa yang dapatkan aku bilik kelas pertama di sini.
            Aku tak nak tahu.
            Apa yang aku nak tahu sekarang, muka aku…
            Aku menolak pintu bilik air dengan tangan yang terketar-ketar sebelum melangkah masuk dengan kaki kiri dengan perasaan berkecamuk.
            Mata aku tepat memandang cermin kecil yang membiaskan wajah seorang wanita yang sangat asing dari pandangan mata aku.
            Seluruh kepala berbalut putih kecuali bahagian mata, mulut dan hidung. Kesan kulit terbakar jelas kelihatan di sekeliling mata dan dicelah-celah pembalut.
            Ini bukan aku. Baru tadi wajah aku bersih dari sebarang parut, tak mungkin boleh jadi macam ni…
            Mak…tolong cakap ni bukan Wanda.
            Wanda tak nak jadi hodoh.
            Tanpa sedar aku mejerit sekuat-kuatnya. Hampir bergegar cermin yang tergantun di dalam tandas kecil itu. Seorang jururawat tiba-tiba berlari masuk menenangkan aku. Sungguh aku lemah untuk lalui benda ni. Aku tak sanggup. Aku tak kuat nak terima keadaan aku sekarang.
            “Wanda…”
            Aku dah hodoh! Aku dah tak sanggup nak hadap dunia ni.
            “Hei, bangun.”
            Jangan kacau aku. Aku dah hodoh. Tak ada siapa yang sudi dekat dengan aku lagi. Tak ada…
Air mata makin kuat merembes keluar tanpa sempat aku tahan. Jururawat tadi masih berusaha menenangkan aku yang masih tak ketahuan. Tiba-tiba aku terasa pipi aku ditepuk kuat.
Dahi aku berkerut lebat bila pipi terasa panas. Apa main tampar-tampar orang ni? Kau tak tahu ke yang aku tengah sedih gila ni?! Kau tak rasa macam mana rasa muka dah jadi hodoh!
Aku mengangkat muka memandang wajah jururawat yang menampar aku tadi.
…dan mata aku tiba-tiba terbuka luas bila melihat wajah jururawat tadi bertukar menjadi… er. Nick?
“Bangunlah,”
Nick ke yang bawa aku ke hospital tadi? Kaki aku kaku tiba-tiba. Pantas aku membawa tangan menutup muka. Nick tak boleh tengok aku hodoh macam ni. Aku malu…“Dah okay, kan? Bangun.”
Perlahan-lahan aku menurunkan tangan yang menutup muka tadi dah memandang wajah beku dia di hadapan. Nick Rayyan mencangkung sambil memandang tepat ke dalam anak mata aku.
Eh?
Kepala dibawa ke kiri dan ke kanan. Kaki lima? Bukan ke tadi aku dekat dalam bilik hospital? Macam mana boleh ada dekat sini?
“Bangunlah. Malu orang tengok awak baring tengah-tengah jalan ni.” Nick bingkas berdiri.
Kening aku terangkat tinggi. Perlahan-lahan tangan dibawa ke muka.
Licin. Macam biasa. Tak berbalut!
Ya Allah! Aku tak hodoh lagi! Wanda tak hodoh! Terus aku rasa nak sujud di situ juga sebelum mendengar Nick bersuara.
“Dah kenapa tengah-tengah panas terik ni awak boleh lencun?”



TISU BASAH YANG sememangnya disimpan di dalam beg tangan aku bawa ke muka, mengelap sisa-sisa air yang ada. Muka masih terasa pijar bahana air cili (kot) yang disimbah perempuan tadi. Aku masih diam membisu di atas kerusi besi di dalam perut stesen komuter.
            Siapa perempuan tadi sebenarnya? Perempuan yang selalu meroyan bila call aku ke? Dah kenapa dia buat aksi berani mati pergi simbah aku dengan air cili? Tengah-tengah orang lalu lalang pulak tu.
            Aku berpaling ke kiri melihat Nick Rayyan yang tersandar malas di atas kerusi. Rambut depannya yang masih belum dipotong (dan juga disyampu) menutup sebelah matanya yang terpejam rapat. Aku mengeluh perlahan tanpa.
            Lagi satu, macam mana pulak Nick boleh terjatuh dari langit tiba-tiba muncul depan aku tadi? Bukan ke dari waktu lunch dia tak ada dekat ofis?
            “Dah lepas waktu pejabat ni tak payah nak semak-semak kepala berfikir macam-macam.”
            Huh?
            Anak mata aku tepat pada matanya yang masih terpejam. Macam mana dia tahu aku yang aku tengah serabut fikir pasal apa yang jadi ni? Macam mana dia tahu yang aku tengah berfikir, in the first place!?
            Nick tiba-tiba berpaling menghadap aku yang memandangnya. Kantoi. Pandang. Anak. Teruna. Orang.
            Cepat-cepat aku melarikan tisu yang sudah hampir kering itu ke muka. Menghilangkan rasa panas dan pijar yang masih bersisa. “Mana ada saya fikir apa-apa.”
            Aku nampak Nick senyum senget dari sisi mata. “Kalau dahi dah rupa kek lapis Sarawak, tak berfikir namanya tu?” dia merapatkan wajahnya ke wajah aku yang tiba-tiba terasa panas.
            Eh, dekat sangat ni. Apa pulak orang yang lalu lalang ni fikir nanti. Hadui, Nick Dollah ni pun…
            “Merah…” aku dengar dia berbisik perlahan. Cepat-cepat aku memalingkan muka ke sebelah kanan. Bunyi kompang tiba-tiba muncul tanpa dipinta.
            Sudah…kalau dah bunyi kompang dah masuk campur, tak lama lagi confirm aku akan berada si awan-awangan. Behave Wanda, behave. Mana tahu kompang kali ni tak menjadi ke?
            “Sanalah sikit, muka saya tengah pijar ni…” sedaya upaya aku mengawal suara walaupun dalam hati, musik kompang dah pun berbunyi rancak!
            Nick tersenyum nipis sambil mengeluarkan sapu tangan dari sakunya. Dia bingkas bangun dan berjalan ke tandas stesen yang terletak tidak jauh dari tempat kami menunggu. Beberapa minit kemudian, dia kembali dengan sapu tangan yang telah dibasahkan.
            Aku memandangnya, tak percaya. Dia bayar RM0.20 dekat makcik tu, masuk dalam tandas (yang aku sendiri akan fikir empat lima kali nak masuk) semata-mata nak basahkan sapu tangan tu?
            Homai. Nick Dollah, jangan buat jantung aku menyanyi lagu Dia Datang versi kompang!
            “Nah,” dia menghulurkan sapu tangan tadi kepada aku. “Buat lap muka, merah sangat.” dia kembali melabuhkan punggung di kerusi sebelah.
            Hidung aku hampir kembang setaman sewaktu menyambut sapu tangan daripadanya. Musik kompang semakin rancak di dalam dada. Aku lupa yang aku hampir disimbah asid waktu berjalan ke stesen tadi.
            Aku lupa yang aku dah pengsan di tengah-tengah laluan pejalan kaki tadi.
            Aku lupa!
            Nick Rayyan yang kembali duduk di kerusi sebelah aku renung lama. “Terima kasih.” Bibir aku mencipta senyum lebar.
            “Hmm,” dia bersuara tanpa memandang. “Lain kali, pakai blusher dekat pipi je. Bukan seluruh muka.”
            Sapu tangan hampir terlepas dari genggaman. Bibir yang menarik senyum tadi serta-merta hilang. Musik kompang tadi dah berganti dengan opera cina. Mata aku merenung wajah Nick yang beku tidak berperasaan.
            Logik tak kalau aku humban dia masuk dalam rel keretapi sekarang?



AKU MELANGKAH KELUAR dari bilik mandi dengan pelbagai persoalan yang masih tak dapat aku selesaikan dari tadi.
            Siapa sebenarnya perempuan yang serang aku tadi? Kenapa dia serang aku? Kalau betullah aku ‘merampas’ apa yang jadi hak milik dia, mana buktinya? Sungguh. Sampai sekarang aku tak dapat nak kumpulkan ‘puzzle’ yang bertaburan dalam kepala.
            Kalau diikutkan hati, nak aje aku telefon balik perempuan tu dan tanya dia apa sebenarnya masalah dia dan apa kaitannya masalah dia dengan aku. Kalau nak serang, datang depan-depan muka.
Ini tak, dia main serbu aje lepas tu simbah orang suka-suka jiwa.
            Kan dah tak pasal-pasal aku pengsan tengah jalan? Gila tak kecut perut. Buatnya betul-betul asid aku sendiri pun tak tahu apa nasib aku lepas ni. Mujur juga perempuan tadi guna air cili je. Memang mati-mati aku pun ingat asid, pijar dia kemain.
            Tapi bila fikir balik, malu pulak bila aku pengsan sebab terkejut.
            Dah tu, tiba-tiba Nick boleh terpacak depan aku.
            Terpacak tiba-tiba itu satu. Dia bukannya nak hantar aku naik kereta Audi dia tu walaupun dah terang-terang aku pengsan tadi.
            Heh.
            Kadang-kadang aku tak faham langsung apa yang bermain dalam fikiran Nick Dollah tu. Langsung. Aku menggeleng kepala tanpa sedar. Baju kelawar panjang aku sarung ke badan sebelum membawa kaki keluar dari bilik.
            “Hani,” aku menolak pintu bilik Hani yang terbuka. “Ada apa-apa yang boleh sejukkan muka tak?” aku melangkah masuk ke dalam bilik Hani yang bercat biru muda. Dalam banyak-banyak bilik yang ada dalam rumah ni, bilik Hani aje yang bercat biru muda. Bilik aku dan Lily masih dengan warna asal. Warna krim lembut.
            “Sejukkan muka? Kenapa?” Hani bingkas dari baringan dan duduk menghadap aku.
            “Muka aku ni. Pijar.” Aku menjawab pendek. Malas nak terangkan panjang lebar. Banyak pula soalan Hani nanti.
            Hani menyelongkar almari kecil di sebelah katilnya sebelum memandang tepat pada muka aku yang masih merah. “Em, mask adalah. Nak?”
            Aku menyambut  huluran Hani sambil mengerling perkataan yang ditulis pada plastik pembungkus. Jenama dari Korea, sikitpun aku tak tahu nak baca.
            “Kena cili ke? Masak?” soal Hani sambil menutup laci almari.
            Aku mencipta senyum segaris sambil mengangguk. Kena cili, ya. Masak tu, tak. “Thanks Hani. Nanti aku ganti.”
            Hani sengih sesaat sebelum kembali membuka majalah yang ditutupnya tadi. “Tak payah. Ambik je. Aku ada banyak.”
            Aku menyusun gigi melakar senyum sebelum melangkah keluar dari bilik Hani.
            Muka yang masih terasa pijar aku cuci entah buat kali ke berapa. Plastik mask yang diberi Hani tadi aku koyak perlahan. Melihatkan rupa bentuk mask yang berada dalam tangan aku sekarang, automatik kening aku terangkat tinggi.
            Macam mana nak pakai ni?
            Aku menggeleng sendiri. Tak pernah-pernah aku pakai mask, disebabkan perempuan yang tak berapa nak betul tu, terpaksa jugak aku tempek benda ni dekat muka.     
            Sabar ajelah Wanda. Harini, hari kau. Mana tahu esok-esok hari dia pulak.
            Heh.
            Aku lekatkan juga mask yang berperisa timun itu ke muka. Agak-agak tak jatuh tu, betulla la tu kot aku pakai. Alah, pakai benda ni bukan nak nampak cantik, kan? Nak bagi muka jadi sejuk je pun.
            Selesai menampal muka dengan mask berperisa timun, aku bergerak perlahan-lahan ke katil (kalau jatuh nanti, sia-sia je kena minta balik dengan Hani). Tak pasal-pasal aku kena tidur awal malam ni. Tak sempat nak ber ‘chat’ dengan Udin dekat Facebook. Kak Qila pun mesti pelik sebab tak nampak aku online malam ni.
            Muka kau lagi penting Wanda. Lupakan aje benda-benda lagho tu.
Heh.
            Baru aje tangan hendak menarik selimut rapat ke dada, telinga aku menangkap bunyi hon kereta beberapa kali. Nasib baik aku tak keluarkan latah cun aku.
            Yang kereta ni pun, dah tak tahu sekarang pukul berapa? Suka-suka jiwa je main hon-hon depan rumah orang.
            Rumah aku pulak tu.
            Aku memaksa mata untuk pejam bila bunyi hon hilang. Baru aje aku lena beberapa saat, bunyi hon kembali menerjah telinga. Aku mengeluh berat sambil berusaha untuk bangun tanpa menjatuhkan mask yang dipakai.
            Perlahan-lahan aku mendekati tingkap bilik dan menyelak langsir kelabu tua yang baru dibeli bulan lepas.
            Kening aku terangkat tinggi melihat Lily tergopoh-gapah keluar dari pintu pagar dan mendekati MyVi yang diparking betul-betul dihadapan rumah sebelum meloloskan diri ke dalamnya.
            Dahi aku berkerut lebat bila melihat MyVi hitam tadi bergerak meninggalkan kawasan rumah.
Bila pulak Lily ada teman lelaki?



OKAY, AKU DAH TRAUMA.
            Ya. Kalau sesiapa yang tak pernah kena serang waktu tengah berjalan kaki, dan disimbah dengan air cili (yang mati-mati aku ingatkan asid), mesti diorang akan mencebik dan berkata, ‘Nak trauma kenapa? Air je pun.’
            Heh. Diorang tak tahu betapa kecutnya perut aku waktu dia mencurah cecair tu semalam.
            Diorang tak tahu yang aku dah pengsan (entah berapa lama) sebab takut punya pasal.
            Dan pagi ni, rasanya dah berbelas ratus kali aku pandang kiri dan kanan melihat sekeliling sambil berjalan laju ibarat orang tak cukup tanah melangkah ke bangunan pejabat.
            Macam yang aku pernah cakap dulu, aku seram sikit dengan manusia-manusia yang tak berapa nak siuman ni. Sebabnya, diorang boleh buat apa jua yang diorang nak tanpa fikir panjang, sebab dan akibat.
            Aku menarik nafas lega saat kaki melangkah masuk ke dalam perut bangunan Shanah Group. Terus aje aku menuju ke pintu lif yang berada di sebelah kiri lobi. Elok aje pintu lif terbuka, handphone aku berbunyi menandakan mesej baru masuk.
            Aku menekan butang 15 sebelum menyelongkar beg tangan mencari handphone dengan dahi berkerut lebat. Siapalah yang rajin sangat bangun pagi-pagi semata-mata nak mesej aku ni?
            Heh.

‘Itu amaran. Aku dah cakap kau jangan dekat dengan dia. Mentang-mentanglah dia kaya, kau nak kikis duit dia la? Sial!’


            Okay. Perempuan meroyan tu lagi. Tapi seriuslah, tak boleh ke kalau marah tu tak disertakan dengan mencarut sekali? Apa? Ingat hebat sangat ke kalau dan mencarut? Atau pun memang ada peraturan tertulis ‘Kalau nak marah, sila mencarut sama.’ Aku menggeleng laju sambil menyimpan kembali handphone ke dalam handbag setelah tiba di tingkat 15. Kepala kembali berpusing ligat mengingatkan bait-bait ayat yang aku terima tadi.

‘Mentang-mentanglah dia kaya.’
           
Siapa je orang kaya-kaya yang aku kenal?
            Tak ada pun. Siapa sangatlah orang kaya yang sudi berbaik-baik dengan aku pun.
            Melainkan…erk.
            Nick Rayyan?

‘Mentang-mentanglah dia kaya, kau nak kikis duit dia la?’

Homai. Betul ke lelaki yang dimaksudkan perempuan tu, Nick? Kalau Nick, mana pernah aku kikis dia, dia yang selalu belanja…homai.
Nick Rayyan. Kalau betullah lelaki yang dia maksudkan tu Nick, aku tak boleh dekat lagi dengan dia. Aku taknak muka aku kena simbah asid. Dan yang paling penting, aku tak nak kacau rumahtangga orang.
Sepanjang hari kepala aku pusing memikirkan status Nick dan perempuan meroyan tu. Aku hanya sedar jam sudahpun menginjak ke angka satu apabila melihat Nick tercegat di hadapan pintu masuk department aku. Aura beku matanya sampai kepada aku yang dari tadi tidak berganjak dari meja kerja.
Aku menarik nafas panjang sambil berpaling ke kiri dan kanan. Macam mana aku boleh tak perasan yang pejabat dah hampir kosong? Aku menyelongkar beg tangan untuk mencari sapu tangan yang diberi Nick semalam.
Dengan hati berbuku, aku mengatur kaki menghampirinya yang tersandar pada dinding tanpa bersuara sepatah pun.
“Wan, jom lunch!” Fahim tiba-tiba keluar dari biliknya, menghalang aku untuk terus ke pintu keluar. “Kita cuba kedai baru dekat bangunan sebelah, nak?”
Aku mengukir senyum tawar kepada Fahim. Dia langsung tak nampak Nick yang berdiri di belakangnya. “Sure, tapi kejap.” Aku mendekati Nick yang masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Pintu kaca yang memisahkan aku dan dia, aku buka perlahan.
Thanks,” aku menghulurkan sapu tangan yang berjenama Diesel kepadanya.
Dia menyambut dan terus memasukkannya ke dalam poket. “Makan?” soal dia sambil mencuri pandang ke arah Fahim yang memerhati dari dalam.
Aku nampak Fahim mencipta senyum hormat bila ternampak Nick berdiri di luar department kami.
…dan seperti biasa, Nick hanya mengangguk tanpa membalas senyuman.
“Er…saya makan dengan Fahim.” aku menjawab perlahan tanpa memandang. Wanda, kau kena jauhkan diri dari Nick. Kau bukan perampas hak orang.
“So?” soal dia tanpa perasaan.
Erk?
Aku angkat kepala memandangnya. So? “Awak bukan nak ajak saya lunch?” terlepas soalan itu sebelum sempat aku tahan. Nick mengangkat bahu sambil berpusing ke menghadap pintu lif.
“Saya nak balik sapu tangan je.” Dia menekan butang turun. “Awak nak makan dengan siapa pun, saya tak kisah.” Sambung dia lagi.
Aku menggigit bibir sendiri. Patutnya, perempuan meroyan tu tak perlu nak semak-semak kepala fikir pasal aku dengan Nick. Dah terang-terang Nick ni tak ada perasaan.
Heartless!
Huh!


Bersambung...

Comments

~w.t~ said…
Nampaknya senah mcm salah percaturan jer...
Mmg lepas nih kena ngap la ngan fahim tuh + simbah asid...
Sebab x hiraukan arahan jangan kacau laki orang...
Anonymous said…
makin interesting, siapa kenakan senah ---- takkan Nick punya ke fahim ????.....dah makin banyak persoalan rasa nak duduk sebelah wanda nak fikirkan sama. Illa...tolong jangan seksa otak ni...tolong nak sambungan lagi... :)
Anonymous said…
alahaii wanda...asanya si fahim tu yg laki org...mmg menempah bala lagi la gamaknya, lau kuar ngn si fahim tu...tk mo laaa Wanda ngn Fahim, nk Wanda ngn Nick Dollah jugak...
cik writer, blh ek cenggitu...hihihi
(-__^)

>Leen<
Anonymous said…
laaa,ingt fahim pnye hal..abg dollah gupe2 nye,erk!..nseb baek cik senah tu xde pape..
Renn Oyong said…
sy rasa p'puan meroyan tu peminat Fahim lah, bukan Nick...plssss lah bkn Nick yerrr...
kak na said…
sabar je dgn citer ni,sungguh mendera jiwa
wanda tolong jauhi fahim tu
zachry yahya said…
adess.. wan senah ni.. fahim tu tak kaya ke? or she knew nothing ttg fahim.. kate best pren..yang nick dolah pun.. beku je manjang..
lps kluar ngan fahim dia blk keja must be samting hapen kan illa? expect the unexpected lg,, :)-
Kak Sue said…
Senah sayang kalau yang simbah cili Boh tu Nick Dollah nampak x kan dia x tahu... cuba tanya dulu...
Fahim pun kaya juga pa....
pening kepala... sabarlah hati...
AmyZainudin said…
hahahahaha..... sakit hati gakk dgn nick erkk....sabar je laa errkk wan senah....

waaaaa..... xsabar nk tanya perempuan tu sapa dia... pengecutt betul.... face to face laa... haissshhh.... jeless xbertempat....
wan senaaahhhhh...kite rasa awak salah la ...bukan nick dolah la yg harus dilarikan diri tp 2 si fahim sengal 2 yang harus dijauhi isk3...wan senah wan senah....
_aniesue_ said…
"fuuuhhhh" utk Wanda telepas dugaan berat..heheheh pijar muka woiii kena simbah air cili (agak dah...ngehngehngehh)

nick dol sunguh-sunguh-lah heartless... tengah2 budak wanda tu trauma leh plak wat muka ada-aku-kisah.....hishhhhh *pang3x

lepas ni nick dol tlg tropong wanda dr jauh ya untuk keselamatannya :) & sila makan sorang2 ye..wakakakahh(devil laught)
idA said…
apa ek masalah perempuan sengal tu..adakah warning tu..utk jgn mendekati Farhim..? blur lah part ni..masalahnya perempuan meroyan tu maksudkan jejaka yg mana satu..
R'hanida said…
Adusss lege baca smbgn ni.,nsb baik kene simbah air cabai jer...
Ishhhh x suka lah wanda dgn fahim...biorlah dia dgn nick dollah...
Mysterious sggh la nick tuh...
Yazreina said…
Haihhh.... Nk sapu tgn je???
aisyah said…
ei..mmg meroyan pompuan tu..sian wanda
nurilsuhaila said…
sapa pompuan tu eh? knape hosemate wanda kelam kabut kuar dating? nick ke fahim lelaki yg dimaksudkan? waaa..illa pandailah awak buat pembaca tertanya2 je...can't wait n3 selanjutnya..
Peminat Nick kot.
Eleyh Nick konon nak sapu tangan je. Sebenarnya dalam hati lain kan?? hehe.
jue bard said…
cik senah oi.. p la buat police report.. bukti dh ada kan..tnjk msj tu
Aminah said…
CIk Illa Shanahila, menarik ...silalah sambung cepat2. Mcm ada unsur2 Dollah tengah "geram" dgn Senah je ni...

Nurul Hidayah said…
Cik senah... muzik kompang vs opera cina... i like hehehe
ruli ruliah said…
Huh...suspen lah...sape pompuan yg meroyan tu...!!!