Dalam Hati Ada Dia [Bab 12]




12


Okay. Nick Rayyan datang rumah aku dengan kereta Audi (yang aku tak tahu model apa) siap dengan driver sekali, hanya untuk ajak aku makan walaupun dah terang-terang aku cakap aku dah makan (makan banyak pulak tu).
            Asal nak makan je, ajak aku.
            Sikit lagi aku nak raba dahi sendiri kot-kot la ada cop ‘Tolong Ajak Aku Makan.’
            Stop it Wanda, don’t even try!
            Fine. Aku tak try pun. Aku tak rasa nak raba dahi sendiri pun. Malah, aku rasa nak korek isi hati dia ataupun belah jantung dia sekarang ni untuk pastikan apa yang dia fikir sebenarnya.
            Nak tunggu keluar dari mulut dia sendiri, harapanlah.
            Dah hampir sepuluh minit pemandu membawa kereta membelah jalan. Aku sendiri tak pasti dekat mana dia nak bawak aku makan. Nick masih lagi dia di tempat duduk sebelah pemandu. Aku mengeluh perlahan.
            Dia ajak aku keluar makan.         
            Dia diam membisu dengan Note 2 ditangan.
            Dia dah kenapa!?
            Tiba-tiba, kereta membelok ke suatu lorong rumah kedai. Kening aku terangkat tinggi bila kereta berhenti di sebuah kedai burger. Burger Bakar Abang Burn.
            Aku ingat dia jemput aku pakai Audi, adalah peluang aku nak makan dekat hotel besar-besar. Rupanya tak jugak. (Terpengaruh dengan filem kau ni Wanda). Perlahan-lahan aku membuka pintu setelah Nick menapak turun dari kereta.
            Dia senyum nipis memandang aku sebelum masuk ke dalam kedai yang hampir penuh dengan pelanggan. Bau daging bakar menusuk hidung sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke dalam perut kedai. Serta merta perut aku terasa lapar!
Nick meminta aku menunggu di meja untuk dua orang sementara dia ke kaunter untuk membuat pesanan. Pemandu Nick tadi dah hilang entah kemana. Sekali dengan kereta hilang. Aku pandang Nick yang selamba beratur bersama beberapa pelanggan lain. Macam biasa, dua tiga pasang mata mencuri pandang ke arah Nick dengan pandangan sinis+tak puas hati.
Diorang serabut agaknya nampak Nick serabai macam tu.
Heh.
Tak boleh nak bayangkan kalau diorang tahu yang Nick tu naik Audi siap dengan pemandu. Agaknya semua mulut boleh ternganga.
Nick ni pun, pemandu kau lagi kemas daripada kau, tahu? Aku menggeleng beberapa kali.
Akhirnya, dia datang sambil menatang dulang yang berisi dua pinggan burger bakar. Sungguhlah. Air liur aku dah hampir menitik.
Apa jampi yang Abang Burn ni pakai hah? Aku yang dah kenyang kena sogok dengan Seoul Garden pun boleh jadi lapar balik.
Heh.
“Nick,” aku menegur setelah Nick melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan.
            “Hrmm?”
            Aku menelan air liur beberapa kali. Memanglah kalau nak diikutkan, aku rasa nak membebel sepanjang masa bila dia buat aku macam ni. Suka-suka jiwa dia nak suruh je aku ikut kata dia pegi sana, pergi sini.
Tapi aku tak lupa.
            Dia orang besar-besar dekat syarikat aku.
            Bersabar ajelah Wanda.
            Aku nampak dia mengangkat muka dari pinggan burger, memandang aku di sebalik rambutnya yang menutup sebelah mata. Aku menarik nafas untuk menyusun ayat.
            “Kata lapar, takkan makan burger je?”
            “Je?”
            Aku angguk perlahan.
            “Perut awak besar mana? Tak nampak sikit punya besar burger ni.” dia membalas selamba.  
            Aku mencebik lebar. Orang tanya, sebab takut dia kebulur (kot-kotla dia ajak aku makan tempat lain sebab tak cukup makan burger je, pukul berapa nak balik rumah?), dia boleh main perli-perli pulak.
            Haish.
            Malas nak layan, makan burger bakar free ni lagi baik.
            “Tadi cakap dah kenyang?” soal dia pula. Aku dapat mengesan sengih senget dia sambil  mengunyah isi daging bakar yang masih panas. Aku rasalahkan, salah satu benda wajib dia setiap hari adalah ‘Sindir Wanda Kaw-Kaw.’ Eh bukan. Sindir Senah Kaw-Kaw.
            Hadui.
            “Memang dah kenyang pun,” aku buat-buat selamba. Padahal, aku dah terliur gila bila nampak burger bakar yang besar penuh dengan pelbagai sos, sayur, daging…
            “Saya nak bungkus je ni. balik rumah karang baru makan.” Aku menyambung.
            Nick tiba-tiba mengangkat muka dari burger, menikam anak mata aku. Nampak anak mata dia yang beku, hati aku terasa beku sama. Seram betul.
            “Kenapa nak bungkus pulak?”
            “Kenyang lagi…” aku cipta alasan.
            Sebenarnya, aku tak boleh nak makan burger depan orang. Nak-nak bertentangan dengan Nick Rayyan ni. memang dari kecil aku tak reti makan burger. Kalau makan, mesti ada comot mana-mana.
            Sos dekat pipi la.
            Sos dekat hidung la.
            Daging terkeluar dari roti la.
            Itu sebenarnya sebabnya.
            “Makan je.”
            Aku menggeleng kepala. “Sebenarnya, saya tak reti makan burger depan orang.” Aku berbisik perlahan.
            “Kenapa?” kening dia terangkat tinggi (aku tahu kening dia terangkat walaupun terlindung dengan rambut serabai dia tu).
            “Nanti satu muka comot!” kedua-dua tangan aku letak disebelah mulut (konon tak bagi orang dengar).
            Nick sengih senget sambil menggeleng perlahan. “Makan je. Apa ada hal. Kenapa nak kisah dengan orang. Comot muka awak, bukan dia.”
            “Tapi saya seganlah, makan comot.” Aku keraskan suara. Seriously. Dia memang tak kisah ke kalau aku makan tak ada rupa perempuan Melayu terakhir?
            Tapikan, bila pulak aku, Wanda Nurhannah, ada ciri-ciri perempuan melayu terakhir? Bila? Bila?
            Heh.
            Tiba-tiba Nick bangun dari kerusi. Aku yang terkejut hanya mampu memandang langkah dia ke kaunter. Beberapa saat kemudian, dia kembali dengan sesuatu di tangan.
            Sudu dan pisau.
            “Nah, makan. Jangan banyak songeh. Orang lain pun tak pandang awaklah. Rang datang sini nak makan.” Beku suaranya meresap masuk ke telinga.
            Panas. Perli dia buat telinga aku panas.
            Aku capai juga sudu dan pisau yang dihulur. Dengar tu Wanda, makan. Jangan banyak songeh.
            Belum sempat sudu aku mencecah roti burger, Sony yang berada di atas meja berbunyi lantang. Tanpa melihat nama pemanggil, Nick terus menekan butang accept.
            Yang aku dengar dia jawab hanya ‘Hmm’ ‘Yes’ ‘No’.
            Tiba-tiba telinga aku menngkap sesuatu bunyi yang asing. Aku mengangkat muka dari isi daging bakar ke muka Nick yang masih rancak berbual.
“Chī hànbǎobāo (Makan burger).”
Bahasa apa tu?
“Yǔ péngyǒu (Bersama kawan),”sebelah tangannya menyua burger ke mulut.
Cina ke?
Dia melakar senyum nipis segaris. “Nǚrén (perempuan).”
“Méiyǒu la (Bukan la).” Dia mencapai pula air suam yang berada di sebelah pinggan.  “Tā zhǐshì péngyǒu (Dia kawan je).”
Aku hampir tepuk dahi sendiri. Dia kan ada keturunan cina, apa yang peliknya?
Tak lama kemudian, talian diputuskan. Satu apa pun aku tak faham apa dia cakap kecuali ‘Yes, No dan Hmm’.
Dia kembali meletakkan Sony ke atas meja sebelum menyambung makan. Aku lihat phone charm aku tergantu kemas di hujungnya. Comel la pulak. Menyesal bagi dia dulu. Kalau tak, mesti sekarang handphone aku pun jadi comel macam tu.
“Nick,” aku bersuara perlahan. dia hanya mengangkat kepala memandang aku dengan kedua-dua tangannya memegang baki burger yang ada. Sungguh. Cepat gila dia makan!
“Saya nak balik phone charm tu boleh?” sedaya upaya aku mencipta senyum comel dengan hanya satu tujuan. Bagi Nick Dollah ni cair dan secara tak langsung, dia akan bagi balik hati aku.
Yahoo.
“Tak boleh.”
Erk.
“Kenapa?” senyuman aku terus hilang. Tak puas hati. (Sia-sia je aku buat muka comel gaya Puss dalam cerita Shrek tu).
“Awak dah bagi saya.” Dia menjawab selamba.
Aku buat muka. Salah. Bukan aku bagi sebenarnya. Ter‘bagi’.
“Waktu saya nak pulangkan hari tu, awak tak nak.” Sambung dia lagi. aku menggigit bibir sendiri. Padan muka aku.
Tapi waktu tu, manalah aku tahu dia ni normal.
Aku ingat dia tak siuman.
“Apa?”
Erk, dia dengar ke? Eheh. Laju aku menggeleng. “Nak la balik.” sekali lagi aku cuba untuk memujuk. Cantik weh bila tengok balik. Rasa macam comel-comel je bila aku guna handphone, lepas tu phone charm tu duk menari-nari mengikut rentak tangan aku bila aku pusing kiri dan kanan. (Sekali tahu nama benda tu phone charm, sampai ke sudah aku sebut).
“Tak boleh.”
Heh. ‘Tak boleh’ aje ke yang dia tahu guna? Macam robot sungguh. 
“Kalau awak nak, saya ganti yang lain. Yang lagi mahal.” Dia menyambung.
Lagi mahal? Dia perli ke apa? aku tahulah benda tu aku beli RM 1.50 je. “Awak beli lah sendiri, seringgit setengah je. Awak boleh beli bertrillion benda ni. yang tu, bagi saya balik.” sekali lagi aku cuba nasib. Kot-kot la dia pakai idea aku yang bernas ni, kan?
“Buat apa sampai bertrillion Handphone. saya satu je.”
Heh, tak makan umpan langsung.
“Nak saya bayar ke?”
Aku menarik nafas berat sambil menggeleng perlahan. Nampaknya, terpaksalah kau lupakan hasrat nak jadi comel tu, Wanda oi. “Tak payahlah. Awak ambil jelah.” Akhirnya aku mengalah.


HOMAI. SIKIT LAGI aku nak rasa macam puteri bila pemandu Nick keluar dari kereta dan membukakan pintu tempat duduk belakang, mempersilakan aku keluar.
            Nick?
            Sikit pun dia tak bergerak dari tempat duduk dia dekat depan tu. Heh. Untunglah jadi bos besar.
            Untung.
            Aku senyum sopan kepada pemandu Nick selepas keluar dari kereta. Tiba-tiba Nick menurunkan cermin yang bertinted gelap itu, dan memandang wajah aku. “Esok jangan EL.”
            Automatik aku mencebik. Nada suara sebijik macam bos-bos besar, takpun, cikgu besar bila nak bagi pesanan dekat budak-budak, ‘Jangan Ponteng Sekolah.’
            Heh.
            “Kenapa? Nak potong gaji saya?” spontan aku menjawab. Dua tiga hari ni aku asyik menjawab je bila dia cakap apa-apa.
            Tapi aku masih tak lupa.
            Nick Rayyan orang penting syarikat aku. Big Boss.
            Aku nampak dia senyum nipis walaupun kelam malam mengaburkan pandangan.
            “Jangan ambil EL.” Sekali lagi dia mengulang pernyataan yang sama. Aku akhirnya senyum sendiri.
            Ya, aku tak EL.
            Dah rindu aku la tu, sampai ke rumah cari aku.
            Eheh.
            “Kejap.”
            Aku menahan Nick dari menaikkan cermin kereta. dia mengangkat kening tinggi sambil memandang aku yang berdiri bersebelahan dengan pintu pagar rumah.
            “Macam mana awak tahu rumah saya ni?” dari tadi lagi aku pelik sebenarnya, tapi sampai ke sudah aku lupa nak tanya. Sekarang ni, alang-alang dah ingat, baik aku tanya terus.
            Iyalah, kut-kut la dia pernah stalk aku ke, dia selalu ikut aku jalan balik dari stesen KTM ke. Haish, seram jugak kalau betul.
            Aku memandang tepat pada anak matanya, mencari-cari jawapan. Beberapa saat kemudian, dia mencipta senyum nipis.
            ..dan aku terpana.
            Bukan senyum senget.
            Senyum yang tiada perisa perli.
            Senyum yang tiada perisa sindir.
            Eh, samalah tu.
            Okay, okay. Senyum dia ni macam…ikhlas. C.O.M.E.L.
            “Saya tak tahu pun rumah awak ni.” dia menjawab perlahan. Senyum manis dia tadi juga turut hilang.kedekut betul. Main senyum ikhlas beberapa saat je.
            Okay, dia tak tahu? Dah tu, tiba-tiba tercegat tepi longkang tadi, macam mana?
            “Mcam mana tiba-tiba boleh ada dekat sini?”
            “GPS.”
            Aku hampir tepuk dahi. Sikit lagi aku nak toreh dinding Audi tu tulis ‘Wanda was here since 2013’ besar-besar.
            Main-main pulak dia.
            Heh.



***Illa was here since 2012-->bersambung lagi ***

Comments

Anonymous said…
best
lee jee joong said…
hahahah owhhhh apasal ada rasa tak puas baca ni ? pendek ke atau apa ye hahah nak lagi adesss nick dollah wan senah ... arghhhh!!!!!! illa saya dah kangen bangat ... mau lagi ya hehehhe
nurilsuhaila said…
kenapa rasa cam tak cukup je n3 ni..ha!ha..kemaruk senah & dolah..sungguhla comel je rasa senah ni...suka3..
Anonymous said…
Alah senah..baru nak sonok dah abis..sengih x abis lagi ni...szanariah
Jolyn Eve said…
i give u my 'heart' en.nick dollah x yah bg blik pun x pe asal dpt jmpa tiap hari..hahaha 2 dlog klau saya jd senah :D
Roziah said…
Best illa... Serious best! Nest n3 jgn peram lelama ya... Post secepat mungkin.... He..he..
_aniesue_ said…
kadang2 rase nick dol ni cakap macam melepas batuk di tangga..(aiceceh...hihi) macam cakap x habis...dan tiap soalan yg ditanya disudahi dengan smile dia...hailah...
jue bard said…
Hehe..kalau wanda el, takde la org nk teman dollah g lunch..
leez2806 said…
Comel really like
zachry yahya said…
woo hoo.. awat mcm pendek je n3 ni.. nak lagi.. nak lagi.. tk puas bace...tk puas sengih ni.. senah n dollah...aduh illa.. nape mendera... ;)
Zakiah Halim said…
holaaaa.... best2... aduiii... nick sudah jatuh hati kah???... siap x bg EL bagai... best la... tumbs up... ;)
Nida Afiqa said…
As usual smbgn yg super duper best...
Nak tgk sgt cam na la peel si dollah tu kalau pelawaannya utk keluar mkn sama2 di tolak oleh si senah..hehe
i was here since....errrrr....lepas nina bg link nih boleh gitu??? hahahhaha
best2.. nak lagiii.. tak puas bace sbenarnyeee.
Anonymous said…
ya allah...kemain suka lagi kita ke cite ni...suka gila ke nick dollah...hari hari datang melawat

-ika-
idA said…
kelakar giler mamat sengal tu kan.. apa sebenarnya tujuan mamat tu cari wanda dan hanya menculiknya sebentar untuk ditemankan untuknya makan..apa motifnya lelaki ini kan..dan dengan siapakah mamat ni berbicara masa makan berger tadi..
Kak Sue said…
Betul-betul sengal si Dollah ni... ke Dollah dah angau dengan Senah...hahaha .... sehari x jumpa dah RINDUUU..
diari neesa said…
encik dollah dh terjatuh cinta sma cik senah ker smpai x bg EL ...rinduuu la tu..
umie said…
"Dah rindu aku la tu, sampai ke rumah cari aku"

Akak sukeeeeeee..... heroin ada perasan sikit2 :)
Anonymous said…
sy suka cik senah ngan en dolah. semoga mereka berjodohan :)
- pn mal -
aisyah said…
hahaha....diaorg ni sgt comey bersama
Arhanida said…
best...nak smbgn 13 :)
Nurul Hidayah said…
Best sangat... tp tak cukup la... nick dollah n senah u all buat i tersengeh-sengeh la.... hihihihi
Nana Nn said…
wallah....
sweetttettt....

minat gillark la kat ini ceerita..

best arr U....
ruli ruliah said…
Nick dolah nie ade je idea nk smash cik senah...︶︿︶