Dalam Hati Ada Dia [Bab 6]


6


DAH LIMA MINIT aku mengekori dia dari belakang. Rambutnya  yang mengerbang diikat satu apabila ditiup angin tengah hari.
            Tahu pun rimas, tapi tak reti nak potong.
            “Hei Dollah, awak nak bawak saya pegi mana ni?” Aku mengesat peluh di dahi.  Tengah-tengah panas terik ni boleh pulak dia heret aku jalan jauh-jauh? Bukannya tak ada gerai yang dekat-dekat dengan bangunan pejabat aku tu.
            “Suka-suka hati aje panggil nama orang.” Dia menjawab tanpa berpaling. Kakinya berhenti juga di bahu jalan. Butang lampu isyarat untuk pejalan kaki ditekan beberapa kali. Aku menggeleng laju.
            Satu, sebab bukan ke tadi dia yang suruh panggil dia Dollah? Yang nak marah aku tiba-tiba kenapa pulak? Betullah dia ni tak betul.
            Dua, tekan sekali dah cukup. Tak payahlah nak tekan-tekan empat puluh ratus kali macam tu. sebabkan orang macam dia ni lah harta benda awam selalu rosak. Bukannya akan cepatkan masa lampu tu nak bertukar ke warna hijau pun.
            Aku menahan hati. Ikut ajelah Wanda. Tak lama pun. Kejap lagi boleh balik ofis balik. tapi kalau dia tiba-tiba culik aku macam mana?
            Mak, Wanda nak kahwin dulu kalau dia ni nak culik pun.
            “Jalan.”  Dia menegur.
            Aku tersentak dari lamunan. Tiba-tiba keluar muka mak dekat kepala. Memang jauh betul aku mengelamun.
            Akhirnya kami masuk juga ke dalam perut Opah Cun’s Favourite. Dahi aku berkerut berjuta-juta lapis saat kaki mencecah lantai restoran sambil menelan air liur beberapa kali.
            Masak aku.
            Mata tak lepas dari memandang sekeliling sementara ‘Dollah’ tadi sudahpun menarik kerusi untuk duduk di salah satu meja yang tersedia.
            Chandelier yang tergantung mewah di tengah-tengah restoran membuatkan mata aku membulat. Oil painting tersusun elok pada dinding yang dihiasi dengan batu alam.
            Perlahan-lahan aku menarik kerusi di hadapannya. Satu benda aje yang datang dekat kepala. Mahal.
            Memang mati katak aku nak bayar lepas ni. kalau tak mati katak pun, confirm sepanjang bulan ni aku makan megi aje.
            Ni semua sebab dia. Tak salah pun kalau makan dekat Warung Kak Yati depan ofis tu, kan? Haish.
            “Kak, order!” dia mengangkat tangan tinggi. Menu pun dia tak tengok, dah nak order?  Jangan dia buat malu aku nak order nasi goreng kampung dah. Rasa-rasanya tak ada la kut menu tu dekat kedai ni. gila ke nak order nasi goreng dekat kedai yang sikit punya English style ni.
            Waitress yang beruniforn kuning cair melangkah menghampiri kami. Ditangannya sudah tersedia sebiji tab yang aku agak berjenama Samsung. Pergh, main ambil order pun online, terus ke dapur. Gila maju restoran sekarang. “Ya?” dia senyum memandang aku.
            Aku telan air liur. Takkan nak order air suam je kut. Tapi perut aku dah kembung dengan air milo tadi. “Er..laici ais.”
            Dia mengangguk sambil menulis sesuatu pada tab yang dipegang.
            “Itu aje.” Aku menyambung.
            “Bagi saya nasi goreng kampung dua,”
            Rahang aku hampir tersungkur ke meja. Aku tak salah dengar, kan? Dia minta Nasi Goreng Kampung?
            “..dan nescafe ais.”
            Betullah dia minta Nasi Goreng Kampung. Aku menggeleng dalam hati sambil memandang pelayan tadi melangkah ke kaunter bayaran. “Kenapa sampai dua?”
            “Kita kan ada dua orang.” Dia menjawab malas sambil mengeluarkan handphone dari saku seluar. Aku menjeling rantai kunci berbentuk hati yang masih tergantung pada handphone dia.
            “Tapi saya dah makan.”
            “Makan biskut?” dia sengih menyindir tanpa memandang aku. Tangannya laju menekan kekunci telefon bimbit di tangan. “Ayah awak tak pernah bagitahu ke? Biskut takkan buat awak kenyang.” Dia meletakkan handphone ke telinga.
            “Ayah saya dah tak ada.” Aku menjawab malas. Buku Menu yang tersadai di atas meja aku buka tanpa tujuan.
            Aku dapat rasa matanya mengeling ke arah aku tapi sengaja  aku buat-buat tak nampak dengan sibuk melihat menu yang tertera pada dada buku. Pergh, tak salah pun anggapan aku tadi. Mahal kut.
            Dan, nasi goreng ada dalam list menu rupanya. Heh, sikit punya orang putih punya hiasan, sekali jual nasi goreng kampung jugak.
            Erk. Rm8.90?
            Apa dia letak dalam nasi goreng tu sampaikan harga dia mahal gila nak mati? Bukannya ada emas seketul pun!
            “Kalau ayah awak masih hidup pun dia akan cakap benda sama. Perut yang lapar perlukan nasi. Bukan biskut.”
            aku mengangkat muka dari menu. Baru aje aku hendak menjawab, dia mengangkat tangan tinggi tanda tunggu.
            “Sorry, tapi boleh kita cepatkan meeting?”
            Aku mengeluh kuat. Pelayan tadi datang dengan membawa dua gelas air dan berlalu pergi. Aku kembali meneliti menu yang ada.
            “Pukul 1.45 okay? Dekat tempat biasa.”
            Aku menghirup air laici di atas meja dengan hati berbuku. Boleh pulak dia ajak member makan sekali? Sudahnya, aku yang kena bayar.
            Tapi kan, betul ke dia ni tak waras? Nampak luaran, memanglah. Serabai. Tapi harini, macam okay pulak. Ke….dia ada split identity? Hallamak, banyak tengok movie la kau ni Wanda.
            “Harap tak menyusahkan. Bawa sekali fail yang Tan Sri bagi tadi. Saya tertinggal.” Dia menyambung lagi sambil memandang aku yang asyik mentafsir wajahnya. Aku cepat-cepat melarikan anak mata. Dia sudahpun menamatkan panggilan dan meletakkan handphone di atas meja. Sekali lagi aku memandang hati itu. Hati aku.
            “Ada kawan nak datang?”
            Dia mengangguk sambil menghirup nescafe aisnya.
            “Dah tu, kenapa nak suruh saya teman makan? Saya dah kenyanglah.” Aku merungut tak puas hati. Aku memandang jam besar pada dinding restoran. Pukul 1.35. sepuluh minit lagi.
            “Biskut tak kenyang, faham?”
            Aku mencebik.
            Akhirnya Nasi Goreng Kampung yang dipesan tiba juga. Terbeliak mata aku memandang pinggan yang diletakkan di atas meja. Nasi goreng kampung+ayam bakar kuah percik+sepotong tembikai merah.
            Pergh. Padanlah harga dia mahal kemain.
            Meleleh air liur aku tengok.
            Tapi tak boleh. Takkan aku nak duduk sini, makan dan buat-buat biasa bila dia dengan kawan dia bersembang. Aku nak mencelah pun, bukannya aku kenal dia. Nak mencelah cerita diorang, lagilah haram.
            Cepat-cepat aku menghabiskan air laici dengan isi buahnya sekali tanpa mempedulikan pandangan tajam dari dia.
            “Nasi ni, awak suruh aje kawan awak makan. Saya nak balik ofis.” Aku membuka dompet dan meletakkan tiga helai not RM 10 di atas meja. “Jangan ikut saya lagi. Faham?”  habis melayang 30 ringgit aku. Adoi.
            Tanpa menunggu jawapan, aku terus keluar dari restoran dan berlari-lari anak ke bahu jalan. Nasib baik lampu untuk pejalan kaki hijau waktu aku melintas. Kalau tak, wassalam aku tengah hari tu. sempat juga aku berpaling ke belakang, memandang dia di sebalik cermin besar restoran.
            Dan dia juga sedang memandang aku.
            Maaflah pekerja-pekerja Opah Cun’s Favourite. Aku dah terbawa masuk orang kurang siuman ke dalam restoran korang.
            Heh.



RAEY TERSENGIH KERANG waktu aku melabuhkan punggung di atas meja. Aku mengangkat kening tinggi tanda ‘apa?’
            “Padanlah kau tak layan Encik Fahim. Dah ada yang menunggu rupanya.” Raey sengih lebar.
            “Woi, kau nak buat announcement ke apa?” Aku meninggikan suara. Dua tiga manusia yang dah balik dari lunch memandang kami pelik. “Perlahan lah sikit. Dengar dek Encik Fahim tu free je aku malu setahun.”
            “Encik Fahim dah keluarlah. Baru aje. Tak selisih ke dekat bawah tadi?”
            Aku angkat bahu. Entah. Tak nampak pulak dia dekat lobi tadi.
            PC yang berada dalam keadaan ‘sleep’ aku buka. Folder proposal yang hanya separuh siap yang ditinggalkan oleh Miss Fina terpapar di skrin.
            Jimi dan Fayad melangkah masuk ke dalam ofis. Pukul 2.30 nanti kami ada perbincangan pasal projek baru tu. Aku mengerling jam tangan. Dah hampir pukul dua pun. Dah ramai manusia-manusia balik dari makan, solat mengisi kerusi masing-masing.
            Aku menyemak kembali proposal yang terbuka. Bajet yang dibuat oleh Fayad memang dah cun. Macam biasa, Fayad memang terer kalau bab-bab bajet. Nak kena tunggu tengok tempat ajelah. Bukan senang nak dapat deal dengan pihak supermarket tu. Walaupun kecil, takkan dia senang-senang nak jual tanah tu pada kami.
            “Wanda, macam mana kau boleh kenal Nick tu eh?” Raey menegur tiba-tiba. Aku berpaling dengan dahi berkerut juta-juta lapis.
            “Tak. Aku tak kenal pun.” Mata masih meneliti setiap nilai dan nombor yang tertulis pada kertas kerja. Rasanya tak melebihi bajet ni. Tak membazir, dan tak kurang…
            “Kedekut. Orang nak tahu pun tak boleh.” Raey mencebik dari tempatnya.
            Aku mengalihkan pandangan dari computer. Wajah putih melepak milik Raimah Hannah binti Hussain yang kami panggil Raey aku pandang lama. “Nick mana pulak ni?” soal aku tak puas hati. Aku tengah serius buat kerja ni. main tuduh-tuduh kedekut pulak.
            “Nick laa…”
            Aku buat muka. Nick..Nick. Bila masa pulak aku kenal dengan orang yang bernama Nick ni? anak mat salleh mana yang Raey sebut ni? Akhirnya aku menggeleng laju. “Tak kenal.” Dah. Memang aku tak kenal. Tak tahu pun siapa. Macam mana pulak si Raey ni boleh kata aku kenal dia. Mimpi di tengah hari ke apa budak Raey ni.
            “Power jugak kau ni eh.” Raey bersuara perlahan dengan sengihan di bibir.
            Aku bingkas bangun sambil mencapai mug milo yang aku tinggalkan tadi. “Power apa pulak kau ni….”
            Tanpa menunggu jawapan dari Raey yang sudah terhanyut dalam dunia drama, gossipnya, aku mengatur kaki ke pantry. Dah sejuk beku dah lebihan air milo yang aku tinggalkan tadi. Ni semua si Dollah tu punya pasal.
            Mug merah menyala aku cuci dengan sabun Sunlight yang dah hampir habis. Elok aje aku sangkutkan mug ke tempat asal, suara Fahim memenuhi ruang pejabat. Aku memasang telinga sambil memandang jam di tangan. Baru pukul 2.15 . Cepat betul dia meeting. Ke dia tak pergi lagi?
            “Siapa Senah?”
            Aku terdiam di tepi sinki. Senah? Macam pernah dengar aje nama tu. perlahan-lahan aku melangkah keluar dari pantry dan melihat Fahim yang tercegat di hadapan biliknya sambil mengangkat bungkusan makanan.
            “Ada orang nama Senah tak dalam department ni?” sekali lagi dia mengulang. Aku nampak semua orang menggelengkan kepala. Memang tak pun.
            “You, zaman sekarang mana ada orang nama Senah dah.” Julia mencelah sambil berjalan merapati Fahim yang masih tercegat di muka pintu biliknya. “Kenapa dengan dia?”
            Fahim memandang aku yang berdiri tidak jauh darinya meminta pertolongan. Aku menggeleng dua tiga kali.. Ya, memang tak ada orang nama tu dalam department aku.
            Tapi, kejap. Dia pegang apa tu?
            Biji mata aku hampir tersembur keluar melihat nama yang dicetak pada beg kertas yang dipegang Fahim. Rasanya mata aku tak salah.
            ‘Opah Cun’s Favourite’!
            Kalau macam tu….
            “Wan, siapa Senah? Ada orang kirim nasi goreng ni untuk dia.” Fahim hampir mengeluh. Aku menggigir bibir bawah. Akulah tu. Kalau dah nama kedai tu Opah Cun’s Favourite, siapa lagi ‘Senah’ yang pergi sana.
            Aku je.
            Si Dollah tu bungkuskan Nasi Goreng Kampung tadi? Kirim dekat Fahim pulak tu! Serius. Serius melampau. Aku kan dah warning jangan datang sini lagi. boleh pulak dia main pass pass dekat Fahim. Dia tak tahu ke yang Fahim ni bos aku?
            Memang dia tak tahu pun.
            Tapi kira bertuahlah yang dia jumpa tu Fahim. Kalau dia main pass je dekat Tan Sri Aminuddin Baki tadi, free je kena heret keluar dengan guard.
            “Er, I.” Aku menjawab lambat-lambat. “I punya. Thanks.” Cepat-cepat aku mengambil bungkusan dari tangan dia. Bodohnya! Kenapalah aku tak fikir yang Dollah tu boleh masuk ofis aku balik?! Orang macam tu bukannya faham arahan.
            “Nick pesan suruh makan.” Fahim melaung dari belakang. Aku yang baru melangkah beberapa tapak terkaku. Beberapa orang yang berada berdekatan turut memandang. Aku kembali berpusing menghadap muka Fahim dengan kening terangkat.
            “Nick?” apahal hari ni aku asyik dengar nama ni je?
            Aku nampak Fahim mengangguk perlahan. Muka dia serius kemain. Tak ada senyum dah. Mesti dia bengang sebab ada orang tak waras tiba-tiba suruh bagi nasi dekat orang nama Senah.
            Heh.
            “Ya, orang yang kasi nasi tu. Dia suruh you makan.”
            Orang kasi nasi ni? Nick?
            Kenapa semua orang kenal Nick?
            Dollah tu, nama sebenar dia Nick?
            How come?!


-Bersambung lagi-
**p/s :Alhamdulillah, pembaca dah bertambah. Siapa promote ni? Siapa? Nanti Abang Dollah nak ajak date. Haha. Thanks****

Comments

Anonymous said…
terbaeeeek lar!!..kite msti mau lg!..
Anonymous said…
Saya.trus baca bl hanina abdullah share cita ni dkt fb..dn memg best cite ni..truskn berkarya..
Anonymous said…
Blh x nk mintak hari2 de entry baru cerita ni ☺
Anonymous said…
Hanina Abdullah promote kat FB dia. Tu yg ramai peminat Hanina divert ke sini pulak :)
Anonymous said…
nak3 lagi3..hehe comel je dollah ngan senah ˆˆ
Illa Shanahila said…
Wah,.. Kirim salam kat Hanina Abdullah nanti ya. Cakap dekat dia terima kasih. Abang Dollah belanja nasi goreng kampung nanti =)
Anonymous said…
Best bab ni. Hanina Abdullah yg promote kat FB nya.
Fini said…
tak blh tahan tak blh tahan. please kerap update yer. its a nice story and gaya tulisan santai. Thanks to hanina Abdullah.
Anonymous said…
tq to hanina abdullah yng promote kt FB,,,best cite ni,,,
idA said…
terbaeklah..sanggup mamat poyo "dollah" tu kirim nasi goreng kat mamat sengal Fahim..Just wonder ..what was in Nick's mind bila wanda bayar d bill dan berlalu pergi..mesti dia pun weng at that point of time ..nak kejar tak boleh sbb he's so speechless dengan minah sorang ni..kan..Teruja nya nak tahu..apa ek akan terjadi..selepas ni..mesti kelakar giler bila wanda berjumpa dengan si"dollah"
and thanks to hanina kerana promote blog U..citer ni mmg sempoi..selamba dan best giler..akak enjoy bila membacanya..
Anonymous said…
siapakah Dollah yg sebenarnya????
_aniesue_ said…
wow en serabai mata satu ada nama org putih la.... nick! haha
fahim, that the clue for u dude....@ delivery boy? hahaha
nk lg illa pleaseeew
jue bard said…
sweetnya dollah..

smlm lps hanina abdullah promote, tak sempat nk bc. td lps tgk rehan makhtar plak promote, mmg tak boleh tgg dh. kena baca laju2..and hasilnya..karya ni mmg best. tak sabar tgg next n3
diari neesa said…
cerita yg santai..thanks to kak hanina yg tolong promote dkt fb..keep it up sis!nk tau la jugak Nick tu sapa sbnrnya?pesaing Fahim kan..hehe..

aneesa
Anonymous said…
jue bard, sy pun mcm awak jg..hanina abdullah promote link nie kat fb tp x sempat baca...pg td nmpk rehan makhtar lak promote...oh x blh jd kena baca jg...ok dh habis marathon dhad...best thumbs up :)
ahahahhahahha...owh la abang dollah ku...sila blanja nasi ayam kat nina nanti neh hahhahaha....RM pon dah up kat wall dia sama ...mungkin nanti duyun2 gak bakal mai sini....sila blanja kami seme mkn nasi goreng kampung opah cun 2 sama ngeh3.....
tp kan kite mmg x rasa abg dollah is somebody yg biasa2 je yg seske ski wanda nak kate dia owang kurang siuman hehehe....mesti nganga n kejung wanda nanti bila tau siapa dolah 2 yg sebenarnya hahahhaha
Anonymous said…
Lama betul tak singgah blog ni, dh ada citer baru pon. Jikhik.. Saya kipasusahmati suamiku pencuri kelas satu. Tak sangka ramai dah promote blog ni, pemesla nanti sis writer :) moga maju jaya. Ai tunggu novel jep sbb tak sempat dah nak mengusha blog ni ..
MissL
Anonymous said…
Hari dah 2 3 kali duk ulang baca semua bab...cepat2 le #7...hai Illa tambah peminat u sorg lagi...terbaeklah gabungan senah-dollah-fahim...tak sabr nak tgk muka senah bila tahu sape tu nick..big bos ke?...SZanarh
Kak Sue said…
Wan lain kali dengar apa orang nak cakap buka main pintas ja.... hahaha...
Cemburu ke Fahim.... hati Wan sekarang dah ada pada NICK.... terbaikkk
Hanina Abdullah yang promote. hehe!
Dollah = Nick, Senah = Wanda
Ok, tetiba teringat zaman percintaan dulu.
Fahim tak jeles ke?
Tq to Hanina kalau tak tak jumpa le Abg Dollak aka Nick

Mak Cik Senah ni tak sedar lagi ke hehehe
Zakiah Halim said…
waaaa...best la senah,... abg dollah blanjer makan nasik grg kampung mahal... hehehe :) tq cik writer...
Anonymous said…
sy Rehan Makhtar tg promote.... hihi... mmg berbaloi-baloi
~iris~
aisyah said…
hambik ko senah..hahha
Jae Syi said…
best gila cter nie :D saya rehan makhtar yg suggest :D