Dalam Hati Ada Dia [Bab 16]


16

OKAY.
            Jujur aku cakap, aku tak tahu apa yang jadi sekarang ni. Apa yang aku dah buat dan betul ke apa yang aku buat tadi? Kenapa aku nak marah Nick tak pasal-pasal?
            …dan kenapa Nick tiba-tiba nak ambil tahu hal peribadi aku? Bukan ke dia dah kahwin? Kan?
            Aku mengeluh entah buat kali ke berapa sambil memandang air terjun buatan yang berada di tengah-tengah taman super comel ni.
            Ya, aku masih lagi termenung sendiri tanpa menghiraukan beberapa orang yang melintas dan memandang aku dengan pelbagai jenis pandangan.
            Panas tengah hari mula memancar memamah pipi.
            ..dan ya, aku masih lagi duduk bersandar dengan fokus yang sama. Aku boleh tahu apa yang pakcik kedai depan tu fikir. Juga aunty yang tengah bimbit plastik  barang dapur tu.
            Budak ni dah kenapa mengeluh sorang-sorang dekat tengah-tengah panas macam ni?
            Silap haribulan, aku pulak yang dicop ‘kurang siuman’ (Dah selalu sangat cakap orang, kena dekat diri sendiri pulak).
            Tapi itu semua bukan benda besar dalam kepala. Berkali-kali aku pejam dan celik semula dengan harapan aku masih berada di dalam restoran yang baru dibuka di sebelah bangunan pejabat dengan menghirup sup cendawan sambil mendengar Fahim bercerita.
            Harapan.
            Sekali lagi aku mengeluh bila imej air terjun masih menjadi fokus bila mata dibuka. Sedarlah Wanda. Kau dah terlepas bicara. Kau dah terlajak kata.
            …dan, kau dah kecewa.
            “Wan?”
            Bunyi tenang air yang menuruni batu setinggi hampir dua meter itu terganggu dengan suatu asing. Aku terus berpaling ke kiri dan kanan mencari manusia yang memanggil aku…Wan?
            Eh?
            “Kau kan? The Only Wan!”
            The Only Wan.
Dah berkurun aku tak dengar panggilan tu.
Dah berzaman aku lupa tiga perkataan tu.
Aku menelan air liur berkali-kali bila melihat seseorang yang lama sungguh hilang dari ‘Dunia Wanda’ berjalan laju menuju ke arah aku yang masih duduk membuang masa di atas kerusi batu.
            “Acap…” aku terbangun dari kerusi. Walaupun rambutnya dah dipotong pendek, wajah cerianya masih terlekat di kepala. Macam mana boleh terjumpa dengan dia pulak dekat sini?
            “Betul ke kau ni Wan?” Acap bersuara kuat sambil menggeleng beberapa kali. “Ataupun, aku patut panggil kau Nurhannah?” dia tergelak kecil di hujung kata.
            “Acap…” aku bersuara keras. Memang dari dulu aku tak suka kalau kawan-kawan semua panggil macam tu. rasa macam sangatlah ayu. Rasa macam tersangatlah sopan. Rasa macam…aku sekarang?
            “Sumpah, kalau Fahim tak warning aku awal-awal, mungkin aku dah tak kenal kau langsung tadi.” Acap menyambung sambil tergelak kecil.
            Kening aku terangkat tinggi mendengar nama Fahim. Apa kaitannya Acap dekat sini dengan Fahim?
            “Apa kau buat dengan Wan dulu?” mata Acap masih tak lepas memandang aku dari atas ke bawah (sama macam Fahim pandang waktu awal-awal terjumpa dulu).
            “Aku la ni…” aku menjawab perlahan.
            Acap tersenyum lebar sebelum memandang tepat pada anak mata aku. “Kau…kau nampak macam perempuan.”



AKU MASIH DIAM membisu di atas kerusi putih yang aku tinggalkan tadi sambil memandang wajah Fahim dan Acap berulang kali. Rupanya Fahim nak buat kejutan (kononnya) dekat aku bila dia panggil Acap makan sekali.
            Sebabnya, lepas aje habis buat diploma dekat uni dulu, semua dah berterabur sambung degree merata-rata. Dah lama gila kami bertiga tak berkumpul macam dulu-dulu. Waktu semuanya masih rasa dunia ni kami yang punya.
            Tapi sudahnya, Fahim yang terkejut bila tengok kerusi aku kosong bila dia masuk balik ke dalam restoran lepas jawab call Acap sebab nak tanya jalan.
            Walau apa pun, memang aku terkejut (kira menjadilah kejutan yang Fahim nak buat tu). Sebabnya, lepas aku tukar skinny jeans kepada skirt labuh ni, tak pernah lagi aku terserempak dengan siapa-siapa dari uni dulu.
            Tak pernah.
            Fahim yang pertama.
            …dan sekarang, Acap.
            “Serius, kau makin cantik Wan.” Acap bersuara setelah kakak pelayan meletakkan teh o ais limau yang dipesannya tadi.
            “Kalau kau puji aku sebab kau nak suruh aku cakap kau handsome, sorry. Kau tak handsome pun.” aku membalas.
            Acap ketawa kuat sambil menggeleng beberapa kali. Fahim hanya senyum memandang kami.
            Kalau dengan Acap, aku tak ada hal. Sungguh. Nak sembang macam dulu-dulu pun aku tak kisah. Sebab Acap tak pernah reject aku…
            “Kiranya korang satu office la ni eh?”
            Aku memandang Fahim yang baru sahaja ingin menyuap nasi ke dalam mulut. Dia mengangguk perlahan menjawab soalan Acap. Aku mengeluh perlahan. entah apalah yang Fahim dah cerita pasal aku dengan budak Acap ni.
            “Whoa, panjang jugak jodoh korang ni!”
            Air yang diminum tersasar ke esofagus. Terus aku terbatuk kuat tanpa ditahan. Air Fahim yang terletak elok di atas meja terkena lengan aku dengan tak sengaja. Fahim cepat-cepat menghulurkan tisu yang dari tadi memang disediakan di atas meja kepada aku sebelum dia mengelap bajunya yang sudah terkena fresh orange.
            “Jap.” Fahim tiba-tiba bangun ke bilik air, nak cuci balik kesan jus yang aku tumpahkan tadi (Nasib baik tak banyak dah air dalam gelas dia).
            Aku mengangkat muka memandang Acap di kerusi bertentangan. Sekali lagi kau sebut pasal jodoh, aku kerat kau jadi daging burger Ashraf oi.
            Bukannya Acap tak tahu yang aku pernah luahkan perasaan dekat Fahim dulu. bukannya Acap tak tahu yang Fahim terang-terang tolak aku dulu. dah tu, kenapa suka-suka jiwa dia nak masukkan perkataan ‘jodoh’ tu bila nak bersembang pasal aku dan Fahim?
            Dia tahu tak hati aku rasa macam nak terlerai balik?
            Dia tahu tak yang muka aku dah tebal gila bila setiap kali teringat pasal peristiwa hitam pekat kelabu tu?
            “Patutlah Fahim call aku, suruh tengok kau dengan mata kepala aku sendiri.” Acap bersuara lagi sambil membuang pandang ke arah bilik air yang dimasuki Fahim tadi. Aku turut sama memandang walaupun yang terlakar pada imej retina hanyalah pintu yang bertulis ‘Gents’. Acap yang semakin kemas dengan kemeja dan jeans gelap aku pandang lama. mencari makna yang tersembunyi daripada raut wajahnya. Aku pula yang blur tertanya-tanya.
            Apa pulak rahsia yang diorang simpan dari aku?
            Kenapa pulak Fahim nak Acap jumpa aku?
            “Bila tengok kau sekarang, aku faham kenapa dia dah terjatuh…” Acap berhenti sesaat sambil menarik nafas dalam-dalam. “Karma, kan?” dia kemudiannya tersengih memandang aku yang masih terkebil-kebil mencari jawapan.
            Apa maksud Acap?
            Apa maksud dia?
           

AKU MENELAN AIR liur entah buat kali ke berapa. Dewan kuliah yang bising dengan macam-macam jenis suara sedikitpun tidak menganggangu perbualan aku dan dia. Acap yang duduk bertenggek di atas tembok tidak jauh dari kami hanya memandang tanpa kata.
Dia masih tersandar di pintu dewan kuliah sambil memeluk tubuh dengan muka ketat. Berkali-kali aku menelan air liur, fikir balik apa yang aku dah cakap.
            Ya, pasti. memang aku maksudkan apa yang aku cakap dekat dia tadi.
            Memang aku dah terjatuh hati pada dia.
            “Kau jangan buat lawak, Wan. Jangan buat gila!” Aku mendengar dia mengeluh berat. Dia dah pun duduk mencangkung sambil menguak rambut ‘spike’ nya ke belakang. Anak matanya memandang aku tajam beberapa saat sebelum kembali menatap lantai simen di kaki.
            Gaya macam aku dah bagi dia masalah besar.
            Masalah besar ke kalau aku cakap aku dah tersuka dekat dia? Masalah besar ke kalau aku dah rasa dialah orang yang aku cinta?
            Masalah ke?
            “Er..aku tak buat lawak. Betul.” aku menjawab perlahan. Dah lebih tiga tahun aku berkawan dengan dia, inilah kali pertama aku nampak dia tak ketahuan macam ni.
            Semua sebab apa yang aku cakap tadi ke?
            “Tak bolehlah Wan,” Dia bangun menghadap aku yang berdiri pegun memandangnya dari tadi. “Kau…aku, kawan. Best friend. Brothers.”
            Perkataan brothers yang disebutnya membuatkan jiwa aku tersentak beberapa saat. “Tapi aku perempuan, Im.” Perlahan aje suara yang terkeluar. Air liur yang ditelan terasa pahit, payau.
            “Aku tahu…” Fahim menggaru kepalanya dengan kedua-dua belah tangan beberapa kali. hilang terus gaya spike yang dia buat pagi tadi. “Wan, kita kawan je lah. Aku  tak bolehlah.”
            Aku terdiam sendiri. Tak sangka sebenarnya Fahim akan terus tolak aku macam ni. Sungguh, aku ingat dia pun ada rasa sama seperti aku.
            Rasa sayang.
            Rasa cinta.
            “Wan, kalau kau…er macam perempuan lain, mungkin aku boleh terima.” Fahim bersuara lagi. Aku boleh tangkap nada serba salah dari suaranya. Aku mengangkat kepala mendongak, memandang dia yang lebih tinggi beberapa inci daripada aku. “Tapi kau…bestfriend aku, Wan. Aku tak boleh.”
            Aku mengeluh berat sambil memandang sneakers yang tersarung di kaki. Mata aku beralih pula pada skinny jeans yang dipadankan dengan kemeja longgar. Aku tak macam perempuan lain?
            Apa dia ingat aku pakai macam ni, aku suka perempuan? Apa dia ingat rambut aku lebih pendek dari dia, aku dah tak ada rasa pada lelaki?
            “Sorry, Wan.”
            Air mata aku hampir menitis jatuh ke lantai. Aku ingat, selama tiga tahun kitaorang kawan, dia faham aku. aku ingat selama tiga tahun lepak sekali, belajar sekali, buang masa sekali, dia faham isi hati aku.
            Tapi tak…
            Dia langsung tak pandang aku sebagai perempuan.
            Langsung!
            Fahim menundukkan wajah, mencari anak mata aku. “Sorry…”
Aku terus berpusing membelakanginya sebelum setitik air mata jatuh juga tanpa ditahan.
            “Wanda…”
            Dah, jangan nak hina aku lagi. aku tahulah aku tak cantik macam perempuan-perempuan dalam dewan kuliah tu. Aku tahulah aku ni tak berapa nak ayu macam diorang. Tapi tak payahlah hina aku macam-macam…
            “Hei,” aku terasa bahu aku digoncang perlahan. “Wanda, dah kenapa kau menangis dalam tidur ni?”
            Perlahan-lahan aku membuka mata yang terasa basah. Cahaya dari lampu bilik menerpa masuk ke dalam anak mata. Pedih!
            “Bangunlah. Apa tidur waktu-waktu macam ni? Nak maghrib dah.”
            Aku memandang Lili yang sudahpun duduk di atas katil aku. Lili? Bilik ni, bilik aku kan? Bukan dewan kuliah?
            Dinding bilik yang bercat krim lembut aku pandang tanpa tujuan. Ya, aku dekat bilik sendiri.
            Aku bukan lagi budak universiti.
            Entah bila macam mana pulak aku boleh terlelap. Rasanya baru aje aku balik dari ofis tadi.
            Jauh sungguh aku putar masa.
            Mimpi benda yang dah lepas.
            Heh.
            “Bangunlah. Aku dah masak tu, nanti kau makan je.” Pesan Lili sebelum dia keluar dari bilik sekangkang kera aku.
            Aku mengangguk sambil bingkas duduk di atas katil. Tiba-tiba aku terpandang sebungkus roti yang terletak elok di atas meja solek. Gardenia Butterscotch. Roti yang Nick bagi tadi.
            Serta merta aku mengeluh perlahan.    
            Fahim satu hal. Nick pun satu hal.
            Bila hidup kau nak aman ni, Wanda?


SABTU. CUTI.
            Pagi-pagi lagi Kak Qila call aku, ajak keluar beli barang sikit. Dia cakap dia dah dapat kerja jadi cikgu ganti dekat sekolah rendah area rumah aku tu. Ganti cikgu yang sakit barah otak.
            Kira okaylah sekejap, daripada tak ada langsung.
            Tu semua, sebab makcik aku punya kabel.
            Nasib baik jugaklah Kak Qila ajak aku keluar sebabnya aku rasa sikit lagi kepala aku nak pecah fikirkan semua yang jadi.
            Aku bersiap ala kadar dengan menyarung skirt hitam labuh yang dipadankan dengan tshirt pendek dan cardigan kuning cair.
            Selendang pun aku main belit sesuka hati. Asal tutup rambut dan dada, dah.
            Belum pun sempat Kak Qila tukar gear reverse untuk keluar dari kawasan rumah aku, aku dah mulakan mukadimah cerita aku. Semua aku cerita. Dari kes dapat mesej ugutan, panggilan telefon dari perempuan meroyan, kena simbah air cili, Fahim, Nick dan akhir sekali cerita Acap semalam.
            Kak Qila tak banyak menyampuk. Dia hanya mengangguk faham ataupun menggelengkan kepala, bila rasa tak percaya atau bila dia rasa cerita aku tak masuk akal. Elok aje cerita aku habis, kereta Kak Qila sudahpun memasuki petak parking di One Utama (Jauh betul nak beli barang).
Kami terus masuk ke dalam Jusco untuk memulakan misi mencari handbag, tudung dan baju kurung yang sesuai dengan kerja baru Kak Qila. Cikgu. (Gaya macam dekat Batu Pahat sana tak boleh nak beli je, kan?)
            “Habis tu, kau nak buat apa lepas ni?”
            Aku mengangkat muka dari game Pou, memandang Kak Qila yang mencuba dua tiga buah beg tangan di atas rak. Ingatkan dia tak ambil tahu pun cerita aku tadi. Main angguk-angguk dan geleng-geleng je dari tadi.
            “Kau rasa macam mana?” aku menjawab soalannya dengan soalan. Tapi, memang sungguh aku tak tahu nak buat apa sekarang. Sekali lagi aku mengalihkan pandangan kepada skrin telefon. Pou yang kelaparan, aku sua donut yang baru dibeli di ‘Shop’ yang memang sudah tersedia di dalam applikasi.
            Kak Qila mengangkat bahu sesaat sebelum menjawab, “Kau suka Dollah tu, kan?”
            Tangan yang ingin menyuap Pou dengan jus oren tersasar ke tepi. Aku mendongak memandang Kak Qila yang tersenyum simpul sambil mencuba beg tangan entah jenama apa di hadapan cermin besar.
            “Mana ada…” aku menjawab laju. Defensive. Gila ke? Aku takkan suka dekat laki orang. Takkan. Melainkan aku rela tadah muka aku bila isteri dia simbah asid.
            Heh. Tak rela!
            “Kau suka dia. Aku tahu. sebab tu kau pergi marah-marah dia.” Tenang aje Kak Qila bersuara. Aku mengeluh berat sambil menutup permainan Android di tangan. “Kau marah sebab kecewa dia dah kahwin, kan?”
            “Gila. Mana ada.”
            “Kenapa kau tak tanya je dia. Entah betul ke tidak yang dia tu dah kahwin. Kau ada bukti?”
            Aku menggeleng laju mendengar soalan Kak Qila. Tak ada. Memang aku tak ada bukti. Tapi, dia aje orang ‘kaya’ yang aku kenal pun. Tak ada orang lain dah.
            “Gila ke nak tanya? Aku ni siapa? Takkan tiba-tiba aku nak tanya dia dah kahwin ke belum? Aku kenal dia pun baru berapa minggu.”
            Kak Qila mengangkat bahu. “Fahim pulak macam mana?”
            Aku mengeluh berat sambil menggeleng perlahan. “Tak tahu…”
            Kak Qila beralih pula ke tempat kasut-kasut hitam bertutup yang tersusun di atas rak bercermin. “Macam apa yang kau cerita tadi, Acap cakap Fahim dah terjatuh?”
            Aku mengangguk sesaat.
            “Terjatuh…hati?”
            Aku mengangguk lagi. Entah. Mungkinlah kot. Kalau dah si Acap tu cakap karma. Memang betullah tu. dulu, aku yang tergila-gilakan Fahim. Sekarang dia pulak tergila-gilakan aku.
            Ya ke?
            Fahim tergila-gilakan aku?
            Macam tak logik pun ada.
            “Kau suka siapa sebenarnya ni, Wan?” Kak Qila merenung aku lama sebelum meletakkan sebelah kasut ke tempat asalnya.
            Aku menggeleng laju. Tak tahu. Aku tak tahu. Aku tak suka dekat siapa-siapa, boleh macam tu? Apasal payah sangat nak tahu hati sendiri ni? Dalam hati aku ni, ada siapa?
            Tak tahu.
            “Cuba cerita dekat aku, Dollah tu macam mana rupa dia?”
            Aku pandang wajah Kak Qila dengan kening terangkat. Dah kenapa Kak Qila nak tahu pasal Nick Dollah tu pulak? “Kenapa?”
            “Kalau kau susah sangat nak pilih, biar aku je yang tolong pilihkan.”  Kak Qila sengih lebar sambil melabuhkan punggung di atas salah satu sofa kecil yang disediakan di tengah-tengah kedai. Sebelah kasut yang dicapai dari rak tadi disua ke kaki.
            Aku bertinggung di hadapannya sambil menopang dagu dengan kedua-dua belah tangan. “Dollah…err nama dia Nick Rayyan.” Aku bermukadimah.
            Kak Qila mengalihkan pandangannya dari kasut di kaki ke muka aku dengan dahi berkerut. “Nick Rayyan? Dah tu, kenapa kau panggil Dollah?”
            Aku tergelak kecil sebelum menyambung, “Panjang ceritanya.”
            Kak Qila mencebik. Dia kembali meletakkan kasut tadi di atas rak. Tak sesuai.
“Dia selalu paksa aku makan sama, macam dekat dahi aku ni dah tertulis, ‘Kalau Nak Makan, Ajak Aku’.”
Aku mendengar Kak Qila ketawa perlahan sambil membelek kasut yang lain.
“Dia tu serabut, kak. Rambut depan tak reti nak potong, inikan pulak rambut dekat belakang. Dah rupa ninja zaman tok kaduk dah.”
“Zaman tok kaduk ada ninja ke?”
“Hish, jangan menyampuk aku nak cerita.”
Kak Qila ketawa kuat. Beberapa manusia yang turut sama berada si tempat kasut memandang beberapa kali.
Aku menyambung lagi, “Muka ketat tak payah nak cerita. Dahtu, cakap dia tak sah kalau tak ada perisa ‘perli’. Sakit jiwa betul.” aku bingkas dari bertinggung dan duduk di atas sofa kecil tadi.
“Okay, go on.” Kak Qila senyum segaris.
“Tapi dia baik jugakla…”
“I see…” aku nampak Kak Qila menyusun gigi, sengih. “Agak-agak Dollah yang kau cerita tadi, ada rupa macam dia tak?”
Aku berpaling ke arah yang ditunjukkan Kak Qila. Ada ke orang yang serabai sama dengan Nick Dollah dalam dunia ni?
Eh! Ada!
Mata aku tak lepas dari memandang seorang lelaki yang bertshirt putih dengan kemeja yang hanya disarungkan tanpa dibutang yang dipadankan dengan  jeans lusuh dan…flipper?
Ini bukan sama dah. Ini Nick Dollah!
“Nick!” aku hampir menjerit, terkejut sebenarnya. Tiba-tiba je jatuh dari langit terpacak dekat One Utama ni.
Asyik terjumpa dengan dia je sejak akhir-akhir ni. aku pergi mana-mana pun, mesti ada dia. Dia ada part time ikut aku ke?
Tak pun…dalam hati aku ni, ada dia?
Tiba-tiba terasa darah berlari-lari ke muka bila melihat Nick melangkah mendekati kami.
Betul ke…dalam hati aku ni, ada dia?
Okay. ya. Aku, Wanda Nurhannah nak mengaku yang aku suka dia, sebab tu aku pun rasa kecewa bila dia tiba-tiba tinggalkan aku semalam.
…tapi, kalau dia dah kahwin, macam mana?
Nick berhenti melangkah apabila dia sampai di tempat aku dan Kak Qila berdiri. Kak Qila masih lagi tersenyum-senyum penuh makna. Entah apalah yang dia fikir.
Tapi apa-apa pun, apa Nick buat dekat sini? Tempat kasut wanita pulak tu?
“Lalu tadi, nampak awak. Saja datang tegur.” Nick menjawab tanpa ditanya.
Okay, scary. Dia boleh baca apa yang aku fikir. Ke…nampak sangat aku tertaanya-tanya? Ataupun ada tertulis dekat dahi aku apa yang aku fikir?
“Kak Qila, Nick Rayyan.” Aku bersuara perlahan. Dia Nick Rayyan. Bos? Rakan sepejabat? Entah. Aku sendiri pun tak tahu apa jawatan dia dekat syarikat tu sebenarnya. Yang aku tahu, dia orang penting. Like, a very very important person (Hah tiba-tiba keluar bahasa minah salleh ni kenapa Wanda oi?).
 “Hai, saya kakak Wanda.” Kak Qila menegur. “Wanda nakal tak dekat ofis?”
Mendengar soalan dari Kak Qila, jari aku terus mencubit lengannya yang gebu. Padan muka.
“Dia okay…”
“Qila, Wanda!”
Belum sempat Nick menyambung, suara dari entah siapa menyampuk dari belakang. Tiga pasang mata terus mencari tuan punya suara yang menegur tanpa salam.
Kak Umi!
“Tak sangka jumpa Qila dekat sini.” Kak Umi senyum nipis sambil memegang lengan tunangnya di sebelah. Hampir terkeluar biji mata aku melihat aksi dia. Kalau dekat kampung, nak pandang anak teruna orang pun malu-malu. Apahal dekaat sini boleh pulak selamba-bomba peluk lengan depan orang ramai?
Apa dia ingat hukum dekat kampung dah berubah bila duduk dekat bandar?
Heh, tiba-tiba menggelegak hati aku. Sabar wanda. Sabar. Kau tu ada gen hormat orang tua. Jangan lupa.
Tapi kalau dah ‘orang tua’ tak reti nak hormat orang lain tak guna jugak, kan?
“Umi…” aku mendengar Kak Qila bersuara perlahan. “Shopping?”
Kak Umi mengangguk laju. “Yep. Beli barang untuk kahwin, kan sayang?”
Serius. Kalau bukan sebab tempat ni public, sikit lagi aku nak keluarkan muntah hijau aku. Sikit lagi.
“Qila datang shopping ke? Eh, kerja catering pun kena pakai kasut macam tu ke?” Mata Kak Umi terpaku pada kasut hitam yang dipegang oleh Kak Qila.
Sungguh. Sikit lagi nak keluar suara soprano aku ni. “Taklah. Kak Qila dah jadi cikgu ganti. Mengajar.” Aku membalas bila melihat Kak Qila yang sudah terdiam membisu.
Nick di sebelahnya hanya diam memerhati.
“Oh, tahniah.”
Okay. Sinis disitu. Aku tahu dia tak ikhlas pun nak sebut perkataan ‘Tahniah’ tu.
“Tapi cikgu ganti…sekejap ajelah kan? Lepas tu dah tak ada kerja balik?” Kak Umi menyambung sambil mengangkat kening kepada tunangnya. Kak Qila masih lagi diam.
Aku dan agak dah. Aku dah agak dia tak ikhlas.
“Macam sia-sia je kau ambik architecture dulu.”
 Nick tiba-tiba berdehem kuat. Dia mengangkat muka memandang Kak Umi dan tunangnya bergilir-gilir.
“Sebenarnya, tak.”
Aku dan Kak Qila memandangnya dengan dahi berkerut. Apa yang tak?
“Lepas dia jadi cikgu ganti, dia terus kerja dengan syarikat kami.” Sambung Nick selamba. Aku nampak Kak Umi dan tunangnya tergelak kecil sambil menggeleng.
Aku tepuk dahi sendiri. Nick ni pun, nak tolong pun, biarlah logik sikit. bila pulak syarikat kitaorang pakai arkitek?
“Syarikat apa? Kilang kayu?” sinis. “Tunang I ni dah lama dalam dunia architecture, ingat senang ke nak masuk?” Kak Umi memandang Nick dari atas ke bawah dengan pandangan yang tak boleh aku tafsir. Tunangnya mengangguk beberapa kali sambil membetulkan kemeja yang dipakai (Konon dah bangga sangatlah kerja arkitek? Huh).
“Oh, really?” Kening Nick terangkat tinggi. Dia memandang tunang Kak Umi dengan senyuman nipis. “Kalau macam tu, saya rasa awak pasti ada dengar pasal Seni Inovasi di mana-mana?”
Muka tunang Kak Umi terus bertukar biru. Dia menelan air liur beberapa kali sebelum bersuara. “Err, Nick? Nick Rayyan?”
Nick hanya tersenyum sambil memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam saku seluar.
Sorry, Nick. My appologies.”
“Awak ni kenapa?” Kak Umi bersuara kuat, terkejut melihat tunangnya meminta maaf bagi pihak dia. Aku dan Kak Qila sama-sama terdiam, tak faham sebenarnya apa yang dah jadi.
“Dah, jom balik!”
Tangan Kak Umi ditarik sebelum sempat dia menjawab. Jari jauh aku dapat dengar tunang dia marah-marah.
“Jangan kacau diorang. Awak nak bisness saya lingkup?”
Walaupun mereka sudah beberapa tapak jauh dari aku, telinga masih lagi dapat menangkap suara tunang Kak Umi.
            Dahi aku masih berkerut lebat. Lambat-lambat aku memandang Nick selepas kelibat Kak Umi dan tunangnya hilang dari pandangan.
            “So, kira jadilah eh. Lepas jadi cikgu ganti, kerja dengan saya.” Nick memandang wajah Kak Qila yang sama jugak macam aku sekarang, blurr.
            Tak dapat hadam lagi apa yang berlaku.
            “Seni Inovasi…awak punya firma?” soal Kak Qila.
            Aku masih lagi diam. Tiba-tiba pulak muncul Seni Inovasi, arkitek…siapa sebenarnya Nick Rayyan ni?
            “Taklah. Pakcik punya. Setakat nak tambah seorang lagi arkitek, tak ada hal.”
            Mulut aku terbuka luas. Tak ada hal? Senangnya!
            “Chop…chop. Kalau Seni Innovasi tu pakcik awak punya, macam mana tunang Kak Umi boleh kenal awak pulak?”
            Nick sengih sesaat sebelum duduk di atas sofa kecil di hadapan kami. Kedua-dua tangannya diletakkan di belakang kepala dan bersandar pada tiang simen. “Saya arkitek dekat situ.”
            Mata aku hampir terkeluar dari soket bila mendengar jawapan dari mulutnya.
            Homai.
            Nick Rayyan? Arkitek?
            Arkitek!?
            Sebab itu ke dia boleh suka-suka hati je keluar waktu pejabat? Sebab tu pakcik dia punya firma, dia boleh buat kerja dekat mana-mana pun sambil goyang kaki?
            Dah tu, apa dia buat dekat syarikat aku?

           


***


Comments

diari neesa said…
eee..nyampah la tgk perangai k.umi tu..tak reti bersyukur langsung dengan kebaikan k.qila..bleh plak kutuk k.qila dpn nick, wanda dan tunang dia..

psst:kalo dpt tgok real reaksi tunang k.umi tu kan best...cuak smpai beredar dri situ..hehe
Nik Dollah da tak merajuk
Anonymous said…
best2....nk lg pls...
Ct
Anonymous said…
Wanda...sila la jauhkan diri dr si Fahim tu...cam tk ikhlas je suka kat Wanda, Wanda dh tuka comey baru nk jatuh suka...plisss laaa...mencik
Wanda..sila suka ngn Nick Dollah je k..sempoi je tu...hihii
IllaShanahila....best..tk sbr nk tggu n3 baru... :)
(Leen MyHaneza)
anissa said…
eee menyampahnya dgn kak umi tu...busuk hati..
Nick gentleman...menghulurkn bantuan di saat memerlukan >>>

luv u Nick!!1
yanims said…
ouh,,dh jatoh chenta dgn nick yg sgt cool n mystery ni... :)
zachry yahya said…
org yg best tp humble.. cayalah nick dollah.. lps ni kak qila jd kabel utk nick ngan wanda kot..

fahim tu.. penambah perisa je hrpnya.. bkn hero sbnr..

cik illa.. nk laggiiii...
Jolyn Eve said…
ala..skitnya part nick..bru nak snyum lbar da abis :( pa pun best :)
My Beadz World said…
tak ada comment ape2 besttt sangat bila nak published?
Marina said…
Thank you, Cik Author!
argghhhhhh stress2 dengan kelembapan otak wan senah ni berfikir...tolong la hishhhhhh.....
Kak Sue said…
Rasanya Wan x sesuai dengan Fahmi sebab x ikhlas... sebab Wan dah jadi perempuan melayu terakhir baru nak ada hati... boleh jalan lah...
Baik sungguh hati Nick Dollah ya.... nak pikat adik kena ambil hati kakak dulu ke Nick Dollah... terbaikkkk... padan muka kak Umi ... berlagak sungguh....
lee jee joong said…
hahahahaha saya suka saya suka .. nick sbg penyelamat wah!!!! kagum sangat2 dan... nick tak merajuk dgn wanda... hehehe makin2 menarik wah baca ni mcm ada blink2 plak heheheh
R'hanida said…
yeaay nick dollah yg cpt cool!!
Tolooongggg la jgn kak qila ade hati dgn nick...
Nick hnya utk wanda seorg jerk!!!
cyah said…
Suka ngan nick sempoi thp x ingat
Anonymous said…
Illa, takmo fahim kaco wanda..nyemak je..huhu
mysterynya nick dollah ni...mana ada senah kat situ ade dollah ;)
-nisa-
Anonymous said…
ko amik jer la qila tu nick..senah yg lemau dan bisu xbestttttt
Anonymous said…
dah berlambak citer heroin yang mcm tuh...x da perubahan pun heroin, asyik lemau dan bisu jer...bila nak dapat heroin yang sihat dan kuat...mesti kecik2 dulu x suka minum milo...
_aniesue_ said…
Fahim angau sampai TERJATUH TALAK.....kot...hihihi
Anonymous said…
nick dollah ni ceo kot.kalau tak takkan tunang umi kecut perut
nurilsuhaila said…
yeaaaa..hero sudah mari..sapa mau kacau? ada berani?
aisyah said…
suke cinta illa ni..tahniah2...
ada misteri, kelakar, romantik cara sendiri..i likeeeee
lee jee joong said…
Eh ntah2 nick ngan qila kenal tak?? Mcm bleh agak jdm qila gaya nick?? Siap tersenyum mcm kebetulan je
Yazreina said…
Hebat betullaa Nik Dollah ni... Seme serba boleh
Anonymous said…
Illa... Batu Pahat Johor memang takda Jusco :)
Illa Shanahila said…
>__< illa nak cakap gaya mcm tak boleh beli dekat batu pahat. =) thanks anyway.
jue bard said…
apahal si umi tu..sengal..PHD tak habis2
Nick Rayyan Arkitek? Ohmaiii~
Tenganga mulut dari tadi.
"Jangan kacau diorang. Awak nak bisnes saya lingkup?" haaa! padan muke korang. berlagak tak habisss.. cili mulut tu karang.
Aminah said…
Dollah yg misteria makin menarik!! . Silalah teruskan cik Illa...moga cepat la kuar versi cetak ye...
Nurul Hidayah said…
Bestnya...tak sabar nk baca terus bacaTAPI..... bersabung pulak....
Renn Oyong said…
Bestnya!!!
I love Nick Rayyan!!!!
Sy x suka Fahim hehe....
Cik writer, jgn lupa update ya...;)