Dalam Hati Ada Dia [Bab 2]


DUA BENDA JE yang aku nak dalam dunia ni. Satu, kaya. Dua, tak payah kerja. Alangkah bahagianya hidup aku kalau dua-dua impian aku ni tercapai.
            Tapi, heh. Itu semua angan-angan palsu je. Sebijik macam  isi minyak motor seringgit, angan-angan nak pergi angkasa.
            Tapi, tak salahkan kalau aku nak berangan?
            Salahke kalau aku nak jadi kaya?
            Tak payahlah aku duduk goreng megi je tiap-tiap hujung bulan.
            Salah ke kalau aku tak nak kerja.
            Tak payahlah aku menghadap muka Miss Fina yang sibijik macam singa betina tu. aku betul tak fahamlah kenapa dia boleh pass jadi manager. Kerja tak pernah nak siap. Hakikatnya, memanglah siap, sebab kami ni, aku Fayad, Jimi dan Raey yang tolong siapkan kerja dia. Kerja manager. Proposal dia.            Akhir sekali, dia juga yang dapat nama. Heh, perangai macam tu pun wujud eh dalam dunia. Aku ingat dalam filem dengan drama je ada.
            Kalau kami tak buat, mulalah bising memanjang. Nasib baiklah gaji aku dia yang tolong approve. Kalau tak memang lama dah aku libas dia dengan satu kodi kertas A4 tu.
            Kes Miss Fina tu satu. Yang si Fahim ni tiba-tiba jatuh dari bumbung syarikat aku ni pulak, lagi satu kes. (Bukan jatuh betul-betul oke).
            Apa dia buat dekat dinner kami malam tadi sebenarnya?
            Dan,.. apa dia buat dekat ofis aku sekarang ni?
            Mata aku tak lepas dari memandang tubuh badan Fahim yang baru aje melangkah masuk ke dalam bilik Encik Razni, bos Munie. Dia nak minta kerja dekat sini ke?
            “Bukan dia ke yang tegur kau malam semalam?”
            Aku berpaling ke kanan. Raey atau nama betul dia Raimah mendekati meja aku. Cepat aje gossip sampai. adoi.
            “Haah. Siapa dia eh?” aku buat-buat tanya. Lagipun, memang aku tak tahu pun apa jawatan dia dekat syarikat ni.
            “La, bukan ke aku yang patut tanya kau.” Raey mencebik. “Pandai kau berahsia eh. Diam-diam kau, tiba-tiba boleh ngorat manager baru.”
            Kejap. Kejap. Mengorat? Haish, bila masa pulak aku buat kerja-kerja macam tu Raey oi.
            “Woi, woi. Makan pun tak boleh sebarang makan. Apatah lagi nak cakap.”
            Raey ketawa perlahan.
            “Buat kerjalah. Karang Singa Fina tu nampak, mati kau. Bukan setakat kau, aku pun kena sekali.” Bukannya Raey tak tahu, Miss Fina tu kalau nampak aje kitaorang bercakap, terus disoundnya serta merta. Haish, memang tak reti nak cover ayu langsung.
            Apa, dia ingat boleh ke buat kerja dengan suasana sunyi, diam macam dalam library? Aku rasalahkan, dulu Miss Fina ni perpustawakan dekat sekolah. Tak boleh dengar orang bercakap langsung.
            Ataupun, dia taku kami mengata dia? (Walaupun hakikatnya memang kami selalu duk mengata dia.Astaghfirullah)
            “Miss Fina tak adalah. Dia cuti sebulan rasanya. Pergi Australia.” Raey kembali ke mejanya dengan muka  ceria tak habis.
            Kaya betul Miss Fina bercuti dekat Australia. Sampai sebulan pulak tu. Eh kejap. Dah tu, proposal untuk tender baru dekat Penang tu macam mana? Takkan seratus peratus dia nak kami siapkan kot.
            Nanti kau MiSS Fina oi, kau balik nanti, aku bocorkan keempat-empat tayar kereta kau tu. baru padan dengan muka.
            Mulalah kerja-kerja jahat keluar dekat kepala.
            “Mak ai. Apahal sampai sebulan?” terus mata aku terbuka luas.
            “Kau macam tak biasa. Bukan dulu dia pernah pergi France ke tiga minggu.”
            Aku menggeleng lama. betul. Waktu dia pergi France tiga minggu tahun lepas, kami yang kena siapkan kerja dia yang tergendala. Bos besar tak tahu pula tu. yang bos besar tahu, Miss Fina dah siapkan sewaktu tengah bercuti.
            Siapkahlah sangat. Padahal Raey yang emel dekat dia bila kerja tu siap.
            Tak patut betul.
            “Nampaknya proposal Penang tu kita lah yang kena siapkan sendiri eh?”
            “Lagi mahu tanya.” Raey mengeluh.
            “Aku tak fahamlah. Bos tak tahu pulak dia tu duduk goyang kaki je dalam bilik dia tu kan?”
            Raey mengangkat kepala dari PC sambil mengangguk laju. “Kaki ampu bos. Bolehlah. Tak pun, kalau kau nak bos tahu, kau pergilah report nanti. Ada bran?”
            Laju aku menggeleng. Gila nak pergi report? Kalau aku pergi report, silap hari bulan, aku pulak yang kena balik. bukannya aku tak tahu kemahiran membodek Misss Fina tu. kemahiran dia memang luar kawasan betul.
            “Kalau tak berani, duk diam-diam. Memang dah nasib kita jadi kuli.” Raey sengih.
            Aku kembali menatap dekstop flat screen yang dah lima bulan terpacak di atas meja aku.
            Tak nak. Aku tak nak jadi kuli. Aku nak jadi kaya. Wanda Nurhannah nak kaya. Tak nak kerja.
            Puih, pergi lah kau dengan angan-angan Wanda oi. Macam mana nak kaya kalau gaji pun ciput kemain.


JANGAN. JANGAN CAKAP yang Fahim tu kerja sini. Paling teruk lagi, dia nak ganti Miss Fina selama sebulan ni? Homai. Homai. Aku lagi rela kalau Miss Fina yang jadi manager sekarang. Bukan Fahim.
            Adoi. Macam mana aku nak duduk depan dia ni? itupun dalam masa sebulan? Agak-agak, dia ingat lagi tak apa yang berlaku dulu? tak pun, aku yang buat-buat tak ingat apa yang jadi dulu.
            Logik tak?
            “Wanda,” tu dia. Tersenyum manis memandang aku. Tak boleh ke dia terus balik lepas sembang dengan Encik Razni tadi? Kenapa mesti singgah dekat meja aku?
            Kenapa?
            “Er, hai.” terus aku gugup. Kacak dia sekarang bukan main lagi. Kalau dulu aku boleh cair bila dia senyum, sekarang ni lagilah. Pandang muka dia pun boleh buat aku jumpa takat lebur!
Hari ini dia memakai kemeja kelabu terang yang dipadankan dengan slack hitam. Rambutnya yang sedikit panjang mencecah telinga disisir rapi.
Nampak matang. Nampak bekerjaya. Nampak hebat.
“Er, you..kerja sini?” tergagap-gagap aku menyoal.
            Aku rasa nak ketuk dahi aku sekarang. Bukannya aku tak dengar Encik Razni kenalkan dia tadi. Bukannya aku tak dengar yang Encik Razni cakap dia akan ganti Miss Fina sebulan ni. soalan bodoh Wanda. Soalan bodoh.
            “Nampaknya macam tu lah.” Dia senyum lagi. “You dah lama kerja sini?”
            Entah kenapa aku terasa soalan dia itu kedengaran sinis. Matanya melilau memandang meja aku yang tak seberapa.
            Memang kerja aku tak seberapa. Kuli. Orang bawahan. Walaupun, kalau nak dibandingkan dulu, kelulusan aku dengan dia hampir sama. Cuma nasib aku aje yang tak sebertuah dia.
            Dan itu tak bermakna dia boleh pandang kedudukan aku sekarang ni macam dekat bawah tapak kaki dia je. Sama macam dia pandang hati aku dulu.
            Sama.
            Untuk soalan dia tadi, ya. Memang dah lama aku kerja dekat sini. Sejak kau dah patah riukkan hati aku lau. Sejak kau dah tolak aku jauh-jauh kedalam gaung sengsara.
            Malas memanjangkan cerita, aku hanya menangguk perlahan. Raey di meja sebelah masih lagi memasang telinga. Tak payah pandang pun boleh tahu kerja Raey yang satu tu.
            Munie pula menjenguk dari jauh. Tak masuk lagi Jimi, Daus dan Fayad lagi. Julia pula terhenti sesaat dari melangkah ke mejanya bila melihat Fahim tercegat di hadapan meja aku.
            Dah boleh agak apa yang Julia fikir. ‘Apa yang Fahim buat dekat meja perempuan paling selekeh dalam ofis ni?’
            Confirm. Heh dari pandangan dia pun aku boleh baca.
            “Glad to see you here, by the way.”
            Aku memaksa senyum. Ya. Glad untuk dia. Tapi malang sungguh bagi aku. Logic tak kalau aku berhenti kerja sekarang. Hantar notis 24 jam?
            “Kau kenal Encik Fahim?” Julia menegur sebaik sahaja Fahim beredar dari meja aku. Wajahnya penuh dengan tanda tanya. Kopi pekat yang dibawanya tadi dibawa ke meja aku. Menunggu aku untuk membuka cerita. Raey masih lagi seperti tadi. Memasang telinga dari tempat duduknya yang tidak jauh dari meja aku.
            Aku memandang wajah Julia yang tidak lepas memandang aku dengan penuh soalan. Julia ni pun, tak boleh ke tunggu Fahim jauh sikit. Tak sabar-sabar betul.
            “Satu tempat belajar.” Pendek aku menjawab. Malas nak panjangkan cerita. Lagipun, siapa Julia sampaikan aku nak cerita semua kisah hidup aku?
            Lagipun, kalau bukan fasal Fahim singgah dekat meja aku tadi, harapan ajelah dia nak tegur aku macam ni. muka kerek 24 jam. Tak penat ke?
            “Are you sure?” suaranya naik satu nada. Muka kerek dia memandang aku tajam. Aku menarik nafas berat. Julia. Kalau nak cakap cantik, aku rasa, Raey jauh lebih cantik dari dia. Kalau bukan sebab mekap lima inci tiap-tiap pagi dia pakai, rasanya Makcik Leha sebelah rumah nenek aku tu lagi cun.
            Aku tak ada masalah pun dia cun ke tidak. Tapi yang buat masalahnya, kerek dia tu lain macam. Hati pun sama tak cun. Itu yang payah.
            “And why not?” aku menyoal kembali. Pelik sangat ke kalau aku satu university dengan dia? Yang minah ni nak buat muka tak percaya apahal.
            “Tengoklah you dekat mana, dia dekat mana sekarang. Itu yang I ragu-ragu.” Dia mencapai mug kopi dah berlalu dari meja aku.
Itu dia. Sekarang, korang tahu kan kenapa aku cakap hati dia tak cun. Macam tu lah. Lantak kaulah Julia oi.
            Sesaat kemudian, dia menapak menghampiri Fahim yang berbual-bual dengan Encik Razni di hadapan bilik Miss Fina yang sekarang ni dah jadi milik Fahim buat sementara.
            “Hello, sorry I tak ada waktu sesi pengenalan tadi.”
            Aku mendengar Julia bersuara dengan senyuman yang paling manis. Aku nampak dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Fahim.
            “I Julia.”
            Fahim senyum mengangguk. “Maaf. Saya Fahim.” Fahim hanya mengangguk dan seperti yang aku jangka, dia tidak menyambut huluran Julia. Aku ketawa dalam hati. Padan muka. Kau tak tahu lagi Fahim tu siapa, Julia.
           
           
AKU DAH NEKAD nak buat-buat lupa tentang peristiwa dulu. kalaupun, Fahim masih ingat, biarlah dia anggap aku dah lupakan semua. Aku dah move on.
            Tapi logik ke? Dengan keadaan aku sekarang ni, logik ke kalau aku cakap aku lupa?
            Otak aku masih berperang dengan hati sendiri sewaktu melangkah ke stesen komuter bank Negara. Mak aku banyak kali bising suruh bawak kereta pergi kerja. Jangan bazirkan lessen kereta yang dah berzaman terselit dalam purse aku. Tapi aku yang masih degil. Ingat senang ke nak kumpul keberanian nak bawak kereta. Tengah-tengah KL pulak tu. Dulupun, aku ambil lesen dekat kampung je. Mana berani nak bawa kereta dekat bandar besar macam ni. Bukan setakat kereta, lori pun banyak.           
            Lagipun, aku rasa, naik tren lagi jimat kut kalau nak dibandingkan dengan nak bayar minyak kereta, parking, tol, ecetra ecetra.
            Macam biasa, waktu lepas offce hour macam ni, ramai sungguh yang beratur nak beli tiket dekat kaunter. Aku dengan bijaknya melangkah ke mesin tiket. Tak guna empat buah mesin diorang letak dekat sini kalau tak ada orang guna. Lagipun, lagi cepat dapat tiket dari duk beratur dekat kaunter.
            Tiket untuk ke rumah aku tak adalah mahal mana. Tak sampai dua ringgit pun. Dari stesyen nak ke rumah aku, kena jalan kaki sikit. Kalau malas, aku naik je teksi. Kadang-kadang, pemandu teksi tu pandang aku tak puas hati pasal dekat sangat.
            Tapi, aku tak ambik port pun. Bukannya aku tak bayar, kan?
            Tanpa susah payah beratur panjang, aku bergerak ke gate. Kepala masih pusing berfikir tentang hal kerja. Hal Fahim dan hal Miss Fina. Semua dah blend sekali dalam kepala aku jadi mind blended. Heh.
            Tiba-tiba mata aku terpandang sesuatu. Automatik aku mengecilkan mata untuk mendapatkan visi yang tepat. Hah! Tak salah lagi!
            Hati aku!
            Tapi apahal tergantung elok dekat telefon dia?
            Kening aku terangkat seinci memandang kelibat yang berdiri pegun di membelakangi aku. Telefonnya yang berada di telinga kiri aku pandang tak lepas. Betul dah. Bentuk hati. Warna kuning metalik.
            Dah, aku kenal rambut serabut tu!        
            “Encik!” suara aku terkeluar sebelum sempat aku menahan. Dia berpusing kebelakang memandang aku. Tangannya diangkat tinggi menandakan jangan ganggu.
            Heh, kalau kau tak pakai aku punya hati, tak ingin aku nak ganggu aih. Aku memeluk tubuh menunggu dia bercakap di telefon.
            “Kalau susah sangat, batalkan saja. Kita tak ada masa nak main-main.”
            Aku mendengar suaranya meninggi. Serius benar gayanya. Aku pandang dia dari atas kepala hingga ke hujung kaki. Rambut masih serabut sama seperti kali pertama aku jumpa dia. Tshirt yang aku tak tahu zaman bila dia beli. Seluar khaki yang…er..gedabak?
            Jangan kata dia pakai selipar jepun?
            Mata aku hampir terkeluar melihat sepasang selipar yang berada dikakinya. Walaupun jenama Fliper, tapi, masih dipanggil selipar jepun.
            “Bagi masa satu hari. tak boleh lebih dari tu. kita pun ada kerja.”
            Aku memandang wajahnya tak lepas. Kerja apa yang dia buat? Dengan pakai macam ni, dia kerja apa?
            Jangan cakap yang dia ni gila. aduhai. Aku dah terjebak dengan orang kurang siuman ke?
            Apa malang sangat nasib kau ni Wanda oi.
            Kalau betul dia gila, tak dapat balik hati aku tu pun, tak apalah.
            “Okay. jangan bagitahu Tan Sri lagi. Biar saya yang uruskan dia.” Dia menamatkan panggilan dan memandang tepat pada muka aku.
            Aku menelan air liur. Erk, kelat. Alamak. Sah dia ni gila. Tan Sri? Homaii.
            “Ya?”
            “Tak ada apa-apalah. Sorry.” Aku cepat-cepat melangkah ke tempat menunggu tren meninggalkan dia yang masih terpinga.
            “Kejap, cik ni….” aku mendengar dia bersuara dari belakang.
            Terus aku menpercepatkan. Janganlah dia cam aku. Jangan terjebak dengan orang kurang siuman Wanda. Teruk hidup kau nanti. Dibuatnya dia tunggu kau depat stesyen hari-hari, memang kena beli keretalah kau gamaknya.
            Nasib aku baik bila tren ke Pelabuhan Klang tiba dan aku terus menyusup masuk kedalam tren. Saat pintu tren tertutup, aku dapat melihat dia yang melilau mencari.
            Terlepas satu malapetaka.
            Lupakan je lah pasal hati tu Wanda. Nanti beli yang baru.

Comments

Anonymous said…
hailah Wanda... 'dont judge a book by its cover'..hahah
si selekeh selebeh bila blh taw nama anda..hahaha
waaaaa cepat n3 naik ye.... nak mintak lagi blh..=))
_aniesue_
lee jee joong said…
illa nak lagi illa nak lagi :) best menarik jalan ceritanya plss illa nak lagi hukhukhukhuk :(
Zakiah Halim said…
jgn tgk luar aje wanda oii...
idA said…
salam dik..love d story and akak suka sgt ngan watak wanda ni..dia tersangatlah selamba orangnya..
jue bard said…
haha..selebet bukan sebarang selebet..selebet mesti byk duit kot..
konfirm dah sussah nak cari keychain hati yg sama lagi ....sp eh laki 2?????
aisyah said…
hamboi...1st impression wanda..sedap je kt org gila...
zyraa qaisara said…
sekali nanti terpikat pulak wanda dengan lelaki selekeh tu , huhu
ruli ruliah said…
Amboi cik wanda.. sesedap rase ye ckp org tu gile...huhuhu..