Dalam Hati Ada Dia [Bab 1]


Okey, salah satu benda yang kita kena percaya dalam hidup ni adalah takdir.
Ya. Memang tak syak lagi. Takdir. Disebabkan takdirlah aku terjumpa balik dengan manusia yang pernah kecaikan hati aku menjadi keping-keping yang tak boleh dicantum lagi setelah dia selimutkan aku dengan angan-angan.
Angan-angan palsu, kalau nak dijelaskan lagi.
Apa yang dia buat dekat sini sebenarnya? Bukan ke dia dah terbang jauh berpuluh ribu batu dari dunia Malaysia ni?
Tiba-tiba boleh terjatuh tegak dekat depan ni, macam mana? Jangan cakap yang aku tengah berhalusinasi, walaupun dua-tiga hari ni aku asyik duk mimpi bertunang dengan Udin, kawan dari kecik tu.
Stop. Kejap. Apahal melalut pergi sampai budak Udin tu. Masalah sekarang, dia ni.
Dari tadi mata aku tak boleh lepas dari memandang lelaki yang kemas bergaya dengan kemeja biru gelap dan berslack hitam. Tali leher yang berona biru lembut menyerlahkan lagi karisma yang dia ada.
Segak.
Itu memang tak boleh aku nafikan. Kalau tak, takkanlah aku boleh terpikat dengan dia dulu dengan hanya sekali pandang?
Tapi itu cerita dulu. zaman hingus masih berbekas dekat hidung. Zaman kegelapan, mungkin.
“Hey.” Lelaki itu menegur dengan menampal senyum manis. Senyuman yang waktu dulu, boleh buat aku cair meleleh. Senyuman yang menemukan aku dengan takat lebur. Senyuman yang boleh buat aku mengigau tiga empat hari.
Aku memaksa bibir untuk menarik senyum walaupun hakikatnya, dalam hati aku menggeleng laju. ‘Hey?’ lama sangat ke dia tercampak dekat bumi Ottawa tu? dah lupa macam mana nak beri salam? Kot-kot la orang dekat sana tak pernah nak ucap sepatah perkataan yang besar maknanya itu.
“Assalamualaikum,” Bukan nak perli. Tapi nak mengingatkan. Apa? ingat besar sangat ke pangkat orang belajar dekat luar Negara sampaikan nak tegur orang pun main ‘hey, hey’ je?
            Huh.
            Aku dapat mengesan senyum kelat yang terukir. Biar dia. Rasakan.
            “Long time no see.”
            Aku angguk perlahan. Memang pun. Longgggg time. Atau dalam bahasa ibunda aku, lama sungguh tak jumpa dia. Dan kalau boleh, aku dah tak nak jumpa dia.
            Lepas apa yang jadi bertahun-tahun dulu, dia ingat aku ada keberanian lagi ke nak jumpa dia?
            Lepas apa yang dia cakap dekat aku dulu, dia ingat aku nak lagi duduk sini sembang dengan dia dengan menampal senyum plastic yang aku tak tahu bila akan pudar ni?
            Lelaki.
            “Haah.” Dalam geram-geram menyampah, aku jawab juga.
            Dia masih memandang aku dari atas ke bawah. Tak lepas. Entah apa yang dia fikir sampai jelas kelihatan kerutan di dahinya yang licin tu.
            Blouse putih yang dipadankan dengan skirt lycra coklat tua yang tersarung pada badan aku adalah pilihan Kak Qila. Selendang coklat cair pula aku sendiri yang pilih. Aku suka pakai warna ni. sebabnya aku rasa warna coklat cair atau beige ni sesuai dengan kulit aku yang tak berapa nak putih ni.
            Lagipun, murah je aku beli dekat Jalan TAR minggu lepas. Tak sampai sepuluh ringgit pun. Tapi, siapa yang tahu, kan?
            Dia masih memandang, tapi sikit pun aku tak kisah. Aku dah tak kisah dia nak fikir apa pasal aku. Sikit pun tak…
“You makin cantik sekarang.”
            ..kisah.
Okey, mungkin aku kisah, sikit. Nak tak nak, hidung aku kembang juga beberapa saat. “Thanks.” Jap, bila pulak dia ber ‘I’ ‘You’ dengan aku ni? heh, mentang-mentanglah baru balik dari negara orang putih.
            Dan aku rasa, penyakit aku yang sudah bertahun-tahun tak serang, datang kembali. Penyakit gugup. Sudah. Setiap kali berdepan dengan dia, tak lain, tak bukan, guguplah jawabnya.
            Jampi apa yang dia pakai hah?
            “I kena balik. sorry.” Sedaya upaya aku memaniskan muka. Menghilangkan rasa debaran yang dari tadi berlagu di dada. Dia tak boleh tahu yang hati aku bergendang dari saat mata ini terpandang wajah dia tadi.
            Dia tak boleh tahu.
            “Oh,so bad. Ingatkan boleh borak panjang.”
            Aku senyum menggeleng. Berbahasa. Kalau ikutkan hati, aku pun nak tanya mana dia hilang dulu? dia dah kahwin ke belum? Ada awek ke tidak, kaya ke tidak? Tapi, gila ke?
            Tiba-tiba nak tanya tu semua. Siapa aku pada dia, kan?
            Dan yang paling penting, siapa dia pada aku?
            “Sorry, I can’t.”
            “Next time maybe?”
            Aku tahu ayat tu. maknanya, dia nak nombor telefon aku, jadi, bila-bila masa dia boleh ajak aku keluar minum, makan ataupun tengok wayang.
            Tapi, maaf. Aku takkan jatuh lagi sekali. Takkan.
            “Maybe.”  Mungkin. Mungkin ya, atau mungkin tidak. Terpulanglah pada dia nak tafsir macam mana. Aku menampal senyum plastic setelah mencapai handbag dari atas meja makan bulat yang dikongsi lapan tetamu lain. “Bye.” Aku terus menuju ke pintu keluar meninggalkan dia sendiri terkontang kanting di tengah-tengah dewan.
            Aku patut tahu apa yang akan jadi. Aku patut percaya dengan apa yang aku rasa. Dari awal bersiap-siap tadi lagi aku tahu perkara buruk akan jadi. Aku tahu aku takkan pernah akan masuk dengan mana-mana dinner. Sekalipun, ini adalah Annual Dinner syarikat.
            Dan, apa yang dia buat dekat annual dinner syarkat aku in the first place?
            “Cik Wanda,”
            Kaki aku baru sahaja mencecah ruang lobi hotel sewaktu suara gemersik itu memanggil. Aku berpaling ke belakang. Seorang gadis  awal dua puluhan tersenyum memandang wajah aku seolah-olah dia baru sahaja ter jumpa artis popular Malaysia.
            Pekerja hotel ini gamaknya. Tak pun, dia salah seorang pekerja catering makanan kami tadi.
            Entah.
            “Ya?”
            Dia menghulurkan tisu putih hotel yang digunakan di dalam dewan makan tadi. “Someone gave you this.”
            Kening aku terangkat tinggi. Tisu? Buat apa? rasanya aku tak berpeluh pun. Menangis jauh sekali. So?
            “Have a nice evening.”
            Aku senyum segaris setelah menyambut hulurannya. Masalah betul dengan rakyat Malaysia ni. semua nak tunjuk bagus cakap bahasa orang putih bagai. Dia tak tahu ke sekarang kerajaan duk sibuk nak buat kempen Bahasa Jiwa Bangsa?
            Tapi, eh. Kempen tu bukan dah lama ke?
            Mata aku cepat menangkap dakwat hitam yang tertera di atas tisu. Susunan nombor. Dan, yang pastinya, nombor telefon seseorang.
            Seseorang yang aku nak sangat pergi jauh-jauh darinya.  Tanpa sedar, aku mengeluh kuat.

Fahim
013-xxxxxxx
           
            Apa lagi yang dia nak sebenarnya?



“Wanda! Tunggu!”
            Hampir melatah aku dibuatnya bila mendengar suara yang tidak asing lagi dalam salur telinga. Munie. Aku menggeleng laju. “Kenapa?” aku memandang Munie yang terkocoh-kocoh berlari mengejar aku dari belakang. Nampak pulak dia aku keluar dari dewan tadi. Rasanya waktu aku bersembang dengan budak Fahim tadi, dia masih rancak bergosip dengan Hanny.
            “Dah nak balik ke?” dia mengerutkan dahinya yang licin itu. dua-tiga tahun ni, wajah Munie berubah terus. Putih, licin berseri. Bila aku tanya dia pakai produk apa, Munie hanya senyum senget. Tu yang buat aku syak macam macam tu.
            Manalah tau dia pergi cucuk vitamin C kan.
            Aku mengangguk perlahan. Bosan. Walaupun tak sampai dua jam pun aku duduk dalam dewan tu, punggung dah terasa kebas. Nak-nak pula bila Fahim tiba-tiba muncul out of nowhere.
            Heh, cakap dekat orang main pakai bahasa orang putih, sendiri guna tak sedar. Heh heh heh.
            “Ala, tunggulah kejap. Kau tak ada, aku bosanlah.” Munie mengeluh. Dia yang berjubah hitam yang ditaburi dengan labuci kelihatan sangat ayu. Jarang nak jumpa Munie yang ayu macam ni.
            “Aku takut tak sempat kejar train la. Kau join je la budak-budak dalam tu.” Tipu. Bukan tu alasan betul aku.
            “Lepas habis majlis ni, aku hantarlah kau. Tapi duduk la kejap lagi. aku nak tunggu lucky draw.”
            Ceh. Ingatkan kenapalah nak suruh aku tunggu sampai habis. Pasal Lucky Draw rupanya? Adoi la.
            “Malaslah. Aku dah rasa macam migraine aku nak serang dah. Aku kena balik. ubat dekat rumah.” Satu lagi alasan aku cipta. Sungguh aku dah tak betah nak duduk dalam tu.
            “Okayla. Kita balik sama-sama la. Tapi, kejap. Tunggu aku ambil handbag kat dalam.”
            Aku menyimpan sengih dalam hati. Berkali-kali bunga api dalam hati aku berdentam dentum. Dah tak payah susah-susah kejar KTM, lepas tu jalan kaki sampai rumah sewa sekangkang kera aku tu, manakan aku tak happy?
            “Okay.”
            Okay. setakat ni semua benda terkawal. Aku dapat lari dari Fahim yang tiba-tiba muncul dekat Annual Dinner company. Satu lagi, masa dan tenaga aku telah diselamatkan oleh Munie.
            Ketiga, aku boleh lari dari riuh rendah dewan tadi. Haih, aku tak faham apa yang diorang suka sangat pasal makan, majlis, sembang-sembang, menyanyi macam tu.
            Boleh buat aku sakit jantung adalah.
           


AKU SILAP.
            Bukan dinner tadi yang buat aku sakit jantung, tapi panggilan telefon setelah kaki aku menjejak perut stesen KTM hampir buat aku bertukar menjadi dinasor dalam cerita Ultraman channel Astro 611 tu.

            “Perempuan, kau jangan nak lebih-lebih. Kau ingat dia nak sangat ke dekat kau hah? Cermin muka dulu. Sial!”

            Err..kalau korang jadi aku, apa yang korang buat? Apa? dia ingat aku tak ada kerja lain ke selain nak merampas-rampas hak orang ni? dia ingat aku tak ada mata ke nak pandang orang tu dah kahwin ke belum. Dia ingat aku tak ada hati ke suka-suka nak terjah tengking malam-malam macam ni? Dan yang paling penting, apa kes nak mencarut bagai? Masalah betul perempuan zaman sekarang. Laki kena kebas, mulalah meroyan marah semua orang tak tentu pasal.
            …dan bila pulak aku ada apa-apa dengan ‘dia’ tu?
            Memang betulla boleh buat sakit jantung.
            Sudahlah Munie hanya boleh hantar aku sampai stesen KTM je. Tiba-tiba aje dia dapat call dari bos. Munie tu sebenarnya setiausaha bos. Kalau dia tak ada, bos cepat aje perasan. Terpaksalah dia kembali ke hotel tadi.
            Aku malas nak layan, lepas je perempuan entah jatuh dari langit mana tu sound aku, terus aku offkan phone. Malas nak bertekak dengan manusia cetek akal ni.
            Walaupun nak gugur jugak jantung aku tadi bila telefon dibawa ke telinga. Memang patutpun laki dia cari orang lain kalau suara dia dengan taufan pun tak banyak beza.
            Hah ha.
            Aku berjalan menyusuri kiosk-kiosk kecil di sepanjang laluan pejalan kaki. Ada yang dah kemas barang, nak tutup. Ada yang masih sibuk melayan pelanggan.
            Dah hampir pukul 11. Dah tak ramai pun orang dekat stesen.
            Aku berjalan melepasi kiosk terakhir sebelum terpandang sesuatu yang digantung di hadapan kedai. Terus aku mengundur dua tapak ke belakang.
            Keychain plastic berbentuk hati. Warna kuning matalik. Comel! Boleh letak dekat handphone nanti.
            “Yang ni berapa kak?” aku memegang keychain tadi yang hanya sebesar dua jari. Dah berkenan sangat dah ni. lagipun, memang minat aku dari kecil kumpul benda-benda comel macam ni.
            “Seringgit setengah.”
            Aku senyum senget. Murah je. Tanpa fikir panjang, terus aku mengeluarkan keychain tadi dari gantungan. Harga keychain aku bayar sebelum melangkah ke mesin tiket automatik.
            Kalau dah waktu-waktu macam ni, mana ada orang jaga kaunter tiket dah. Beg kecil yang aku isi duit syiling aku keluarkan dari handbag.
            Dah. Tiket dah beli.
            Balik rumah time!
            Penat sangat dah. Cukuplah apa yang jadi malam ni. nightmare-nightmare. Sebelum aku terjumpa balik dengan Fahim, hidup aku tenang je. Bila dah jumpa balik, tengok, terus dapat call dari entah siapa-siapa.
            Menggugat ketenteraman betul.
            “Ada syiling tak?”
            Aku berpaling dari beg syiling di tangan.  sikit lagi nak melatah cik mek molek bila ditegur begitu. Dia ni pun, tak reti nak bagi salam ke. Tak pun, kasilah mukadimah sikit sebelum nak tanya apa-apa. ni main terjah tanya ada syiling ke tidak macam polis tanya banduan dalam bilik tahanan je.
            Heh. Sejuk Wanda. Sejuk. Jangan nak marah-marah tengah-tengah stesen ni.
            “Ada tak?” dia mengulangi soalan tadi bila melihat aku masih diam memandang wajah serabut dia tu.
            Memang serabut pun. Rambut panjang melepasi bahu, sedikit mengerbang. Tak pernah guna syampu gamaknya. Tu pun ada hati nak bela rambut panjang. Rambut depan pula menutup sebelah matanya yang sepet.
            Kalau bukan pelat dia Malaysia pekat, sekali pandang je aku akan cakap dia ni warga asing.
            “Ada, kenapa?”
            Jari telunjuknya tepat pada mesin tiket.

‘Syiling sahaja’

            Aku kembali merenung wajah dia dengan dahi berkerut. Dah tahu mesin tu selalu buat hal, bukannya nak sediakan syiling awal-awal.
            “Nak tukar, boleh?”

Tren ke Pelabuhan Klang akan tiba di platform nombor lima.’

            Eh, tren aku! Dah pukul sebelas ni. yang ni mesti tren terakhir punyalah. Adoi.
            “Cik?”
            Aku kembali tersedar. Lupa pulak mamat ni tengah minta nak tukar syiling. “Nah!”
            Aku menyerahkan beg kecil tadi kepadanya dan terus berlari ke  arah gate. Dah tinggal berapa ringgit je tu rasanya. tak kisahlah. Yang penting, aku dapat kejar tren ni.
            Beberapa orang hampir aku langgar sewaktu berlari menuruni tangga. Bibir aku menarik senyum lebar bila melihat pintu tren masih terbuka luas dan banyak kerusi yang masih kosong di dalam koc wanita.
            Beberapa minit kemudian, pintu ditutup. Aku senyum lagi sambil memandang skirt yang aku pakai. Mesti orang-orang yang nampak aku terkejut besar bila melihat aku selamba-bomba je berlari dengan skirt.
            Ingat tak boleh ke berlari-lari kalau pakai skirt. Need a lot of practice. Huhu.
            Tren yang perlahan-lahan bergerak meninggalkan stesen membuatkan aku tiba-tiba teringatkan sesuatu.
            Hati aku!
            Hati aku ada dalam beg syiling tadi!
            Dia dah terambil hati aku.
            Aduhai.

Comments

Anonymous said…
wow n3 baru...citer baru...update selalu ye...
mengharapkan cerita yang terbaik dari kamu..=))
_aniesue)
skuter ego said…
eh eh eh,mcm best jer..nk lg leh x?...
Zakiah Halim said…
aduh.. hati org amik pulak...
Rehan Makhtar said…
oh great.. hai hao... tp careful.. jgn jd mcm diari.. leh senyum je layan cite ni..
owhhhhh....hati dia kene tinggal!!!!!!!!!!!
N_ShaSya said…
Eh eh hati dia tertinggal. Nanti mesti terjumpa lagi kat mne2..
Cik Writer yang sempoiii..
Wild Cherry said…
santai je bace... mamat duit syiling tu mst hero kot...
errr?? knape best sgt?? nak lagi bole... :D
zyraa qaisara said…
bahase yang sangat menarik ^^
Anonymous said…
boleh cuba lagi. mungkin next bab akan lebih baik lagi.
ruli ruliah said…
Br trjumpe blog nie...jom layan..╮(╯_╰)╭
Fieytra Zaini said…
Assalamualaikum, ouch !!! my sis.. like it .. intro yg best .. suka .. tp ada la skit2 typo. tp tu biasalah.. hehe.. xsbrnya nk tggu bby nie kua.. lalala.. ehem2.. siapakah gerangan yang 'ter'ambil hatinya cik WANDA niee.. yuhu!! tunggu 'baby' la..